Malaysia Bakal Cipta Rekod Dunia Baharu: Suami PM, Isteri TPM

Kiranya Pakatan Harapan dapat menguasai Putrajaya selepas PRU 14. Tun M yang dicalonkan sebagai PM interim Pakatan Harapan & bila DSAI selepas itu mengambil alih tugas sebagai PM. 

Maka akan terciptalah satu sejarah sulung dunia di mana si suami jadi PM dan sang isteri sebagai Timbalan. Tidak mustahil ini akan berlaku. Sama2 kita doakan.


Malaysia bakal mencipta satu rekod dunia berikutan negara bakal ditadbir oleh pasangan suami isteri iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim selaku Perdana Menteri dan isterinya, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail bertindak sebagai timbalan.

Hal ini berikutan, Anwar akan mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad yang dicalonkan sebagai Perdana Menteri interim Pakatan Harapan sekiranya Barisan Nasional (BN) digulingkan selepas PRU14 akan datang.


"Apabila Anwar ambil alih tugas sebagai Perdana Menteri, Malaysia akan menjadi negara pertama didunia ditadbir oleh pasukan suami dan isteri. Dan ianya bermakna impian Anwar selama 20 tahun untuk mengambil alih tugas sebagai Perdana Menteri daripada Mahathir akhirnya tercapai," kata penganalisis politik Raja Sara Petra.

Semalam, Konvensyen Pakatan Harapan mengumumkan Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri pakatan berkenaan, dan Wan Azizah akan bertindak sebagai timbalan.



Konvensyen berkenaan turut mengisytiharkan akan mendapatkan pengampunan diraja untuk Anwar daripada Lembaga Pengampunan Diraja agar Ketua Umum PKR itu boleh menyertai politik serta merta selepas dibebaskan dari penjara.

Ianya ekoran Anwar masih dilarang menyertai mana-mana pilihan raya dalam tempoh lima tahun selepas dibebaskan dari penjara.

Ujar Raja Sara, sepanjang tempoh 20 tahun menentang BN, Anwar sangat mengidam-idamkan untuk menghumban Dr Mahathir ke penjara diatas pelbagai dakwaan jenayah yang mengakibatkan kerugian wang rakyat sehingga RM200 bilion.

Katanya, bekas ahli PKR, Ezam Mohd Nor juga mengesahkan mempunyai enam kotak bukti bahawa Dr Mahathir melakukan jenayah dan boleh memenjarakan bekas Perdana Menteri selama 22 tahun itu ke penjara untuk tempoh masa yang lama.




"Anehnya 20 tahun kemudian apa yang Anwar perjuang dan impikan hampir menjadi kenyataan dan ianya akan terjadi kerana Mahathir membantu Anwar merealisasikannya. Jadi apa sebenarnya yang berlaku 20 tahun lalu?" soal Raja Sara.

Umpama Lantik Hitler Jadi PM Israel



Pada 17 November 2012, penulis pembangkang, Ali Cordoba menerusi catatannya di portal berita FMT menghuraikan bahawa Dr Mahathir berkeras untuk tidak membebaskan Anwar dari penjara pada 1998 dan menegaskan ianya adalah 'muktamad'.

Kata Ali, kumpulan Anwar menawarkan agar pemerintahan Mahathir membenarkan ketua de facto PKR itu dibebaskan dan dibenarkan untuk tinggal di Jerman.

"Rejim Mahathir tetap berkeras untuk tidak membeaskan Anwar daripada cengkamannya dan keberadaannya di Jerman akan memberi imej negatif kepada rejim tersebut," tulis Ali.

Penulisan pendapat Ali Cordoba menurut blogger terkemuka, Raja Petra Kamarudin menjelaskan bahawa perjuangan reformasi bukan sahaja melibatkan Anwar semata-mata tetapi ramai penyokong pembangkang yang bertungkus-lumus menentang pemerintahan Dr Mahahtir.


 "Melihat kepada perkembangan hari ini dimana Pakatan Harapan mengumumkan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai bakal Perdana Menteri mereka mengimbas kembali apa yang ditulis oleh Ali Cordoba, enam tahun lalu.

"Dalam kata lain, 2018 adalah tahun kita mengundur masa 20 tahun kepada 1998 dimana ramai daripada kita hulang segala-galanya dalam memperjuangkan reformasi.

"Menjadikan Mahathir Perdana Menteri Pakatan umpama Israel melantik Hitler sebagai Perdana Menteri baharunya. Ini adalah pengkhianatan terbesar dalam sejarah Malaysia," tegasnya. - mD

***************
 
Ringkasan Konvensyen PH

Pengumuman Pakatan Harapan

1) Tun Dr Mahathir Mohamed calon Perdana Menteri
YB Datuk Dr Wan Azizah Calon Tim. Perdana Menteri


2) Proses pengampunan Diraja Datuk Seri Anwar sejurus Pakatan Harapan mengambil alih negara & segera berperanan dalam kerajaan seterusnya diangkat sebagai calon Perdana Menteri Malaysia ke 8.

3) Semenanjung :
-PPBM - 52 kerusi
-Keadilan - 51 Kerusi
-DAP - 35 kerusi
- Amanah - 27 kerusi


4) Menghadkan tempoh masa seorang Perdana Menteri kepada maksima dua penggal sahaja.

Pakatan Harapan juga komited untuk melaksanakan reformasi institusi, reformasi ekonomi dan kepimpinan termasuk meletakkan institusi peguam negara, kehakiman, polis, tentera, SPRM dan SPR di bawah Parlimen.

Reformasi ekonomi untuk mengurangkan bebanan rakyat melalui penghapusan GST dan penstabilan harga minyak.

Reformasi urus tadbir institusi rakyat seperti Felda, MARA, KWSP dan Lembaga Tabung Haji.

Memelihara kedudukan agama Islam sebagai agama rasmi, kedudukan bahasa melayu sebagai bangsa kebangsaaan, hak istimewa orang Melayu serta hak-hak istimewa Sabah dan Sarawak seperti yang terkandung didalam Perjanjian Malaysia 1963 tanpa menjejaskan hak-hak rakyat Malaysia lain yang berbilang bangsa dan agama. 

RUMAH SIAP
PAHAT BERBUNYI

SEKALI SEKALA MELAWAN ARUS .. BOLEH JUGA DI MAAFKAN ..KALAU DAH KERAP SANGAT SEHINGGA MENJATUHKAN IMEJ PAKATAN HARAPAN ..MEMANG TAK BOLEH JADI .. WEI ZURAIDAH ..KO NAK MENANG KE NAK KALAH ? | Awang Al Kenit .
 "Mak Lampir Kate Tun M layak jadi Menteri Kanan jer."
Maknenye dia nak Azmin Ali jadi PM lah kan.
Awat Mak Lampir n The Cartel Gang, Umum keluar PKR, Buat parti lain, Sewa dewan buat Konvensyen dan Lantik Azmin Ali Jadi PM dia jadi TPM. Abis cerita.
Xabih² duk melalak macam SETAN BETINA kena ROGOL dengan batang cangkul.
BODOH PUNYE BETINA.|
Iman Zafieha .


Statement org2 kartel yg kecewa, mendapat simpati media Najib.. Konon mereka geng kartel orang2 hebat? Umno yang jadi 'musuh' tidak dikenali lagi. | Azmin belum layak ! Anwar masih ada. Nak potong jalan ke? berapa kali mahu potong? Ihsan Anwar, merasa juga jadi emm bee ! Itu pun tak faham lagi ke? KahkahKah. 

   SENYUM LE SIKIT!
Dengan jumlah kerusi yg diperuntukkan kepada DAP.. Maka DAP tidak mustahil akan menjadi PERDANA MENTERI MALAYSIA.. Amacam Lebai n Walaounta sakalian? Krik.. Krik..He he..

60 tahun rakyat Malaysia telah beri peluang berkali2 kepada Barisan Nasional ....untuk menjadi pemegang amanah rakyat Malaysia. Sama2 kita pastikan Barisan Nasional bakal menjadi sejarah..60 tahun ..diulangi sekali lagi..60 tahun..60 tahun ialah satu masa yang agak terlalu lama...dalam sejarah politik manusia moden untuk mentadbir dan memegang amanah rakyat.. Lihat Lagi |



Mat Tanjong at 1.30am 8 Jan. 2018



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video