Isu Amiruddin Hanzah | PAS Makin Terluka - Video

Harum Manis bertukar merah. Ramai tersalah terka bahawa Ketua Pembangkang DUN Kedah akan bersama BERSATU. Aku sendiri lebih suka kelainan ini. Kelainan yang menyebabkan PAS & Lebai nya makin gelisah resah dan ramai lagi akan lemas berhamPA$.

Faktor kemasukan Ketua Pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah ke Parti BERSATU telah menyebabkan PAS makin hilang pengaruh di negeri itu. Anak Bukit kini bertukar tangan. PBBM sudah ada 'kerusi'nya. Inilah politik. PAS tidak boleh lagi salahkan semua ini kepada beliau. PAS sudah 'spring' di Kedah. | Berita Penuh Di Sini .

PAS pernah hulur borang keahlian kepada Tun M tapi tahulah Tun mana mahu parti sampah, parti pembelit ini. Itu pasal orang PAS cukup bara dengan Tun M. Bila PPBM diasaskan untuk melawan UMNO dan sekutunya PAS. Bermulalah episod kebencian PAS dan Lebainya. Mereka terus menyerang BERSATU dan mengungkit ungkit segala salah silap bekas PM 22 tahun itu. PAS pun mulalah politikan tragedi Memali untuk serang Tun M dalam meraih simpati ramai. Tetapi rakyat dah tak ambil peduli lagi kerana mereka sedar, tragedi itu terjadi hasil dari taksub melampau walaouns Pas dengan Amanat Hadi Awang Baca Sini. Pemikiran 'Takfiri' Walaun dan lebai Pas banyak berkisar dari ' Amanat Hadi' itu sendiri. Berapa banyak mangsa akibat kecelaruan Amanat itu? Silap haribulan isu Memali itu akan memakan diri PA$ kembali. Sebab itu lebai PAS terus berhenti dari menggalinya.

Di Kedah. Pakatan Harapan memang kuat bro! Cuba kita perhati dan lihat betapa beberapa penyelesaian antara komponen dalam PH telah dapat diselesaikan. Parlimen Sungai Petani untuk PKR, Kuala Kedah untuk PKR. Pengkalan Kundor kepada AMANAH, sekarang Anak Bukit kepada Bersatu. Kan dah molek tu. Pokok Sena samada Bersatu atau AMANAH. Tunggu. 

Elok sangat dah Amiruddin Hamzah ini masuk Bersatu beb ! Kalau dia masuk Amanah? payah laa sikit nak calonkan dia kerana boleh jadi atau mungkin juga sudah ada konsensus dalam Amanah buat calonnya sendiri. Mat Sabu pun alukan kemasukan beliau ke dalam Bersatu. So n So lebih baik dia masuk Bersatu. Biar Pas dan Lebai melalak menangis tak berlagu. Walaunta tak tau apa, masih dalam perigi buta? Inilah percaturan terbaik untuk mengalahkan Lebai dan PA$ serta Umno di Kedah ini. KAHKAHKAH.

PAS Kedah khususnya 'TERLUKA' besar bro ! Depa terpaksa menelan hempedu pahit dengan keluarnya Amiruddin dari 'Parti Suci' Lebai ini. Maka keluarlah alasan dan kenyataan berbagai dgn mencari2 alasan yang bukan2 termasuklah mengingatkan senjata Bai'ah? Senjata itu dah tak laku di Kedah. Semua ini hanya untuk redakan rasa kacewa lebai agar ahli bawahan tidak terikut2 dengan tindakan Amiruddin itu. KahKahKah

Amiruddin 
serah borang keahlian PPBM.

1. BAIAH yang HamPA$
Amiruddin tidak percaya parti yang berselindung di sebalik baiah, dakwa MP Amanah. “Saya tak rasa Adun Kedah itu masuk PBBM kerana nak langgar baiah.

“Tapi saya rasa ia lebih kepada tak boleh nak percaya lagi kepada parti yang berselindung di sebalik baiah itu,” ujarnya dalam status yang dimuat naik di laman facebook hari ini. Hanipa menjelaskan mengenai pendirian Pas terhadap beberapa skandal antaranya 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan Bajet 2018 yang memperlihatkan Pas tidak sehaluan dengan pendirian Pakatan Harapan sebaliknya  lebih memihak kepada Umno-BN.

“Ada saman DoJ ke atas mereka yang ‘lanun’ wang rakyat, dikatakan ia campurtangan asing ..macamlah yang komen itu ‘expert’ sangat dengan klepktokrasi dan US law..sumber .

2. BAIAH PA$ 
Dah TAK LAKU DI KEDAH..
Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man mengingatkan baiah yang pernah dilafazkan oleh Datuk Amirudin Hamzah setelaah beliau isytihar keluar parti mengumumkan menyertai  Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) semalam.

Tuan Ibrahim dipetik berkata, beliau terkejut dengan keputusan Amiruddin itu kerana Amiruddin dianggapnya seoang yang mudah di bawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti. “Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau tetapi Pas menghormati keputusannya.

“Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam baiah yang beliau lafazkan,” katanya sebagaimana dilapor Malaysiakini semalam. | Malaysia Dateline

Ini komen Amiruddin - PAS Kedah Tidak Ada Baiah Talak Isteri Seperti PAS Kelantan ~ Amruddin. Beliau menjawab kritikan ter hadapnya berhubung isu baiah (perjanjian setia) dengan PAS itu dengan berkata bahawa ia tidak perlu diberi perhatian memandangkan PAS Kedah tidak ada baiah talak isteri seperti PAS Kelantan. Amiruddin yang juga Adun Anak Bukit bagaimanapun enggan mengulas lanjut isu itu kerana ia melibatkan urusan dalam parti. “Mengikut pemahaman saya baiah yang ada hanya adalam aspek amanah menjalankan tanggungjawab kepada parti,” katanya seperti dipetik oleh Sinar Harian. | Themalaysianinsight
| Nah ! apa macam Pak Tuan, lu salah orang laa mahu gejut mahu kasi gemparq sama itu 'Bai'ah'. Bai'ah PA$ dah tak laku di Kedah. Lu simpan laa lu punya bai'ah...KAHKAHKAH

3. KOMEN NIK AMAR..

KEPUTUSAN ADUN Anak Bukit, Datuk Amiruddin Hamzah untuk menyertai parti BERSATU menunjukkan beliau seorang 'gentleman', kata Naib Presiden PAS Datuk Mohd Amar Nik Abdullah. Malah, bagi timbalan menteri besar Kelantan itu, penyertaan Amiruddin dalam BERSATU adalah lebih baik untuk PAS. "Pengumuman beliau menyertai BERSATU itu menunjukkan beliau seorang ahli politik yang gentleman, berbanding (Anggota Parlimen) Pokok Sena (Datuk Mahfuz Omar)."Itu lebih baik untuk PAS. Berbanding mereka yang duduk dalam PAS tetapi merosakan parti," katanya kepadaMalaysiakini, hari ini. "Sama saja beliau masuk BERSATU, AMANAH atau DAP. Sebab kita tidak mempunyai sebarang kerjasama dengan ketiga-tiga parti itu," ujarnya..| sumber .

KahKahKah gentleman? Hang nak kata apa lagi lebai? Apasal kenen Mahfuz? Mahfuz pun gentlement juga. ia direct hantam lebai serabai macam lebai. Tapi lebai tak sedar diri. Lagi ramai akan cabut tiang seri Pas tinggalkan Pas, depa meluat habis dekat orang2 macam lebai TMB Kelantan ini. Pemimpin gelong macam inilah yang menyebabkan Pas merudum teruk. Depa benci PAS sebab ada orang macam Lebai inilah !
Itu hari angkuh celupar cakap Bersatu tak pandai urus parti sekarang padan muka pemimpin utama Pas masuk Bersatu. Orang dah meluat laa dengan perangai dan akhlak Lebai..Lihat Sini .

Kalau Si Mahfuz tu 'perosak Pas dan parti suci ini, kenapa tidak aje pecat dia. Nampak sangat Badan Disiplin PAS tak berfungsi.Tu pun jangannn ! Pantang ada isu, rajin sungguh lebai 'menyampuk'? Nak tunjuk pandai kononnnn !...akhir terserlah lebai punya 'Dol'. Kalau Nik Amar tu gentleman sangat? Pecatlah Mahfuz tu? Ada berani? KahKahKah.

Sementara itu 
Pa$al Fulu$ia? Lebai ni cukup cepat ucap TQ kat DAP. Tak mau tanya ke,  pitih 100 ribu untuk bantuan banjir dari DAP Pulau Pinang mai dari sumber mana? wang itu dari sumber haram atau halal ke? Sebelum terima tu jangan terlalu cepat mengucapkan terima kasih. Manalah tahu jika wang sumbangan itu adalah hasil dari penjualan arak judi atau hasil dari penternakan babi. Dahlah Dap itu penentang 355. PA$ ni parti 'ahli syurga' kenalah berhati2 dan mana boleh suka2 terima wang yang diragukan hasilnya. Faham2 sajalah puak DAP ini mana ambil kisah soal haram atau halal. Hidup lebai penuh 'pura-pura' macam Kadi Nikah Kawin Pura Cendana jer! Kalau boleh tenyeh DAP tu sampai lupa bulan di langit. Lebai yang ajar walaun semua sumpah maki sumpit hari-hari sampai naik rak. Last LEBAI dan walauns pakat berhamPA$. Baca Di SINI..KahKahKah.

4. KOMEN MAHFUZ OMAR
Tindakan Amiruddin isyarat buat ahli Pas
Mahfuz memaklumkan bahawa dengan kemasukan Amiruddin tersebut, Pakatan Harapan di Kedah ini mempunyai barisan kepimpinan negeri yang lebih mantap dan menyakinkan dalam menghadapi perang PRU14 nanti.“Kita ada bekas menteri besar, kita juga ada bekas exco kanan serta mereka-mereka yang pernah berkhidmat dalam pelbagai sektor kerajaan mahupun swasta dan ini menjanjikan kepimpinan mantap dalam Pakatan Harapan di Kedah," katanya.

"Tak timbul isu saya tak akan keluar Pas atau tidak. Ini signal untuk ahli Pas lain bahawa tak ada masalah untuk mereka menyokong Pakatan Harapan walaupun masih bersama Pas," katanya masdar

Isyarat buat Ali Pas termasuklah ana sendiri Mahfuz Omar. Ana ni ahli Pas tau, jangan hangpa tak tau,Tapi aku liat sikit mau 'declare'! Itulah agaknya Mahfuz berkata, ' Politik saya bersama Pakatan Harapan, ramai lagi akan turut serta - Mahfuz ' | Itulah Mahfuz yang kata Nik Amar sebagai kumpulan PRO dalam PA$. PROSAK. Tapi Mamat Mahfuz nie ada 'class' dalam tindakannya mengkucakacirkan Lebai dan 'Walaouns united' mereka. KahKah Kah

5. KOMEN MSO
Tuan Ibrahim Tuan Man bukan anak jantan kalau masih bermain dengan hukum Allah sebagai ugutan kepada pemimpin yang keluar parti itu. Mohd Sayuti Omar memberitahu, dengan mengingatkan kepada bekas Yang Dipertua Pas Kuala Kedah, Datuk Ir. Amiruddin Hamzah mengenai baiah yang dilafaz sebelum ini, memperlihatkan Tuan Ibrahim masih cetek ilmu politiknya.“Cukuplah, henti menggunakan hukum agama untuk dijadikan tali rapuh mengikat ahli Pas. Berpolitiklah dengan rasional dan menggunakan akal yang sihat.“Era mengikat orang dengan menggunakan agama sudah pun berlalu. Hari ini golongan yang arif mengenai hal ehwal agama dan hukumnya bukan lagi hanya terdiri daripada pemakai serban dan kopiah putih,” katanya menerusi blog beliau msomelayu.blogspot.com hari ini..baca selengkapnya. dan sini .


5. TUAN IBRAHIM TERKEJUT 
ADUN ANAK BUKIT LOMPAT PARTI 


PAS menghormati keputusan Adun Anak Bukit Datuk Amiruddin Hamzah mengumumkan menyertai PPBM tetapi diingatkan tentang baiah di dalam PAS sebelum ini. Ingatan itu di sampaikan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang terkejut dengan perkara itu. Ini kerana katanya Amiruddin seorang yang mudah dibawa berbincang dan tidak bermasalah dalam parti. “Secara peribadi saya terkejut dengan tindakan beliau…(tetapi) PAS menghormati keputusannya.“Namun beliau masih mempunyai beberapa tanggungjawab dalam bai’ah yang beliau lafazkan,” katanya seperti dilaporkan  Malaysiakini.*TERKEJUT .
Siannn Terkajuit ! Dalam terkejut pun boleh duk 'warning' memba lagi pasai *bai'ah ? Amiruddin buat tak heran jer dengan bai'ah lebai tu. Kat Kedah de so called Bai'ah Lebai tu dah tak mapan. KEDAH KALIS BAI'AH kata Amiruddin, KAHKAHKAH

6. PAS KEDAH MAKIN PARAH
ADUN LOMPAT : PAS TAK TERJEJAS | Pengisytiharan ADUN Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah menyertai Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) semalam tidak mendatangkan apa-apa kesan terhadap PAS Kedah. PJ PAS Kedah, Dr Ahmad Fakhruddin Fakhrurazi berkata, keputusan yang dibuat oleh Amiruddin memang sudah dijangkakan apabila sebelum ini Adun berkenaan menunjukkan sikap tidak selaras dengan keputusan parti.| Sumber. 

Mana Tak Parah beb ! Cuba tengok PJ Pas ini, Pesuruhjaya Negeri yang kurang dan tidak dikenali dan diyakini untuk memimpin negeri dan pilihan raya. Sbg contoh PJ Kedah, Dr Fakhruddin ini tidak dikenali oleh ahli Pas akar umbi dan tidak faham kenapa Presiden memilih individu seperti itu. Ini puak elitis dalam PA$. Jaga kompuak seniri saja. 

Persoalan mengapa tidak Mahfuz, Amiruddin ataupun Nasir Kubang Rotan yang berstatus YB, lebih senior dalam politik Kedah. Pasai tu PA$ Kedah dilihat mandom dan bingai sikit..Haha


7. UGUTAN BAIAH LAGI

Bekas wakil rakyat PAS Kedah, Datuk Ir Amiruddin Hamzah diingatkan sumpah bai’ah yang dilafaznya tidak ada tempoh ‘expired’ atau tarikh luput.

AJK PAS pusat, Dr Azman Ibrahim, mengungkit kembali mengangkat sumpah bai’ah bersama Amiruddin dan seorang lagi pemimpin PAS, Mazlan Aliman yang juga keluar parti menyertai Parti Amanah Negara (PAN) pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) lalu.

“Bai’ah tempoh sahnya sampai akhir hayat. Tidak ada tarikh expired,” kata Azman dalam satu kenyataan..| Baca Lagi .

Elo Sheh ! itu bai'ah boleh kasi setel punya, cer tanya Husam dan semua ex-Pas members yang ada dalam AMANAH sekarang ini. Macam mana mau kasi setel? Pas yang khianat perjuangan tak ada baiah ke? 60 tahun lawan UMNO, lawan kezaliman, tetiba masuk 2008 sampai sekarang PAS dan Lebai berkepit dengan Umno BN siang malam. Tak Khianat ke tu? Bai'ah Lebai tak Batal ke? Kah Kah Kah. Lagi satu, semua benda ada tarikh mati..baiah pun ada akhir hayat dia. Tak ada benda suatu apa pun yang kekal.

8. KOMEN AMANAH
“Lebih banyak orang keluar Pas, lagi cepat PAS kalah pilihan raya” 

Pengarah Hal Ehwal Syariah AMANAH, Ustaz Zolkharnain Abidin menyifatkan dakwaan kononnya tindakan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Anak Bukit, Datuk Ir Amiruddin Hamzah melanggar bai’ah apabila menyertai Bersatu datang daripada pemikiran pentaksub Pas. Menurutnya, tanggapan yang mengaitkan keputusan Ketua Pembangkang Dun Kedah itu dengan bai’ah atau janji sumpah setia untuk memberi ketaatan menjadikan Pas lebih mudah tewas pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14)...sumber .

KHULASAH
خلاصة 

1. Dengan penghijrahan Amiruddin Hamzah dari PA$ yg juga Ketua Pembangkang DUN Kedah ke parti PPBM, Seluruh Lebai PA$ ter kejut habis dan berbunyilah kicauan Lebai bagai murai tercabut ekor. Bisingggggggggggggg aje ! Okestra Lebai dan walaun mereka pun bermula.Sumbangggg aje okestra tu, maklumlah yang 'main' okestra tu semuanya puak lebai, 'double base' pun tak berapa kenal lagi? Kahkahkah

2. Masing-masing Lebai menahan sebak di dada. Ramai yg nangis dan ramai pula yang sakit saraf dan sendi. Mana tidaknya? Angin tak ada, ribut tak ada? Tau tau halilintar berdentum kuat. KahKah Kah..

3. Pas dan Lebai mula berhampa$. Berhempas pulas bagi yakinkan saki baki walaun setia kononnya hijrah Amiruddin tidak mampu menjejaskan reputasi Pas untuk menggapai Putrajaya. KahKahKah 

4. Ramai Lebai makin mendekati PH. Ini yang menakutkan Ketua Lebai. Ceramah walauns dan lebai sudah tiada sambutan. Rasanya majlis tahlil lebih ramai dihadiri berbanding ceramah Pas terutama di Kedah dan umumnya di seluruh negara. 

5. PAS makin terluka lemas dan makin berhamPa$ dengan masuk nya Amiruddin ke dalam PPBM. Itu yang tidak boleh dipikirin oleh Lebai. Lebai makin gelisah kerana Kedah diwar-warkan oleh Chief Lebai sebagai satu di antara negeri yang lebai duk pulun nak tadbir. Tapi sekarang makin sayup jadinya. Kata orang bagai ayam terlepas tangan bau tahi, itu pasal agaknya hari terakhir Parlimen bersidang baru ini, Tok Sidang Pas monteng lagi. Tak bersemangat lagi Lebai dengan sendiri punya 'bill' ! PA$ makin berhamPA$.

6. Kini terbukti wujud ramai pemimpin yang tidak setia dengan parti dalam kepimpinan utama Pas. Tindakan Amiruddin itu adalah satu manifestasi permulaan, mungkin ramai lagi  wakil rakyat daripada Pas yang masih lagi takut meninggalkan Pas buat masa ini akan berbuat demikian ketika mereka tidak dicalonkan semula untuk PRU14.

7. Penerimaan Bersatu terhadap Amiruddin juga jelas menunjukkan PA$ tidak lagi dihormati oleh Bersatu dan PH umumnya ke atas PAS. Lebai dan PA$ maki terluka.

Dua jenis ulama' 
yang patut dijauhi - VIDEO
Kalau dalam PA$ kiranya terdapat lebai berjenama ulama yang rosak akhlaknya? Maka elok sekali dijauhi, kerana menjauhkan diri dari mereka lebih utama dilakukan. Manusia walau apa gelaran mereka sekalipun, yang indah itu adalah AKHLAK dan ADAB. Tanpa akhlak dan adab, ilmu setinggi mana pun sudah tidak punya nilai lagi. Pakaian manusia lebih2 lagi mereka yang ber 'title' ustaz, lebai, tuan guru dan seumpamanya adalah (حسن الخلق) 'Husnul Khulq' iaitu akhlak yang baik dan indah. Tanpa akhlak dan adab yang murni, seorang itu tidak ada nilai ketinggian budinya.

INILAH FAKTOR
PA$ SEMAKIN ROSAK ??
Ahli parlimen Sepang, Mohamed Hanipa Maidin meminta Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, “terimalah hakikat pahit andalah punca parti anda hancur berkecai dan dihina sebegitu rupa.” Beliau berkata demikian ketika - menjawab tulisan panjang Hadi - yang dipercayai ditujukan kepada beliau dalam isu ‘parti suci’. Menurut bekas AJK Pas Pusat yang selalu mengkritik Hadi dalam mesyuarat AJK Pas Pusat, ketika bersama Pas dahulu itu, “janganlah rasa hanya kerana anda tok guru dan quoted (petik) ayat-ayat suci kenyataan anda hebat dan kena diikuti.

“Maaflah mungkin untuk orang lain but not for me (tetapi bukan saya)…” tulis Hanipa dalam jawapan balasnya itu.Menurut Hanipa, AMANAH tidak perlu ditubuhkan jika Pas pimpinan Hadi itu tidak mesra Umno.

“Saya kata tadi kami tak perlu susah payah keluar parti suci dan bina daripada awal parti baru jika parti yang kamu terajui tak dilihat mesra dan bagi banyak nyawa kepada BN khususnys dalam isu 1MDB,” katanya. Hanipa menjawab tulisan Hadi itu walaupun pada awalnya beliau tidak mahu melayan tulisan itu..| Awak punca Pas berpecah, kata Hanipa kepada Hadi .
 
Berdasarkan tulisan oleh Hanipa Maidin ini. Hadi Awang adalah punca Pas berpecah? Ada kewajaranya apa yang diluahkan oleh Hanipa Maidin ini. Kalau kita susur segala peristiwa yang berlaku dlm tubuh PA$ & juga aksi Hadi sendiri umpamanya bila Pakatan Rakyat yang lama dulu berkubur, peranan Lebai ada wajarannya?. Cuba layari di sini .

Sila Layari di الجماعة.نت
 Mafhum Hadis: Rasulullah s.a.w ditanya tentang kebanyakan manusia yang dapat memasuki syurga? Maka bersabda Nabi s.a.w "Mereka yang Bertaqwa kepada Allah dan elok akhlaknya" HR Tarmizi. - Ertinya kebayakan yang dapat memasuki syurga berasaskan dua perkara utama yang dimaksudkan dalam Hadis di atas iaitu mereka yang penuh bertakwa kepada Allah dan yang baik akhlak dan adab mereka. Wallahu'alam.

ما معنى حسن الخلق



Posted by Md Tanjong at 2.02 am 4/12/2017




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?