Lawan BN & PH ? 'Perang Ahzab' Versi Lebai.. | Video

Retorik Lebai makin menjadi-jadi sejak Pak Tuan Berahim (TITM) mahu melancarkan 'Perang Ahzab' modern ke atas BN dan Pakatan Harapan. Apa mafhumnya semua ini ? Ohhh ! Kerana Pas dan lebai nya beranggapan bahawa mereka berada dalam 'Perjuangan Suci'....
Sekali pun menjunjung kebejatan dan berkepit dengan Umno & BN dan lagi kononnya Lebai PA$ terpaksa melawan 2 Gabungan gagah pada anggapan Lebai iaitu Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN serentak. 

Apa punya mankarq Lebai anggap lawan PH dan BN tu macam 'Perang Ahzab'? Perang Ahzab itu adalah adalah perang umat Islam melawan pasukan yang bergabung terdiri dari Musyrikin Quraisy, Yahudi & suku Ghathafan. Lebai nak samakan Pakatan Harapan & Umno-BN sebagai apanya? Sebagai Musyrik? Sebagai Yahudi? dan Lebai pula anggap PA$ dan Lebai serta walaunsnya sebagai tantara Islam melawan tantara kuffar? Astagfirullah ! Sampai ke situ fikrah dan cara lebai menangani kemelut mereka sendiri sedangkan PA$ dan lebainya jauh langit dengan bumi nak samakan mereka dengan 'Tentera Islam' pimpinan Rasulullah s.a.w. 

Inilah bahananya pabila para lebai beranggapan PA$ yang menyangka partinya penuh dengan berbagai 'kesucian' berpolitik dan menjadikan UmnoBN yang sarat dengan 'kemungkaran politik', boleh lagi berkepit bergelak ketawa tanpa ada rasa bersalah atas dasar Pas yang perjuangkan Islam. Perlu juga difahami bahawa PAS bukanlah agama, walaupun agama Islam merupakan agenda utama parti PAS.

Sifir PAS adalah Islam dan Islam adalah PAS tidak lagi boleh di gunakan di negara ini atau mana-mana negara sekalipun. Islam adalah agama yang sempurna manakala parti politik cenderung untuk memiliki kelemahan dan kecacatan. Terlalu banyak sekali kalau hendak senaraikan 'kemungkaran' dari kalangan pendokong PA$ yang walauns sangkakan mereka itu 'suci' bagai ulama! sedang kan kumpulan inilah yang mencemarkan perjuangan asal parti PA$ itu. Cukup satu rasanya disebut bilamana PA$ bersedia jadikan Umno sebagai rakan kongsi barunya sebagai 'bapak' segala putar belit kemungkaran yang menyebabkan Pakatan Harapan terpaksa berhadapan dengan UMNO dan PA$ serentak. Jadi siapa sebenar nya kumpulan 'Ahzab' bagi TITM dan PA$?; sedangkan PA$ itu  sendiri berada berada di bawah 'ketiak' UMNO? KahKahKahKah..

Cerminkanlah diri wahai para lebai pentaksub Hadi Awang. Anda nak samakan dengan tantara Islam dalam Peperangan Ahzab atau Perang Khandaq itu sama dengan ketaksuban walauns yang ramai itu? PA$ dan pemimpinnya yang mengotori dan menjual prinsip itu TIDAK SAMA sama sekali dengan keikhlasan para sahabat Nabi s.aw yang berjihad memisahkan antara hak dan batil. Lebai dan walauntanya pula sanggup bersekongkol dengan tirai kezaliman hanya kerana beranggapan Umno BN punya 'ghanimah' yg banyak untuk sama-sama menikmati 'hidangan' dan 'habuan' bersama?Lupa kah Lebai terhadap peringatan ayat 113: Hud? Taksub walauns kian menjadi-jadi dan Lebai pula mendendangkan lagu 'Asabiyah'  Melayu setelah Islam itu menghancurkan faham sesat ini. Lebai Pas boleh gebang saja nak lawan Umno. Kononnya Umno tetap musuh PA$? Tapi kerja buat harian lebai semuanya menongkat Umno-BN.

Baru sahaja kisah Mat Taib Malaysiakini dan Astro Awani heboh di media kononnya akan bersama2 membawa 7 ADUN PKR bagi 'meranapkan' Selangor di bawah Pakatan Harapan yang dikatakan turut membabitkan Chief Lebai PA$ sendiri? Apakah kemesraan Hadi dan Umno yang setiap hari berhubung STRAITS TIMES itu terkait dengan 'rancangan' untuk 'merampas' Selangor sini untuk BN hanya boleh dipandang remeh tanpa ada sesuatu rasa bersalah? Jadi PAS bersekutu dengan puak mana? Puak 'Ahzab' moden laa tu ! Habis tu nak lancar 'perang suci' apanya? KahKahKah

Di antara sebab peristiwa ini ialah seperti yang diceritakan oleh Ibnul Qayyim (Zadul Ma’ad, 3/270). Beliau mengatakan:

“Ketika orang-orang Yahudi melihat kemenangan kaum musyrikin atas kaum muslimin pada perang Uhud, dan mengetahui janji Abu Sufyan untuk memerangi muslimin pada tahun depan (sejak peristiwa itu), berangkatlah sejumlah tokoh mereka seperti Sallam bin Abil Huqaiq, Sallam bin Misykam, Kinanah bin Ar-Rabi’, dan lain-lain ke Makkah menjumpai beberapa tokoh kafir Quraisy untuk menghasut mereka agar memerangi Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wasallam. Bahkan mereka menjamin akan membantu dan mendukung kaum Quraisy dalam rencana itu”. Kaum Quraisy pun menyambut hasutan itu.

Puak Lebai PA$ yang sebenarnya melakukan hasutan bagi ujudkan kebencian ramai terhadap Pakatan Harapan dan ini bukan perkara  baru Lebai duk buat kerja ini, sudah lebih dari dua tahun sejak kumpulan Progresif Pas keluar menubuhkan Parti Amanah setelah mereka dihalau bagi membuka laluan kepada Lebai percepatkan misi bersama UMNO.Lebai juga kata Amanah sebagai pengkhianat dan memanggil Parti Amanah sebagai PAN ( Lihat apa yg lebai Pas kata semasa Muktamar baru ini?) Bukan ke Lebai kata ' Jahanam PAN? Selepas Sebut "Jahanam PAN", Ribut Terus Melanda,Tengok videonya di sini . Itu pun tidak boleh menyedarkan segala lebai & walaunnya.

Tengok di YouTube ini, PAS menghasut melayu membenci PH dan DAP: Hadi Terus Maki dan Carutkan DAP . sebagai di antara salah satu dari komponen dalam PH tanpa ada sebarang alasan jitu, hanya kerana DAP memutuskan hubungan dengan dirinya sendiri kerana tidak konsistennya Chief Lebai sewaktu bersama Pakatan Rakyat.... PR dahulu kerana Chie Lebai dan lebai lain mula tertarik untuk UG dengan Umno. Maka Lebai dah tidak pedulikan lagi PR @ Pakatan Rakyat dan dengan sebab itu PR dijadikan 'batu loncatan' untuk Lebai beralih kepada Umno. Beralih menyokong Umno dengan segenap jiwa raga. Bohong sangat laa kalau Lebai nak menafikan hubungan intim Pas-umno ini

Pak Tuan silap besar bila nak menyamakan Pakatan Harapan (PH) sebagai 'Tentera Ahzab' ? yang mana kalau diteliti dengan saksama, PASlah seumpama 'Tantara Ahzab' itu. Ini kerana Lebai semua tahu yang PAS dikepung oleh pelbagai parti untuk lebih selesa menerusi pilihan raya nanti, cumanya Pas bertahan dengan Umno-BN ibarat sebagai sandaran untuk dapatkan apa2 'bantuan' di kala 'kecemasan' ketika berhadapan PH. Bukan ke tidak cerdik lebai begitu? 

Plan lokasi Peperangan Ahzab
Pas anggap PRU 14 perang ahzab lawan BN dan PH

Macam nie ke 'Ahzab' tu Pak Tuan? Nak lawan apa kalau macam nie? Taawun segenap lorong ? Mulut jer nak 'perang' ! Aksi bertentangan ! KahKahKah

Pas menganggap pilihan raya umum ke 14 akan datang ini sebagai satu ‘perang ahzab’ (gabungan) kerana parti itu terpaksa berdepan dengan gabungan parti-parti lain. 

“Kali ini kita akan berdepan dengan dua kumpulan Barisan Nasional dan Pakatan Harapan,” kata timbalan presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man... Teruskan baca di sumber ini.

~~~~~~~~

Sebelum hadi terajui PA$, mana boleh duduk duduk macam nie? Sekarang TITM kata nak berdepan dgn Umno & Barisan Nasional? Boleh percaya ke? Perang Ahzab apa macam nie? Yang nie lebai cari azab namanya? Chief Lebai selalu wirid akan sentiasa akan bantu UMNO. Lawan dengan Bantu sama ke? Lepas Bantu ajak lawan? Kah Kah Kah

TITM sebut akan hadapi PRU 14 dgn kemuncak gelombang fitnah dari media sosial yang luar biasa ? Yang PA$ dan Lebai duk 'fitnah' PH dan DAP tu - Baca di sini - Sekarang PAS gunakan taktik UMNO untuk menyerang Amanah dan DAP. Ini bererti PA$ itu adalah Umno dalam subjek yang sama untuk sama-sama membuat fitnah perkara2 yang tidak ada. Nak perang ahzab apa kalau sudah semacam Umno? Lebai - ini - memang sebagai penyelamat totok Umno. Lepas tu TITM duk war war nak 'perang ahzab' ? Nak perang dengan sapa? KahKahKah

INI AGAKNYA
'PERANG AHZAB' LEBAI 
PA$ dan lebainya di Pulau Pinang bukan makin cerdik malah jelas nampak semakin bangang sejak banjir kilat yang melanda pulau itu beberapa hari ini dijadikan isu dan alasan PAS akan menang besar di Pulau Pinang ? KAHKAHKAH.

Betapa bangangnya Ketua Pemuda PA$ P.Pinang bila mendakwa yg isu banjir ini, Pas boleh menang bergaya konon? Kenapa tak pakai logik bodoh ini yang PA$ akan menang besar kerana isu 1MDB, GST, Kleptokrasi dan seumpamanya terhadap Umno-BN ?. Tak berani ke lebai koman spanar nie nak berhujjah dengan Umno kerana Chief Lebai duk tatang Umno siang malam? KAHKAKAH

Memang lebai ini sighu haru biru sikit. Adakah ini juga secebis dari strategi lebai lancar 'Perang Ahzab' terhadap PH sedangkan TITM kata tantara Ahzab bagi PA$ dan Lebai termasuk juga BN dan PH sekali? Kebencian mamat lebai P.Pinang ini hanya kerana dendam kepada DAP sahaja? Bukan BN sama? | sumber .

Nak Perang Ahzab ke macam nie? Sejak bila Lebai PJ nie jadi Khadumb ? Khadumb MCA dan Gerakan ? Yer ler kerana dua parti Cina itu adalah saingan DAP. Itu pasal lebai sokong menyenget !!!!
Perang Ahzab versi Lebai dah tak pilih lagi siapa yang patut jadi lawan? Ini adalah bahana Lebai bermain dengan Umno yg disangka sebagai 'Permata Di Perlimbahan' ! Perang 'parti suci' ini dah jadi semakin kotor. Perang Ahzab versi lebai.

Pas itu 
'Ahzab' nya dgn Umno !
Lebai Idris Admad menegaskan, Pas tidak akan bersama dengan BN dan Pakatan Harapan (PH) pada pilihan raya umum ke-14 (PRU14).
Konon katanya, ada pihak yang ‘sengaja buat tidak jelas’ kerana ‘tidak ada modal’?.

“Modal Pas bersama dengan Umno yang dituduh kepada Presiden Pas sejak 2008. Kalau ada anak sekolah sudah masuk belajar darjah tiga. Pas masih tidak bersama. |
Baca Terus Bro.Lebai ini ketinggalan ropanya, tahap kamu tu tidak memberi apa2 kesan besar kalo bertutur apa pun ! Hadi dan Najib tetap bersama, hanya kamu yang bebal. Chief Lebai kamu sentiasa saling hang aku berhubung , bukan dengan kamu. Siapalah kamu tu? Sekali Chief Lebai kamu batuk, kamu kena siapkan 'ubatnya'. Selangor hampir tercabut tiang serinya seminggu lalu. Baca pautan (Straits Times) di atas sana. Nak bersama sampai tara mana lagi? kalau tiap hari Chief Lebai berhubung dengan Umno? KAHKAHKAH Pas itu 'ahzab' nya dengan Umno. Jadi nak 'perang' dengan Umno ke? Hadi pernah kata, Pas akan sentiasa sokong Umno. Lihat kat bawah. Itu janji Chief Lebai tu ! Tak bersama lagi? Hahahahaha. 


Lihat di sini dan di sini Dia pula nak tentukan supaya blok blok pembangkang pilih Umno di PRU 14? Perang ahzab laa konon !?. KahKahKah.

LUBUK AZAB INI
BANYAK  DI KELANTAN?
Peringatan dari Allah di ayat 28 (سورة العنكبوت

وَلُوطًا إِذۡ قَالَ لِقَوۡمِهِ إِنَّكُمۡ لَتَأۡتُونَ الۡفَاحِشَةَ مَا سَبَقَكُم بِهَا مِنۡ أَحَدٍ مِّنَ الۡعَالَمِينَ (28
)


Dan (ingatkanlah peristiwa) Nabi Lut ketika dia berkata kepada kaumnya: Sesungguhnya kamu melakukan perbuatan yang keji, yang tidak pernah dilakukan oleh seorangpun dari penduduk alam ini sebelum kamu.. ayat 28 سورة العنكبوت .

Sila lawati - Babab.Net - Yang ini PA$ dan Lebai tak mahu perang 'Ahzab' ke? Kelantan digelar 'Serambi Mekah' sekarang dah jadi 'Serambi Sampah' dari longgokan sampah yang tidak terurus dgn baik sampailah jadi lubuk sampah gay dan menghasilkan kes HIV tertinggi? Ini patut sangat Pak Tuan Berahim isyhtihar 'peperangan' 'Ahzab' terlebih dulu agar Kelantan di bawah 'parti suci' ini bersih dari gejala paling aib ini. Jangan jadi seperti Kota Sodom (Saddum) yang telah binasa akibat kebuasan manusia yang songsang perilaku nya. Umno pulak yang sensitif berita macam nie? itu pasal Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar & Wilayah membangkit kan isu menjijikan ini. Nak harap lebai? LEBAI duk kalut pecerah hutan cari pitih sampai sampah depan mata begini pun tidak mapan dilihat lagi? Ini 'lubuk' banyak azab. Peranglah 'Ahzab' yang ini ter lebih dahulu? KahkahKah.

TITM patut mulakan 'perang ahzab' nya vs gejala maksiat paling hina ini. Ini adalah 'awaliyat' atau keutamaan yang perlu lebai tangani terlebih dahulu. Jangan hanya tahu 'perang ahzab' dengan musuh politik saja ! Malu Kelantan macam ni bro ! Dahlah sampah tak terurus, sampah manusia begini pun berlambak membiak di sana. 

LEBAI
NAK 'PERANG AHZAB' ?
Bacalah dari ayat mana pun, bagi orang2 yang menzalimi sesama manusia tidak akan ada pertolongan dari Allah. PA$ yang ber sekongkol dengan UBN pun sama mendapat sahamnya kerana kata Anuar Musa, Pas dan Umno boleh berkerjasama kerana miliki DNA yang sama.? KahKahKah. Betul kata Annuar Musa tu pasai dua-duanya pembelit no. wahid. Satu pembelit Melayu, satu lagi pakar pembelit 'agama'. Itu gamaknya Annuar Musa terperasan? Lihat kenyataan Annuar Musa -di sini- Habis tu nak lancar 'perang suci' ke atas BN? Kan ke Umno dan PA$ sama DNAnya? Kah Kah Kah.

SAMA DNA ?
Dulu musuh tegar di era UFN. Sekarang memba kamcing, pantang aja jamuan, adalah lebai sama. DNA sama yob ! Nak lawan apa se macam ini Pak Tuan? Pakai hanyutlah. Ahzab kemana apa ke mana? KAHKAHKAH
 
Umno sedang mempermainkan Pas dan Lebai. Ini yang patut TITM berikan 'fokus' dgn hadapi Umno terlebih dahulu sebelum syeronok nak lanyak Blok Pembangkang kerana Pas dan Lebainya belum sadar yg Umno tidak pernah ikhlas dengan PA$ dan akan tetap dan terus membaham Lebai dan PA$ tanpa bersisa kiranya mereka betul2 kuat nanti sekalipun DNA nya sama. Kahkahkah

Kemesraan ini akibat dari DNA yang sama. Begitulah kata Annuar Musa - sini - Mafhumnya rancangan Pak Tuan Ibrahim nampaknya tidak kesampaianlah.

Bila DNA nya sama? Kenapa rosyom jer Pak Tuan? Macam tak selesa jer? Senyum laa sikit? Bolehkah nak 'Perang Ahzab' dengan memba baru tu? KahKahKah

Kalau begitu? Tiada 'Perang Ahzab' lah seperti didakwa oleh TITM itu? Kan ke sia-sia saja namanya tu? Chief Lebai dah potong 'stim' Pak Tuan ni? Hahaha


Hadi berkata PAS tidak akan membenarkan orang bukan Islam perintah Sarawak, termasuk daripada DAP. Bingung dengan sikap Hadi, Abang Johari berkata parti Islam itu mengetengahkan seorang calon Christian, Clement Bayang, sebagai calon kerusi Kakus...“Mana satu yang betul? Mereka (PAS) kemuka calon bukan Islam tetapi mereka kata Sarawak hanya boleh diperintah oleh orang Islam? Baca lagi di FMT .

Inilah sikap PA$, Celaghu habis, macam tu ke 'Perang Ahzab' ??
Ahzab mai kok mana? Ahzab versi PA$ tu..Kan ke DNA sama dengan Umno? Serba bolehlah bro ! KahKahKah


                                        Ternyata PAS Itu 
                                    Pengkhianat Sebenar




Posted by Md Tanjong at 1.01 am



Comments

  1. Apb seseorg itu bertafakkur @ merenung @ bermeditaasi kdlm diri sprt yg nabi SAW pernah lakukan ddlm gua Hira', dia akan mndt CAHAYA kesedaran diri..

    CAHAYA kesedaran ini mmbawanya jauh luas dan terbang tggi seluas setinggi universal-UNIVERSE yg dimiliki oleh yg maha2SATU yg juga mnjd pemilik CAHAYA kesedarannya itu..

    CAHAYA kesedaran itu mmberinya seindah2 ERTI bhw semua dan sgl2 yg dpt dirasa dan diSAKSI kannya itu adalah milik milik milik dan milik yg maha2SATU itu hatta jasad dirinya sendiri..

    CAHAYA kesedaran itu mmbawa pengertian yg besar lg mendalam kpdnya bhw LANGIT, BUMI, BULAN, BINTANG2 dan MATAHARI juga adalah milik yg SATU itu..

    Tiba2 kita mnjd seolah2 lupa seolah2 mabuk dan gila bila kita mendakwa bhw AGAMA @ negara ini aku/kita yg punya!?

    Lebih mabuk dan lagi gila, bila kita terus mndakwa bhw tanah ini aku/kita yg punya.. hatta kaum dan bangsa ini juga aku/kita yg punya..

    Semua itu gara2 GELAP GELAP GELAP dan GELAP yg langsung tiada CAHAYA kesedaran diri..

    CAHAYA..

    CAHAYA kesdaran diri yg tggi, akan mmbawa bersamanya nilai2 UNIVERSAL Azali yg sgt2 luhur LURUS telus tembus KUDUS dan suci..

    CAHAYA kesedaran yg tggi akan dtg bersamanya nilai2 TUHAN yg penuh Integrity transparency jujur adil lg amanah kpd seluruh ummah tanpa bias dan prejudis hatta kpd haiwan serta tumbuh2an sekalipun, dan inilah sbnr2 CAHAYA CAHAYA CAHAYA dan CAHAYA yg tlh dibawa oleh nabi2 serta wali2NYA..

    Inilah CAHAYA pengikat Kaseh Sayang, CAHAYA CINTA abadi sejak dari azali.. yg samaskali tiada n tiada wujud "ego" status-quo pentingkan diri sebaliknya sgt2 kaseh utk kaseh memBERI lg saling kaseh utk BERI dan memBERI..

    Suburkan CAHAYA kesedaran yg miracle ini.. krn ddlm CAHAYA yg indah ini tiada lg kesumat dendam iri hati maki hamun serta kata2 yg kesat lg..

    Subur dan war2kan CAHAYA kesedaran yg indah ini krn ddlm CAHAYA ini tiada lg KEGELAPAN yg pasti tak akan wujud lg pencuri, kleptokrasi, fitnah, rasuah, pembunuhan dan sgl ONAR cover-up konspirasi2 yg jijik dan keji..

    Ddlm CAHAYA kesedaran ini pasti bercambah berganda2 bakat MERIT "elegance-MIND" yg dpt mmbantu menyelesaikan2 masaalah2 ekonomi dan sosial dll diluar jangkaan..

    Suburkan war2kan CAHAYA dan tenaga baru ddlm jiwa kita dan generasi ini, krn kita semua sedang menuju kearah CAHAYA yg lebih bersinar lebih gemilang..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?