Ekonomi negara sudah dijajah - Perkasa

Perkasa mula bersuara. Malaysia dah hilang jati diri lagi bila laluan ke majlis pecah tanah Projek ECRL di Kotasas Kuantan penuh dengan bendela berbahasa Mandalin bro ! KahKahKah

Kata PERKASA Kerajaan gadai maruah demi pembangunan, membuktikan negara sudah dijajah melalui ekonomi. | Maruah apa lagi yang tinggal? Melayu kat kampung & pendalaman merangkak nak cari makan, siswa tahan lapaq untuk belajar, makan nasi kosong dengan kuah ajer ! Umno tak payah la nak bercakap pasai 'maruah' ! nak termuntah dengar. 

Perkasa nie dulunya macam PA$ dan lebainya juga, apa depa buat untuk mengekang ini semua? Kerja buat depa tak ubah macam 'Cawangan Baru Umno' sahaja, sokong kleptokrat setengah mati. Lepas tu duk merungut! Too late bro !.

Awat Perkasa baru tahu ke? Ini bukan sangat soal pembangunan, tak ada ECRL tu pun, rakyat tak susah mana nak pi sana sini, lebuhraya meghasak rata negeri. Inilah bahana kalo negara terlalu ber hutang sampai apuih kepala., terlampau boros dan terlampau lampau membazir. Kutipan GST dan segala macam cukai lain duk tak cukup situ laaaa nak kambuih hutang. Kutip pi laa banyak mana pun, hutang tak terbayar juga. Miyak pula saban minggu bertukar harga, naiknya lebih kerap dari turun. Mana pi segala hasil dan mahsul tu? Mana Pi? 

Hasil mahsul negara mencakup berbagai, dari laut hingga ke darat. Bila tidak ada pemimpin yang Amanah, yang hanya berkongsi harta negara untuk sendiri dan kroni? rakyatlah yang tanggung beban dan bahananya. Mereka  yang di atas tu..... pejam celik pejam celik semuanya ditanggung beres ongkosnya. Rakyat?; terus kemeres & pepes.

KAHKAHKAH

HIDUP MELAYU!
HIDUP UMNO !
HIDUP BAHASA IBUNDA !!!



Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mendakwa Majlis Pecah Tanah projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kotasas Kuantan hari ini membuktikan berlakunya penjajahan ekonomi terhadap Malaysia.


Syed Hassan Syed Ali
Setiausaha Agungnya Syed Hassan Syed Ali berkata, pertubuhan itu berasa kecewa kerana identiti negara hilang apabila projek mega kerajaan persekutuan itu dilaksanakan secara rasmi. "Perkasa sangat kecewa identiti negara hilang dalam majlis tersebut. Kelihatan bendera sepanjang jalan dalam bahasa Mandarin. Satu bendera Malaysia pun tidak ada.

"Apakah tidak dibenarkan bendera Malaysia diletak atau digantung untuk majlis tersebut?," soalnya dalam kenyataan hari ini.

Kata Syed Hassan lagi, pengacara majlis turut berbahasa Mandarin.

"Kemungkinan dibawa dari China. Permulaan penafian Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan.

"Lori-lori dan jentera berat juga dibawa dari China. Perkasa mahu tahu apakah pemadu lori-lori dan pengendali mesin-mesin khas untuk pembinaan track keretapi itu juga dari negara China?

" Jika benar, apakah rakyat tempatan tidak mampu memandu atau mengedalikannya? Dan berapa ramai pekerja dari tanah besar China akan dibawa masuk untuk bekerja di projek ECRL ini?," soalnya lagi.

Perkasa ujarnya lagi, menganggap pemimpin kerajaan hari ini sanggup gadai maruah negara dan bangsa demi projek pembangunan.

"Hal ini tidak berlaku semasa negara membina KLIA, Putrajaya, ERL, LRT, Litar F1, West Port, Menara Berkembar Petronas dan lain-lain projek mega negara sebelum ini.Di manakah jati diri pemimpin-pemimpin negara sekarang," ujarnya. Sebagai rekod projek berimpak tinggi di bawah Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK-11) itu melibatkan pembinaan landasan sepanjang 688 kilometer dengan kos sebanyak kira-kira RM55 bilion.

Pembinaannya akan menghubungkan Lembah Klang dengan negeri Pahang, Terengganu dan Kelantan selari dengan inisiatif kerajaan untuk menyediakan kemudahan infrastruktur negara dan menaik taraf pengangkutan awam di luar bandar.

Hari ini perdanan menteri telah menyempurnakan majlis pecah tanah projek ECRL di Kotasas sebuah syarikat yang terbabit sama dalam projek mega ini, yang menandakan bermulanya perubahan dan pemangkin pertumbuhan ekonomi baharu di Pantai Timur.

Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob; Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman; Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob; Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr. Mohd. Irwan Serigar Abdullah yang juga Pengerusi Malaysia Rail Link Sdn. Bhd. (MRL) dan Pengarah Eksekutif Kotasas Sdn. Bhd., Tengku Amir Nasser Tengku Ibrahim.

Acara itu turut disertai Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai ; dua Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan dan Datuk Seri Nancy Shukri; Ahli Majlis Negeri China, Wang Yong selaku wakil khas Presiden China, Xi Jinping; pegawai kanan kerajaan China serta pemegang kepentingan projek berkenaan... - sumber 1 - sumber 2 -



Cinta (Kasih) kepada WATAN [Negara] itu adalah sebahagian dari Iman.
Sedikit Renungan.
Pemilihan Mekah sebagai tempat tinggal Nabi Ismail dan Siti Hajar dengan perintah Allah swt, dan Nabi Ibrahim rela dengan tempat tinggal tersebut. Namun Mekah bukanlah tempat subur dan buah dan biji-bijian tidak dapat diproduksi dari sana. Inilah rahasia kenapa Nabi Ibrahim as berdoa pula dan mengatakan:

رَبِّ اجْعَلْ هذا بَلَداً ءامِناً وَارْزُقْ أَهْلَهُ مِنَ الثَّمَراتِ مَنْ ءامَنَ مِنْهُمْ بِاللَّهِ وَاليَوْمِ الآخِرِ


“Ya Tuhanku, jadikanlah negeri ini negeri yang aman sentosa, dan berikanlah rezeki dari buah-buahan kepada penduduknya yang beriman di antara mereka kepada Allah dan hari kemudian.” (QS. Al-Baqarah [2]: 126.)


 Allah swt pun memberikan jawaban positif kepada nabi Ibrahim as dan berfirman, mafhumnya : “Dan kepada orang yang kafir pun Aku beri kesenangan sementara, kemudian Aku paksa ia menjalani siksa neraka dan itulah seburuk-buruk tempat kembali.”
(QS. Al-Baqarah [2]: 126.)

Imam Baqir berkata: “Karena kesan dari doa inilah buah-buahan dibawa ke Mekah dari tempat-tempat lain.” [ Tafsir Al-Burhan, jilid 1, hal. 154. ]



| Posted By Mat Tanjong at  1.50am .


Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$