Prof Agus Balun Walauns dan Pentaksub Tegar PA$ Kaw Kaw [video]

Bagaimana Pas cenderung kepada kezaliman bro ?
Ini ada satu komen menarik dari Sheikh Omar Ali tentang PA$ yang telah hilang jati diri. DAP tak la hilang roket kata Sheikh..sini. Aku sedut sikit apa yang Pak Sheikh ni kata.

Pas hari ini jelas telah berubah. Bagaimana Pas cenderung kepada kezaliman? Soal Pak Sheikh lagi. KahKahkah

Pas bersikap pelik pada hari ini apabila begitu intim dengan pemerintah zalim.

"Dengan segala kemungkaran nyata yang telah dilakukan oleh Umno-BN yang menekan rakyat dan menjarah harta negara, bagaimana Pas boleh begitu rapat dan cenderung kepada mereka?

"Adakah Pas telah melupakan nasihat para murobbi (pendidik) dan pemimpin terdahulu mereka sebelum ini? Apakah PAS sudah lupa kata-kata yang sering diungkapkan oleh Al-Marhum ustaz Fadzil Noor "Ulamak yang jahat ialah ulamak yang menyerondoi di pintu-pintu umarak"?..Sheikh Omar Ali]


Prof Agus Belasah 
Pentaksub Tegar PAS

Sudah dua hari saya marahkan pentotok tegar PAS. Saya sudah terlalu kasar dan gunakan perkataan ‘saya benci’ dengan puak ini. Itulah gambaran kemarahan saya.

Kenapa marah? Kerana apabila saya menulis meminta kerajaan negeri memperhatikan keselesaan dan keselamatan rakyat sempena Hari Raya, mereka ini menasihati pula saya supaya tidak mengkritik kerajaan negeri. 

Saya tidak mengkritik pun, saya cuma menegur dan memperingatkan kerajaan negeri supaya beri perhatian kepada masalah air, jalan dan sampah. Buatkan rakyat negeri bangga dengan negeri dan kerajaan mereka. Tidak ada soal politik pun.

Malangnya, pentaksub tegar ini menganggap teguran saya kepada kerajaan negeri sebagai satu kesalahan yang bertentangan dengan agama. Mereka mengatakan kerajaan tidak boleh dikritik; kerajaan hanya boleh ditegur secara berhemah. Bagi memperkuatkan hujah, diselitlah hadis-hadis berkaitan.

Saya tanya balik pentotok ini? Apakah kerajaan negeri maksum sehingga tidak boleh dikritik? Jika kerajaan negeri tidak boleh dikritik, apakah PAS tidak mengkritik kerajaan BN semasa kempen PRU 1999, 2008 dan 2013 ketika PAS berada dalam pakatan BA dan PR?

Mereka menjawab pertanyaan saya dengan menyatakan kerajaan negeri tidak boleh dikritik kerana kerajaan negeri adalah kerajaan Islam. Bagi mereka, tidak mempertahankan kerajaan negeri akan menerima balasan Allah nanti.

Inilah yang saya tegur. Apa kaitan mempertahankan kerajaan negeri dengan meminta kerajaan negeri menjaga kebajikan rakyatnya? Tanpa menjawab pun pertanyaan saya, alih-alih saya pula yang dimarah oleh pentaksub tegar ini.

Mereka dakwa puila saya hanya berani tegur kerajaan negeri. Mengapa tidak kritik kerajaan pusat yang rasuah dan lainnya. Mereka juga suruh saya balik Kelantan dan buat sama baiki air dan kutip sampah. jangan sekadar hanya bercakap dan mengkritik, kata mereka.

Apakah bangangnya pentaksub ini? Saya tegur kerajaan negeri untuk keselesaan rakyat yang hendak beraya, biarlah saya selesaikan hal ini dahulu. Mengapa pula perlu dikaitkan dengan kerajaan pusat? Lain saya tulis, lain mereka bahas.

Inilah yang menyebabkan saya marah dengan pentaksub ini. Bagi saya puak ini adalah perosak agama, imej parti dan pemecah belah masyarakat.

Saya tidak bermaksud menujukan tulisan ini kepada kawan-kawan saya dalam PAS dan penyokong PAS kerana saya tahu pemikiran kita tidak sebegitu.

Saya menulis ini untuk menunjukkan kemarahan saya kepada pentaksub tegar ini yang sememangnya bangang tahap gaban, tetapi perasan lebai dan cerdik.

Jika saya jumpa pentaksub sebegini, saya akan bawa mereka ke pakar psikiatri untuk mendapat rawatan jiwa sebelum terus merosakkan keharmonian bangsa dan negara ini.

Mohammad Agus Yusoff

Via - Kedahlanie

Dua Video Menarik
Wajib tonton dan dengar.


PAS Tak Ada Wakil Rakyat Berkualiti Di Parlimen -
Prof Agus.
Cina Yang Kamu Maki Sebagai Kafir Harbi Itulah Yang Menangkan Kamu Dalam PRU13 Dulu.
Published on Jun 27, 2017
Lebai Coba 
'Cover Line' tu


Kelantan bukan Mekah, ia sekadar serambinya, kata Nik Abduh
AJk Pas Pusat Nik Abduh dalam nada sindiran hari ini seakan mempertahankan kewajaran kehadiran penyanyi rock Awie  mengadakan persembahan di Kelantan pada Sabtu lalu.


Pengguna media sosial turut menyifatkan kedua-dua persembahan hiburan tersebut bercanggah dengan ciri Kelantan yang sebelum ini digelar Serambi Mekah dan mempunyai banyak sekolah pondok dan ramai ulamak itu.

Tidak kurang juga menyindir Pas yang menerajui kerajaan negeri Kelantan pada masa ini sudah 'maju' Membangun Bersama Rock selain Membalak dan Melombong Bersama Ulamak.  sumber .

Lebai nak cover line bro, tapi tak cerdik... Dah kena sumpit berbakul-bakul pasai bawa Awie. Nak bawa 'penyanyi' tak salah. Yang dipertikaikan ada susuk penyanyi yg ada 'track record' yg langsung tak 'suit' dengan imej Islam Kelantan. Jaga la nama baik 'serambi' tu. Alasan lebai nampak rapuh sangat. Mamat 'snooker' nie tak faham mana satu serambi, mana satu Mekah? Kalo tidak tak payah laa gelar Kelantan tu 'Serambi Mekah' ! Kah Kah Kah 

KEJAYAAN UMNO TIPU PAS RUU355 


Jati Diri Lebai
Hilang Bersepai

Sisipan Sempoiii!

Cukuplah baca luahan 'gadis' ini ! Dulu dan sekarang PA$ dah macam langit dengan bumi. Jati diri lebai dah hilang bersepai. Lunyai.

Lebai Agah?  

Bukan agah lagi? Habih tu apanya lebai? PA$ tak pernah menang di tempat lain dari Kelantan dan T'ganu jer. Kedah, Selangor dan Perak hari tu pun pasai 'team up' dengan PR. Kalo tidak jangan mimpi lebai boleh duduk di kerusi sekarang ini.... Kali ini Kelantan akan 'ranap' oleh 'nyamuk' AMANAH yang lebai kata dulu tu. Umno pun tak akan 'berlembut' dgn lebai-lebai perasan nie kalau pasai nak menang PRU ! Lebai ini bukan apanya, bimbang teramat sangat kerusi empuknya di K'tan akan 'spring' habis kat PH nanti. Tu yang kuat meracau sekarang ini tu. KAHKAHKAH.

Kuda 'Hitam' Lebai?
Tapi aku suka lagu ni bro !!

Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Larilah hai kudaku
Larilah ayuh lari
Gerakkan keretaku
Kawanku telah menunggu
Ayuh lari … uh
Kudaku lari gagah berani
Ayuh lari hai kudaku lari
Kudaku lari kencang
Rasa hatiku girang
Kawan kawanku riang
Ah … ha …
Kalo mampu pakai la keta besaq mana pun, cuma
bila 'lebai' pamirkan sebegini nak dijual ke hape ke, persepsi ramai tentu berbagai? Kalo kita tu daa'ie ! menayang sebegini bukan citra seorang 'ustaz' dan lebai ! Musykilnya di sini sembang lucah, mamat lebai ni. Ini hanya untuk meng ingatkan kita semua bahawa walaupun pada zahir nya ada yang pakai jubah dan berlilit serban macam mamat ini, tidak semestinya dia benar-benar beramal dengan ajaran al-Quran dan Sunnah Rasul.
Hingga ke hari ini, Mokhtar Senik tidak berani mengambil tindakan undang-undang walaupun individu yang mendedahkan perkara tersebut telah mencabarnya secara terbuka supaya melakukannya. Kenapa? Baca lagi di Walaun memang buta dan tuli . Tapi walauns tetap taksub tahap gaban, perasan lebai Pas semua ceghedik & bersih seperti yang diluahkan oleh Prof Agus di atas tu.

PA$ dan
Dakwahnya?


PA$ mana lagi ada dakwahnya. Sibuk politik dgn Umno je sampai hilang 'momentum' asal 'politik dan dakwah'. Bukan Islam dah hampir sangat nak 'dekati' Pas sebelum dan semasa Pru 13 dahulu? Kini semuanya lari dari Pas. Umno pun Pas tak mampu nak berdakwah sebaliknya Umno yang 'dakwah' Pas ikut cara dia. Selepas Pru 13 akhlak Islam hancuz dilunyaikan oleh para lebai dan walaunnya. Jangan mimpi lagi nak dapatkan sokongan dari bukan Islam yang kecewa dengan sikap lebai 'menjunjung' Umno bagai nak rak. KahKahKah

LEBAI
Penakut Nak Berdebat?


Bila orang yang dicabar debat bersungguh2 nak kan debat jadi realiti. Lebai mula jadi tak tentu arah sampai nak 'sekeh' pencabarnya. Akhirnya lebai sendiri 'melutut' minta ihsan? Lebai sebenarnya 'PENAKUT' nak berdebat, bimbang akan jadi lebih kerosot dan hilang hormat semua yang melihatnya betapa lebai jauh tersasar kalau debat itu diteruskan? Inilah juga yang terjadi bila saja Prof Agus menegur masalah air, jalan dan sampah. Walaun memang tongong. KahKahKah 

Video Menarik  

PAS Bantu UMNO Nak Lingkupkan Malaysia!


Posted by Mat Tanjong at 8.42 am



Comments

Popular posts from this blog

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$