Pedukang Dan Kalamanyarq Politik Lebai PA$ - [video]

Kalamanyarq atau melenyarq dalam bahasa utara adalah bermaksud terlampau gatai bercakap, gatai
menjampuk, suka menunjuk sampai tak tentu arah. Tak faham apa pun nak bercakap juga. memang orang jenis ini macam berpenyakit lagi kronik. Lebai jenis 'pedukang' politik. Dia sapu semua.... KahkahKah

Tanpa memahami 'isu' sebenar, dia terus mencelah. Ada saja labon dia hingga diketawakan orang.

Itulah Lebai dan walauns yang merasakan diri mereka tu 'ceghedik' tetapi yang terserlah adalah sebaliknya. Tersingkaplah 'Dol' dan kebebalan serta betapa jahilnya mereka dalam isu-isu yang hendak dibangkitkan atau sewaktu cuba 'patahkan' hujjah lawan. KahKahKahKah.

Isu bermula


Dakwaan Hj Hadi ‘masuk campur kuasa asing’, hanyalah satu tohmahan dan Hj Hadi merupakan pembela kepada kleptokrasi kerajaan pimpinan PM Najib. Dakwaan bahawa Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas kurang maklumat dan merupakan pembela kepada kleptokrasi Najib jelas terserlah bila mana sebelum ini, Hj Hadi mahukan 4 saksi, arwah Mursyidul Am Pas, Haron Din kata mustahil Najib gunakan akaun peribadi masukan duit dari 1MBD. Kemudian Hj Hadi dan Lebai-lebai Pas menuduh Amerika Syarikat campur tangan dalam siasatan 1MBD..
Bila tanpa 'maklumat' cukup, nampak sangat lebai tak 'smart' dalam menangani satu2 isu..akhirnya di ketawakan orang dgn kenyataan2 bebal tadinya. Hingga Timbalan sendiri 'fening2 lalat' nak jawab
balik. Inilah politik kalamanyarq bro, asyik nak seghebu tanpa tahu ujung pangkal.. 
~ Layan di sini bro ! .

Lebai Dua
Taruh balik?
1MBD : TITM akui Hj Hadi dan Lebai-lebainya membuat kenyataan-kenyataan bodoh tanpa cukup maklumat, pasai - nya lebai maleh nak buat 'homework' atau memang tak ada 'skill' mcm Rafizi, sebab itu ada sorang lebai kata, kalo kami ada maklumat macam Rafizi, kami pun akan dedahkan? KahKahKah.

Amanah dan PH dah pun buat roadshow satu Malaya, baru nie Mat Sabu, Bro Saif dan lainnya adakan siri penerangan kebobrokan 1MDB di Sg. Lalang Kedah dan di Pekan Penaga SPU. itu yang dekat dengan aku.

Dalam masa yang sama Lebai PA$ baru duk war-war nak buat sidang meja bulat nak bincang 1MDB? KahKahkah.

Betapa 'ketinggalan'nya lebai dalam soal sebegini? Orang dah masuk gear lima, lebai baru duk tercari kunci kereta yang hilang lagi? Kunci 'spare' tak ada laa tu? Nak bincang apa tu Lebai? Pakai tikam turut Lebai Tua tu sudahlah.Nanti tak walak pula? KahKahKah...Tengok Sini .

1. Pas memilih jalan teramat sukar, bila TIDAK buat "kerja rumah kerjasekolah" yang mendalam dan cermat dalam Isu Skandal 1-MDB, terutama dlm isu pendedahan/saman DoJ Amerika.

2. Pas mengambil jalan pintas "menadah kitab" dari Umno, dan "mengambil" hujah2 Umno dlm membuat kenyataan umum kpd Rakyat soal Skandal 1-MDB.

3. Sepatutnya, Pas kembali merujuk kpd Al-Quran & Hadis, bebaskan minda bias kpd mana2 pih... ~Teruskan .

Nampaknya Pas dan Umno masing-masing mendabik diri mereka kononnya berjuang untuk memperkasakan Islam.

Tidak malukah orang yang mengaku ulama macam at-Takiri ini boleh mengiktiraf Najib dan Umno sebagai memperjuangkan Islam? Sedangkan satu dunia telah tahu bahawa Najib adalah seorang Kleptokrasi - pemimpin negara yang mencuri wang rakyat dan negaranya sendiri!.. (Kameel Abuya) .


Lebai ada prinsip ke? Prinsip apa lagi yang lebai ada? Muktamar yang putuskan Pas dengan PKR dah berkerat rotan, fulus punya pasai? bawa kpd MSU pula, lepas tu jadi bola lisut. Memang lebai muka tak malu, simpanlah prinsip hangpa tu. Lebai nak ber 'dangdut' pula? Lebai terlebih melenyarq. Tu yang jadi kalamanyarq tu. kahkah Kah

Lebai perasan sungguh ingat dia dan puak dia saja celik al-Quran? Analogi bangang mana duk mai nih? Aloo Lebai, ramai walauns dalam Pas tu yang masih merangkak membaca al-Quran, setengah tu baca fatihah pun spring. Celikkah mereka? Kalo suruh walaun baca pakai kelas al-Quran minggu depan pakat tak mai laa bro, baru suruh baca, belum lagi tanya hukum tajwid? Nak faham ayat? Nak amal ayat? Jangan duk tanya laa.Lebai seniri pun dah tak berapa amal
lagi dengan ayat 113 Surah Hud ini? Dah tak dengar ayat ini di pentas ceramah lebai, lebai dah tukar pi ayat lain, ayat2 ta'awun pulak, sekali pun bertaawun dengan para 'penzalim'? Sedangkan ayat 113 Surah Hud ini menyeru agar mereka yang mendakwa 'celik al-Quran' ini MENJAUHI puak yang sentiasa mempermainkan ayat2 al-Quran dan terus kekal dengan 'kezaliman' mereka? Tapi itulah orang yg Lebai kasihi, mesra dan sayang sungguh dengan mereka? Di masa lain lebai 'bergendang' dengan memainkan sentimen assabiah melayu yg juga ditentang Islam. Celik ke atawa lebai sendiri yang buta al-Quran? Janganlah Lebai rasa diri dan parti lebai tu suci meghelap tanpa sebarang titik noda. Usahlah Lebai cuba persoalkan nilai agama orang lain. Diri seniri pun gelong, tersasar jauh sangat sekarang ini.

وَلَا تَرۡكَنُوٓاْ إِلَى ٱلَّذِينَ ظَلَمُواْ فَتَمَسَّكُمُ ٱلنَّارُ وَمَا لَكُم مِّن دُونِ ٱللَّهِ مِنۡ أَوۡلِيَآءَ ثُمَّ لَا تُنصَرُونَ ١١٣
Dan janganlah kamu cenderung kepada orang-orang yang zalim yang menyebabkan kamu disentuh api neraka, dan sekali-kali kamu tiada mempunyai seorang penolong pun selain daripada Allah, kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan (Hud: 113) ] - Masihkah Lebai 'perform' dan konsisten dengan ayat ini? Sebab itu pertolongan Allah tidak sampai kepada parti Lebai kerana 'membelakangi' tunjang perintah yang jelas ini ! Walaahu'alam.

Jika ini adalah ancaman terhadap yang cenderung kepada orang-orang zalim, maka bagaimana (ancaman kerasnya terhadap) keadaan orang-orang zalim itu sendiri? Semoga Allah menyelamatkan kita dari kezaliman. (Tafsir As-Sa’di).
~ Ruj. Sini dan Sini .

Kalo yang keluar Pas buta al Quran, yang ramai dalam Pas tu pun ramai yang 'buta al-Quran'? Nak kira gimana tu dong? Jahil murakkab ke? tak mahu kira juga ke? Amanah yang lawan Pas pula dipanggil pengkhianat, yang tidak bersama Pas anti Islam; walaunta pun angguk-angguk macam itik kekenyangan turut buta tuli. Tidak ada siapa yang berani membantah seolah-olah itu adalah suara wahyu! 

Ini lagi kes berat
Lebai melenyaq makin loklarq

Ini betul2 kalamanyaq, bukan main melenyaq lagi lebai sorang nie beb ! tak berenti nak cakap, bila di rasa nak tonggek nanti di pru14 mula la lebai yang tak ada standard ini meracau bagai murai tercabut ekor !
Kalo tolak Lebai Hadi umpama tolak Islam? Apa punya akai lebai macam nie? nak beza agama dengan PA$ yang sarat pembohongan dan penipuan para lebainya tak dapat nak beza. PA$ tu bukan agama. Ingat sikit dalam Pas tu banyak lebai yang karut. Mengundang artis yang kontroversi akhlak untuk progam 'Bike' Lebai seperti ini ?, bersendikan Islam ke? Sapa tak kenal artis tu? malas nak labon banyak ler pasai artis ni. Lu sendiri boleh pikior beb ! Kahkahkah

Inilah akibat walak yang tidak bersendi akhlak! Lebai di 'kultus'kan bagai makhluk serba suci yang tidak secubit pun melakukan salah silap lalu keluar lah kata2 lebai seperti di atas. Haih.


Adakah kamu hanya menyuruh manusia berbuat baik? Dan kamu lupa diri kamu sendiri sedangkan kamu membaca al-kitab (al-Quran), apakah tidak kamu berakal (berfikir)..mafhum ayat 44: Al-Baqarah..ruj. sini . Dulu lebai anjur jangan dekati orang2 zalim (terutama pemimpinnya) dgn selalu membaca ayat 113 Surah Hud. Sekarang Lebai yang terlebih cenderung sampai 'menjunjung' setia dengan para pemimpin tadi? Lupakah mereka para lebai ini dengan ayat tadi? Ada ke Lebai ingat 'dia' boleh lepas?, hanya untuk alasan 'berta'awun'?....., berta'awun untuk perkara yang 'baik'! Tetapi terus membungkam seribu bahasa dengan segala kebeja tan yang terhidang jelas di depan mata??? Apa lagi alasan yang mahu diketengahkan lebai?


Pecahberita

Kerajaan Pas Kelantan angkat pengusaha kelab malam?

Ketua Pemuda Pas Kelantan (berkopiah)
tersengeh lebar di sisi Awie dalam program di Kota Bharu semalam
Kehadiran penyanyi dan pelakon, Awie menyemp urnakan gimik pelancaran Kelantan International Bike Week di Kota Bharu semalam hangat diperkatakan di media sosial.Dalam prog ram berlangsung di pekarangan Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu itu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Belia dan Sukan negeri, Datuk Abdul Fattah Mahmood dilapor menyambut ketibaan Awie bersama kumpulan penunggang motosikal Wing Motor Gang Society.

Walau bagaimanapun, banyak pihak melihat kerajaan negeri Kelantan yang dikuasai Pas dalam keadaan terdesak untuk meraih sokongan golongan belia selain menunjukkan parti tersebut masih berpengaruh.

Ketua Pemuda Pas Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari turut hadir dalam program yang sebelum itu menyaksikan kematian dua penunggang motosikal selepas terlibat dalam kemalangan di Perak ketika dalam perjalanan menuju ke majlis tersebut..sumber .
Punya nak cari sokongan anak2 muda sokong Pas dan lebai kembali setelah Pas Kelantan macam dah nyawa ikan sekarang, lebai dah tak kira sapa dah untuk buat gimik kononnya ! Inilah kalamanyaq lebai di Kelantan, seghebu pun dah tak pakai topi keledar, orang kalo dh terdesak nak 'mati', ketul garam pun dia ingat pelampung bro ! Maka berpautlah lebai kat ketoi garam tu.. Lebai dah boleh kautim n intim dengan sapa saja laa nie bro ! Kah Kah Kah.

Kalo Amanah yg anjur konsert Awie di Klate tu...
Pecah HP walaun maki hamun...!
Bahasa mereka pulak....kapir, murtad, golongan fasik, perosak Islam, Islam liberal, Pengkhianat....

Tapi nasiblah pemimpin mereka yg buat...walaun kena telan. Telan bersama dangdut dut dut dut......
KAHKAHAKAH

Lebai Membangun
Bersama DangDut...
Lebai lama tak pi 'mengurut' tu, urat dah bersimpul, jadi program ini sekurangnya mengem balikan lenguh2 sendi tu. Dut lebai Dut, Lebai pun seronok berdangdut, hilang perut yang kedut dan bergendut..
Inilah 'kalamanyaq' politik lebai. Dulu harum sekarang hanyarq...KahKahKah

Sapa sebelah Awie tu? Kahkahkah
Jika PKR atau DAP atau PPBM atau AMANAH yang anjur program ini sahih akan dituduh mempersenda pemakaian serban dan menghina Islam..
Tapi bila "kerajaan islam"jemput artis sebegitu..siapalah saya utk protes ? Saya x sesuci mereka!...*Rizah Che Ali*
Jangan beli makanan dari peniaga yang tidak tutup aurat (Masa ramadhan). Tapi boleh bersama dengan yang punya 'nite club'..
- Lobai Pa$ -
Slogan Membangun Bersama Islam yang menjadi identiti Kelantan sejak Pas menerajui negeri itu pada 1990 telah diwarnai dengan persembahan hiburan malam tadi yang berlangsung hanya pada jarak kurang 10 kilometer.

Membangun Bersama Rock.
Membalak, Melombong Bersama Ulamak.
Syabbas Klate n Lebai !
Cepat sikit hangpa bungkuihh..
Hahaha. ~
Baca Sini .

Baca juga keluhan pelajar tahfiz dalam selembar surat terbukanya kepada para Ustaz dan pimpinan Pas bahawa kami pelajar tahfiz tidak bersetuju membawa Awie ke sekolah tahfiz atau pondok kami. Lihat (SURAT TERBUKA PELAJAR TAHFIZ SELEPAS AWIE BALIK).



Akhirkalam

Nak marah apa sangat ? kan dah jadi memba kamcing? Islam Digunakan Untuk Pertahan Kerajaan Perompak..Amanah sedih Lebai guna Islam pertahan kerajaan pencuri dan perompak. Kalo ini macam? bukan 'syubahat' ke? Ada saham tu beb? !


Lepas nie lebai boleh laa jemput Saleena Gomeh pula. Apa nak susah? Suruh dia nyanyi lagu Samiah Gamal, Oumi kalthom ke - video - Bunyi 'arab' tu, tentu semarak kan? Pakai tudung bawal bereh laa semua ! Bolehlah dia menyanyi lagu ni sama - video  - lagi sedap dangdut . Baru la lebai pakat melenyaq kalamanyarq..Moga anda terhibur wahai walauns dgn lagu - فريد الاطرش - ini .Hahaa

Adakah ini
Permulaan Penyimpangan Lebai?
(هذي القناه بدايه لكل فساد وانحراف ،، بدايه لكل شر) Adakah semua (hiburan lebai) yang terpapar ini sebagai satu jurus dan saluran bagi permulaan kpd setiap fasad@kerosakan) dan perlencongan ini,, sebagai permulaan bagi setiap kejahatan. 

Sejahil-jahil manusia ialah mereka yang meninggalkan keyakinan yang terpahat di sisi mereka selama ini dan menyangka ada *kebaikan di sisi manuasia lain..
~Ibn 'Attaullah As-Sakandari.  
Jika kamu hendak hidup bahagia, ikatkan hidup kamu dengan semua tujuan yang (telah pasti) [ISLAM] dan BUKAN dengan SUSUK MANUSIA tettentu.





Posted by Mat Tanjong at 2.47 am




Comments

Popular posts from this blog

Kerusi PAS Milik AMANAH - Salahuddin Ayub

PA$ Makin Terkoyak. Karut. wal Marut - PA$ Selangor dan Isu Syi'ah [2 video]

Bebal Punya PA$