Francissca ratapi ‘kehilangan’ Proton [Video]

Penyanyi suara emas ini antara penyanyi yang aku minat bro ! Jiwa nasionalnya membuatkan aku dan semua rakyat begitu kagum dengan stand ditunjuk an beliau. Cuma Pak Menteri saja lagi yang terus - terusan pertahankan segala apa yang diputuskan oleh menteri perdana, mereka pertahan 'setengah mati' walaupun merugikan rakyat. Tabik aku pada Francissca, kerana bersuara. 

Aku pun ada cerita berkenaan 'proton' ini bro ! Pada tarikh 3 Ogos 1985 Proton Saga model pertama kereta nasional dipertontonkan kepada orang ramai oleh PM Mahathir Mohamad masa itu di atas Jambatan P.Pinang. 

Sehari sebelum itu, orang ramai dibenarkan berjalan kaki di atas Jambatan yang juga dirasmi kan oleh Dr. M. Masa ini aku bertugas di sebuah kolej yg jaraknya lebih kurang 2km dengan jambatan. 

Kebetulan dua hari sebelum perasmian jambatan , anak ketiga aku lahir. Hari kedua itu aku tak mahu lepaskan peluang untuk bersama orang ramai ber jalan di atas jambatan tu bro ! Orang ramai terlalu sesak berebut meraikan peristiwa bersejarah ini. Kereta Honda Mini aku berasap enjinnya kerana terlalu panas . Aku tinggalkan kereta di bahu jalan dan terus berjalan bersama orang ramai menuju jambatan.

Sesampai di permulaan jambatan, aku bersua dgn sorang memba aku yg berbasikal, aku tahan dia dn pinjamkan basikalnya. Hang tunggu sat bro, kasi can aku pula. Slow slow aku paddle sampai tengah jambatan. Itulah pengalaman yg tidak mungkin aku lupakan. Tarikh pembukaan jambatan itu ada lah bersamaan tarikh lahirnya anak aku, senang nak ingat. KahKahkah

Betul kata fran, “Kita pernah ada kereta nasional, kini kita tidak lagi boleh berkata begitu.” Kita tidak ada lagi kebanggaan itu bro ! Proton hanya 'sekadar di pinggiran' saja. 

Kalau Fran ratapi kehilangan 'proton'? Apakah di sana Pak Pak Menteri tak merasakannya? Apa lagi yang tinggal untuk kita banggakan bro?   Kah Kah Kah
 
Hati sedih, hati pedih… 
Francissca ratapi ‘kehilangan’ Proton
Nawar Firdaws 

| June 6, 2017

Satu masa dulu dia terkenal dengan lagu mempromosikan Proton sebagai 'kejayaan Malaysia'. Kini semuanya hanya kenangan indah baginya.
PETALING JAYA: Francissca Peter kini memendam rasa sedih, dan seperti lagunya yang satu masa dulu menjadi siulan ramai, barangkali hanya mampu bertahan “sekadar di pinggiran”.

Selepas pengumuman kepentingan Proton dijual kepada sebuah syarikat China, Francissca kini meratapi “kehilangan” kereta nasional itu, dan mempersoalkan statusnya sebagai “Kejayaan Malaysia”, lagu yang dinyanyikannya untuk Proton lebih 3 dekad lalu.
Perdana Menteri, Ketua Menteri Pulau Pinang
bersama pasangan masing-masing sewaktu
perasmian

“Apakah ia akan dikenali sebagai kereta kebangsaan? Apa lagi akan dijual seterusnya?” soal penyanyi suara emas itu yang kini sudah menjangkau usia 55 tahun, dalam wawancara bersama FMT baru-baru ini.

Soalan yang dilontarkan itu hampir sama dengan luahan hati Tun Dr Mahathir Mohamad, yang secara terbuka berkata beliau menangisi penjualan Proton kepada Kumpulan Geely Holding dari China, umpama kehilangan anaknya.

“Kita harus tanya, apa lagi nak dijual?” kata bekas perdana menteri yang mengasas industri kereta nasional itu pada awal 1980-an, ketika berucap di Kampung Baru beberapa jam selepas pengumuman DRB-Hicom menjual kepentingan 49.9% kepada Geely pada 24 Mac. 

Hancurkan hati 

Tetapi kaitan antara Proton dan Francissca, atau Fran, sedikit berbeza.

Wanita ini meminjamkan aset suaranya, diabadikan dalam lagu untuk mempromosikan Proton Saga, model pertama Proton yang dilancarkan pada 1985.

Fran menyifatkan apa yang berlaku terhadap Proton sebagai “menghancurkan hati” beliau.

“Saya hadir pada majlis perasmian di kilang Proton ketika itu di Shah Alam.

“Saya melambai tangan dari dalam kereta Proton, seperti Ratu England sambil menyanyikan lagu Proton Saga.

“Saya amat teruja, teruja kita ada kereta sendiri, untuk mewakilinya, menyanyi lagu temanya.

“Ia kebanggaan negara,” katanya.

Fran merupakan penyanyi di sebalik puluhan lagu yang kerap memecahkan rekod pada 1980-an, dengan lebih 20 lagunya mencapai tempat pertama dalam carta lagu Malaysia. Ia termasuk suaranya bukan sahaja diabadikan dalam sejarah Proton.
Tun Mahathir
menyeberangi Jambatan Pulau Pinang
dengan kereta Proton Saga merah
pada majlis perasmiannya 3 Ogos 1985
Peranan Fran sebagai patriot negara turut dilihat dalam mempromosikan industri pelancongan negara seperti dalam lagu “To Know Malaysia is to Love Malaysia”, di samping lagu “Setia” yang merupakan antara projek pentadbiran Dr Mahathir dulu meraih sokongan rakyat menggunakan tema perpaduan. 

‘Kisah duka’ 2 syarikat diwakili Fran 

Kini, 2 syarikat kebanggaan negara yang diwakili Fran, sama ada berdepan atau sudah melalui krisis yang melunturkan kegemilangan silamnya.

“Sedih bila melihat semuanya berlalu sedikit demi sedikit. Seperti Proton, Malaysia Airlines pun cuba bertahan,” katanya.
Beberapa  hari sebelum Jambatan Pulau Pinang
dibuka kepada kenderaan awam  melaluinya untuk
pertama kali pada 1985, orang ramai telah diberi 
peluang untuk berjalan di atas jambatan sepanjang 13.5 km itu
Fran berkata, pemimpin negara sepatutnya cuba mencari jalan menyelamatkan khazanah negara daripada saling tuduh menuduh.

“Sepatutnya, kita bangga dengan apa yang kita bina, dan pastikan ia kekal milik kita,” katanya.

“Tetapi semua orang mahu jawatan tinggi dengan gaji lumayan, daripada cuba mengatasi kelemahan demi menyelamatkan perkara yang menjadi kebanggaan kita.

“Kita perlu melihat bagaimana kita boleh menyelamatkan simbol negara.”

Menurutnya, walaupun terdapat model Proton yang gagal, kereta itu berjaya memberi peluang kepada rakyat kebanyakan memiliki pengangkutan sendiri.
Proton sekarang ini hanya 
'Sekadar Di Pinggiran'
Bagi rakyat Malaysia?

Beliau menceritakan pengalamannya memandu sebuah Proton Tiara untuk beberapa tahun.

“Saya sangat menyukainya dan tidak mahu melepaskannya,” katanya, sambil mengaku kereta itu masih disimpannya walaupun sudah usang.

“Ya, ada yang kata Proton gagal menjana keuntungan. Tetapi apa yang kita lakukan? Adakah kita sekadar melihat sahaja ia berlalu dimakan karat?

“Seperkara yang membuatkan saya terkilan, mudahnya untuk sesuatu seperti Proton dijual,” Fran meneruskan rintihannya.

Baginya, penjualan Proton umpama kecurian, kerana pemilik sebenar kereta nasional itu ialah rakyat Malaysia.

“Kita pernah ada kereta nasional, kini kita tidak lagi boleh berkata begitu.”..sumber.


Segenap lapisan rakyat berbangga dengan
Proton Saga Merah Menyala ini bro, depa
raikan bila tiba raya ! Pembesar di negara
ini kurang selesa dengan kereta proton ini
Itu pasal jiwa mereka tidak terusik bila ke
pentingan dalam Proton terlepas kat asing
Hahaha.
Sekarang Proton hanya tinggal 
'sekadar dipinggiran sahja bagi
rakyat.Jangan sampai gigit jari
nanti ! Hahaha

Posted by Mat Tanjong




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?