Usah Mengintai Bumbung Janda Tu Lagi .

Beriya-iya PA$ ndak putuskan hubungan dengan PKR yang kononnya ada 'tahaluf siyasi' dengan parti komponen Pakatan Harapan itu. 

Dijaja sana sini, merata negeri kononnya dah pun buat keputusan 'memutuskan' hubungan dengan PKR. Johor, Kelantan, Terengganu semua sudah riuh habaq telah putus sini dan sini . Alasan remeh pasai Konsert Selena Gomez dijadikan alasan bagi mudahkan bercerai dengan PKR? Adakah 'alasan' ini masih terpakai? KahKahKah

Lepas selesai Muktamar 63 pun, tak putus2 lagi. Lebai cakap tak serupa bikin, masih tinggal se bumbung di Selangor tu, kena tunggu Majlis Syura Ulama pula bermesyuarat mengenai tahaluf siyasi itu dalam masa terdekat, pada hal masa bermuktamar baru nie, orang tu juga laa yang duduk dalam MSU PA$ tu ! Awat tiada keputusan. Mau tunggu apa lagi? Lebai makin terbelit.

Di mana maruah PA$ dan Lebai2 kat Selangor tu? Takut jadi 'duda' ke, Maka demi maruah 'jubah dan
serban' yang menjadi 'لباس التقوى' [ pakaian takwa ] para lebai itu, maka eloklah apa yang diriuhkan itu dikotakan secepat yang boleh! Kalo dah berpisah tu, tak payah lagi laa duk mengintai atap bumbung rumah 'janda' muda tu lagi, demikian kata kias dari Faiz Fadzil yang berisi sindiran tajam tu.

DEMI MARUAH.. 

USAH MENGINTAI 
BUMBUNG JANDA TU LAGI...


MENGINTAI BUMBUNG JANDA.

Ketua Dewan Pemuda Pas yang baru dilantik Mohd Khalil Abdul Hadi diminta mengambil nasihat peguam Pas atau mana-mana pakar undang-undang sebelum mempertahankan kedudukan 3 orang Exco Pas dalam Kerajaan Selangor.


Kenyataan beliau bahawa Exco Pas tidak perlu meletak jawatan kerana lantikan mereka dibuat oleh Pas. Kenyataan ini begitu naif tanpa merujuk kepada peruntukan undang-undang.

Lantikan Exco dibuat oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor atas nasihat Menteri Besar Selangor, Dato' Seri Azmin Ali sepertimana diperuntukkan Perkara LIII (53) Undang-undang Tubuh Negeri Selangor 1959. Perkara LV (55) pula memperuntukkan bahawa  Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan bertindak di atas nasihat salah seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri iaitu Menteri Besar dalam konteks perlantikan Exco.

Justeru, secara praktikal dan konvensyen, ketiga-tiga Exco tersebut dilantik oleh Menteri Besar dan bukannya Pas. Atas dasar inilah, 4 orang Exco Pas dikurangkan kepada 3 orang setelah Dato' Seri Azmin dilantik sebagai Menteri Besar dan tiada bantahan oleh Pas ketika itu.

Jadi, persoalan di sini, jika Pas mempunyai maruah, Pas harus bersedia menarik diri daripada pentadbiran kerajaan Selangor di semua peringkat termasuk Exco. Janganlah masih mengintai bumbung rumah janda setelah bercerai.

FAIZ FADZIL
29 April 2017


       و لباس التقوى وهو أن يحفظ اإنسان نفسه من الوقوع في أخلاق سيئة. Pakaian takwa ialah pakaian yang memelihara dirinya manusia daripada jatuh ke dalam akhlak yang buruk.







Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?