'Okestra' Lebai Selepas Pendedahan Rafizi [video]

Rafizi: Bekas timbalan presiden PAS Nasharudin terima wang 1MDB). Itu yang telah didedahkan oleh Rafizi hari ini khamis 13.4.2017 sumber sini.

Rentetan dari pendedahan itu makin panjang bro !
Lebai dan walauns PA$ mula 'bermain okestra' dg
lagu-lagu panas membara, sumbang sahaja lagu tu didengari, mana tidaknya? Asyik main lagu yang sama sahaja, membesar tahi ayam ler, tak terima satu sen ler, out of service laa, Rafizi bohonglah, semua asyik nafi saja ke? KahKahKah...

Sementara itu, Khalid Abdul Samad berkata, sekiranya apa yang didedahkan Rafizi itu benar, maka ia menjawab sikap pelik PAS pada Pilihan Raya Umum 2013. “Sama ada ia berlaku atau tidak, itu Rafizi kena buktikan kerana dia mengeluarkan kenyataan itu. Sekiranya ia berlaku, tak hairan bagi saya sini.

Respon segera dari lebai cepat sungguh bro, Rafizi ditempelak lebai dengan 'pendedahan' itu. Macam biasalah, hampir lebai yang sama juga yang cepat membalas, cepat kelupurr laa katakan! 

Apa pun sehari kemundiannya, Rafizi telah membuat 'Akuan Berkanun' berhubung dana 1MDB ke akaun Nasharudin dan kemundiannya telah menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM Ruj. Sini .

Tapi nampaknya tidak seorang pun di pihak lebai berani menyahut cabaran Rafizi lagi kecuali hanya nafi, sindir, label dan maki. Itu memang kebolehan lebai bro ! 

Pas dilihat semacam hendak cuci tangan dalam ha dapi isu ini. PAS berkata isu dakwaan penerimaan dana 1MDB oleh bekas timbalan presiden parti itu Datuk Nasharudin Mat Isa tiada kena mengena dengannya..Hahaha

Rafizi: Nasharudin terima wang 1MDB
Response Lebai
Okestra makin hot !   


Rafizi riuh sampai tak tahu dosa pahala, kata Nik Abduh, Ketua Pemuda PAS membidas Rafizi kerana membesar-besarkan 'tahi ayam'.Ketua Pemuda PAS Pusat Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengecam Rafizi Ramli hari ini kerana membuat tuduhan tidak berasas dan membesarkan-besarkan perkara kecil.

Kenyataan itu dipercayai merujuk akuan bersumpah naib presiden PKR itu hari ini, yang mendakwa bekas timbalan presiden PAS Nasharudin Mat Isa menerima dana berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
| sumber sini.

Kah Kah Kah Lebai cakap pasai dosa-pahala?Kalo nak harap lebai selongkar? Apa yang lebaitahu pasai 1MDB? Sebut pun sekali jer ! Takut2pula tu? Lebai hanya boleh lebel itu ini sahaja ler,'tahi ayam' ler, 'butir tahi' ler ! dan entah apa lagi?Itu jer 'skill' lebai. Rafizi lebih takutkan dosa dari lebai sendiri, sebab itu dia mengambil tanggung jawab ini...KahKahKah 

Kami tak terima sesen pun, kata PAS. Naib Presiden Idris Ahmad mendakwa Nasharudin "sudah keluar" parti dan tidak lagi aktif dengan PAS...PAS menjarakkan diri daripada bekas timbalan presiden mereka, Datuk Nasharudin Mat Isa selepas “whistleblower terkenal” Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli mendakwa beliau menerima dana berkait 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

“Dia sudah keluar PAS dan tidak aktif lagi dengan PAS, malah pejabat PAS juga dia tidak pernah datang,” kata Naib Presiden Idris Ahmad ketika dihubungi FMT.. teruskan di sini .
Memang ler bukan semua lebai dapat? de chosen saja bro? Bila masa pula Nasa tu keluar parti? Dia masih mengaku lagi dia tu masih ahli hape?Bila pula PA$ pecat Nasa? Ini pun lebai ketinggalan? Macamana nak lihat 'isu' besar macam ini?


Dalam nada berseloroh tetapi penuh sindiran, Nasrudin berkata, jangkaan beliau mengenai Rafizi ternyata meleset, apabila melalui pendedahan itu, Rafizi bukanlah sepertimana yang digambarkan. "Ermmm, saya jangkakan ia seorang strategist, rupanya beliau dah 'out of service' (perkhidmatan tergendala)," katanya yang dipetik melalui akaun Facebooknya..(baca lagi)

Alasan selentengan lebai semacam ini bikin geli bulu bawah lengan gua saja bro lebai ! Sila bertindaklah, baru anak jantan. Jangan main okestralama sangat, nanti tempo boleh hilang ! Kahkahkah


Pas tak pernah terima dana daripada Nasha.

Pas mengesahkan tidak pernah menerima sebarang sumbangan daripada atau melalui Datuk Dr Nasharudin Mat Isa dalam apa bentuk sejak beliau tewas dalam pertandingan jawatan timbalan presiden parti pada 2011.

Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan dalam satu kenyataan berkata, parti hanya menerima sumbangan tetap bulanan Nasharudin sebagai Ahli Parlimen Bachok yang berakhir pada 2013....

“Namun, Pas berpandangan ia kekal berstatus dengar cakap (hearsay) selagi individu yang dikatakan memberitahu ‘maklumat’ ini kepada beliau mengesahkannya.lihat (sini) dan (sinun)

Masih dalam sindrom penafian. Nafi tidak akanada kesudahan bro !


Tuan Ibrahim tidak tahu Nasharuddin terima atau tidak dana 1MDB.

Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, parti itu tidak tahu sama ada benar atau tidak Datuk Dr Nasharuddin Mat Isa pernah menerima dana daripada 1MDB.

“Bagi kita, Nasharudin sudah tiada kena-mengena dengan Pas. Beliau hanya ahli biasa dan bukan pimpinan Pas, jadi kalau nak kaitkan dengan Pas, ini satu tuduhan palsu.. Baca sini dan sini.

Kalau kata ini zaman fitnah, rakyat juga kata ini zaman penafian. Budak kecik pun nafi bukan dia yang kentut walau pun kentut itu cuma perkara kecik, inikan pulak perkara besar yang libatkan parti politik yang nak menang PRU, nafi tetap nafi sebab sekarang dah masuk zaman penafian.


Selepas Nasharudin, pemimpin sayap Ulama PAS tuduh Rafizi bohong.

Khairuddin Aman Razali berkata tuduhan pemimpin PKR itu berdasarkan sumber yang tidak jelas, kabur dan tanpa dokumen.

Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Mohd Khairuddin Aman Razali hari ini menjadi individu kedua menafikan kandungan akuan berkanun Rafizi Ramli semalam, selepas penafian bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa.

Khairuddin yang turut disebut namanya oleh naib presiden PKR itu berkata dakwaan yang beliau turut mendapat maklumat daripada seorang bekas pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung aliran wang 1MDB ke akaun Nasharudin itu adalah tidak benar..sini .
Lebai PAS ni syok sendiri dan semakin ramai pulak  yang menyatakan kenyataan rafizi ini tidak benar.  kiranya memang yee laa rafizi ni cakap je lebih. Kalau berani bawa la perkara ini ke mahkamah. nanti kita akan tahu kebenarannya. Tak guna dukmenceceh begitu saja..KahKahKah 

KHULASAH

Imej PAS tercalar selagi Nasharudin tidak bersihkan namanya, kata Amanah 
Pemimpin Amanah mempersoalkan pendirian pemimpin PAS yang berkata dakwaan mengenai Nasharudin semalam tidak ada kaitan dengan PAS.

Imej PAS akan tercalar selagi bekas timbalan presiden PAS, Datuk Nasharudin Mat Isa, yang masih menganggotai parti Islam itu, tidak tampil membersihkan namanya selepas didakwa menerima dana berkait 1MDB, kata seorang bekas pemimpin PAS.

Salahuddin Ayub, kini timbalan presiden Amanah, berkata pendedahan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli mengenai Nasharudin itu bukan tuduhan biasa, tetapi menggunakan akuan berkanun yang menurutnya mempunyai kesan besar dari segi perundangan.

“Oleh kerana Rafizi gunakan akuan bersumpah yang ditandatanganinya semalam, maknanya ia bukan tuduhan biasa.

“Oleh kerana kita ini orang politik, setelah apa berlaku ini memberi kesan kepada parti yang kita berada ketika itu, kecuali kita dapat tampil dan bersihkan nama kita.

“Saya harap Nasharudin tampil dan jelaskan. Itu bukan satu pertuduhan seperti di ceramah tetapi pendedahan yang berdasarkan nilai perundangan. Maka ia terpulang kepada Nasharudin untuk tampil ke depan bersihkan nama,” katannya kepada FMT.

Akuan berkanun yang ditandatangani Rafizi semalam mendakwa Nasharudin, yang kini mengetuai Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) tajaan Putrajaya, menerima sejumlah wang yang didakwa berasal dari SRC International, anak syarikat 1MDB yang menjadi fokus kontroversi sejak 2 tahun..| sumber.

Video
Penjelasan Husam Musa
Dato Husam Musa
Apr 13, 2017Isu Ustaz 
Nasha dan 1MDB
 


Foto2 Maknawi
Rafizi bercakap kepada media sebelum
menyerahkan akuan berkanun kepada SPRM.
Rafizi lebih sensitif soal dosa pahala berbanding
presiden Pas, kata Hanipa 
| "Maaf, saya berbeza pendapat. Bagi saya, YB Rafizi lah yg begitu sensitif dosa dan pahala sebab itu beliau lantang dan tidak takut dedah rasuah, salah guna kuasa dan banyak penyelewengan pihak yang ada kuasa. (lihat sini)
Rafizi desak Nasharudin letak jawatan
penasihat SPRM  
| sini .

Ketika orang yang tahu kebenaran berdiamdiri tidak mahu bertutur perkara batil. Orang -yang batil ini menyangka bahawa mereka berada di atas kebenaran - Mafhum kata-kata dari Ali bin Abi Thalib 



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video