PA$ makin selesa dengan Umno - Video

Adakah ini saja yang mampu dilakukan oleh parti tua bernama PA$? Hanya bercakap, bicara dari bilik hawa dingin.

Dulu Tuan Ibrahim Tuan Man pernah cakap elok bubar saja PAS dari gabung dengan Umno, di sini. Nah sekarang nie apa macam Lebai? Bukan nak bubar malah makin perketat skru bagi nampak cun
melecun antara lebai walaun dan macai Umno biaq nampak seiring sejalan maaa ! Kah Kah Kah

Lepas tu Pak Tuan cakap Umno tetap saingan Pas? Lihat Sinar Harian. Nak saing hape? Kalo 'post dan pasca H355 sama naik saja. Tak selesai sebelum H355 lagi, usul pun macam 'terkambus' jer ! Lalu buat riuh sekali lagi. Bicara lagi semalam dengan jemputan terbaik dari Umno tu? Ha ha Ha. Masuk pejabat beb ! Tok Sidang hari pertama pembukaan P'limen pun dah 'tuang'? No wonder laa bro ! Amalan biasa tu. kah kah Kah

Apa pun Pas, walaun dan lebai tetap merasakan yang Umno tu jujur dan mahukan sangat-sangat RUU 355 itu menjadi realiti? Jadi lebai sekarang sangat perlukan kerjasama Umno dan beberapa susuk yg boleh diharap boleh memberikan 'input' terbaik terhadap betapa 'penting' dan mustahaknya RUU 355 itu kepada gerakerja parti tua itu agar ia boleh 'menayang' kepada pembangkang! 

Tetapi sayang dalam sesi P'limen kali ini, nampak gayanya hasrat Lebai dan walaun macam tidak ke sampaian lagi!  Kah Kah Kah

Bab selesa nie laa yg walaun bawahan tak berapa paham sangat bro ! mereka sokong menyenget buta tuli saja kat segala lebai PA$! suruh berhimpun depa berhimpun, suruh 'derma' depa huloq, pada hal pemimpin depa cukup selesa dan bermewah. Setakat Q7 tu kacang jer ! bagi hadiah kat buahati tercinta saja, lori dan kapal terbang pun depa mampu beli? Dulu, rakap beskal pun walaun ikat dengan tali rapia jer bro !

Kah Kah Kah

Hubungan Umno dan Pas berkembang setapak lagi apabila pemimpin Umno kini dijemput masuk ke pejabat lidah rasmi parti itu, Harakah hari ini.

Slot Bicara Harakah yang diadakan setiap minggu pada hari Khamis itu membicarakan pelbagai sudut berkaitan pasca Rang Undang-Undang 355 (RUU 355) yang dibentangkan oleh Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang di Parlimen.

Buat pertama kali pimpinan Umno dijemput hadir ke pejabat rasmi Harakah untuk berdiskusi mengenai Rang Undang-Undang (RUU) Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (Pindaan 2016) atau Akta 355 dengan tajuk: "Syariah Diperkasa Rakyat Sejahtera."

Panelis dari Umno yang dijemput ialah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki.

Selain bekas menteri besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan Ketua Penerangan Pas Nasrudin Hassan Tantawi.

Manakala moderator oleh Pengarah Komunikasi Korporat Pas Roslan Shahir Mohd Shahir.

Dalam RUU 355 Umno-Pas pernah bersama dipentas ceramah dalam himpunan `ungu' RUU 355 yang diadakan di Padang Merbok pada 18 Februari lalu yang turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom dan Mufti Wilayah Persekutuan Datuk Zulkifli Mohd Al-Bakri.

Perhimpunan tersebut bertujuan memberi penjelasan dan meraih sokongan terhadap RUU 355 bagi memperkasa mahkamah syariah dalam melaksanakan hukuman jenayah.

Pas dilihat semakin mengeratkan hubungan kerjasama berkaitan isu keagamaan dan kemanusiaan bersama pimpinan Umno setelah menolak kerjasama dengan Pakatan Harapan dalam isu sama.

Sebelum ini Umno-Pas telah bekerjasama dalam dua misi kemanusiaan Rohingya dengan mengadakan Solidariti Ummah Rohingya pada Disember tahun lalu di Stadium Tertutup Tasik Titiwangsa.

Kemudian disusuli dengan penyerahan bantuan kemanusiaan menerusi pelayaran kapal Nautical Aliya dalam misi "Food Flotilla for Myanmar" pada 2 Februari lalu.

Kerjasama Umno-Pas ini tercetus dalam Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia 2015 yang diadakan di sebuah hotel di Kuala Lumpur yang turut dihadiri Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Pas diwakili Presidennya.

Sebanyak tujuh resolusi dimuktamadkan dan antaranya Alumni Al-Azhar bersetuju mewujudkan sebuah jawatankuasa yang akan menjadi pihak ketiga menyediakan platform penyatuan pemimpin Umno dan Pas dalam satu pentas yang sama.

Ia adalah cadangan yang dilontarkan oleh Pengerusi Panel Perundingan dan Pencegahan Rasuah, Tan Sri Johan Jaaffar yang menjadi moderator pada forum Perpaduan Ummah Merentasi Ideologi bersempena Multaqa Serantau Alumni Al-Azhar Malaysia yang diadakan itu. 

Pemimpin Umno Dr Asraf Wajdi isi slot Bicara Harakah, hubungan
Umno-Pas berkembang setapak lagi 
 
| .

PERLI HABIS!! Mat Sabu HAIRAN Mana
Datang Duit Pemimpin PA$
Beli Kereta Mewah..

Selesa  2
PAS hari ini menggesa kerajaan tidak lagi berlengah untuk menggunakan pihak ketiga bagi meredakan ketegangan dengan Korea Utara. Timbalan Presidennya Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, hubungan baik Malaysia-China susulan lawatan perdana menteri ke republik itu sebelum ini harus dimanfaatkan sepenuhnya.

“Memandangkan ekonomi Korea Utara amat bergantung pada negara China, negara China menjadi pilihan terbaik sebagai perantara dan perunding bagi membebaskan rakyat Malaysia yang ditahan di Korea Utara dan Malaysia perlu memberi jaminan yang sama kepada Korea Utara,” katanya.

Di samping berharap siasatan terhadap kematian Kim Jong-un dalam diselesaikan semula, belia berkata pendekatan diplomasi ini akan membawa kepada penyelesaian yang aman.

China menjadi pilihan ramai sebagai pengantara untuk menyelesaikan ketegangan itu, terutamanya bagi membawa pulang 11 rakyat Malaysia yang disekat keluar dari negara itu...sumber .

Dalam PA$, TITM nie Tim Presiden bro. Kalau Banding dgn yang lain, TITM nie nampak banyak bercakap sikit dan mem beri idea sendiri bukan kerana apa sangat bro, nak bagi nampak yang dia tak kering idea dan mampu menyanggah idea  yang diberi AMANAH. Amanah cadangkan Norway sebagaiorang tengah dalam kemelut M'sia-Korea ini. Jadi Pak Tuanpun pelan2 ampu Umno laa ! Baru nampak selesa sikit antara hubung hala PA$-Umno tu, dan Tok Sidang pun mungkin teruja sikit, ada laa can 'masuk jarum' sikit? Kah kah kah....

Sisipan Maknawi






Kalau sekali boleh la kata tidak cukup masa, mungkin boleh diterima. Begitu juga apabila kali kedua menyatakan berlakunya kesilapan teknikal mengenainya. Pun boleh berkira lagi.

Tetapi, kalo sampai 3 kali dengan memberi gambaran seolah-olah Akta 355 tidak se penting dua akta lain yang mahu bentangkan , ia mungkin boleh menyebabkan  pemimpin dan Lebai Pas yang seorang itu naik angin dan rasa perjuangan mereka hanya dipermain-main?? Tapi nampak macam lebai tak rasa apa2 pun? Walauns pun macam tu jugak, tak berapa sangat nak kelupoq bro ! mungkin dah rasa 'basah lencun' kena kanciang? Mat derih kata, Pas tak heran pun kena 'kencing' berkali2? Mungkin rasa sedap kut? Kah kah Kah
  Nampak gaya usul kali ini masih 'kalabul malami' bro ! Langit tidak selalu cerah. Rasa kali ini pun nanti 'spring' juga? Tapi bila dah makin selesa tu, yang busuk pun jadi wangi bro ! Umno 'kentut' pun? PA$ masih boleh tahan hidu bro ! Kah Kah Kah.... 




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video