HARGA IKAN NAIK 100 PERATUS DI SELURUH NEGARA, NAJIB BUAT APA NIE?

Ikan temenung tidak lagi murah seperti dulu. Ikan temenung ikan rakyat sekian lama.Rakyat marhaen dan susah selalu cari ikan ini kerana ianya murah.
Ikan ini juga adalah buat kucing di rumah. La nie kucing makan nasik gaul tulang ajer laa.

Ikan ini juga dibuat kuah laksa kegemaran seluruh
rakyat susah. Tapi tidak lagi sekarang ini bro ! Apa yang kerajaan lakukan hingga tidak mampu lagi mengawal harga di paras munasabah? Nampaknya rakyat makin tersepit terkepit segenap sudut. 

Mana pergi kementerian berkaitan untuk menangani semua kemelut ini? Apakah tidak ada inisiatif pihak berkuasa menetapkan harga 'standard' bagi setiap barangan pengguna yang sebegini? Dah laa minyak masak minyak kereta mahal, hampir semua barang keperluan mencanak naik setiap hari. UBN sudah lama tidak relevan lagi untuk diberikan mandat. Rakyat perlu peka hal sebegini.

Kelmarin aku pergi rumah sedara aku makan nasi. Beliau seorang nelayan pukat udang dan anaknya seorang nelayan ikan pukat lokhong. Sedara aku tu cerita, semalam anaknya jual 100 kilo ikan kembung temenung nie dengan harga tolak RM17 sekilo., ertinya dia dah buat duit RM1700 dalam tempoh sehari memukat saja. Itu harga tolak bro ! Bayangkan bila ikan ini berada di pasar? 

Kawan2 nelayan aku ceritakan sewaktu banjir di Pantai Timur baru2 ini, tokeh2 ikan datang ke sini memborong ikan kembung ini dengan harga yang tidak munasabah untuk dijual di sana . Mereka menawarkan dengan harga RM20 lebih per kilo? Tentulah nelayan di sini teramatlah gumbira ! Rezki datang bergolek? Hal ini masih berterusan.

Aku sendiri pun dah berhenti beli ikan temenung nie bro, harga gila. Kah Kah Kah


HARGA IKAN NAIK 100 PERATUS

1. Kehidupan rakyat hari ini semakin terdesak berikutan dengan kenaikkan harga barang keperluan. Yang terbaru adalah kenaikkan mendadak harga ikan sehingga mencecah ke tahap seratus peratus.


2. Perbandingan ini boleh dilihat dalam jadual harga Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia sepanjang pada awal tahun 2016. Perbandingan itu dibuat dengan tinjauan ke pasar-pasar antaranya Pasar Awam Larkin. Harga perbandingan adalah seperti berikut -
- Ikan Kembung :  (2016) RM 12.00,  (2017) RM 21.00
- Ikan Selar Biasa : (2016) RM 11.00,  (2017) RM 19.50
- Ikan Selar Kuning : (2016) RM 8.00,  (2017) RM 16.00
- Ikan Selayang : (2016) RM 7.00, (2017) RM 12.003. 


Harga ikan di atas kita dapati telah mengalami kenaikkan sekitar tujuh peratus hingga seratus peratus. Ini memang membebankan pengguna atau pembeli yang rata-ratanya adalah rakyat kebanyakan. Kenaikkan ini juga berlaku pada hari-hari biasa dan bukan dimusim perayaan.

4. Saya melihat kenaikkan harga ikan di pasaran adalah berpunca dengan kenaikkan harga minyak yang tidak menentu serta ditambah dengan cukai perkhidmatan (GST) yang dikenakan oleh pihak kerajaan terhadap rakyat.

5. Desakan kepada kerajaan agar meningkatkan keprihatinan terhadap masalah ini perlu digiatkan segera. Juga perlu diperlihatkan mengenai ketidak tentuan kenaikkan harga minyak yang terlalu mendadak agar kawalan harga keperluan dapat dibendung.

NORHAYATI BACHOK
KETUA WANITA AMANAH JOHOR

~ sumber.

Selingan





Comments

  1. Ikan jerung dh mkn dedak...jd anak ikan pun kenyang .ikan kembung mahal sbb terlebih mkn dedak..sbb tu perut ikn tu kembung.ini..ikan ikan skg ni x boleh pki.

    ReplyDelete
  2. Bgus tgk ikn termenung je...nanti ko tau lah jerung..ikan phirana mkn ko..

    ReplyDelete
  3. Ikan naik salah siapa...lu pikir la...benda naik ssh turun...anda boleh mengubahnya..sampai masanya...tunggu.berdoalah..timbang ikan tu pasti x boleh di gunakan lg.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?