Potret Paling Bermakna Betapa Rakyat Harungi Kemiskinan

Posted on


fb_img_1483410026623
Inilah kehidupan, inilah nasib rakyat jelata harungi ketika para pemimpin politik menghabiskan awal tahun untuk bercuti keluar negara. 

Wang yang dibelanjakan adalah wang hasil cukai yang dipungut daripada rakyat. Mereka yang tak mampu untuk mengelak daripada GST walau pun pendapatan tak seberapa. 

Adakah pemimpin tertinggi kita faham erti kesusahan dan penderitaan rakyat. Mereka akan jawap ada BRIM.

Yang diberi berkala. Yang dikutip setiap ketika bila berbelanja. Itu beza antara BRIM dengan GST. Bandingkan antara BRIM yang dihulur dengan bebanan cukai + inflasi + TOL + hutang isi rumah + GST + ++ bebanan lain.

Pukulan GST berat sekali 6 % sepanjang masa iaitu cukai ketika membeli dan berbelanja. Beli simen sekampit pun kena GST. Keluar duit daripada bank pun kena GST. Sedang pendapatan,semakin menyusut tak seberapa. Ditambah dengan inflasi. 

Rakyat terkepung dengan inflasi berterusan. Naik naik terus. Lebih lebih lagi apabila RM jatuh. Pun tak boleh mengelak juga. Pemimpin ada banyak keistimewaan demi keistimewaan untuk mengelak. 

Atas kekuasaan yang  mereka cipta untuk keselesaan diri diri sendiri. RAKYAT macam mana ???? Adakah terima saja secara terpaksa.Konon taat setia kepada para pendurjana yang berbuat kesewenangan untuk bermaharaja lela.Macam zaman dahulu kala.Kini  era  langit terbuka rakyat dah tahu segalanya.

Inilah ertinya KUASA bagaimana menggunakan kuasa secara bijaksana. Beranikah kita gunakan kuasa untuk menurunkan mereka yang menyalahgunakan kuasa secara sah menerusi peti undi secara demokrasi ? Kata Tun Mahathir DEMOKRASI kini telah bertukar menjadi KLEPTOKRASI iaitu negara yang dikuasai oleh para penyangak dan pencuri.Sangat jauh bezanya dengan DEMOKRASI iaitu kerajaan dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat. Justeru rakyat menderita dan elit kekuasaan ketawa ria atas kemeranaan rakyat jelata. Kata pujangga Sidiq Fadzil:
Melayu itu derhakanya bersebab
“Melayu yang telah mengalami transformasi keislaman adalah
Melayu yang setianya bersyarat, dan derhakanya bersebab…
Transformasi (keislaman) inilah juga yang telah melahirkan kontrak sosial … berasaskan prinsip dan nilai keadilan sebagaimana yang terumus dalam ungkapan
raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah.”

Kopi n Pasta dari sini .


Sisipan Sempoi




Oh malaysia tanahairku!



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video