Layar lukisan kehidupan rakyat - Pagi diberi beras, petang potong rumput di Pejabat Amanah Sik

Sengsara rakyat siapa peduli bro? Umno? Nak harap depa? Brim? pakat brooomm laa. Dengan gula-gula Brim yang Che Det kata rasuah tu, mana mungkin rakyat menampung belanja hariannya yg  kian naik, naik dan naik setiap hari, rakyat ber belanja begitu hemat dan cermat dan berpekin kata orang utara ! adakah kerajaan mengawal kenaikan ini dengan nilai ringgit yang kian merudum?

Cerita Pakcik Ilyas Hassan di Sik ini adalah sekelumit kisah sedih dan sayu betapa beliau dan keluarga hanya mampu membeli 'beras merah' yang hancur untuk meneruskan hidup dalam sebuah negara makmur !

Sebak kita melihat penderitaan beliau, orang yang susah lagi miskin seperti beliau telah dibantu oleh Amanah Sik. Beliau teruja dengan bantuan itu dan segera membalas budi dengan cepat membersihkan ruang Pejabat Amanah Sik sebelah petangnya.

Cerita 
Pakcik Ilyas Hassan 


Pagi Ilyas hadir untuk menerima sumbangan beras dan makanan lain tetapi sebelah petangnya membalas bantuan pihak Amanah Sik itu dengan menarah rumput di sekeliling pejabat parti tersebut

Kemiskinan tegar masyarakat Melayu di pedalaman Sik, Kedah sudah sampai ke tahap ada yang terpaksa meneruskan hidup dengan bergantung pada makanan yang dikhususkan kepada ternakan.

Biro Media dan Komunikasi Amanah Sik mendedahkan kisah penduduk Kampung Chepir, Ilyas Hassan yang dikatakan kerap membeli beras merah gred paling rendah RM1.20 sekilo di kedai makanan ayam untuk menyara hidup.

Maklumat berkenaan Ilyas yang mengambil upah sebagai pembantu angkat barang untuk peniaga pasar malam di sekitar pekan Sik itu telah disampaikan kepada Amanah Sik oleh pemilik kedai yang menjual makanan dan dedak burung/ayam.

Sehubungan itu, atas dasar peduli rakyat, Ketua Amanah Sik Sulaiman Ibrahim yang juga dikenali sebagai Leman Raja Lawan telah menyerahkan sumbangan makanan khas kepada Ilyas bagi membantu meringankan beban warga emas itu.

Walau bagaimanapun, petang semalam Ilyas datang sekali lagi ke pejabat Amanah Sik bukan untuk menerima bantuan sebaliknya membantu membersihkan persekitaran pejabat itu.

"Pagi tadi Amanah Sik memberikan sumbangan untuknya. Petang ini dia datang sendiri kayuh basikalnya ke pejabat tolong cuci rumput kat pejabat Amanah Sik.

Sulaiman membantu Ilyas memuatkan kampit beras dan barangan makanan di belakang basikal tuanya."Dia kata, 'Pagi tadi mu buat pahala tulong aku bagi beras kat keluarga aku, petang ni aku nak buat pahala pulak tulong mu.' Hanya Allah yang memahami isi hatinya," dipetik daripada catatan di Facebook rasmi, Parti Amanah Negara Parlimen Sik.

Sulaiman membantu Ilyas memuatkan kampit beras dan barangan makanan di belakang basikal tuanya. 
| "Dia kata, 'Pagi tadi mu buat pahala tulong aku bagi beras kat keluarga aku, petang ni aku nak buat pahala pulak tulong mu.' Hanya Allah yang memahami isi hatinya," dipetik daripada catatan di Facebook rasmi, Parti Amanah Negara Parlimen Sik.

Daerah Sik yang bersempadan dengan Baling, Kuala Muda, Pendang dan Padang Terap didiami golongan rakyat berpendapatan rendah dengan majoritinya terdiri daripada penoreh getah.

Tinjauan Malaysia Dateline tahun lalu bersama rombongan Biro Tanah dan Pembangunan Luar Bandar Amanah Nasional diketuai Pengerusinya, Mazlan Aliman mendapati kebanyakan penduduk terbabit hidup dalam keadaan daif tanpa memiliki kediaman yang sempurna.

Hampir 20 keluarga penoreh miskin tegar di Dun Jeniri, Sik yang ditemui ketika itu antaranya di Kampung Pasir Putih, Kampung Padang Pulut, Kampung Sungai Setar dan Kampung Tala mengakui tidak mendapat mana-mana sumbangan berkala daripada pihak berwajib.

Terdapat juga beberapa keluarga terbabit memberitahu bantuan yang mereka perolehi sebelum ini daripada pihak Baitulmal atau Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) telah diberhentikan beberapa tahun lalu tanpa diketahui sebabnya.


Suatu pagi dipejabat Amanah Sik...
Sistem barter telah berlaku...
Seorang warga Sik yang datang ingin
menukarkan beras dengan ulam ulaman
untuk menyara keluarganya.(FB Sulaiman
Ibrahim) - Inilah fenomena dan lukisan deritarakyat bro ! 
Menurut Leman, kisah masyarakat setempat yang tidak cukup makan bukan rekaan dan situasi tersebut boleh dikenalpasti apabila merujuk kepada pekedai runcit sekitar kawasan tersebut.

"Di sini rakyat tidak cukup makan. Saya ronda dari Dun Jeniri ke Dun Belantik, ada kedai runcit kalau kita minta buku hutang, penuh buku hutang itu. Rakyat tiada duit, terpaksa berhutang.

“Ada murid sekolah tidak dapat bayar yuran. Ada penoreh getah yang dapat RM1.70 (sekilogram getah sekerap) kena bahagi dua (dengan pemilik kebun getah), seminggu (dapat) RM80, RM36.

“Nak makan apa (dengan nilai itu) sekarang? Susu anak RM28. Beras RM26. Nak buat rumah, beli bata fikir dulu baik beli susu anak daripada beli bata.

"Saya tahu ada kalangan ahli Pas, Umno tapi yang penting (semua) tetap kena menoreh getah. Hang (Kamu) Pas atau Umno kena menoreh. Kita bercakap soal isi perut, nak bayar yuran sekolah anak,” ujarnya dalam satu ceramah di Kampung Landai, awal tahun lalu.

~ sumber .

Sisipan Susah
Susah Susah Rakyat  

Adakah pemimpin tertinggi kitafaham erti kesusahan dan penderitaan rakyat?. Mereka akan jawap ada BRIM.  Kah Kah Kah
Pukulan GST berat sekali 6 % bro !
sepanjang masa iaitu cukai ketika
membeli dan berbelanja.
Beli simen sekampit pun kena GST.
Keluar duit daripada bank pun kena GST.
Sedang pendapatan,semakin menyusut
tak seberapa. Ditambah dengan inflasi.
Masih nakkan BN lagi ke? KahKahKah
Pemimpin ada banyak istimewaan
demi keistimewaan untuk mengelak.
Atas kekuasaan yang  mereka cipta
untuk keselesaan diri diri sendiri.
RAKYAT macam mana ????
Adakah terima saja secara 
terpaksa?
Pemimpin ada banyak istimewaanBeranikah kita gunakan kuasa
untuk menurunkan mereka yang
menyalahgunakan kuasa secara
sah menerusi peti undi secara
demokrasi ? Kata Tun Mahathir
DEMOKRASI kini telah bertukar
menjadi KLEPTOKRASI iaitu
negara yang dikuasai oleh para
penyangak dan pencuri.
Sulaiman membantuOrang susah mcm Pakcik Ilyas akansengsara bila barangan naik begini
Inilah ertinya KUASA
bagaimana menggunakan
kuasa secara bijaksana..
Kita melihat Islam terlaksana dinegara bukan Islam - kemanakahpemimpin Islam? Membatu golongan miskin bukan dgn BR1M..

Nelayan berkerja keras..tetapi masih tidak berubah sangat ! Golongan pemodal (orang tengah)yang lebih mengaut untung ! Kenapa? Urus tadbir negara perlu lihat semua ini, Ikan kembung yg menjadi makanan rakyat begitu mahal sekarang ini hingga mencecah belasan ringgit per kilo. Di Kelantan kabarnya dijual hingga RM20 ++ kerana kaum pemodal dari sana membeli dari nelayan pantai barat dgn harga berganda mahal.
Rumah rakyat di kampung.Bandingkan dengan istana pemimpin atau'wakil rakyat' yg kononnya mewakili rakyat?Kah Kah Kah
Layakkah orang melayu masih tinggal dalamrumah seperti ini? Umno kononnya parti melayudan pembela melayu? Amanah yg pedulikan rakyat sekalipun belum berkuasa datang menghulurkan bantuan sekadar mampu bagi ringankan bebanan (gambar bawah).
Terkedu adik manis ini (berbaju T merah) kerna  tidak sangka masih ada yg mempedulikan kesusahan rakyat . Betapa bersyukur beliau menerima tetamu dari Amanah. Pemimpin di atas sana buat apa?.


Sisipan Senang
Senang Senang Pemimpin
Senang Senang Sampai Berlenang

Untuk apa semua ini? Hasil negeri kelantan sudah berhijrah ke? Seorang pemimpin 'suci'? patutnya tidak boleh langsung berkelakuan sebegini bro ! Setiap sen yang tidak diinfaq dan dibelanjakan dgn betul akan disoal disana nanti.Terlalu aib kalau pemimpin bermewah dan meninggalkan rakyat bawahan terkapai-kapai mencari sesuap nasi ! Untuk apa semua ini????
Lagaknya seperti Pro ! seperti Jimmy White????Hai laa Labu,apa yg ko buat tu?? Kah kah Kah Kalo de so called olamak bermain begini, rakyat susah bagaimana? Ini pun akan disoal bro ! bermewah seperti ini tidak memberikan apa-apa makna kepada rakyat marhaen sebenarnya. Memalukan. Setiap sen yg dihamburkan untuk tujuan sebegini pastinya melukakan hati rakyat yg susah dan derita sedangkan pemimpin sebuah parti Islam kononnya langsung tidak mencerminkan integriti Islam sebenar.
Pendekar Miskin (bawah) dan Pahlawan Melayu Kaya Bergaya mula berlagak (atas) Kah Kah kah
Layar lukisan kehidupan rakyat sederhana dan susah sentiasa menjadi topik pemikiran semasa yang tidak sangat begitu berubah sejak zaman berzaman.

Layar lukisan kehidupan rakyat
Layar lukisan kehidupan rakyat
Layar lukisan kehidupan rakyatBandingkan ruang dapur 'istana pemimpin' rakyat ? kabinet yg serbacanggih dan anggun. Ini? sendiri boleh fikir !
Layar lukisan kehidupan rakyatWalaupun nampak susah! Rakyat tetap redho apa yang pemimpin lakukan kpd mereka bro ! Kesedaran perlu ditingkatkan kpd mereka agar tidak lagi memilih parti dan pemimpin yang lupakan mereka. 
Layar lukisan kehidupan rakyatSebak makcik ini bila disantuni oleh Leman.Sedikit bantuan dihulur ringankan beban. Lihat lah sendiri kesulitan yang membelit rakyat. Inilah lukisan derita rakyat kerana ada pemimpin tamak, boros dan bermewah. Merekapemimpin tsbt hanya mahukan undi makcik sebgini sahaja..selepas itu rakyat begini dibiarkan terlonta sendirian.
Layar lukisan kehidupan rakyatBagaimana nasib dan masa depanmereka?
Akhirkalam
Layar lukisan kehidupan rakyatBeras..makanan utama rakyat amat bererti buat kelangsungan hidup rakyat susah. Amanah peduli rakyat. 

Sumber lain - 
Fb Sulaiman Ibrahim@Leman RL


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?