Posts

Showing posts from 2017

Siapa perosak Felda? - Video

Image
Rakyat berduka. Pemimpin yang diamanahkan menjaga, mengurus, mentadbir negara terang-terang mengkhianati rakyat.Setelah cerita tanah Felda hilang di Jalan Semarak, kini Tanah Felda Jln Semarak sebahagian terbongkar, 12 lagi masih kontroversi, dakwa Anak. Betapa serius 'pemainan' ini sehingga Mazlan Aliman dilaporkan menangis merayu selamatkan Felda. Aktivis yang memperjuangkan nasib peneroka itu mengimpikan pentadbiran Felda kembali ke landasan yang betul. Aktivis generasi Felda, Mazlan Aliman tidak dapat menahan sebak dan menangis ketika diwawancara mengenai kemelut yang melanda agensi kerajaan itu oleh sebuah saluran YouTube milik Amanah, Oren TV FMT . Felda semakin rosak. Dirosakan oleh tangan-tangan mereka yang diamanahkan menjaga dan mengurus 'aset rakyat' ini. Tetapi bro! Siapa sebenarnya yang menjadi 'Perosak Felda'? Ikuti penjelasan dari Saudara Mazlan Aliman, seorang yang begitu mahir dengan isu yang dibangkitkan ini. Di bawah Umno BN Siapa

Selepas PRU, IMAMS jadi MAKMUMS?

Image
Ramai juga yang kurang faham apa benda IMAMS nih? Depa ingat mcm Tok Imam kat Mesjid atau Surau kut? Tapi yang ini IMAMS  Integrated Manasik Monitoring System , merupakan akses rasmi tunggal permohonan visa umrah untuk diproses kedutaan Arab Saudi, dengan tujuan membanteras aktiviti penipuan pakej umrah.   Lihat | sini & sini .  Kalau nak cari 'kelompongan' dan kelemahan semacam 'penipuan' dalam pakej umrah yang berlambak duk ada, memang senang 'mencipta' alasan. Bila ujudnya IMAMS, baru kita tahu adanya semacam usaha pihak 'tertentu' dengan pengenaan GST serta insurans yang mana semua syarikat pengendali umrah berlesen & berstatus muasassah WAJIB menguna pakai sistem itu. Nampak apa yang aku nampak tak?? Kahkah Kah.   Kenapa ada BANTAHAN? Pengurusan IMAMS juga dipertikaikan. M engikut carian di Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) menunjukkan syarikat terdiri daripada seorang Melayu selaku pengarah dan 3 orang Cina selaku seti

Selamat Pagi Cikgu !

Image
Selamat Pagi Cikgu ! Selamat Pagi murid-murid. Dah sarapan ke anak-anak cikgu? Dah Cikgu. Sarapan apa? Peknga ngan Lempeng Pisang jer Cikgu ! Jadilah tara tu, padanlah dengan kita anak-anak kampung. Pun begitu, kita wajib bersyukur! Orang di bandar cukup teringin nak makan macam kamu tetapi mereka sibuk, lagi pun tak ada siapa yang boleh buat kueh 'original' macam kamu makan tu..... kerana mereka tidak tahu sangat nak membuatnya.Goreng telur pun ramai yang tak tahu . Hari ini cikgu ingin mencungkil bakat kamu bila besar nanti. Cita-cita dan keinginan kamu. Okey, bersedia murid-murid ! Sketsa cikgu, murid dan cita-cita

Apa kerajaan Barisan Nasional janjikan dengan Parti Komunis China?

Image
Kita semakin sesak nafas bro ! Baru sahaja Mahathir mendedahkan Malaysia hilang RM160 bilion sepanjang 2013-2015 Baca Sini .  Menurut Tun M, jumlah tersebut terkandung dalam laporan tahunan Bank Negara Malaysia (BNM) sekaligus merupakan kerugian yang jauh lebih banyak berbanding ketika pentadbirannya sebagai Perdana Menteri. “Antara 2013 sehingga 2015, Bank Negara Malaysia kehilangan dan rugi sebanyak AS$39.6 bilion bersamaan RM160 bilion.  Terkini, Amerika melalui Peguam Negaranya turut sama menyentuh isu 'kleptokrasi' yang dianggap terburuk di dunia hari ini Saksikan Videonya . Ini membawa erti tersendiri dalam kemelut yang makin berliku ini. Saban hari ada saja berita yang menyesakan dada kita sebagai rakyat. Mana tidaknya? Hutang negara semakin menimbun. Rakyat semakin kurus tidak tembun 2 . Barang semakin mahal melantun-lantun, GST terus menghimpit, mata pun naik sepet. Peluang kerja semacam tertutup. Siswazah dan anak2 muda ramai menganggur. Pekerja dari pendatang asi

Dari PWTC | PAU 2017 Makin Tiada Isi.- Video

Image
PAU memulakan edisinya tahun ini dengan menampil pengampu2 tegar Umno Totok untuk mencerahkan harapan supaya mereka  di pilih semula bertanding di PRU 14 nanti. Kalau tidak mengampu? Tak boleh 'cari makan' ler ! Begitu pun ada juga yang cuba pusing belit sikit sikit. Bermulalah 'mentera', jampi dan serapah dari segala macai dan sekutu tegar Umno. Tentunya sekutu yang sekufu' dengan UMNO tidak lain adalah Lebai2 PAS itu sendiri. Depa pun tolong sama ber ganding bahu tolong memba taawun palu gendang dgn cara hadir kan diri dalam PAU 2017 ini. PAU telah bermula ( MD ) PAU2017 Makin pudar Tiada Isi.

Isu Amiruddin Hanzah | PAS Makin Terluka - Video

Image
Harum Manis bertukar merah. Ramai tersalah terka bahawa Ketua Pembangkang DUN Kedah akan bersama BERSATU. Aku sendiri lebih suka kelainan ini. Kelainan yang menyebabkan PAS & Lebai nya makin gelisah resah dan ramai lagi akan lemas berhamPA$. Faktor kemasukan Ketua Pembangkang Kedah Datuk Amiruddin Hamzah ke Parti BERSATU telah menyebabkan PAS makin hilang pengaruh di negeri itu. Anak Bukit kini bertukar tangan. PBBM sudah ada 'kerusi'nya. Inilah politik. PAS tidak boleh lagi salahkan semua ini kepada beliau. PAS sudah 'spring' di Kedah. | Berita Penuh Di Sini . PAS pernah hulur borang keahlian kepada Tun M tapi tahulah Tun mana mahu parti sampah, parti pembelit ini. Itu pasal orang PAS cukup bara dengan Tun M. Bila PPBM diasaskan untuk melawan UMNO dan sekutunya PAS. Bermulalah episod kebencian PAS dan Lebainya. Mereka terus menyerang BERSATU dan mengungkit ungkit segala salah silap bekas PM 22 tahun itu. PAS pun mulalah politikan tragedi Memali untuk serang Tu

Apabila MP Pas LUPA Siapa Mereka ? - Video

Image
Berkecuali itu tandanya orang yang putus Fikrah yang Benar. Putus citra fikir yang simple , tiada stand dan tulang belakang. Sebenarnya orang semacam ini sudah mereput dalam tindakannya.  Siapakah di belakang semua tindakan ini? Lebai, seorang muslimat 'parti suci' ini begitu patuh dengan 'arahan' sekutunya. Patuh tanpa fikir siapa dan apa posisi lebai peroleh jawatan itu. Di posisi mana pula dua orang AP itu berada? Bersama sekutunya atau bersama Barisan Pembangkang? PA$ dan Lebai sudah lupa posisi mereka, lupa siapa mereka. Kalau pemain bola lupa akan posisinya semasa bermain, itu tanda pasukan ini akan kecundang akhir perlawanan, itulah kebiasaannya yang terjadi. Kalau menang pun 'pemain' itu akan dicemuh penonton dan jurulatihnya di belakang nanti. Dua pemimpin Pas yg berkecuali tu apa kata pru14 ini rakyat juga berkecuali daripada mengundi mereka..Kan baru adil..Baru depa tahu langit tinggi rendah. Bukan sokong rakyat tapi lebih kepada kleptokrat.  K

Bajet 2018, Netizen dan Lebai PA$ - Edisi Tertangguh

Image
PA$ macam biasa bro, Bila tersedak dedak penuh mulut, yg boleh menyakitkan hati Umno, Lebai MP coba sebolehnya mengelak dari menentang sebarang ketidakpuasti pihak pembangkang. Pas bukan lagi pembangkang dalam erti berpolitik masa kini kerana terikat dengan UMNO-BN yang mana Pas dan Lebainya bermanja setiap hari bagai ' Kucing Kurap Manja Dgn UMNO BN ' (Pinjam istilah MSO @ Mohd Sayuti Omar II  ). KAHKAHKAH Dewan Rakyat itu tempatnya berbahas untuk kepentingan rakyat. Itu sebab Dewan itu pun dinamakan 'Dewan Rakyat' . Bukan untuk jadi tongkoi atau 'Pasu Bunga' sambil bermain gajet, berselfie dan  sebagainya.  Gelaran bagai MP 'PASU BUNGA' sudah dimaklumi ramai bahawa Ahli Parlimen dari parti suci yang tidak suci itu tunduk kesipuan dg bertindak 'berkecuali' semasa cadangan menolak bajet 2018.Sudah 3 kali sejak 2016 2017 dan kini 2018 perbahasan menolak bajet Pas hanya menunjukan sikap sebenarnya menjadi 'kuda tenzi' atau kuda '

Dulu Hijau Sekarang Jingga - Video

Image
Di awal '70an dulu, aku belajar di KL kat Jalan Pantai dan Pak Amjal atau nama dia Jalaluddin membuka sebuah kantin di salah sebuah U kat sana. Umur dia masa tu tengah trang tang tang macam aku juga. kalo lambat duit masuk, kami berhutang dulu dengan dia. Masa tu dia memang PAS hangit. Pak Amjal atau kami panggil 'abang Din' masa tu memang sempoi, sejak dari muda memang cargas dan 'friendly'. Masa demontrasi kes kebuluran di Baling tahun '74 yang aku turut serta itu banyak kenangan manis bersama dengan Pak Amjal.  Aku tabik 'spring' kat Pak Amjal kerana 'orang tua' ini tidak pernah menjadi penyokong UMNO dan PA$ yang menjadi 'sekutu' Umno sekarang ini tetap ditolaknya. AMANAH mengambil tempat bagi menggantikan 'duka lara' perjuangan mengenyahkan Umno. PAS yg hangit menjadi Pak Yet Umno menerima nasib yang sama bila Pak Amjal sendiri turut menolak untuk bersama dengan AMANAH. Rezki Pak Amjal begitu murah mencurah. Kebaikannya tet

Banjir, P.Pinang dan Lebai Dumgu - 2 Video

Image
Tindakan seorang Bilal Surau Taman Free School di Jalan Mesjid Negeri, Georgetown P.Pinang menumpangkan sekumpulan lelaki dan perempuan cina di surau terbabit selepas rumah dan kediaman sekitar dilanda banjir yang boleh mengancam jiwa dan nyawa, patut sangat dipuji dan kita seharusnya berlapang dada dengan tindakan Bilal ini. Tindakan ini sebagai tindakan yang terpuji dan penuh teladan akhlak Islam.  Inilah 'Tasamuh Islam' | صور من التسامح في الإسلام مع غير المسلمين | dgn bukan Islam. Baca pautan itu. Masyarakat Islam adalah sebuah masyarakat yang berdasarkan doktrin tertentu, yang mana sistem, peraturan, etika dan etika muncul, ini adalah istilah Islam. Ini ada lah istilah masyarakat Islam yang mengadoptasi Islam sebagai cara hidup, perlembagaan untuk pemerintahannya dan sumber undang-undang dan bimbingannya dalam segala hal kehidupan. Sosial, material dan moral, domestik dan antarabangsa. Tetapi ini tidak bermakna bahawa masyarakat Islam diperintah oleh penghapusan terhad

Warna Warni Konvensyen AMANAH Nasional ke-2 Di Bumi Kedah.

Image
Sudah hampir sebulan Konvensyen Amanah yang berlangsung di Alor Setar pada 21-22 Oktober lalu masih diperkatakan. Lebai dan Walaouns PA$ sudah mati akal untuk memperlekehkan kejayaan & kemampuan yang diraih Amanah sejak penubuhan Parti Islam ke 2 ini. Parti Islam AMANAH sebagai parti alternatif yang lahir dalam suasana PA$ dan Lebainya yang sudah terikat dengan lambaian dan ajakan UMNO sejak sebelum Muktamar 61 yang memperlihatkan betapa Lebai dan Mullah 'suci' dalam 'Parti Suci' PA$ tidak betah lagi duduk bersama kumpulan progresif dalam PA$ yang tidak ndak kepada UMNO.  Lalu mereka di 'Chai' kan dan seterusnya kalah dan kecundang habis untuk memegang sebarang jawatan penting di dlm 'parti suci' itu. Bukan jawatan yang diburu tetapi para Lebai telah berjaya mempengaruhi walaounchai mereka untuk tidak mengundi langsung kumpulan progresif ini. Tektik kotor 'parti suci' ini cukup berkesan untuk 'menghalau' gerombolan progresif ini unt

SAUDI Mula Menahan dan Memerangi Rasuah.

Image
Skandal 1MDB terpalit lagi dengan penahanan puluhan putera dan ahli perniagaan termasuk golongan yang mempunyai pengaruh yg. besar dalam sistem politik dan ekonomi Arab Saudi kerana kes rasuah berskala 'monster'.. lihat SINI Akhirnya salah seorang konco dalam rompakan 1MDB iaitu Putera Turki Bin Abdullah telah ditangkap kerana telah bersekongkol merompak lebih dari USD1.5 Billion dari 1MDB melalui syarikat tipu beliau 'Petrosaudi' !  Kes makin menarik, banyak orang tak senang duduk. Banyak yang terkait nanti dalam perkembangan terbaru ini. Sama-sama kita nantikan. Lihat lagi Di Sini . Ini antara orang kaya Saudi yang kini ditahan di Ritz Carlton FMT Reporters | November 6, 2017 Antara puluhan putera dan ahli perniagaan yang ditahan termasuk golongan yang mempunyai pengaruh besar dalam sistem politik dan ekonomi Arab Saudi.

PAS Tidak Bertamadun, Lebai dan Walaoun Makin Biadab ! Video

Image
Lebai semakin 'ganas' dan 'buas' !. Ini politik 'biadab' namanya. Politik 'GANAS' dam buas ini tiada tempat dalam masyarakat Melayu Islam. Hanya kerana 'dendam' Lebai sanggup lupakan ayat dan percikan dari al-Quran dari ayat 27 Surah An-Nur. يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَدْخُلُوا بُيُوتًا غَيْرَ بُيُوتِكُمْ حَتَّى تَسْتَأْنِسُوا وَتُسَلِّمُوا عَلَى أَهْلِهَا ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ لَعَلَّكُمْ تَذَّكَّرُونَ   “Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memasuki rumah yang bukan rumahmu sebelum meminta izin dan memberi salam kepada penghuninya. Yang demikian itu lebih baik bagimu, agar kamu (selalu) ingat.” (QS. An-Nuur : 27) Ini adalah Privasi Rumah Kediaman dalam Perundangan Islam sebagai Langkah Pencegahan kepada Keganasan Domestik. Lebai PA$ tidak faham yang ini sebenarnya. Ia turut terpakai terhadap apa juga yang dipunyai oleh sebarang premis sesebuah organisasi se umpamanya atas nama sesuatu pihak berdaftar atau diketahwi ian

OBOR: One Belt One Road ! Bahaya Dalam Cahaya

Image
Sekarang Politik boleh dieksport bro ! Bukan sahaja ekonomi dan  tenaga kerjanya ! Semua ini menggugat sesebuah negara. Mereka menakluk dunia tanpa perlu berperang dan mengangkat senjata !!! Inilah yang terjadi sekarang.  Biasanya ramai anak negeri tidak menyedarinya bahawa negara mereka sedang 'dijajah'? Bacalah tulisan A. Kadir Jasin yg menarik ini bagaimana China adalah satu kuasa baru dunia yang sedang giat melaksanakan OBOR nya, iaitu satu laluan mudah untuk China 'menakluk' sesebuah negara seumpama M'sia hanya dgn ideologi baru ini. OBOR: Bahaya Dalam Cahaya Oleh A Kadir Jasin

Pas akan jadi parti paling rugi di PRU14.- Video

Image
Krisis demi krisis melanda 'Parti Suci' PA$ yang tidak sesuci mana pun. PA$ dikatakan semacam parti tak berguna sini . Tak berguna lagi kpd Orang Kelantan yang selama ini begitu setia dengan PA$, tetapi kini semuanya berubah. Ramai berkeyakinan PA$ akan ditolak pada pilihan raya yang akan datang dan ramai pula yakin kepimpinan Amanah di bawah Husam Musa di sana akan dapat memberikan masa depan yang lebih cerah. Husam adalah teknokrat yang diakui mempunyai kepelbagaian idea yang bernas yang tidak ada pada ADUN2 dari kumpulan Lebai PA$ di Kelantan. Sebab itu Husam dicemburui oleh lebai dan seringkali hujah lebai walaun ini dipatahkan oleh Husam. Antara projek yang dianggap 'genius' Husam Musa ini, saudara kena baca di sini dan di sini . Krisis dalam PAS semakin parah. Krisis ini dilihat antara golongan konservatif dan golongan progresif, atau golongan sederhana dan ekstrem dari kalangan lebai Pas separuh masak atau dari kumpulan lebai mankarq yg kira nak seghebu t

Himpunan Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi . Foto dan video Menarik

Image
Sambutan setara ini pun dah memadai. Ini perhimpunan pertama. Dengan kekangan dari pihak berwajib yang menyeluruh. Ramai anak muda berkerja, Itu pasal kelibat anak muda kurang kali ini. Peserta Himpunan Selamatkan Malaysia Hapuskan Kleptokrasi mula memenuhi Padang Timur, di sini sejak jam 3 petang. Himpunan anjuran Pakatan Harapan (Harapan) itu dijangka akan menerima lebih ramai peserta berdasarkan program kemuncak iaitu ceramah perdana berlangsung pada waktu malam. Menerusi slogan anti-kleptokrasi – Sayangi Malaysia Hapuskan Kleptokrasi program ini akan menampilkan ramai pemimpin pembangkang termasuk Pengerusi Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail. Himpunan yang bermula pukul 4 petang sehingga lewat malam ini menyasarkan 100,000 penyertaan. Ada juga cerita menarik mengenai walaun 'Pas' dalam program ini.  5.30 petang: Seorang ahli Pas dari Ipoh ditemui hadir dalam Himpunan Hapus Kleptokrasi petang ini. Duduk di lokasi agak

Lawan BN & PH ? 'Perang Ahzab' Versi Lebai.. | Video

Image
Retorik Lebai makin menjadi-jadi sejak Pak Tuan Berahim (TITM) mahu melancarkan 'Perang Ahzab' modern ke atas BN dan Pakatan Harapan. Apa mafhumnya semua ini ? Ohhh ! Kerana Pas dan lebai nya beranggapan bahawa mereka berada dalam 'Perjuangan Suci'.... Sekali pun menjunjung kebejatan dan berkepit dengan Umno & BN dan lagi kononnya Lebai PA$ terpaksa melawan 2 Gabungan gagah pada anggapan Lebai iaitu Pakatan Harapan (HARAPAN) dan BN serentak.  Apa punya mankarq Lebai anggap lawan PH dan BN tu macam 'Perang Ahzab'? Perang Ahzab itu adalah adalah perang umat Islam melawan pasukan yang bergabung terdiri dari Musyrikin Quraisy, Yahudi & suku Ghathafan. Lebai nak samakan Pakatan Harapan & Umno-BN sebagai apanya? Sebagai Musyrik? Sebagai Yahudi? dan Lebai pula anggap PA$ dan Lebai serta walaunsnya sebagai tantara Islam melawan tantara kuffar? Astagfirullah ! Sampai ke situ fikrah dan cara lebai menangani kemelut mereka sendiri sedangkan PA$ dan lebainya

Yang Bilang Cina Anti Islam, Malulah Bila Lihat Video dan foto Ini..

Image
Di Negara China, Islam berkembang pesat. Ada lebih dari 23 juta umat Islam dengan lebih 34 ribu buah mesjid tersebar luas di sana. Bahkan Organisasi Kemasyarakatan organisasi yang didirikan dan dibentuk oleh masyarakat Islam China secara sukarela berdasarkan kesamaan aspirasi, keperluan, kegiatan dan tujuan untuk berkongsi dalam pembangunan demi tercapainya tujuan membangun Islam yg syumul dalam kelompok masyarakat China Islam di sana mencapai 7,000 wilayah dengan gerakerja yang cukup aktif.   Negara Republik Cina satu-satunya negara yang masih menganut faham komunis. Walau pun tidak mengakui adanya Tuhan, namun banyak juga warga negaranya menganut Islam. Bahkan, bila musim haji, banyak warganya pergi menjalankan rukun wajib Islam itu.  Di Wilayah Muslim China yang luas di Republik itu, Islam yang di peraktikan di sana tidaklah seperti bawaan seumpama walaun PAS dan Lebainya di Malaysia. Permusuhan PAS dengan DAP hanya kerana PAS dan Lebainya selalu mendakwa baha