Mahfuz Omar Kenen Che Det ? - kah Kah Kah [Video]

Telatah Mahfuz Omar [MO] MP Pokok Sena ini sedikit unik bro ! Jarang boleh jumpa macam susuk dia nie, MO punya stail dan pembawaan politik yang jelas berbeza dengan parti dia sendiri PAS. 

PAS pening kepala dengan dia nie, Bersih 5 dia pergi, rata pentas parti lain dia pergi dan turut berucap. Orang kata dia menyongsong arus..tetapi 'perahu' dia bergerak elok bro, tak dengar sangkut dengan arus pun. Mahfuz is Mahfuz..itulah Mahfuz, dia bukan heran kat sapa pun selagi dirasakan jalannya betul..Kah kah Kah

Sejak kecil lagi bawaan nya ini senantiasa mahu jadi jawara ! demikian apa yang difaham dari cakap abangnya sendiri semasa kami berbual di sebuah warung, kebetulan abangnya tinggal di Tikam Batu dekat tempat aku.

Bila Mahfuz kata bukanlah PAS yang keliru, dia seolah sindir atau orang kedah kata 'bede' atau kenen kat Che Det bilamana Mahathir mendakwa Pas keliru apabila tidak mahu bekerjasama dengan PPBM jika parti itu menyertai Pakatan Harapan.Ini kerana katanya di Selangor, Pas adalah sebahagian daripada kerajaan negeri yang turut ada DAP di dalamnya sini.

Itu alasan Che Det, tapi aku lebih tertarik dengan 'statement' Mahfuz bro ! Pasainya mudah sangat, seperti kata MO, 'Parti-parti pembangkang ini yang terus keliru dengan apa yang dikehendaki oleh Pas'. 

Syarat PAS itu tak mungkin dapat dipenuhi oleh siapa pun dari blok pembangkang iaitu dengan menolak dan mengeluarkan DAP dan AMANAH dari PH itu sendiri? Bolehkah syarat ini dipenuhi? Jadi nak harap apa lagi? Apa dan siapa yang tinggal dalam tu? PKR, PPBM dan PAS ? Begitu ?
Kalau ini dipenuhi? bermakna PAS diiktiraf sebagai pemecah dan pemusnah PH kali kedua selepas mereka bertanggungjawab menguburkan PR dulunya. Nak lagi ke dengan PA$ yang gelong tu? Di sinilah aku setuju dengan Mahfuz tu.

Sebab itu Mahfuz mencadangkan pemimpin pembangkang lupakan Pas dalam usaha mereka menghadapi pilihan umum akan datang. Lupakan lah Pas. Rancanglah strategi dari sekarang untuk menang tanpa melibatkan Pas," kata Mahfuz.

Di sini aku 'salute' dengan Mahfuz. Ropanya Che Det yang keliru. Bagi aku kalau nak menang PRU 14 nanti, sisihkan PA$. Tolak mereka secara total. Depa bukan lagi *Sulaiman Akhlaken, tapi dengan satu *Token yang dibeli, depa naik keretapi pergi merata tempat buat kacau, Umno saja yang PA$ tak kacau ! Kah Kah Kah

AMANAH akan bertanding semua kerusi Pas pada PRU14, kata Dr Hatta. Itulah berita terbaru dari Amanah. MP Pas Pokok Sena! apa macam? Kerusi Pokok Sena tak selamat lagi bro ! Sekarag siapa yang keliru? Kah Kah Kah
Bukan Pas yang keliru,
tetapi parti pembangkang lain, kata MP Pas



Pas tidak keliru sebagaimana yang didakwa oleh Tun Dr Mahathir Mohamad tetapi yang keliru adalah parti-parti pembangkang khasnya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM).

Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata, PKR dan Amanah juga terus keliru apabila mengharapkan Pas menyertai mereka.


"Parti-parti pembangkang ini yang terus keliru dengan apa yang dikehendaki oleh Pas.

"Mereka tak faham-faham apa yang Pas nak, bukan Pas yang keliru," kata ahli Parlimen Pas itu.
Bekas Ketua Penerangan Pas itu memberikan perumpamaan orang datang meminang seorang anak gadis.

"Macam orang datang meminang anak saya, saya tak setuju. Saya nak tolak begitu saja nampak kasar. Lalu saya bagi macam-macam syaratlah," kata Mahfuz.

Mahfuz merujuk pelbagai syarat yang diberikan oleh pimpinan Pas jika mahu bekerjasama dengan mereka.

Antaranya PPBM mesti memutuskan kerjasama dengan Amanah dan DAP jika mahu bekerjasama dengan mereka.

Begitu juga kenyataan Mursyidul Am Pas yang berkata Pas sedia kerjasama dengan semua pihak dengan syarat Pas yang memimpin.
"Ini semua syarat nak tolak. Jadi saya boleh katakan Pas tak keliru dengan apa yang dia mahu.

"Yang keliru adalah pemimpin pembangkang," kata Mahfuz kepada Malaysia Dateline.

Sehubungan itu, Mahfuz mencadangkan pemimpin pembangkang lupakan Pas dalam usaha mereka menghadapi pilihan umum akan datang.

"Lupakanlah Pas. Rancanglah strategi dari sekarang untuk menang tanpa melibatkan Pas," katanya.

Pada Sabtu Tun Dr Mahathir berkata Pas masih keliru dalam hubungannya dengan parti-parti politik pembangkang di negara ini.

~ sumber.

Mahfuz Jelaskan Mengapa
Pendiriannya 
Berbeza Dengan PAS  

Idris Ahmad masuk TV3 ,apabila "hentam" Tun Dr MahathirAlahai Mat Derih !Hang baru besaq je nak ajaq Che Det.Tumpang tui sekali ke nak naik? Kah Kah Kah Baca juga yang INI


SAJAK TERBARU TUN MAHATHIR

Pada Yang Muda Kusematkan Harap

Aku tidak perlu apa-apa kekayaan
Aku mengerti umurku yang tua
menunggu masa bertemu Ilahi
Aku boleh selesa diam tidak bersuara
Supaya dijulang dan diangkat oleh mereka
Sepanjang nafas dan usia

Tetapi aku harus bersuara di akhir hayat
Tanpa meminta apa-apa untuk diriku
Malah tidak mengapa aku dihina dan dicerca
Semuanya kerana mataku melihat kemusnahan
oleh pemimpin di puncak kuasa
Yang rakus dan boros tidak terhalang
Menabur rasuah dan membeli orang

Pada mata tuaku
Aku melihat hutang berbilion
yang akan dibayar oleh cucu dan cicit rakyat
Aku melihat wang dipinjam hari ini
seperti tiada lagi hari esok

Semuanya
untuk membeli segala undi
untuk membeli segala kuasa

Pada senja hayatku
Aku melihat apa yang dibina berdekad lama
Dimusnahkan dengan wang
yang bukan miliknya

Dia menghidangkan wang haram untuk semua memujanya
Dia menjanjikan bulan dan bintang kepada semua
tanpa mengira harga yang perlu dibayar
oleh cucu cicit kita
setelah dia tiada lagi bernafas

Segala wang haram
Disamun, dirompak dan dipinjam secara halus
Untuk dibayar oleh rakyat

Wang haram diselerakkan untuk suap dedak mereka
yang tiada lagi nilai dan hormat diri

Mereka menjual negara
Mereka menjual diri
Mereka menjual maruah
Mereka menjual agama

Aku tidak dapat melakukan semua
Namun pada yang muda kusematkan harap
Untuk membetulkan Malaysia
Dengan bersama, BERSATU, berganding
Supaya ia tidak tenggelam
Dengan tangan kotor
dan harganya dibayar
oleh cucu dan cicit kita

Tun Dr. Mahathir Mohamad
10 Disember 2016


(Sajak ini dibacakan oleh Tun Mahathir Mohamad di Sungai Lalang, Sungai Petani, Kedah pada 10 Disember 2016 - SH 12/12/2016

Sisipan Maknawi
Yeah ! Ini yang terbaik..PAS is no more Rosak susu kerana setitik nila ! Nilanyaadalah PA$ bro !  Nyahkan PA$. Muktamad. Kah Kah Kah


Wala'un kanyaq berminat Ptg Pauh?Kah Kah Kah 
Bersatu setia TANPA PA$ lebihselesa dan menenangkan jiwa...Menuju Ke Arah Malaysia Baru.
Satu Impian,
Satu Harapan Buat Perubahan..
Pilih Pakatan Harapan Baru..
Tumbangkan Kerajaan Zalim U-Bn..
Hahaha

'Kami bukan maksum'Kenapa timbul 'statement' ini? maknanyaramai wala'uns menyangka dan beranggapanyan olamak PA$ tak boleh ditegur? Begitu kan? Statement macam nie tak perlu bro ! semua orang tahu, Nabi s.a.w sahaja yang Maksum.Selainnya semua bukan maksum.  Pa$ selalu mainkan isu begini untuk walak dan baiahnya yang keliru. Tak payah berdalihlah dgn isu 90J dan k.sama dgn Umno..dah muwafaqah idea dan fikrah rakyat tentang semua itu. Persepsi negatif rakyat sukar dibuang. 

Malaysiakini Berita

Mahathir berkata mana-mana pihak yang berusaha ke arah pertandingan tiga penjuru adalah penyokong BN Lihat

Tiga penjuru di Kelantan dan seluruh negara, kata Pemuda Pas



Ketua cawangan Kampung Dalam Pupuh Shamsuddin Ibrahim menyerahkan borang keahlian kepada pengerusi Amanah negeri Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah
SINI




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?