Anak2 Suriah dalam kesejukan | Rayuan Kemanusiaan Untuk Syria [2 Video]

Menitis air mata, sebak dan pilu melihat penderita an saudara Islam kita di bumi Suriah. Bantulah mereka sekadar mampu kita bro ! Hulurkanlah bantuan. Mereka anak-anak Islam Suriah dan keluarga mereka amat memerlukan apa juga bantuan saat ini.

Pengerusi Kehormat YDH Dato Haji Husam Musa menulis di facebook beliau merayu sangat2 agar kita bermurah hati hulurkan bantuan tadi bagi meringankan beban yang ditanggung saudara seagama kita di sana. 

Mereka anak2 Suriah sedang bergelut dengan cuaca sejuk melampau di sana. Berdoalah kita moga bantuan nanti selamat sampai kepada sasaran sebenar. Insya' Allah.


5 anak Syria terkorban kesejukan, Yayasan Darul Hijrah terus rayu sumbangan

Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit

Yayasan Darul Hijrah (YDH) menyasarkan 250 buah khemah untuk disumbangkan kepada rakyat Syria yang sedang berhadapan musim sejuk.


Menurut Pengerusi Kehormat YDH Datuk Husam Musa, setakat ini kutipan telah mencecah RM35,000 dan pihaknya akan segera mengirim wang itu ke Syria untuk membeli khemah-khemah dan peralatan musim sejuk.


"Saya menulis rayuan ini berikutan berita kematian lima kanak-kanak Aleppo dan dua wanita di Kem Idlib kerana suhu sejuk tanpa perlindungan.

Kredit Fb..Dato Haji Husam Musa
"Mereka telah meninggal kerana kecuaian masyarakat dunia menghulurkan bantuan segera," tulisnya di facebook.

YDH bekerjasama dengan Omari Society For Orphan (www.omariorphan.com) yang beribu pejabat di GaziosmanpaÅŸa, Ä°stanbul, Turki.


Tiga warga Syria petugas sukarelawan YDH kini berada di lapangan iaitu Saudara Imad, Husam dan Mohanad.

Bersegeralah membuat kebaikan kebajikan
 Pertubuhan ini menjaga anak-anak yatim yang baharu tiba dari Syria dan menguruskan kebajikan pelarian.


"Selain terima kasih, kami merayu sumbangan tambahan dari Rakyat Malaysia yang prihatin.


"Mereka bertarung dengan cuaca dan peluru demi survival hidup.


"Rakyat Malaysia pelbagai kaum kaya dengan perasaan belas kasihan dan perikemanusian. Kaum Muslimin pula mempunyai kewajipan persaudaraan Islam," katanya.

Sumbangan boleh di salur ke akaun:
Maybank: Yayasan Darul Hijrah (5660 1060 9934).



Setiap sumbangan boleh dimaklumkan melalui whatsapp 018-359 0403 dan email ke admin@yayasandh.com untuk urusan resit dan audit..(sumber)

sumber 2 ~ Fb Dato Haji Husam Musa .


Musim Sejuk Syria 2016‬
Musim sejuk paling sukar dalam dekad ini akan berlaku di Syria pada tahun ini.
Apabila musim sejuk yang rahmat telah bertukar menjadi bencana, anda perlu berdiri bersama-sama merasainya di Syria. Sebuah negara di mana para keluarga tidak mendapat kehangatan di musim ini selama lebih dari 4 tahun. Lebih daripada 5 juta keluarga telah kehilangan rumah, pakaian dan keperluan yang mereka ada. Tiada bekalan elektrik, tiada bahan api dan diesel. Kini mereka menggunakan kayu api seperti dulu. Mereka kini tinggal di khemah bersama anak-anak kecil dengan keadaan yang sukar.
Nabi Muhammad SAW telah bersabda: “Pekerjaan yang dicintai Allah SWT ialah memberi makanan kepada mereka yang miskin dan lapar, menolong melunaskan hutangnya dan membantu sesusahannya.”
Hadis riwayat al-Thabarani


KEMPEN BANTUAN 
MUSIM SEJUK 4.0 (2016)


Berbuatlah kebaikan moga kamu beroleh kejayaan


Sebaik2 manusia ialah memberi guna kepada manusia lain


Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya (sendiri) yang ia menghadap kepadanya. Maka berlomba-lombalah (dalam membuat) kebaikan. di mana saja kamu berada pasti Allah akan mengumpulkan kamu sekalian (pada hari kiamat). Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu..Mafhum ayat 148 Al-Baqarah


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video