AMANAH ganti PAS, bagaimana?

Amanah sudah mempunyai 154 kawasan dan 100 cawangan seluruh negara. Amanah telah buktikan jati diri, ketabahan dan kekuatan iman dalam perjuangan ahlinya untuk teruskan usaha tegakkan keadilan untuk negara menentang kezaliman dan penindasan seluruh rakyat yang inginkan negara ini menikmati rahmat Allah.

Amanah meneruskan jihad perjuangan bersama dengan rakyat melalui Pakatan Harapan yang di
dokong semua warga negara. Sebahagian  mereka bukan beragama Islam boleh sama berdiri dan duduk dengan mereka yang beragama Islam kerana mereka bersedia menjadikan Islam sebagai pegangan membawa rahmat.


Inilah AMANAH sebuah bahtera politik yang versatile sifat dan coraknya. Ia mencorak dirinya setelah PAS tidak mampu bersaing idea dan fikrah pemimpinya semasa mereka di dalam PAS. Pemimpin PAS lebih teruja mahukan UMNO sebagai 'Tuan Besar' baru mereka atau lebih tepat menjadikan UMNO sekutu mereka, sedangkan pemimpin AMANAH yang rata-rata dari kumpulan ' progresif ' menolak Umno secara total tanpa kompromi. Kembalilah PAS ke lubuk lama bermandikan tengkolok, keris, samping & 'Melayu' nya. 

Mereka PAS melalui de so called 'ulama' ceroi mereka tidak berhenti bercakap isu 'Islam' tetapi dalam masa yang sama tidak mampu berbuat sesuatu untuk memajukan manusia selaras dengan tuntutan Islam yang diperjuangkan? Lihat saja isu balak di Kelantan. Kebajikan orang asli pun tidak dapat nak selesai. 

Konvensyen AMANAH yang baru diadakan akan memastikan partai pembangkang boleh bersatu. Apabila bersatu nanti akan benar-benar rakyat juga boleh bersatu hadapi Umno-BN. 

Di sinilah, AMANAH akan menggantikan PAS yg sudah tidak boleh diharapkan lagi boleh beroperasi sebagai pembangkang bagi menjamin sebuah negara yang bersih, adil dan bermaruah. PAS menyandarkan diri kepada kumpulan yang banyak menyusahkan rakyat dan negara.

Aedi Asri
| December 12, 2016

Amanah lebih berpeluang menggantikan peranan PAS bukan dengan membekalkan undi Melayu-Islam, tetapi menjadi 'dimensi Islami' dalam Pakatan Harapan melalui idea dan dasar mereka.

Konvensyen Amanah semalam menyerlahkan 2 perkara yang wajar diberi perhatian – kritikan yang dihamburkan kepada PAS dan potensi parti berusia lebih setahun itu menggantikan PAS.

Hari pertama Konvensyen
Demi manfaat jangka pendek dan panjang mereka, Amanah perlu meninggalkan yang pertama, menyerang PAS, dan menumpukan kepada yang kedua, iaitu mengganti kan PAS. Mengambil peranan PAS yang dimaksud bukanlah dengan menjadi pesaing utama Umno. Yang itu, PPBM sudah wujud, dan pada tahap tertentu, PKR.

Bukan juga sebagai pembekal undi Melayu di luar bandar (walaupun mereka boleh mencubanya) pada pilihan raya akan datang. Proses mengakar umbi bukanlah senang. PAS mengambil masa berpuluh tahun untuk bertapak kukuh di sana.


Lim Kit Siang dalam sidang medianya melancarkan "Perang PRU 14" dengan menunjukkan karikatur untuk menumbangkan Umno-BN mengeletek hati kecil Tun Dr Mahathir Mohamad.
Pak Samad beramah mesra dgn Dr Siti Hasmahdalam majlis diadakan.
Tetapi mengambil peranan PAS dalam konteks memberikan kritikan dan dasar melalui sudut pandang Islami, sepertimana PAS menjadi “wajah Islam” kepada Pakatan Rakyat dengan jayanya dulu.

Ini bukan bermaksud Amanah tidak memainkan peranan sebagai “wajah Islam” sebelum ini, tetapi seringkali mereka mudah terleka dalam serangannya dan terheret dalam perang mulut dengan PAS.

Setiap kenyataan PAS tidak perlu dijawab, terutama yang tidak bersangkut-paut dengan Amanah.


Barisan perwakilan wanita dari seluruh negara yang hadir untuk dua hari konvensyen diadakan.
Misalnya hubungan baik PAS dengan Umno, tanpa serangan Amanah pun orang ramai dapat melihatnya.

Dalam konvensyen yang berakhir semalam, Presiden Amanah Mohamad Sabu berkata ia mampu menang di Kelantan dan Terengganu, 2 negeri yang sekian lama menjadi kubu PAS.


Akhabr Amanah turut diedarkan kepada 1,200 perwakilan dan 2,000 pemerhati yang hadir.
Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad pula ketika menegur perwakilan yang menyifatkan pemimpin parti dalam Pakatan Harapan sebagai “duri dalam daging”, menganggap perlakuan itu sebagai “DNA parti lama”.

Tanpa mengambil kira keyakinan Mat Sabu dan teguran Khalid, rujukan terhadap PAS semacam satu obsesi, mengingatkan kita kembali asal penubuhan Amanah selepas kekalahan barisan pemimpin mereka pada Muktamar PAS tahun lalu.

Ia satu pandangan ke belakang, bukan langkah ke hadapan.

Ada baiknya Amanah menumpukan usaha mereka menjadi sebuah lagi parti yang menggantikan PAS, melalui tindakan.


Sebahagian perwakilan menunjukan sokongan mereka terhadap parti Amanah untuk membawa perubahan dalam lanskap politik negara.
Misalnya dalam isu Rang Undang-undang Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355), Amanah berjaya menawarkan sisi pandang Islam yang berbeza dengan PAS, antaranya soal maqasid syariah.

Ia lebih mudah diterima masyarakat Melayu-Islam, khalayak sasaran dalam isu ini, berbanding hujah perlembagaan dan hak asasi yang bernada “sekular” seperti yang dilontarkan pihak lain dan sukar dijual. (Barangkali ia memang lebih kepada mengukuhkan asas sokongan mereka, tetapi itu cerita lain).

Usul Amanah memperkasa mahkamah syariah sebagai alternatif kepada usul PAS juga usaha yang baik dengan turut menyentuh soal mutu dan tangga gaji kakitangan, berbanding usul PAS yang hanya obses dengan meningkatkan hukuman.


Justeru, langkah perwakilan Kelantan, Che Ibrahim Muhammad yang membangkitkan isu Orang Asli dan pembalakan di Gua Musang adalah sesuatu yang baik. “Di mana Islam yang kita katakan dasar perjuangan kita?” soalnya sambil membangkitkan parti yang berasaskan Islam tidak sepatutnya menafikan hak tanah golongan itu.

Bukankah tanah juga termasuk dalam kategori harta (hifz al-mal), salah satu 4 komponen maqasid syariah? Tolak ketepi soal undang-undang moden yang “merampasnya”. Undang-undang boleh dirangka dan dipinda.

Ini membuktikan Amanah mampu melakukannya, apatah lagi dengan mengambil kira barisan kepimpinan mereka yang berkebolehan dan pandai menyesuaikan diri mengikut waqi’ (persekitaran semasa).

Bukankah tokoh ini yang menjadikan PAS parti arus perdana yang diterima masyarakat bukan Islam selepas PRU 2008?


Ketua Angkatan Wanita Amanah Nasional (AWAN) Dr Siti Mariah Mahmud menyentuh mengenai perjuangan Orang Asli dalam ucapan penangguhan di Konvensyen Amanah Nasional kali pertama
Dengan menumpukan masa dan tenaga dalam aspek ini, peluang Amanah untuk memenuhi ruang kosong yang ditinggalkan PAS dalam Pakatan Harapan semakin tinggi. Dan dengan itu, sokongan orang Melayu-Islam pasti akan datang, terutama mereka di atas pagar.

Ia tentunya lebih berkesan berbanding bersemuka dengan PAS secara langsung. Jika tidak mampu melawan di medan akar umbi, Amanah boleh melakukannya melalui idea dan dasar.

~ sumber.

Foto Menarik
Di Konvensyen 1 AMANAH.

Dr Siti Hasmah Mohd Ali (kanan sekali) dan Teresa Kok (dua dari kiri) turut hadir.
Perwakilan seluruh negara yang hadir dalam Konvensyen Amanah pertama yang diadakan di SACC di Shah Alam hari ini.
Pemimpin kanan Amanah (dari kiri) Timbalan Presiden Salahuddin Ayub, Presiden Mohamad Sabu, Penasihat Ahmad Awang dan Setiausaha Agung Anuar Tahir ketika berdiri menyanyikan lagu Negaraku dan parti Amanah.
Suasana ceria di Konvensyen Amanah
Mohamad Sabu sedang berucap di Konvensyen Pertama Amanah
Para pemimpin Pakatan Harapan ceria di Konvensyen pertama mereka hari ini
Presiden Amanah Mohamad Sabu melancarkan Solidariti untuk Mazlan di Konvensyen Amanah Nasional hari ini
Bahagian belakang dewan konvensyen PH yang turut penuh dengan pemimpin dan penyokong.
Dewan Konvensyen PH penuh

akhirkalam
Dari Abu Huroiroh Rodhiyallahu ‘Anhu ia telah berkata: Bahwa Rosulullah Shollallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda: ” Sebagian dari kebaikan keIslaman seseorang itu adalah meninggalkan suatu hal yang tidak berguna baginya. ” [Hadis Hasan, HR Tirmidzi dan lainnya]



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?