Pulau Pinang kian diminati ulama dunia - Video

Pulau Pinang bertuah menerima kunjungan Imam Masjid Al-Aqsa hari ini. Kunjungan ini punyai erti yang cukup signifikan terhadap perkembangan Islam di negeri itu walaupun ia dilihat sebaliknya kerana berketuakan LGE dari DAP.

Beliau turut memuji usaha Kerajaan Negeri dalam memartabatkan agama Islam di samping berlaku adil terhadap semua rakyat di negeri Pulau Mutiara tersebut tanpa mengira latar keturunan dan agama. (sila ke bawah dalam sisipan) untuk melihat usaha Kerajaan Negeri hingga mendapat penghargaan pihak luar seperti Imam ini.

Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan yang turut mengalu-alukan kunjungan Syeikh Ali menyifatkan imam negara bergolak itu sebagai tokoh yang berani. Videonya boleh dipaut di Buletinmutiara's video.


Imam al-Aqsa puji Pulau Pinang

Lim Guan Eng dan Abdul Malik Kassim.bersamamenyantuni Imam Masjid al-Aqsa Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbasi 
"Masha-Allah, ini sangat cantik. Pulau Pinang dirahmati," itu kata Imam Masjid al-Aqsa ketika dibawa melihat panorama negeri itu dari pejabat Ketua Menteri Lim Guan Eng hari ini.

Sheikh Ali Omar Yacoub Al-Abbasi menjadi tetamu Lim yang membawanya ke tingkat 28 bangunan Komtar yang menempatkan ADUN Air Puteh itu.

Kata-kata itu diucapkan Sheikh Ali Omar ketika melihat pemandangan selat yang memisahkan pulau dan Seberang Perai. Di kejauhan beliau melihat dua jambatan yang menghubungkan kedua-dua kawasan berkenaan.

Cenderahati dari Kerajaan Negeri P.Pinang
Menurut Lim, Sheikh Ali Omar bercadang melawat ke beberapa pelabuhan selepas mengambil gambar bersama beberapa anggota exco negeri.

Kata Lim, lawatan Sheikh Ali Omar menjadi kenyataan hasil usaha Exco Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Abdul Malik Kassim.

Dalam lawatan ke Pulau Pinang kata Lim Sheikh Ali Omar memuji langkah kerajaan kerana menghormati orang Islam dan bukan Islam.

Lim Guan Eng menunjuk sesuatu kepada Imam Mesjid Al-Aqsa
"Kami amat gembira seseorang yang dihormati menjejakkan kaki ke Pulau Pinang," katanya pada sidang media.

Masjid al-Aqsa adalah masjid ketiga paling suci dalam Islam selepas Masjid al-Haram di Makkah dan Masjid Nabawi di Madinah. Ia pernah menjadi kiblat kepada umat Islam sebelum Makkah.
~ sumber.



SISIPAN MAKNAWI

SAR Negeri terima sumbangan kali ke-8, ustaz-ustazah, tuan guru pondok, hufaz tidak terkecuali tanda penghargaan Kerajaan Negeri dari DAP.


Bandingkanlah 
Dengan negeri2 Umno-BN terutama Negeri Kelantan di bawah PAS sendiri pun tidak mampu lakukan seperti apa yang Pulau Pinang lakukan.

'Kafir Harbi' seperti dakwaan PA$ inilah yang melakukan dan menjana kepada perkembangan pendidikan agama rakyat P.Pinang tanpa mengira faham politik. Kah kah Kah

SAR Negeri terima sumbangan kali ke-8, ustaz-ustazah, tuan guru pondok, hufaz tidak terkecuali tanda penghargaan

PENANTI - Buat kali kelapan, Kerajaan Negeri Pakatan Harapan pada petang tadi menyampaikan sumbangan RM1.75 juta peruntukan tambahan kepada 178 sekolah agama rakyat (SAR) pelbagai kategori di Pulau Pinang.

Mengulas lanjut, Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap, sumbangan itu adalah sebagai menghargai 1,427 ustaz-ustazah, guru-guru Al-Quran, cikgu-cikgu sekolah agama serta barisan tuan guru pondok pengajian agama yang membantu Kerajaan Negeri dalam memartabatkan Islam di Pulau Pinang.

"Ia (RM1.75 juta) adalah tambahan pada apa yang telah pun diperuntukkan (RM1.75 juta).

"Tentulah saya berasa kesal dengan sesetengah pihak yang mengatakan kita (Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang) hanya memberikan sebanyak RM1.75 juta sahaja dalam setahun.

"Sebenarnya, sejak 2009, Kerajaan Negeri melalui Jabatan (Hal Ehwal) Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) telah memberikan sebanyak RM45 juta, dan, ini tidak termasuk tanah yang diberikan secara percuma untuk pembangunan sekolah agama rakyat.

"Bantuan tambahan (RM1.75 juta) ini tidak pernah dilakukan oleh Kerajaan Negeri (era Umno Barisan Nasional, BN) sebelum ini, sama juga bantu (RM1.75 juta) dan 'bonus (raya)' untuk guru-guru sekolah agama rakyat yang kita (Kerajaan Negeri) bagi kebelakangan jni.

"Sebagai Kerajaan Negeri yang terbuka, kami (Pakatan Harapan) rela diperbetulkan, sama seperti ajaran Islam yang menuntut taubat jika salah," ucapnya dalam Majlis Perasmian Bangunan Baru SAR Maahad At-Tarbiah Guar Jering petang tadi di sini.

Turut berucap, Exco Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato' Abdul Malik Abul Kassim serta Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail yang juga Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia.

Hadir sama, Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon; Exco Kerja Raya, Pengangkutan dan Utiliti, Lim Hock Seng; Exco Pertanian & Industri Asas Tani, Pembangunan Desa dan Kesihatan, Dr. Afif Bahardin; Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti, Dr. Norlela Ariffin; ADUN Permatang Pasir, Dato' Mohd. Salleh Man yang juga Yang di-Pertua Majlis Agama Islam Negeri Pulau Pinang (MAINPP); Ahli Parlimen Nibong Tebal, Dato' Mansor Othman dan Pengarah JHEAIPP, Dato' Sazali Hussein.

Dalam perkembangan berkaitan, Guan Eng mensyorkan penerapan Sains, Teknologi Kejuruteraan, Bahasa Inggeris dan Matematik (ESTEEM) di semua jenis institusi pengajian agama Islam di negeri ini.

"Selain buat kuliah agama, buat juga kuliah sains dan teknologi kerana kalau kita lihat zaman keemasan Islam, ilmuan Islam banyak menyumbang pada dunia sains dan teknologi.

"Tanpa ilmu nombor dan al-Jibra yang disumbangkan oleh ilmuan Islam (Al-Khawarizmi), ilmu matematik, sains dan komputer yang menggunakan al-jibra tidak wujud.

"Bagi kami, sesiapa yang mendalami pendidikan Islam, ia adalah penegak pada keamanan," ujarnya sambil menolak dakyah Islamophobia oleh pihak tertentu di peringkat global.

Sebelum itu, Abdul Malik memberitahu, majlis pecah tanah projek pembinaan bangunan SAR Maahad At-Tarbiah Guar Jering bernilai RM1.3 daripada peruntukan tambahan Kerajaan Negeri tersebut disempurnakan bekas Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia merangkap bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 31 Ogos 2014.

Tambah beliau, kerja-kerja pemajuan adalah selama 12 bulan, mulai pada 2 Februari 2015 hingga 1 Februari lalu.

"Ini sebahagian usaha Kerajaan Negeri dalam mengutamakan pendidikan anak-anak kita, di bawah maksud Al-Islam Rahmatun Lil 'Alamin," jelas Abdul Malik.

Manakala Dr. Wan Azizah pula dalam ucapannya menzahirkan penghargaan Anwar atas komitmen pentadbiran Guan Eng dalam memartabatkan perkara pendidikan Islam di negeri ini.

"Bangunan baharu ini adalah suatu benih ilmu untuk anak-anak kita...Anwar begitu gembira dengan komitmen yang ditunjukkan oleh Kerajaan Negeri," ujar beliau.

Mengikut pecahan sumbangan, rekod peruntukan tambahan RM1.75 juta Kerajaan Negeri kepada 178 buah SAR pada petang tadi adalah seperti berikut:

● 106 buah SAR - Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA - Integrasi) sebanyak RM453,800;

● Tujuh buah Sekolah Menengah Agama Rakyat (SMAR) sebanyak RM539,800;

● Tujuh buah Sekolah Rendah Agama Rakyat sebanyak RM382,020;

● 11 buah Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) sebanyak RM264,500;

● 27 buah Maahad Tahfiz Al-Quran sebanyak RM177,200;

● Enam buah Pondok Pengajian Islam sebanyak RM60,000; dan

● 14 buah Tadika Islam (TADIS) sebanyak RM22,680

Oleh : ZAINULFAQAR YAACOB
Gambar : DARWINA MOHD. DAUD

Sumber Fb (CM Lim Guan Eng)

Mesjid Terapung Tanjong Bungah, Pulau Pinang


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video