Peguam Pemerhati respon Bersih 5

Masa Bersih5, Mesjid Jamek ditutup, orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ. Mesjid India dibuka, ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri. Ini antara respon oleh peguam pemerhati di Bersih 5.

Sebahagian daripada peguam Amanah yang menjadi pemerhati di perhimpunan Bersih 5 pada 19 November

Perhimpunan Bersih 5 terbukti mampu berlangsung secara aman jika tidak ada provokasi melampau daripada pihak tidak bertanggungjawab, kata ahli jawatankuasa Biro Undang-undang Amanah (Kanun) Dr Zulkarnain Lokman.

Namun katanya, lalu lintas terganggu di sekitar Kuala Lumpur dan jalan-jalan menuju pusat bandar kerana banyak jalan utama yang ditutup.

"Sepanjang tinjauan, saya dapati perhimpunan ini berlangsung dengan aman tanpa gangguan. Yang terganggu adalah trafik kerana banyak jalan ditutup. Saya tidak nampak keperluan untuk menutup sebegitu banyak jalan," katanya yang bertugas sebagai peguam pemerhati sepanjang perhimpunan semalam.

Beliau juga kesal dengan pengurusan Masjid Jamek yang menutup tempat ibadat itu menyebabkan orang Islam tidak boleh menunaikan solat Zohor di situ.

Sebaliknya Masjid India dibuka dan ramai peserta Bersih 5 menunaikan solat dan berehat termasuk memberishkan diri.

"Saya juga kesal kerana Masjid Jamek Melayu ditutup kepada orang Islam untuk menunaikan solat zohor. Sedangkan Masjid India dibuka seluas-luasnya dan para jamaah bebas untuk bersuci, beristirehat dan solat.

"Ini adalah kerugian kepada Masjid Jamek Melayu kerana saya lihat ramai juga jemaah memberikan sumbangan kepada tabung derma masjid. Saya pasti tabung Masjid India bertambah berlipat kali ganda daripada hari biasa," ujarnya.

Selain itu katanya, tiada keperluan bagi peniaga khususnya peniaga kedai makan menutup perniagaan mereka semalam kerana ia ternyata merugikan.

"Saya juga lihat banyak kedai yang ditutup. Ini juga kerugian kepada peniaga itu sendiri khasnya peniaga makanan dan minuman. Semua meja penuh hari ini (Semalam). Malah, pagi tadi (semalam), restoran di KTM Kuala Lumpur telah kehabisan roti canai.

"Oleh itu, saya tidak faham kenapa kedai-kedai itu perlu ditutup sedangkan pelanggan berpotensi berduyun-duyun lalu di hadapan kedai masing-masing," katanya.

Perhimpunan semalam yang dianggarkan disertai hampir 50,000 orang bermula jam 10 pagi bermula di Bangsar dan Masjid Negara.

Bagaimanapun peserta perhimpunan tidak dibenarkan menghampiri Dataran Merdeka menyebabkan penganjur membuat keputusan untuk ke KLCC.

Ia berakhir di KLCC dengan aman selepas pidato beberapa pemimpin Bersih dan pemimpin politik termasuk bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad..(sumber).

Santai 
Sentai Bersih 5

UAA turut hadir Bersih 5
Peniaga air minuman antara yang mendapat keuntungan lumayan semasa himpunan Bersih5.

Awat che adik duk perangat Bersih 5 nie? Ha Ha Ha .....
 Sehari sebelum Bersih 5
Himpunan #Bersih5 adalah himpunan
rakyat yang cintakan negara.
Kita adalah rakyat yang bertanggungjawab.
Sukarelawan #Bersih5 mengutip sampah
demi menjaga kebersihan kawasan sekitar
himpunan.
Kebersihan tanggungjawab kita bersama.
Sidang media Amanah bekaitan Bersih 5 di Wisma Amanah Negara semalam
Kameel Abuya n Memba nya
Anda kenal mereka?
Laporan dari luar
Sulaiman Ibrahim
Sampai sekarang aku nk tergelak dgan
budak2 jamal baju merah semalam...
Ayat buat rasa terlalu kesian sangat..
" Kami nak tumpang lalu ja..,
nak berhimpun kat padang merbok "
Dlam fb sebelum ni provok pukul
ngan kayu,silat harimau ,ilmu kebal ,
parang panjang dan mcm2..
bila bertemu
pakat tutup muka dan sebagainya...
Jom gelak kat jamal..
Kahkahkahkahkahkahkah
KAH KAH KAH KAH
Tv3 bgtahu hmpunan bersih tiada sambutan.' ! Tapi inilah hasilnya.. 
Malaysian democracy group
plans1MDB protest rally
Pro-democracy group"Bersih"
(Clean) chairwoman
Maria Chin Abdullah rallies
supporters as they prepare
 to march towards
Dataran Merdeka in Malaysia's
capital city of Kuala Lumpur..
Photo: Reuters 
Bersih 5 penuh anak muda berani - Mat Sabu
Apa Depa Buat nie?
 Bila perjuangan disalah catur... Melepak. Tidur. Baring. Main telefon. Buang sampah.
Taktau nak buat apa.
betul-betul macam anak ayam
kehilangan ibu - Kasiannnnnn !
Selepas berkumpul di sana sikit, 
sini sikit, situ sikit
akhirnya kumpulan #Merah yang 
berpecah dan
berteghaboq ini pulang ke rumah 
masing-masing.
Pic atas tu..
ketika berkumpul di Padang Merbok.
Kah Kah Kah 
KAMI ANAK BANGSA MALAYSIA.
B5 dari sudut menarik ! 500 orang jer nie? Kah Kah Kah
Buktikan bahawa kita berhimpun
secara aman..tanpa provokasi
adalah perhimpunan
yang benar-benar aman dan bersih..
#Bersih5
Oppppssssss ! yg merah tu sapa sifu depa?Kah Kah Kah



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video