Layar Bersih 5 - Video

Pojok ini sengaja aku namakan seperti tajuk atas tu bro kerana banyak cerita-cerita selepas B5 masih terus hangat terutama selepas  Pengerusi Bersih Maria Chin Abdullah ditahan di bawah Sosma ( Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012.

Susulan demi susulan diperkatakan rakyat yang pro B5 lebih2 lagi yang tidak senang dengannya.. ada yang nak buat Bersih 7 berwarna merah (sini).

Manakala Bersih5 buktikan bahawa Amanah dan PPBM adalah mewakili kepimpinan Melayu dalam Pakatan Harapan bro, demikian menurut Naib Ketua Pemuda Amanah Nasional M.Fakhrulrazi Mohd Mokhtar (sini). Bersih 5  baru sahaja selesai melihatkan puluhan ribu umat Melayu turun menjayakan perhimpunan aman itu dicampur jutaan umat Melayu lain yang menyokong dan bersimpati dengan Bersih 5.

Sementara itu bro ! AP Pokok Sena kata terpulang laa kat Pas nak ambil tindakan pasai attend Bersih 5 Sabtu lepas (sini). "Saya lakukannya untuk rakyat. Saya sertai Bersih kerana permintaan rakyat.

Apa pun ramai penentang Bersih sesak dada ketat dada..hingga ada menteri cepat saja bagi komen nya ! Begitu juga dengan walaun Pas, depa lebih suka melihat kegagalan Bersih5, baru hati mereka puas...Kah Kah Kah

Datuk Mahfuz Omar ketika hadir bersama pemimpin Pakatan Harapan dalam perhimpunan Bersih 5 Sabtu lalu.- Foto Malaysiadateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.

Peniaga dan penjaja mengadu alami kerugian beribu ringgit pada 19 nov lalu..yang peniaga pi tutup tu memang laa rugi, cuba tengok Nasik Kandaq Pelita..melimpah ruah beb !
MP pembangkang menyerahkan memorandum membantah penahanan Maria Chin di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman
Semua ceri ceria saja..tengok pun sejuk hati..Bersih menolak keganasan.
Perarakan bermula di padang Merbok menuju ke parlimen bagi menyerahkan memorandum membantahpenahanan Maria Chin di bawah Sosmamembuktikan kerajaan BN berasa terancam terhadap kewujudan Bersih yang berjaya memobilisasi rakyat ke perhimpunan Bersih 5.

Foto Penyokong
pembebasan Maria Chin

Penyokong pembebasan Maria Chin dari pelbagaikaum semakin ramai hadir pada malam ini.
Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail turut hadir malam ini bersama penyokong pembebasan Maria Chin di Dataran Merdeka.
Presiden Amanah Mohamad Sabu, Ahli Parlimen Pokok Sena Datuk Mahfuz Omar antara pemimpin politik yang hadir memberikan sokongan pembebasan Maria Chin malam ini.
Women march for Maria Chin
Published on Nov 22, 2016
Free Malaysia Today 


Pembebasan Maria Chin
bukan sunat tapi wajib, kata Mat Sabu

Mat Sabu mengajak rakyat menyokong himpunan pembebasan Maria Chin yang kini dipenjarakan di bawah Sosma.-Foto MalaysiaDateline oleh Wan Zahari Wan Salleh.sini
muka je garang, hati baik maaa
Asal 'orang punya program' hambar laa, tawar laayang Utusan banyak tak laku tu tidak hambar ke?Kah Kah Kah
Azhar Ledang..
menulis
Puas aku tolak permintaan awek nie,
tetap dia nk selfie dgn aku...
Akhirnya aku pasrah.
Ha ha ha...
November 21 
Timbalan Presiden Amanah Salahuddin Ayub dan Presiden PPBM Tan Sri Muhyiddin Yasin dilihat berjaya membawa penyokong parti masing-masing untuk turun ke jalanan memberi sokongan Bersih 5 pada Sabtu lalu. - Foto Malaysiadateline
Artis turut bersama
Sudut kamera terbaik Bersih 5



Pas. amoi dan Bersih 5
Kalau tidak mahu jumpa Amoi macam ini baik tinggal di hutan Endau Rompin, kata Suhaizan.
Pihak-pihak yang berkata (Pas laa tu)tidak boleh hadir ke perhimpunan Bersih 5 kerana ada gadis Cina (Amoi) yang pakai seluar pendek dinasihatkan supaya tinggal di hutan Endau Rompin sahaja.
Menurut Suhaizan, "bukan kita suka dia pakai seluar pendek tapi itu perkara biasa pada mereka. Bukan suatu kesalahan pada mereka."

"Kalau kita tak boleh pergi tempat di mana amoi ada memakai seluar pendek di Johor Baharu, Kuala Lumpur, Melaka, Seremban, Ipoh dan Pulau Pinang maka kita kena tinggal di dalam hutan Endau Rompin sahaja lah," tulis beliau.
sini




 

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?