Rakyat masih mengharapkan Anwar dibebaskan [ Video ]

Hari ini 12 October 2016, Mahkamah Persekutuan akan mendengar permohonan DS Anwar Ibrahim - usaha akhirnya untuk mengetepikan sabitan dan hukuman penjaranya.

"DSAI sudah alami pelbagai rintangan dan seksaan..DSAI sudah membayarnya dengan harga yang amat tinggi..bertahun merengkok dalam penjara..suatu ujian yang belum pernah dialami oleh mana-mana pemimpin..sanggup tergadai jawatannya..namun..beliau tetap berjiwa besar..bukan jawatan yang dikejar, sebaliknya maruah dan masa depan rakyat menjadi keutamaan.

"Keputusan bertulis semakan semula kehakiman @anwaribrahim hanya akan dikeluarkan dalam tempoh tiga bulan iaitu tarikh akhirnya pada 11 Januari 2017.

Adakah panel hakim tidak boleh membuat keputusan segera pada hari ini kerana perlu merujuk dahulu 'kertas semakan' kepada 'tuan politik' mereka?

Inilah yang menjadi tanda tanya seluruh rakyat yang jelas melihat hujah-hujah pasukan peguambela gagal dijawab secara substantif juga oleh pasukan pendakwaraya.

Jadi siapa yang mampu menafikan bahawa keputusan mahkamah sudah dilihat cenderung kepada keputusan politik pemerintah?
Adakah pendokong Saiful masih mahu mempertahankan yang batil dari yang hak?? #BebasAnwar


Demikian tulis Dr Wan Azizah Wan Ismail dalam fesbuknya.

Bagaimana pun rakyat terus berpusu hadir di Istana Kehakiman memberi sokongan dan mengharapkan Anwar akan dibebaskan. Pun begitu terdapat segelintir kecil mereka yang masih bencikan Anwar turut berada di lokasi yang sama. 

Penyokong Mohd Saiful Bukhari Azlan hari ini berkumpul di luar Mahkamah Persekutuan bagi menunjukkan solidariti kepada mangsa liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu. Kira-kira 50 orang itu kononya memperjuangkan “Keadilan untuk Saiful” berhimpun di luar Istana Kehakiman, sekitar 10 pagi ini, lihat di bawah bro ! Kah Kah Kah





Ratusan berhimpun
tuntut Anwar dibebaskan


Nurul Izzah mengajak orang ramai tandatangani petisyen bebaskan Anwar.Nurul Izzah mengajak orang ramai tandatangani petisyen bebaskan Anwar.

Ratusan penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim berkumpul di Istana Kehakiman hari ini bagi mendengar semakan kehakiman terhadap permohonan beliau agar dibebaskan dari dakwaan kes Liwat 11.

Di luar mahkamah, anak Anwar, Nurul Izzah mengajak orang ramai menandatangani petisyen bagi membebaskan Anwar dari penjara.

Antara penyokong Anwar yang hadir dan menuntut agar Anwar dibebaskan.Antara penyokong Anwar yang hadir dan menuntut agar Anwar dibebaskan.Di dalam mahkamah pula, pasukan pembelaan Anwar berhujjah untuk membebaskan beliau dari hukuman itu.
Ia termasuklah mempertikaikan hakim yang ada pada hari ini namun ditolak. Panel yang akan mendengar semakan terdiri daripada Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin dan Hakim Besar Sabah Sarawak Tan Sri Richard Malanjum.

Tiga hakim lain adalah hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Tan Sri Hasan Lah, Datuk Seri Abu Samah Nordin dan Tan Sri Zaharah Ibrahim.

Pasukan pendakwaan diketuai oleh Ketua Bahagian Perbicaraan Jabatan Peguam Negara Ahmad Kamal Md Shahid bersama-sama dengan Awang Armadaya Awang Mahmud (timbalan ketua bahagian rayuan), Tengku Amir Zaki Tengku Abd Rahman dan Wan Shaharuddin Wan Laden.
Pasukan pembelaan Anwar diketuai oleh bekas Hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Seri Gopal Sri Ram. Turut sama dalam pasukan itu adalah Sangeet Kaur, N Surendran, Sivarasa Rasiah, Latheefa Koya, Melissa Sasidaran dan Shahid Adli Kamaruddin.

Anwar sentiasa menegaskan bahawa pertuduhan liwat adalah satu konspirasi politik terhadapnya.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membebaskan Anwar dari tuduhan Liwat 11 pada 9 Januari 2012.

Bebaskan Anwar bergema di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.Bebaskan Anwar bergema di perkarangan Istana Kehakiman Putrajaya.Bagaimanapun, tiga hakim Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan itu dan mensabitkan beliau bersalah pada 7 Mac 2013, sebelum Anwar bertanding kerusi DUN Kajang untuk membolehkannya menjadi menteri besar Selangor. Mahkamah Rayuan memutuskan dengan serta merta selepas hujahan daripada peguam pada malam penamaan calon Anwar di kerusi berkenaan.

Anwar berkata penghakiman tergesa-gesa oleh Mahkamah Rayuan adalah untuk menghalangnya daripada bertanding pilihan raya kecil itu.
Keputusan kontroversi Mahkamah Rayuan dikekalkan oleh Hakim Arifin pada 10 Februari 2015.

Malam tadi, keluarga Anwar mengadakan solat hajat di rumah keluarganya di Bukit Segambut. Turut hadir isteri beliau yang juga Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
~ sumber .

Rampaisari

Bertemu dengan teman-teman seperjuangan di perkarangan mahkamah, menyampaikan pesan DSAI..bertanding pilihan raya, kejar jawatan, berjuang kepentingan diri, tidak penting bagi beliau. Yang penting BN ditumbangkan..
 
 Peguam Anwar mungkin membangkitkan isu berat sebelah, dengan merujuk kenyataan media Pejabat Perdana Menteri yangdikeluarkan hanya 5 minit selepas keputusan mahkamah tahun lalu.
Semakan penghakiman oleh Mahkamah Persekutuan terhadap keputusannya sendiri 
merupakan tugas yang besar tetapi bukan mustahil, kata peguam jenayah.
Usaha terakhir keluar penjara, Anwar kembali ke Mahkamah Persekutuan
~Ruj. FMT .

DSAI TERHARU 
DENGAN SOKONGAN

DSAI amat terharu dengan sokongan yang ditunjukkan oleh para pendukung KEADILAN di Mahkamah Putrajaya hari ini..beliau titipkan salam perjuangan buat semua..kita harus terus ampuh, tidak sesekali berundur & tidak lemah..harus giat hingga kebenaran ditegakkan..
Wan Azizah Terkilan Lupa Bawa Kopi Anwar
Published on Oct 12, 2016

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail 
yang merupakan isteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau berasa terkilan kerana lupa membawakan kopi untuk suaminya ke mahkamah hari ini..Sinar TV 

Anwar Sebak, Ucap Terima Kasih Kepada Penyokong
Published on Oct 12, 2016
Peguam R Sivarasa yang mewakili Datuk Seri Anwar Ibrahim 
menyampaikan ucapan terima kasih dan rasa sebak kepada penyokongyang hadir ke Istana Kehakiman Putrjaya hari ini...Sinar TV 
 

Lambaian 
Pejuang Rakyat
 Lambaian DSAI semasa hendak dibawa
ke Penjara Sg Buloh petang tadi..
moga Allah melindunginya..

Kami Arus Perjuangan

KEADILAN! Keadilan rakyat kita,
Jana arus, kami arus perjuangan bangsa,
Keluhuran perlembagaan, perpaduan Negara,
Masa depan anak Malaysia,
Kebebasan! kebebasan rakyat kita,
Diberkati tuhan memperkasakan rakyatnya,
Membujur lalu, melintang patah,
Perjuangan rakyat Malaysia,
Membujur lalu, melintang patah,
Demokrasi rakyat Malaysia.

Membujur lalu, melintang patah,
Keadilan rakyat Malaysia..
~ Fb Dr Wan Azizah  
 
Ini 
bukan penyokong
Ini namanya sinkong
Penyokong Saiful Bukhari

Penyokong Saiful sorak ‘Mati Anwar’ di luar mahkamah
Kira-kira 50 orang berkumpul di luar mahkamah pada jam 10 pagi ini untuk menunjukkan solidariti kepada Saiful Bukhari
sini .
Hina sungguh kumpulan ini.Rakyat perlukan anwar dan anwar tidak bersalah pada rakyat..semua dapat berfikir kenapa Anwar diperlakukan sedemikian ropa?hanya kerana Anwar adalah 'berbahaya' pada politik regim? Lagi pula Anwar adalah 'penyatu' kumpulan pembangkang dan kiranya Anwar bebas? agenda mereka mungkin akan lumpuh?  Kah kah Kah 
 
Khulasah
  Wednesday, October 12, 2016
Sebab apa hakim menangguhkan keputusan mahkamah kes Anwar hari ini..!!!
SEBAB APA HAKIM MENANGGUHKAN KEPUTUSAN HARI INI. 30 JUTA RAKYAT MALAYSIA SILA BACA DAN SEBARKAN !!!!

ULASAN SESI PAGI 12 OKTOBER 2016 :-

(A) Dato Seri Anwar Ibrahim jelas menjadi mangsa keputusan politik bukannya keputusan mahkamah berdasarkan fakta dan hujah yang dikemukakan peguambela

(B) Selama 611 hari Dato Seri Anwar Ibrahim dipenjara tanpa bukti kukuh dari pendakwaraya dan kredibiliti mereka serta barisan hakim boleh dipertikaikan

(C) Gopal Sri Ram membuktikan adanya konspirasi politik yang dilakukan pemimpin Umno dan berjaya membuktikan bahawa Shafee Abdullah adalah boneka politik mereka

(D) Keupayaan dan kredibiliti bukti-bukti yang dikemukakan pendakwaraya seperti cebisan permaidani yang bercanggah dengan laporan forensik cukup menjadikan keputusan adalah silap dan batal

(E) Tindakan PMO mengeluarkan kenyataan terlalu cepat selepas 15 minit hukuman dijatuhkan membuktikan dalang di sebalik keputusan hakim datangnya dari kepimpinan negara

(F) Tiga hujah utama Gopal Sri Ram gagal dijawab panel hakim dengan hujah kukuh iaitu kredibiliti Saiful, sampel yang tercemar dan bukti penglibatan Shafee dalam menjadi boneka pemimpin politik

#BebasAnwar

CC: YB Rafizi Ramli
~ sumber dari (KDL




Comments

  1. Dgn rendah diri mohon penjawat2 hukum juga menimbangkan:

    1. Kenapa Saiful yg masih muda dan berbadan sasa tidak melawan, menolak atau menjauhi Anwar yg sudah lanjut usia sebelum, semasa dan selepas perbuatan terkutuk itu...? Kegagalan bertindak sedemikian menjurus kpd kemungkinan sekiranya perkara itu berlaku, ia didasari kerelaan.

    2. Sekiranya secara rela, kenapa seorang sahaja, yaitu Anwar yg didakwa dan dihukum...?

    3. Kenapa Saiful jumpa PM sebelum membuat laporan polis...?

    Kegagalan menjelaskan isu2 ini dengan munasabah bolih menimbulkan keraguan dan sayugia diserahkan kpd kebijaksanaan Allah SWT sahaja, takut2 berlaku kezoliman. Mohon percaya secara tuntas bahawa tuhan maha mengetahui maha 'adil.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video