Invoke, Rafizi dan kesedaran daftar undi - Video

Invoke merupakan satu projek terbaik Rafizi Ramli
menggerakan anak-anak muda kita tanpa mengira kaum supaya segera mendaftar undi. Ia suatu galakan terbaik dari beliau sendiri dgn suntikan insentif tunai mingguan bagi cepatkan proses pendaftaran pengundi.

Remaja kita terutama Melayu bro ! banyak dok lena, banyak habis masa ke lain, depa lebih suka buang masa, merempit, merendek, hiburan tak lepas langsung, bergaya dengan smartphone, whatsapp sana sini tak berhenti sedangkan tanggung jawab terhadap negara dan masalahnya dipandang enteng saja. Kah Kah Kah 

Kita harus berterimakasih kpd gerakerja dan komitmen yang tinggi dari Rafizi Ramli dalam mempromosi kesedaran betapa undi mereka anak muda ini begitu bernilai untuk sebuah kelangsungan politik yang sehat di masa depan juga untuk memperbaiki keadaan yang semakin buruk.

Invoke perkenal insentif tunai mingguan galak golongan muda daftar undi

Bermula hari ini, setiap minggu Invoke akan menganjurkan Voters Registration Initiative (VRI) dalam bentuk kempen #UntungDaftar untuk mempercepatkan proses pendaftaran pengundi.

Berbeza dengan kaedah yang selalu digunapakai sebelum ini iaitu jentera parti politik membantu mendaftarkan pengundi (kerana SPR sudah tidak membenarkan kaedah ini).

#UntungDaftar menawarkan insentif wang tunai setiap minggu yang boleh dimenangi oleh pengundi-pengundi yang baru mendaftar akan memperoleh hadiah minguan bernilai RM1,000 (1 hadiah),RM500 (2 hadiah) dan RM200 (tiga hadiah).

Dalam satu kenyataan dikeluarkan melalui kajiselidik dilakukan atas talian yang dibuat dalam tempoh tiga hari lalu, dapatan menunjukkan 63 peratus dari 708 responden anak muda bersetuju bahawa mereka akan terdorong dengan insentif yang ditawarkan untuk mendaftar dengan lebih cepat.

Manakala 68 peratus responden memilih “wang tunai” sebagai insentif yang paling berkesan.

"Memandangkan terdapat lebih 4 juta pengundi (yang majoritinya adalah pengundi muda yang cenderong kepada Pakatan Harapan dan pembangkang), yang belum berdaftar, kelewatan mereka mendaftar mempunyai kesan besar kepada keputusan PRU14 nanti,"  ujar Rafizi Ramli, Naib Presiden PKR.

Kempen #UntungDaftar ini akan dijalankan setiap minggu bermula hari ini.

Untuk melayakkan diri memenangi hadiah-hadiah tunai ini, seorang yang baru mendaftar mengundi hanya perlu mengambil gambar slip pendaftaran dan mengisi maklumat pendaftaran secara talian di (bitly.com/daftarundi), juga bitly.com/untungdaftar.

Syarat-syarat penyertaan dan maklumat lain boleh diperolehi di laman www.invokemalaysia.org.

INVOKE akan menggunakan promosi atas talian di media sosial, portal dan whatsapp untuk cuba menggerakkan rakyat untuk mendaftar dalam tempoh yang pendek ini.

Setiap beberapa hari, kandungan promosi dalam bentuk video dan lain-lain akan disiarkan untuk disebarkan oleh orang ramai. Promosi video yang pertama boleh ditonton di laman:

Youtube https://www.youtube.com/watch?v=2NE4wy_ZfA4 atau
Facebook https://www.facebook.com/rafiziramli.keadilan/videos/vb.145165568851292/1269099353124569/?type=3&theater

  Introduction to INVOKE 

Mana-mana pihak yang ingin membantu menyebarkan maklumat, mengiklankan atau mendapatkan lebih ramai anak muda mengundi boleh menghubungi contact@invokemalaysia.orgAlamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.">

Invoke telah dilancarkan pada 16 September lalu  oleh pemimpin PKR bertujuan mendekatkan aktivis dan profesional dengan realiti sebenar melibatkan masyarakat setempat. Invoke sebelum ini banyak mengadkan program sukarelawan dan melaksanakan kajiselidik khusus isu-isu politik semasa.

~ sumber .

 Dalam suasana yang ramai rasa paling suram,
hanya dengan beberapa jiwa yang yakin yang baik
akan berjaya mengatasi yang tidak baik,
selalunya itu menjadi titik mula perubahan.
Saya dapat merasakan saban hari kita akan
disajikan dengan berita yang kita rasa buruk dan
menyempitkan lagi ruang untuk membawa perubahan.
Namun disebalik berita yang nampak buruk itu
selalunya ada peluang yang walau nampak sukar
tetapi kemenangan awal yang paling penting.
  Rafizi Ramli 




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?