Ini Bukti PAS Tak akan kerjasama dengan Pakatan Pembangkang ? [Video]

Berita ini keluar seperti dilaporkan dalam akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang.

Itu pun didedahkan oleh DAP melalui Pengarah Pendidikan Politiknya. Nak harap berita macam ini keluar dalam akhbar 'arus perdana'? Jangan mimpi laa bro ! Kah kah Kah

 Bersetuju nak dapatkan kerusi Parlimen saja?
Ini bukan setuju bro ! Ini nak 'tuju' nih?
Kata hari tu Pas tak beriman dengan P.Raya?
Pas tak kemaruk kuasa?
Jadi penasihat cukup laa..apa yang dok kalut?
Pakatan rakyat hancoq dulu sapa punya keroja?
Tak Payahlah bergabung bro ! buat hilang stim saja.

Kamu telah banyak mencederakan Pakatan Harapan,
khususnya dalam pelaksanaan keputusan politik
yang menyentuh kepentingan anggota PH.
Pakatan Harapan perlu bertindak atas asas

roh dan semangat Pakatan Harapan itu sendiri.
Pas nak melingkup, biar dia melingkup bersama wala'uns. 
Kah Kah Kah 
Jadi yang kata PAS mungkin setuju bergabung bagi dapatkan kerusi Parlimen hanyalah sebahagian dari helah Pas-Umno yang mungkin juga sebagai agenda mereka untuk meranapkan Pakatan Harapan dan pembangkang? Ia tidak mustahil bagi kedua rakan tahaluf (tidak rasmi) itu berpakat se demikian rupa? Kah Kah Kah

Sementara itu bro, DAP hari ini mendedahkan adanya persempadanan semula sebagai satu bentuk 'konspirasi' untuk merampas semula Selangor dari Pakatan Harapan. DAP hari ini mengenal pasti 7 kerusi negeri yang bakal dirampas kembali Barisan Nasional (BN) di Selangor sekiranya usul itu  seperti dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diluluskan, sini .

Rombongan Pakatan Harapan Wilayah Persekutuan sempat mengadakan protes di lobi bangunan TH Selborne yang menempatkan pejabat SPR Wilayah Persekutuan
Tungulah Dewan bersidang dan lihatlah samada Pas mahu buat bantahan atau tidak? Kalo Pas tidak bunyi apa2, bererti apa yang ditimbulkan DAP itu hampir benar sebagai suatu 'konspirasi'? PAS dah lama jadi 'khadam' Umno bro! Malah hari ini pun, kelibat Pas tidak kelihatan bila SPR WP enggan temui wakil pembangkang bagi membincangkan persempadanan semula..lihat sini bro. Kah Kah kah 
Sany Hamzan
Pemuda Amanah pula mencadangkan agar pilihanraya diadakan serentak di Selangor dan P.Pinang (seperti cadangan awalnya) oleh Kit Siang supaya ia tidak perlu memakai peta pilihan raya baharu dicadangkan SPR itu sini . Azmin dengar kabor tak setuju cadangan Kit Siang tu bro Sinar Harian? Kah Kah Kah

Kerjasama Umno-Pas di Selangor bakal mudahkan rakyat membuat pilihan. Begitulah pojok tajuk yang boleh ditafsir berbagai bro ! (RoketKini). Mudah bagaimana? Mudah laa kalo depa betul bekerjasama khasnya di Selangor untuk tidak bertembung satu sama lain? Mafhumnya Pas dan Umno tidak akan berlawan satu sama lain begitu. 


Hadi Awang berkata PAS kini perlu berhati-hati dlm mengadakan kerjasama politik dengan semua pihak. Justeru, katanya terlalu awal bagi parti itu membuat keputusan mengadakan kerjasama politik baharu dengan mana-mana parti pembangkang lain..Harakahdaily .

Berseghabutlah dengan Pas nie bro !krosottt sungguh dgn depa nie...Kah kah KahMacamanalah wala'uns boleh dok 'maintain' doktunggu dalam Pas lagi? Berpusing berpusau habis mcmimej atas tu..Tak keruan kepala ekor..Kah Kah Kah Laanie Pas dok jaja kata depa perkenal konsep umumdepa pulak dah bro? Kata depa konsep umum tu ialah politik matang dansejahtera berdasarkan 'taawun' atawa tolong menolong dlm perkara baik ?Taawun dgn Umno laa tu. dengan Umno jer Pas boleh matang boleh tolong menolong gitue?Awat depa ingat PH tak dak taawun kut? Krosot. Krosott. Krosottt bro ! Lihat lagi Harakahdaily 
Bagaimanakah yg dikatakan
bangkang secara profesional itu? bro!
Mungkin membangkang sambil duduk
dan berkecuali dalam Parlimen.
Atau pun berbahas soal pendatang asing di
dalam tajuk kewangan asing. Itulah profesional.
 Kah Kah Kah 


 Biasa laa bro ! Tak kenal maka tak cinta, bila dah berkenal2an, dah tau hati budi? aren't always obeyed bro !Omputeh kata, 'All fair In Love n War' Langgar pi laa peraturan yang seniri buat! demi kepentingan diri dan klompok sendiri bro Kah Kah Kah
Pakatan Harapan harus dibangunkan dengan tindakan konkrit ke arah memperkukuh politik yang berteraskan nilai intelektual politik.  Pakatan Harapan tidak perlu menunggu sesiapa, apalagi untuk membuka lorong kepada Pas. Jangan sesekali buka lorong kat Pas, kalo dia makan umpan Pakatan pun? nanti dia luah balik..better forget it !  Pakatan Harapan tidak perlu begitu obses dengan Pas, memandangkan Pas bukan sahaja dilihat sukar diramalkan akan sikap, pemikiran dan tingkah lakunya, sebaliknya juga Pas dilihat tidak pernah teguh dalam setiap persepakatan dan persefahaman yang disertainya Omputeh kata - :If u r not part of the cure..than u r part of the problem..so n so begitulah Pas bro !Jangan dok obses..jangan dok taksub sangat..Pas lebih kpd prosak Pakatan Harapan saja...better leave it.. Dia dah ada Abang Chaq dia (Umno), dia nak heran ke kat PH? Tak dak pasai bro ! Last sekali dia nanti melecaq !  Kah Kah Kah. ruj lagi di sini bro


***********
***********
Kerjasama Umno-Pas di Selangor bakal mudahkan rakyat membuat pilihan


Umno PasUmno Pas

Dakwaan wujudnya kerjasama politik antara Umno dan Pas di Selangor adalah perkembangan yang perlu disambut baik kerana ia bakal memudahkan pengundi membuat pilihan.

Pengarah Pendidikan Politik DAP Kebangsaan Liew Chin Tong berkata, rakyat akan perlu membuat keputusan untuk memihak kepada mereka yang hendak mengekalkan status-quo atau melakukan perubahan dan reformasi.

Ahli Parlimen Kluang itu berkata demikian sebagai mengulas laporan eksklusif akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang.

Laporan tersebut juga mendakwa terdapat perjanjian bahawa UMNO hanya akan menentang PKR manakala PAS pula akan berhadapan Parti Amanah Negara.

Perjanjian tersebut dipercayai hanya menanti lampu hijau Presiden Pas.
“Sukar untuk pastikan sejauh mana kebenaran laporan tersebut tetapi kebarangkalian wujudnya perjanjian sedemikian tidak boleh dipandang ringan.
“Malah, ia merupakan andaian yang paling logik ekoran hubungan UMNO dan PAS yang semakin kuat,” kata Chin Tong dipetik Roketkini.

Pun begitu, Ahli Parlimen Kluang itu percaya bahawa keadaan politik dan ekonomi semasa membolehkan tercetusnya sebuah ‘gelombang Melayu’ pada pilihanraya umum akan datang.

Namun katanya, itu hanya boleh terjadi sekiranya wujud garis pemisah jelas dalam politik negara antara mereka yang menyokong agenda politik perkauman UMNO-PAS dan mereka yang menyokong perubahan, dari kalangan parti-parti Pakatan Harapan dan bekas pemimpin UMNO anti-Najib yang kini bersama parti Bersatu.
“Pensejajaran semula politik negara mesti bermula dari mereka yang mahukan perubahan dan reformasi.
“Ada keperluan mendesak untuk suatu konsensus bagi memperjelaskan situasi kerana kepimpinan PAS hari ini hanyalah satu cabang daripada UMNO pimpinan Najib,” dakwa Pengerusi DAP Johor itu.

Menurut beliau lagi, pakatan UMNO-PAS akan memberi dilema kepada ribuan anggota PAS yag telah lama menentang UMNO selama bertahun-tahun dengan agenda Islam inklusif yang tidak lagi menjadi agenda utama kepimpinan semasa parti tersebut.

PAS dalam muktamarnya tahun lalu menyingkirkan kepimpinan utamanya yang progresif dan pro-Pakatan Rakyat. Mereka yang tersingkir kemudiannya menubuhkan Parti Amanah Negara yang kini bergabung semula dengan PKR dan DAP dalam Pakatan Harapan.
Sejak muktamar itu, parti Islam tersebut dilihat kian mesra Umno..MD

Sisipan Maknawiah !



Selagi Pas tak saman akbar Nanyang ni...aku akan tetap mengatakan berita ini BETUL..Sany Hamzan Laporan eksklusif akhbar Nanyang Siang Pau semalam yang mendakwa wujudnya persefahaman antara Umno dan Pas di Selangor untuk tidak bertembung antara satu sama lain dalam pilihanraya akan datang.
Dah kerojasama dengan Ameno? nak buat apa lagi dengan DAP? Kan gitue bro?kan ke  Pkr bersama Dap di Selangor tu?...Habis?Tak kerojasama juga ke?   Kah Kah Kah




Serik dengan DAP, PAS takkan sertai Pakatan Harapan - Tuan Ibrahim
Published on Oct 13, 2015

SHAH ALAM: 'Serik' dengan permainan politik DAP, 
PAS sekali lagi menegaskan tidak akan menyertai Pakatan Harapan walaupun PKR masih mengharapkan parti Islam itu akan menyertai pakatan pembangkang baru dianggotai oleh DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah)..Antara Pos

 Dengar tu bro? Depa kata dah serik dengan DAP? Serik aaaa ? Kenapa dengan DAP? Awat DAP tak serik ke dengan PAS?Jenuh tunggu mesyuarat kepala2 PR dulu nie nak dapatkan konsensus, tapi hampa bro !Bukan sekali depa tak mai? berkali-kali, berdas-das depa sumpit balik nak bagi alasan?last sekali depa kata, depa bukan budak-budak, ikut suka depa laa nat attend miting tuatawa tidak? Orang lain pun serik bukan sikit juga dengan Pas nie... so elok laa kalau Pas dah tak mausertai PH..lagi suka kami pencinta kedamaian bersama pembangkang ! Amannnnn !  Pakatan Harapan harus dibangunkan dengan tindakan konkrit ke arah memperkukuh politik yang berteraskan nilai intelektual politik.Pas laa nie nama saja pembangkang? Maasalamah bro !  Kah Kah Kah  


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video