Tentanglah PAS habis-habisan - Zaid Ibrahim

Sehari dua nie, Datuk Zaid Ibrahim kelihatan cukup keras melawan parti lamanya Umno dan juga PAS.

Beliau Zahid menyifatkan PAS dan Umno 'berhati batu', sebab itu tentanglah PAS habis-habisan kerana menurut beliau, PAS adalah sebuah parti yang telah bertungkus lumus menentang kekufuran dan kezaliman selama 60 tahun tetapi tiba-tiba kini selesa dengan 1MDB dan Umno. Apa sudah jadi? Kah Kah Kah

Memang PAS wajar ditentang habis-habisan bro ! sudah tiada lagi kompromi dgn kepimpinan PAS yang ada, sebab itu mereka terus-terusan menolak AMANAH dan Pakatan Harapan, malah menggelar Amnah sebagai 'pengkhianat'? 

Merekalah yang sebenarnya mengkhianati perjuangan ulama sebelum ini dalam berhadapan dengan Umno. Sekarang mereka dijinakan Umno kerana parti Melayu itu hampir kecundang dalam PRU lepas dengan undi popular berpihak kepada Pakatan Rakyat dan Umno bimbang teramat sangat dengan undi 48% sahaja yang mereka perolehi. Pas juga bertangungjawab mentalkinkan PR yang begitu cemerlang prestasinya sebelum ini kerana Umno khuatir akan kemaraan PR tadi.

Zahid seterusnya amat berharap Amanah dapat membela maruah negara dan orang Islam di negara ini bagi menggantikan PAS yang sudah tidak boleh diharap itu. 

Beliau turut bermadah, hilang wang boleh kita cari ganti, tetapi hilang pedoman akan membuatkan kita bukan sahaja berhati batu, malah boleh membuatkan kita gila. Kah Kah Kah

Pas sudah hilang pedomannya bila begitu selesa dan intim dengan Umno. Kononnya jadi 'penasihat' tetapi tak nampak apa sangat yang dinasehati itu, yang ada cuma 'mengiyakan' apa juga tindakan tidak popular dari Umno yang banyak meresahkan rakyat.

Anda bacalah luahan Zahid Ibrahim di bawah ini.


****************************

Tentanglah PAS habis-habisan

August 25, 2016
Kita terpaksa bekerja keras supaya pemimpin PAS dan Umno yang berhati batu ini akan berubah; supaya hati keras mereka menjadi lembut. Dan akhirnya menerima kenyataan.
zaid-ibrahim 

 Oleh Datuk Zaid Ibrahim

Ramai orang Malaysia, terutama ahli Umno dan PAS, yang berkata mereka tidak faham di mana kesalahan perdana menteri dalam kes ini.
Mereka kata, 1MDB tidak ada masalah. Mereka kata, 1MDB tidak pun rugi. Tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat adalah untuk menyerang kepimpinan Melayu.

Arul Kanda sekarang ini terus aktif memberi keyakinan kepada orang Umno yang 1MDB tidak ada kena mengena dengan PM. Dan seterusnya.
Mereka ini semua dari golongan manusia berhati batu.

Saya tidaklah mahu mengulang kembali fakta bagaimana wang sebanyak AS$3.5 bilion dari 1MDB itu lesap. Penyiasatan FBI jelas menunjukkan bagaimana wang 1MDB itu lesap.

Bacalah dahulu sebelum berkata, “tak faham”.
Sebahagian besar daripada wang itu masuk ke dalam akaun peribadi PM, dan rakan-rakannya. Saya percaya kepada penyiasatan FBI. FBI lebih profesional daripada polis kita, dan FBI tidak boleh di arah oleh sesiapa, walaupun presiden Amerika Syarikat sekalipun.

Saya yakin kepada FBI. Tetapi orang yang hati batu mencari berbagai helah untuk menolak siasatan FBI ini.

Di Malaysia, orang hati batu ini tidak pun menuntut siasatan polis yang bebas. Mereka lebih selesa jika kita tiada siasatan, atau kalau ada pun, separuh jalan.

Yang kita ada adalah pengesahan bahawa semua yang dituturkan oleh PM adalah benar belaka. Kalau PM kata derma dari Arab Saudi, maka MACC pun kata, “Ya, itu betul”.

Itu bukan siasatan namanya; itu adalah “cover-up”. Tutup sana, tutup sini. Pecat sana, pecat sini.
Orang yang tak bersalah tidak akan bertindak seperti PM.

Orang yang tidak bersalah tidak akan memecat pegawai tinggi kerajaaan, tidak akan membubarkan Jawatankuasa Kira-kira Negara (PAC), tidak akan melantik pengerusi PAC baru yang berkata dia “cari makan”, tidak akan menyekat sebaran Laporan Ketua Audit Negara, tidak akan menukar juru audit syarikat sebanyak empat kali.

Orang yang tidak bersalah tidak akan menyekat siasatan polis kepada hal tertentu sahaja, dan tidak akan memecat timbalan PM, tidak akan memecat peguam negara dan seterusnya.

Tindakan Datuk Seri Najib Razak jelas membuktikan dia bersalah, dan hanya orang berhati batu yang membelanya.

Pada hemat saya, PM bersalah dalam banyak hal berkaitan dengan 1MDB dan SRC; hanya orang yang berhati batu yang menolak dakwaan ini.

Pada saya beliau dan juga kuncu beliau yang menutup kesalahan beliau itu perlu dibawa ke muka pengadilan suatu hari nanti. Ini akan berlaku sebaik sahaja kerajaan rakyat dapat ditubuhkan.

Buat masa ini saya membuat tuntutan di mahkamah supaya Najib memulangkan balik wang sebanyak AS$731 juta dari 1MDB dan RM42 juta dari SRC kepada rakyat Malaysia dan kes ini saya harap akan dibicara secepat mungkin.

Orang yang hati batu ini ramai; dan kita terpaksa terus cuba menerangkan kepada mereka apa yang telah, dan sedang, berlaku.

Di dalam al-Quran, Surah Al-Baqarah, disebut tentang telatah orang yang hati mereka keras; malah lebih keras dari batu. Batu yang keras itu pun membenarkan air sungai mengalir, tetapi hati manusia yang keras ini hanya boleh dilembutkan dengan kuasa Allah.

Kita terpaksa bekerja keras supaya pemimpin PAS dan Umno yang berhati batu ini akan berubah; supaya hati keras mereka menjadi lembut. Dan akhirnya menerima kenyataan.

Kita tahu ramai peminat PM, dari golongan professor kangkung, dari golongan orang yang memakai “semutar” dan ulama. Kata mereka, siasatan Amerika tidak boleh dipercayai.

Tetapi mereka sanggup menutup mata kepada wang yang masuk ke dalam akaun PM sendiri; dan mereka berdiam diri apabila siasatan bebas disekat, dan apabila Laporan Ketua Audit Negara diletak di bawah OSA.

Seorang pemimpin mesti bertanggungjawab. Kita mesti menerima hakikat ini. Jikalau golongan pemimpin boleh sewenang-wenangnya berbuat apa yang mereka suka, dan undang-undang tidak diguna pakai terhadap mereka, hancurlah negara kita.

Apakah ini yang diperjuangkan oleh Islam di Malaysia ini?
Sekarang ini PM seolah-olah tidak boleh melakukan apa-apa kesalahan pun. Bila 1MDB rugi sebanyak RM42 bilion, dan wang sebanyak hampir RM3 bilion masuk ke dalam akaunnya sendiri kita wajib menuntut daripadanya penjelasan yang masuk akal.

Jika beliau gagal memberikannya kita mesti menolak pimpinannya.
Seorang PM yang juga menyandang jawatan Menteri Kewangan mempunyai tanggungjawab fidusiari tentang harta dan wang kerajaan, atau dalam erti kata lain, satu amanah. Atau di dalam bahasa Arab, Al Masuliyat Al–Istimaniyaah.
Cuma konsep tanggungjawab fidusiari atau amanah ini mungkin tidak ada dalam kamus Umno. 

Mungkin pemimpin ulama PAS juga belum memahami konsep ini. Sebab itulah wujudnya ramai orang hati batu di dalam negara kita.
Kita mesti menukar nilai yang digunakan hari ini. Jika tidak negara kita akan sentiasa dicuri, dirompak dan disamun oleh lanun VIP.

Sebab itu saya menuntut supaya PM membayar balik wang yang hilang atau yang dilesapkan itu. “Restitution” atau tuntutan pembayaran balik kepada mereka yang mencuri harta orang awam.
Mereka mesti mengembalikan apa yang telah mereka ambil; ini prinsip yang diiktiraf di dalam undang-undang kita.

Saya harap kita dapat perbanyakan ceramah dan sesi penjelasan 1MDB ini ke seluruh negara. Ini adalah skandal kewangan yang paling besar di dunia.

Kalaulah ada acara sukan Olimpik untuk mereka yang melesapkan wang negara, maka tentunya Malaysia meraut pingat emas.

Sungguhpun begitu, hilang wang boleh kita cari ganti, tetapi hilang pedoman akan membuatkan kita bukan sahaja berhati batu, malah boleh membuatkan kita gila.

Saya harap Amanah dapat membela maruah negara dan orang Islam di negara ini.
Tentanglah PAS habis-habisan, sebuah parti yang telah bertungkus lumus menentang kekufuran dan kezaliman selama 60 tahun tetapi tiba-tiba kini selesa dengan 1MDB dan Najib Razak. Apa sudah jadi?
* Datuk Zaid Ibrahim merupakan bekas menteri dalam negeri.
~ sumber .


Sisipan Maknawi


Inilah yang dikata 'hati batu' tu yer?
Islam perjuangkan golongan tertindas, golongan lemah, golongan mustad'afien bila berhadapan dgn 
pemerintah. Anak-anak siswa dibiar perjuangkan sendiri melawan ketidakadilan yang berlaku, tetapi PAS mengambil sikap sebaliknya, depa kata sibuk? Sibuk untuk anjurkan 'Mr Awang Selamat' Pertandingan Badan Cantik yang pernah mereka 'haramkan' suatu ketika dahulu? PAS parti Islam ke macam tu? Mengabaikan tanggungjawab besar dan mengambil kerja-kerja lagha dan sesia itu sebagai keutamaan? Kah Kah Kah
PAS akan menilai dasar Parti Pribumi Bersatu Malaysia sebelum bersetuju untuk mengadakan kerjasama atau rundingan pembahagian kerusi pada pilihan raya umum ke-14. PAS masih tidak mempunyai sebarang hubungan dengan parti yang diterajui Tan Sri Muhyiddin Yassin itu.sini.
Dasar Umno tak mahu nilai sama ke? Dah serasi? sebab tu okey jer sekarang ni? Begitulah adanya Pas nie, dasar sendiri pun tak apply bagi elok? nak kaji dasar orang sangat? Kah Kah Kah

Sudah jelas sejelas2nya Pas tidak lagi bersama pembangkang dan PH tak payah laa susah-susah nak ajak puak nie berunding ke hape ke, tinggalkan saja mereka, memang mereka sudah berhati batu..ruj. Sinar Harian.
Yang 'rileks' tu hanya PAS dan segala wala'uns nya sahaja kerana telah kematu dengan kawan mereka sekarang ini atau lebih tepat mereka semua seperti itu berhati batu.? Kah kah kah
Jangan tanya pasal hukum bro! kerana mereka PAS lebih arif pasai hukum hakam nih ! mereka lebih gemar bersendawara mencari dan mencungkil bakat bakat terpendam pemuda sasatot (sasa otot) untuk dipilih mewakili negara mungkin? Agenda Rakyat? Sorry aaa..thats not wala'uns taste? yang nie patuh syariat, yang budak-budak U buat tu tak patuh syariat laa kut? Kah kah Kah


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video