Berita ini boleh lumpuhkan PAS PRU 14 nanti?

Habislah PAS. Berita seperti di bawah ini akan menyebabkan ramai orang-orang besar Pas tak mampu tidur nyenyak bro ! 

Kah Kah Kah..

Kubu kuat Pas 
di Dun Demit kini mesra Amanah

HUSM Kubang Kerian

Kawasan Dewan Undangan Negeri N019 Demit yang dimenangi Pas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13) dengan majoriti 8,581 undi tidak lagi dianggap kawasan kebal bagi parti itu.

Kemunculan Parti Amanah Negara (Amanah) dan pemecatan Yang Dipertua Pas Kubang Kerian Datuk Husam Musa daripada parti menyebabkan sokongan masyarakat di kawasan itu kepada Pas beralih arah.

Fauzi MuhamadFauzi Muhamad"Dalam pertemuan dengan facebookers di Kota Bharu beberapa hari sebelum raya, Datuk Husam memberitahu di kawasan Demit sekarang sudah ada sekitar 7,000 pengundi yang mengundi Pas dalam PRU13 tidak akan mengundi parti itu dalam pilihan raya umum akan datang," kata Ketua Amanah Kubang Kerian, Fauzi Muhamad ketika ditemui.

Dalam PRU13 katanya, BN melalui calonnya Wan Mohd. Nazi Wan Hamat mendapat 6,721 undi, lebih kecil dari undi majoriti 8,581 manakala calon Pas, Mumtaz Md. Nawi mendapat 15,302 undi.

"Saya tidak tahu dari mana Datuk Husam mendapat maklumat mengenai peralihan yang disebut beliau, tapi sebagai ketua Amanah saya dapat rasai sambutan hangat kepada parti kita sepanjang kami bergerak hampir setahun lalu," katanya.

Di Dun Demit menurut beliau kebanyakan aktiviti dan program parti adalah hasil cadangan dan kelolaan dari peringkat bawah dan sedikit sekali perancangan dari peringkat kawasan.

"Saya masih ingat ketika mula-mula kami menubuhkan jawatankuasa di peringkat kawasan tiba-tiba dimaklumkan satu ceramah oleh (Timbalan Presiden Amanah) Haji Salahudin Ayub akan diadakan di tengah-tengah kawasan pondok Tok Kenali," katanya.

Bila pihak kawasan turun untuk menyelaras, beliau diberitahu semua telah diatur termasuk menjemput penceramah dan mereka mahu terus isytihar penubuhan cawangan di situ.

"Saya terpaksa meminta mereka tangguhkan penubuhan cawangan kerana secara teknikalnya kawasan sendiri belum disahkan pendaftaran oleh pihak pendaftar pertubuhan waktu itu," katanya.

Selepas berunding, katanya mereka bersetuju untuk membuat perisytiharan serentak tiga cawangan dalam majlis Jamuan Kerbau yang diadakan berhampiran masjid Kampung Pulau di sebelah Hospital USM.



Ketua Amanah Kubang Kerian, Fauzi Muhamad
"Kawasan ini yang asalnya dikenali sebagai 'dalam pondok' merujuk Pondok Tok Kenali mungkin kubu terkuat Pas tapi sekarang Amanah diterima secara terbuka dan menjadi pusat aktiviti termasuk pusat penyebaran akhbar Amanah di Demit," katanya.

Satu lagi perkembangan kata Fauzi adalah perubahan sikap komuniti staf dan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) yang kini begitu mesra dengan parti Amanah.

"Ramai pensyarah termasuk berstatus profesor menemui saya memberi sokongan dan ada yang mengisi borang tapi berpesan supaya tidak dihebohkan.

"Bagaimanapun sekarang kita ada tiga profesor yang menyertai parti secara terang dan bersedia menyertai sebarang aktiviti Amanah jika diperlukan," katanya.

Menurutnya, sikap staf dan tenaga pengajar USM ini turut mempengaruhi pelajar-pelajar mereka.

"Bila Amanah mengadakan program seperti membantu asnaf dan ziarah kebajikan pada bulan Ramadan lalu ramai pelajar turut membantu," kaanya.

Bagi Fauzi perubahan yang berlaku di dua institusi besar dalam Dun Demit iaitu Pondok Tok Kenali dan komuniti USM dijadikan asas untuk mengukur kekuatan mana-mana pihak dalam menghadapi pilihan raya akan datang.

"Saya rasa Datuk Husam pun guna ukuran ini untuk membuat unjuran tentang kecenderungan pengundi Dun Demit menjelang PRU14," katanya.~ sumber.


Titipan 
Ahli Amanah 
Sumbangan dari rakyat untuk rakyat...
dari rakan2 FB , Korporat dan sahabat2 untuk diagih kepada rakyat miskin daerah Sik sebagai penyedian musim tengkujuh...
Saya mengucapkan Ribuan terima kasih kpd penyumbang2 ,semoga dimurahkan rezeki kalian ~
Leman Raja Lawan.

Amanah tetap mengorak kepedulian rakyat. Biarkan PAS dalam utopia mereka mengejar fatamorgana yang hilang bro. Tumpukan pada kerja mulia ini, tiada masa untuk kita maki makian lawan kita.












Terima kasih Amanah Sik yg diketuai Leman Raja Lawan yg menerima sumbangan dari kami Amanah Kota Raja...
Selaku ARiF Kota Raja dan Timb Ketua Pemuda Amanah Kota Raja mengucapkan semoga Amanah Sik terus menaburkan bakti pada golongan asnaf di sana...
Tahniah skli lagi buat leman...(Mustakim Yang Lurus)

Maknawinya Makna

Zaidy Otai
Pendedahan sebegini menyedarkan rakyat terutama rakyat Kelantan yang peka dengan sifat dan perangai (akhlak) pemimpinan negeri yg begitu 'pelahap'? Apa yang diucapkan bukan mendidik rakyat tetapi lebih kepada menyerang Amanah.Serangan itu tidak dibalas Amanah. Amanah lebih menumpukan kepedulian kepada rakyat.
Cakap bab Islam merekalah lah paling hebat konon, rupanya lebih teruk dari Umno...!!! Kah Kah Kah


Bolehkah negara menuju masa depan yang punya kualitas dengan berbekalkan susuk susuk semacam ini?
yakinkah mereka memiliki karisma seorang pemimpin?? Terlalu jauh beza bagai langit dengan bumi jika dibandingkan dengan tokoh2 tersohor seperi Almarhum UFN misalnya ! Kah Kah Kah
Zaidy Otai
Tok Lebai Pas dok pesan ko rakyat tiap2 malam di setiap ceramah atau tazkirah di masjid2 atau surau jangan KEJAR KEMEWAHAN DUNIA...
Tok Lebai Pas beli SUPER BIKE tu bukan KEMEWAHAN DUNIA ke tuh???



Fitnah dah jadi makanan walaunnnta tidak terkecuali walaaunti juga seperti di atas.
Fitnah dari Cybertroopers Parti PIS..
Dah sebijik ikut perangai cybertroopers Umno yg suka buat fitnah...!! Fitnah akan kembali kepada yang memfitnah, cuma lambat dengan cepat sahaja.
BN berani ke meminda Perlembagaan Negara ??
Akta Mahkamah Syariah 1965 jadi penghalang ??

ADAKAH BN benar2 ikhlas utk membenarkan/ meluluskan Rang Undang-undang (RUU) Ahli Persendirian mengenai hudud untuk meminda Akta 355 Perlembagaan Persekutuan sedangkana parti2 komponen dlm BN, MCA, MIC, GERAKAN & SUPP terang2 menentang RUU tersebut ??
Sama-sama kita nantikan kesudahan 'drama' mereka..Walaaunn percaya bahawa Akta 355 adalah Hudud?


Buat-buat tanya pula? Ingat standard amerika macam redaksi Harakah ke? Harak tengah merangkak masih belum sedar lagi, jualan terus meghudum. Kah Kah Kah


Akhirkalam
Inikah sahaja kebolehan walaunn bergelar 'ustaz'? Seolah banjir yang sekejap di Pulau Pinang itu dikaitkan dengan hukuman Allah? Benda-benda beginilah yang menjengkilkan dan menimbulkan kebencian kepada PA$ sendiri dan bukannya akhlak yang baik yang boleh ditunjukan dalam ucapan dan kata-bual mereka? Biarkan mereka memakan caci hamun mereka sendiri. PA$ sudah dilumpuhkan sebenarnya, yang tinggal hanyalah puing-puing fitnah yang menjadi makanan santai mereka setiap hari, tiada lagi dakwah dari PA$ untuk Rahmatan Lil-'Alamin.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?