Puasa, bazar ramadan dan iman

Kelmarin aku keluar membeli juadah berbuka kat Bazar Ramadan di tempat aku bro ! orang pompuan terutama yang muda-muda depa pakai main rempuh je. Dah tak heran dah berlaga tang mana pun. Kita yang berumur nie pula kena mengelak dan beri laluan kat depa. Kah Kah Kah

Soal pakaian? Jangan tanya laa bro ! pahala puasa pun tak tahu jadi lagu mana, perut saje yang berpuasa, mata payah sikit, dah terbentang depan mata nak buat lagu mana. Itulah cabaran bagi umat zaman ini. Soal aurat tak sangat dipedulikan oleh remaja perempuan sekarang ini, asal kepala tutup sikit dah memadai, yang lain jangan tanya laa, hangpa sendiri pun dah maklum.

Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) menyatakan wanita Islam di negeri itu yang berpakaian mencolok mata termasuk mengenakan pakaian terlalu pendek atau ketat sepanjang Ramadan boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000.

Ketua Siasatan JAIP, Mohd Anis Azmin berkata, pemeriksaan yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa lokasi di bazar Ramadan mendapati ramai wanita Islam memakai pakaian tidak sopan yang dianggap sebagai tidak sesuai.

“Mereka perlu mengelak daripada memakai pakaian seperti itu sepanjang bulan mulia ini.
 

“Ini merupakan amaran kepada orang ramai sebelum kami melakukan operasi terhadap pesalah tidak lama lagi,” katanya seperti dilapor sebuah portal berita, hari ini.

Tambah Anis, pihak JAIP tidak meletakkan etika berpakaian untuk menjelaskan cara pemakaian yang dianggap sopan.

“JAIP tidak bleh menetapkan penanda aras mengenai bagaimana pakaian yang sopan, kerana apa yang baik bagi JAIP, tidak semestinya dianggap begitu oleh orang lain.

“Kita juga tidak boleh memberitahu mereka apa yang mereka perlu pakai tetapi peraturan praktikal adalah untuk berpakaian sopan walaupun anda hanya keluar untuk membeli makanan di bazar Ramadan,” katanya.

Bagaimanapun, pesalah yang ditangkap pihak berkuasa agama akan diberi kaunseling terlebih dulu dan sekiranya, mereka mengulangi kesalahan sama maka boleh dikenakan hukuman penjara atau denda. 


~ sumber


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?