Penahanan LGE - Suara dari AMANAH

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan petang tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bilik mesyuarat selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar. Sudah ada reaksi segera dari pembangkang dan juga dari Umno sendiri bro !

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak terlalu awal menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan berkaitan isu pembelian banglo. Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan (ruj. sini).

Sementara itu pelbagai reaksi lain diterima, antaranya dari Presiden Amanah sendiri yang memberikan reaksi menarik terhadap penahanan itu. 

Ketika Pas sibuk menyatakan partinya saja yang perjuangkan Islam. Pakatan Harapan pula sibuk berkerja menjalankan tuntutan Islam melawan kezaliman dan ketidakadilan di sana sini, tidak hairanlah mengapa PH semakin di minati oleh rakyat dan sebab itu amanah dan Pakatan Harapan yang baru muncul dapat menarik semua bangsa menyokongnya walau pun kalah pada umno-bn yang di bantu oleh Pas-Ikatan yang berkerja persis  wajah sistem pecah perintah umno-bn di prk selangor dan perak dahulu dan mungkinkah itu rahmat ramadhan yang telah di beri Allah swt pada mereka yang berkerja atas tuntutan2 Islam?

Kenapa Guan Eng 
tidak Najib, soal Amanah.
by Arianna2016-06-30
  Tindakan terhadap Lim Guan Eng buktikan kerajaan BN melakukan pendakwaan terpilih kata Mohamad Sabu


Presiden Parti Amanah Negara Mohamad Sabu mendakwa tindakan pihak berkuasa menahan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuktikan kerajaan BN melakukan pendakwaan terpilih.

Mengakui kagum dengan kecekapan pihak berkuasa terhadap isu membabitkan pemimpin pembangkang, Mohamad mempersoal mengapa tindakan sama tidak dilakukan terhadap Datuk Seri Najib Razak.

“Di sebelah pihak lagi, Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak mengaku terang-terangan bahawa beliau menerima RM2.6 bilion dalam akaun peribadi beliau.

“Namun Peguam Negara diarah berhenti, Timbalan Perdana Menteri dipecat, Menteri Luar Bandar dipecat, Menteri Besar Kedah dipecat, Timbalan Pengarah Cawangan Khas ditukar tempat kerja, pegawai-pegawai SPRM disiasat dan pucuk kepimpinan SPRM pula berhenti secara mengejut,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam nada kecewa Mohamad berkata rakyat Malaysia terutamanya orang Islam masih tidak sensitif dengan rasuah dan penyelewengan.

Lebih menghairankan katanya, ada dikalangan mereka bergelar pemimpin pembangkang berkelulusan agama, tetapi menyokong perdana menteri yang mengaku menerima wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi.

“Inilah corak kehidupan rakyat Malaysia terutama orang Islam.
“Sampai bila kita hendak berkeadaan begini dengan tidak melaksanakan tanggungjawab agama iaitu menyeru kepada makruf dan menentang kemungkaran,” katanya.

Di samping mengharapkan Setiausaha Agung DAP itu diadili sebaik-baiknya, Mohamad turut menyeru rakyat terus bangun melawan rasuah dan penyelewengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) atau RM2.6 bilion dan pelbagai skandal yang lain.

Mohamad yang juga kawan karib kepada Lim Guan Eng ketika mereka ditahan di bawah ISA satu masa dahulu berkata, Setiausaha DAP itu pernah dipenjara kerana cuba membela seorang gadis yang dianiaya oleh seorang pempimpin politik BN.
“Dakwaan terpilih sentiasa berulang kali berlaku di Malaysia.
“Kita berharap pasukan pembela akan dapat melakukan pembelaan terbaik ke atas Ketua Menteri Pulau Pinang dan Setiausaha Agung DAP ini,” katanya.

Laporan menyebut Lim ditahan petang tadi oleh SPRM dan akan dihadapkan ke mahkamah esok atas dua pertuduhan rasuah.
Beliau juga dibawa ke Ibu pejabat SPRM Pulau Pinang dan akan bermalam di sana sebelum dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, Georgetown esok.

Beliau akan didakwa mengikut Seksyen 23 Akta SPRM dan Seksyen 165, Kanun Keseksaan. – Sumber Malaysia Dateline




Sisipan Berkaitan








Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?