Bukti kejahatan DAP di P.Pinang ? - [Video]

Batu Maung, sebuah pekan kecil asalnya, jarang dikunjungi kecuali mereka yang mahu meninjau 'Muzium Perang' di sana. Dulu kalau hendak ke sana terdapat jalan pintas bertentangan dengan tokong ular mengambil jalan kecil bersebelahan padang 'aiport' Penang atau melalui Pekan Bayan Lepas ke Permatang Damar Laut dan terus ke Batu Maung. Ini dah kira jauhlah sikit bro !
Penempatan Melayu banyak di Batu Maung bro, antaranya ialah Kg. Permatang Damar Laut, Telok Tempoyak dan sekitarnya. Sekarang Batu Maung cukup tersohor kerana di situlah adanya susur keluar jambatan kedua P.Pinang. Satu Lagi tarikan hujung minggu ialah menjamu selera ikan bakar di Kampung Nelayan Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang.

**************

Hari ini Melayu yang berada dibawah kerajaan DAP Pulau Pinang, tiada rakyat Islam Pulau itu yang dizalimi bahkan mereka bebas mengamalkan ibadat dan azan nyaring berkumandang di masjid dan surau. Kenapa sampai membuat fitnah? Pas melalui seorang ustaznya sini dikatakan menyebarkan “fitnah” Pulau Pinang telah mengharamkan azan, kata EXCO Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim. Tengok vid kat bawah tu bro ! 

Maka dalam ustaz PAS dok fitnah Kerajaan Negeri P.Pinang tak boleh Azan tetiba ada lagi masjid baru dibina. Orang yang bangang saja membuat de so called fitnah terhadap Kerjaan Negeri P.Pinang sampai tak nampak, sampai akal tersumbat? kalau dah bodoh sangat tak tahulah, mana ada larangan azan di P.Pinang kalau mesjid yang baru di Batu Maung ini pun dibiayai oleh Kerajaan DAP Penang sampai RM3 juta? Orang yang bebal dan penuh dendam saja boleh buat tuduhan demikian? Kah kah Kah

Pas hanya nampak diri mereka alim dengan ta'lim dari Umno dan sebab itu mereka suruh Che Det bertaubat Mahathir perlu bertaubat seolah-olah mereka macam tak perlu bertaubat sama? hanya kerana Che Det menyokong di pentas Amanah yang menyebabkan Pas tonggek kat Amanah di Kuala kangsar di PRK yang baru lepas sehari dua lalu. Pemimpin PAS itu Nik Abduh wajib juga bertaubat kerana bersekongkol dengan pemimpin yang tidak amanah dan tidak berintegriti?.

Inikah cara walaaun bermain dan berdakwah? sedangkan dalam Umno itu bersarang segala macam 'kebejatan' yang perlu mereka mintakan juga saf pimpinan Umno berbuat demikian ! Tapi Pas tetap macam Pas berselimut sekali dengan Umno, akhirnya Umno yang ratah PAS, tinggallah Pas terkulat-kulat, terhegeh-hegeh minta simpati Umno untuk meneruskan hayat Pas sendiri yang mula dimakan bubuk itu. Maka Nik Abduh pun jadi suara bagi Umno menutup kezaliman dengan isu perkauman. 

Lim Gua Eng sendiri telah berjinak-jinak dengan Islam kemudian dihukum sebagai anti Islam? Adilkah? Tak malukah kita sebagai orang Islam? Tak malukah Pas boleh bercakap dan membuat 'fitnah' seburuk begitu, dan di masa yang sama 'menutup mata' terhadap salahlaku Umno sendiri dalam banyak hal hanya kerana kita jadikan depa rakan untuk bersantai dan bersendal hanya kerana Pas tidak lagi 'popular' di mata rakyat melayu? 

Khulasahnya, Azan tak boleh dialunkan di Pulau Pinang ? Sama ada pemfitnah itu pekak badak atau hati dia bernanah busuk yang mahu menanamkan kebencian kpd orang bukan Islam. Ini bukan dari ajaran Islam yang murni melainkan ajaran sesat . 

Aku juga setuju dgn kenyataan anak arwah Ustaz Fadzil Noor sini bahawa Nik Abduh sangat ketara membela pihak pemerintah kebelakangan ini. Seolah PIS salah sebuah parti komponan BN bro ! Kah Kah Kah 

***************

PULAU PINANG BINA MASJID SENDIRI BERNILAI RM4 JUTA


1. Setelah tiga Perdana Menteri gagal tunaikan janji untuk membina semula Masjid Baru Batu Maung yang uzur, maka kerajaan negeri memutuskan membiayai kos pembinaannya bersama rakyat.

Teluk Bayu, pantai berhampiran Batu Maung
2. Majlis pecah tanah pada 22 Jun 2014 oleh DS Anwar Ibrahim, berjaya disiapkan dalam tempoh 2 tahun dalam jangka masa ditetapkan.

3. Pada 19 Jun 2016, ia dirasmikan pembukaannya oleh TYT Pulau Pinang. Masjid bernilai RM4.01 juta itu dibiayai kerajaan negeri sebanyak RM3 juta dan bakinya lebih RM1 juta diwakaf oleh anak khariah dan orang ramai.

4. Masjid ini istimewa di Penang, kerana :-

a) Inilah masjid pertama yang dibina oleh kerajaan negeri tanpa berkongsi kos dengan kerajaan pusat seperti lazimnya.


b) Inilah masjid pertama / terdekat daripada susur jambatan kedua Pulau Pinang.

c) Inilah masjid pertama yang mempunyai menara unik berbentuk rehal Al-Quran.

d) Inilah masjid pertama yang mempunyai tempat wuduk di bahagian bawah (tanah).

e) Masjid pertama yang paling cepat perasmiannya setelah 3 hari siap - projek diserahkan oleh JKR pada 16 Jun 2016.

5. Sejak PR / PH memerintah lebih 10 buah masjid telah dibina di Pulau Pinang dengan kosnya dibiayai oleh kerajaan negeri dan pusat.

6. Pada minggu lepas, kerajaan negeri menyumbang RM15 juta untuk membina semula Sekolah Pendidikan Islam Al-Itqan, di Teluk Kumbar.




7. Tazkirah Ramadan telah disampaikan oleh Dr MAZA, Mufti Perlis, sempena perasmian Masjid Umar Abdul Aziz yang boleh menampung 1500 jemaah.

Syiar Islam Terus Subur di Pulau Mutiara .....


Masdar ~ Putra Penang .



LGE hadir bersama dlm majlis perasmian masjid baru dgn nama Masjid Umar Abd Aziz di Batu Maung Pulau Pinang.
Masjid ini dibina dgn sebahagiannya dari dana kerajaan negeri berjumlah RM3 juta. Selebihnya RM1 juta dari sumbangan orang ramai.
Beliau telah berjinak2 dgn Islam kemudian dihukum sbg anti Islam? Adilkah?
Tak malukah kita sbg orang Islam? 

Rakaman Kuliah oleh Masjid Jamek An-Najah, Padang Serai, Kedah
Seorang pemimpin PAS dikatakan menyebarkan “fitnah” Pulau Pinang telah mengharamkan azan, kata EXCO Hal Ehwal Islam Abdul Malik Abul Kassim.
Malik berkata Ketua Bahagian PAS Padang Serai Shaharuddin Ibrahim telah menyampaikan tazkirah yang didakwa membuat kenyataan itu di sebuah masjid dua minggu lalu.
“Tazkirah Ramadan sepatutnya mengenai menyebarkan mengenai kebaikan agama ini, membincangkan perbuatan baik para nabi, tetapi digunakan sebagai pentas politik untuk menyebarkan penipuan.

Shaharuddin didakwa berkata: “Kalau DAP menguasai negara…nuu Pulau Pinang tuan-tuan, bang (azan) dah tak boleh dah, bang (azan) tak boleh dah, tuan tuan!”
Video tazkirah itu dikesan dimuatnaik ke Youtube dan laman Facebook Masjid Jamek An-Najah di Padang Serai, Kedah..sumber .
Menurut Abdul Malik, lebih dikesalkan adalah tohmahan dan fitnah yang dilakukan itu 'dilontarkan' ketika di dalam masjid dan di bulan Ramadan yang mulia.

Ahmad Dhuha Sobri
“Justeru, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menuntut supaya beliau (Shaharuddin) memohon maaf secara terbuka dan menarik balik fitnah tersebut dalam media massa.
“Beliau (Shaharuddin) juga perlu memohon maaf kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui kenyataan bertulis dalam tempoh seminggu. Sekiranya gagal, tindakan undang-undang akan dipertimbangkan,” jelasnya.



 Islam Rahmatan Lil A'lamin
Tajamnya sindiran (Kimiey Kimieytwo Kimieytwo)
Abg tengok orang melayu kita ni terutama kat kampung abg ni kadang2 nak gelak pun ada, nak menangis pun ada...

Mana tidaknya, diri sendiri nak makan terkais sana sini, pinjam duit org sana sini, senang cakap macam hidup merempat lah.... tapi bila umno tipu cina nak perintah negara... punyalah dia angguk bermatian mesti pertahankan tanah melayu ini tanah kita... kita akan hidup merempat dibumi sendiri kalau dap perintah malaysia... abg rasa kesusahan hidup dia sampai tak mampu nak beli cermin untuk cermin muka dia kat rumah kot....

Dan satu lagi ni agak gila sket, abg tgk hishh.. nak cakap sesat kang, tak baik sesatkan org... tapi inilah hakikat sebenarnya... mana taknyer, kita mesti membela islam, pas pembela islam, tanpa pas, habis umat islam dimalaysia ni, sokong pas masuk syurga, tak sokong pas ikut kapir...ulamak pewaris nabi katanya.... tapi waktu azan solat dia dok kat meja hujung warung pak mail tuh ngopi, sambil kat tangan belek2 nombor 4 angka, anak, anak binin kat rumah makan minum sampai ada org kesian hantar beras, bawang, gula.... camni, bleh masuk syurga ker bang...Macam2 gila dah org melesia ni.. pening abg nengoknyer. (Kimiey Kimieytwo Kimieytwo)

Muhamad Nur Ismail
Alangkah Cantik dan Indahnya Bahasa Ahli-Ahli Parti Islam Semalaysia...
Jangan kecam dia,dia hanya menulis apa yang diajar oleh Pimpinan mereka..(
Muhamad Nur Ismail)
Kah Kah Kah

TITIPAN SISIPAN


Shukri Shukri
(Kata Shukri Shukri : Ini bukti bukan fitnah)

Andy Tan

 Kata Andy Tan : Ini pun DAP punya kerja ke...anak sendiri tak boleh jaga...sikit2 DAP nak ambilalih kerajaan sengeklah... 


Kata Nas Gelizzo : Ostad macam tu pun ada pengikut. Ikut suka dia ja kata dekat Penang dah tak boleh azan. Dekat kawasan rumah aku di Penang, sekali azan, boleh dengar sampai 3 buah masjid dan surau punya laungan azan. Hanya orang pekak ja yang tak dengar bunyi azan kalau mai sini. Kebanyakan ostad macam ni la, duduk dalam surau bagi ceramah agama reka cerita palsu atau sebar sesuatu yang tak betul dan pengikut yang bendul pun ikut ja percaya cerita depa. "Tak kan ostad nak tipu". Depa berpegang teguh dengan ayat ini.

Tak kan Lebai Nak menipu? Kah Kah Kah


Putra Penang
Suatu masa dahulu...

Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?