Apa nak jadi dengan kite ?

Apakah rakyat di Kuale dan Sg. Besar senang sangat mereka itu semuanya sampai dah tak kisah dengan pelbagai kepayahan ditanggung rakyat selama ini yang berpunca daripada pelbagai dasar dilaksanakan kerajaan BN ??

Apakah rakyat kat Kuale terutama mereka yang menggnakan bot penambang tidak sedar mereka terus 'digula2kan' oleh janji BN yang saban ada saja Prk atau Pru untuk membina jambatan bagi mereka? Dah 5 penggal bro? Janji tinggal janji?? janji baru tu pun depa terus percaya dan berharap sungguh pasai buat masa nie depa sedar 'opposition' tak akan boleh bina punya ! Kah Kah Kah
Malaysia Dateline
Penyakit kebendaan cukup menebal dalam diri pengundi bro ! bagi dedak sikit, kira dah okey dan depa dah macam terikat untuk mengundi parti mana yang mendedaki mereka itu - dedak ini merentasi kehendak semua kaum bro ! bila dah terima, muka ata sunyummm, hati ata baik maaa ! lui punya pasat, semua kira jadi maaa. Kebendaan tak kenal manusia! ketayap atas kepala pun boleh luruh bro ! Kah Kah Kah

Isu rakyat tak banyak sangat membekas di hati pengundi di Kuale dan SB. Berlambak isu yang menekan dan membelenggu rakyat semacam tak diperdulikan samada kaum melayu, cina, india dan lainnya, bukan depa tak tau atau memang depa tak tau sungguh? 

Pengundi 'educated' mungkin boleh dikecualikan sebahagiannya tetapi makcik pakcik mak long pak anjang yang dok menoreh, yang dok jual kueh jual ikan pagi petang dan di pasar malam umpamanya, apek tua yang buka kedai kopi atau yang berkebun sikit-sikit kat belakang rumah tu, tak banyak depa tau pasai isu rakyat ini bro ! 

Habaq pi laa berbuih mulut pun pasai pemborosan Umno, kenaikan kos sara harian, perkhidmatan yang semakin menghimpit rakyat, bla bla n bla, depa buat dont no saja bro ! Tu tak kira segala macam skandal lagi tu, macam 1MDB, GST dan RM2.6b, ketirisan dan segheba mak nenek lagi, maunya kita yang letih dok pi xplain kat depa sedangkan depa naik meluat nak dengaq pun? Kadang tu kita pula yang jem kepala hotak ngan puak nie? Kah Kah Kah

Aku teringat kata-kata Ust Fadhil Nor suatu ketika dulu sewaktu beliau berceramah, beliau dipetik sebagai berkata (mafhum saja), 
 __________________________________ 

melayu nie, nanti tunggu makan nasi dalam tempurung kot baru nak berubah, baru nak sedaq nak undi pembangkang, selagi boleh dok dakap bini, dok main cucu, dapat sekupang dua, dah rasa tak dak apa dah, selesa
  __________________________________
Almarhu Us. Fadhil Nor
Begitulah kecewanya UFN terhadap rakyat yang walau bagaimana dok 'kena' pun? dok jadi Pak Yit Umno situ laa...Kah Kah kah

Begitulah dengan pengundi di Kuala Kangsar dan Sungai Besar bro ! Depa dah bagi 'signal' yang semua kemelut yang rakyat lain (yang cerdik) rasakan sampai memulas perut, depa tak kisah tak ambik pot pun dengan semua tu . Kah kah Kah

Sumber FB - Keris Mas Sejati
Faktor perkauman yang dimainkan oleh saingan PH tidak boleh dinafikan punya kesan yang besar bro ! Ini termasuk sentimen agama yg kuat di kalangan orang Pas. Bibit kebencian pada kaum Cina ini ditiup oleh Pas dan dulunya Umno memberi kesan besar dari segala kemelut yang membelit rakyat bro ! Terbaru KM Penang, LGE hadir jam 5.45pm harini menyaksikan pembukaan Masjid Umar Abdul Aziz bernilai RM4 juta di Batu Maung. Ia merupakan peruntukan RM 3 juta drp kerajaan negeri & selebihnya melalui derma anak kariah. Masjid telah dirasmikan oleh YDPertuan Negeri. *Alhamdulillah syiar Islam tetap subur di Penang - KMS. Jadi kalau betul DAP tu anti-Islam menebal, kenapa disalur sampai RM3juta dari kerajaan negeri? Orang buta hati saja yang tidak nampak semua ini? Kah Kah Kah
Aku tertarik dengan pandangan Mejar Zaidi dalam warkah terbukanya kepada Presiden Amanah di mana beliau melihat Amanah sepatutnya bertanding satu kerusi sahaja dan di SB biarlah diberi kpd PKR kerana faktor PKR lebih berpotensi untuk menang di Sg Besar kerana MB adalah dari PKR dan sudah tentu PAS juga akan lebih cuak untuk bertanding melawan MB mereka. Pandangan begini wajar diteliti kerana Mejar Zaidi itu adalah profesional orangnya bro ! Faktor tempatan perlu diberikan pertimbangan utama dalam menghadapi saingan lebih besar di Pru 14 nanti. 

 Bagaimana dengan Anmanah di P.Pinang? soal Mejar Zaidi " adakah Amanah Penang adalah Amanah terbaik dari segi keahlian, aktiviti, pentadbiran dan sebagainya untuk menjadi contoh kepada Amanah di tempat2 lain? Jika tidak kenapa, sedangkan di Penang Amanah adalah sebahagian dari kerajaan?
Pemimpin yang hebat ialah yg mampu selesaikan masalah bukan menjadi sebahagian dari masalah itu sendiri.


Bagaimana dengan faktor Anwar? Ramai dah lupa terhadapnya bro ! Anwar Ibrahim kini dikurung di balik jeriji besi di Sungai Buloh sehingga tahun 2020. Sepanjang perjuangannya, telah lebih sembilan tahun beliau mendekam dipenjara. (1972-1974, 1999-2004, dan kini 2015 -?).

Anwar dipenjara kerana kerana satu sebab: Sikap tegasnya membanteras rasuah dan penyelewengan kerajaan Umno/BN. Lalu fitnah direkayasa. Bukti yang tiada, diadakan dan kebenaran dipadamkan.

Akibatnya di negara Malaysia, di negara yang umatnya melaung-laungkan nama Islam, Allah,Nabi Muhammad, fitnah terbesar dicipta dan dihalalkan. Besarnya dosa pereka-pereka fitnah, penyebar, penyokong dan orang yang berdiam serta merelakannya tidak pernah dibincang dalam forum-forum agama di pentas atau di TV. Baca semua ini di ~
Pengorbanan Anwar Ibrahim Dan Hilangnya Fokus Pembangkang

Apa nak jadi dengan kite? Sekian.


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video