Posts

Showing posts from June, 2016

Penahanan LGE - Suara dari AMANAH

Image
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng ditahan petang tadi oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia di bilik mesyuarat selepas mempengerusikan mesyuarat exco di Komtar. Sudah ada reaksi segera dari pembangkang dan juga dari Umno sendiri bro ! Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin meminta semua pihak tidak terlalu awal menghukum Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan berkaitan isu pembelian banglo. Beliau berkata, semua pihak perlu mematuhi undang-undang negara dan ada proses perundangan yang dilaksanakan bagi setiap pendakwaan ( ruj. sini ). Sementara itu pelbagai reaksi lain diterima, antaranya dari Presiden Amanah sendiri yang memberikan reaksi menarik terhadap penahanan itu.  Ketika Pas sibuk menyatakan partinya saja yang perjuangkan Islam. Pakatan Harapan pula sibuk berkerja menjalankan tuntutan Islam melawan kezaliman dan ketidakadilan di sana sini, tidak hairanlah mengapa PH semakin di minati oleh rakyat dan sebab itu amanah dan Pakatan Harapan yang

Panas dari Anina Saadudin

Image
Sekali Anina Saadudin buka mulut, pedas berapi bro ! beliau sifatkan Umno dah macam parti 'kongsi gelap' pulak ? Kah kah Kah Semua ini gara-gara pecat dan gantung keahlian melibatkan 'orang-orang' besar Umno, Shafie Apdal digantung dan pemecatan Muhyiddin dan Mukhriz dari Umno.  Negara bertambah panas lagi dengan *Perletakan jawatan 2 menteri kewangan dan ekonomi menjadikan krisis ekonomi negara makin parah* demikian kata ( Mahfuz ) bro !

Dua hilang Satu yang timbul ! Kah Kah Kah

Image
Siapalah sangka cempedak dah jadi nangka, nujum pak belalang tok nujum laa temberang! pakat bergetah habis dah bro ! Umno Sampoerna di Sabah tu macam dah lumpuh.  Depa ahli Umno di sana tu pakat letak jawatan ramai-ramai sebagai bantahan terhadap MT Umno kerana menggantung keahlian DS Shafie Apdal. Shafie nie memang afdhal (ada kelebihan) di Sabah bro, terutama di Sampoerna khususnya. Kira Umno Bahagian Sampoerna hari ini dah kira lumpuh bro! Kah Kah Kah Khabarnya, Pengerusi Tetap Umno Semporna, Datu Eranza Datu Saribu turut keluar parti bersama-sama dengan 19 ahli jawatankuasa dan akar umbi Umno Semporna. Lumpuh laa tu. Di Parit, Perak lain cerita bro ! Pas dah hilang markas depa di sana pula, markas Pas cawangan Kampung Teluk Sena di Lambor Kiri katanya akan dicat warna jingga (oren) pasai pemilik bangunan atau tuan tanah serta penggerak dan ahli yang aktif di kawasan berkenaan membuat keputusan untuk meneruskan perjuangan Islam dan keadilan rakyat melalui wadah Amanah. Se

'Cikgu Man Trombone' Penghibur Jalanan

Image
Baru-baru ini heboh di kawasan Taman Arkid, Taman Delima Sg. Petani dan sekitarnya akan 'kehilangan' seorang penghibur jalanan yang terkenal di Sg. Petani. Beliau dikenali sebagai 'Man Trombone' di kalangan penduduk taman sekitar . Rupanya beliau telah 'diangkut' oleh JKM kerana beranggapan beliau 'meminta sedekah' sambil menghibur orang ramai dengan lagu-lagu klasik P.Ramlee. Beliau mempunyai kebolehan yang mengkagumkan meniup saksofon dengan lagu-lagu lama melayu terutama lagu-lagu P. Ramlee. Penduduk sekitar tidak menganggap 'Cikgu Man' ini 'meminta sedekah' bro ! Beliau hanya meniup lagu kegemaran sahaja, tidak pun menyanyi. Ianya lebih kepada 'Street Performer' atau 'Penghibur Jalanan' seperti di bandar-bandar besar dunia lain. Padan pun sehari dua lalu, aku yang selalu ke Bazaar Ramadan Taman Delima terasa macam 'kehilangan' sesuatu, macam tak ada seri semasa menjengok2 juadah yang nak dibeli. Rupanya ci

Brexit - Apa tuh? Video

Image
Brexit adalah singkatann kepada 'Britain Exit' yang membawa maksud samada GB patut menyertai EU atau tidak? Kerajaan British lalu mengadakan pungutan suara untuk mendapatkan mandat dan persetujuan rakyat, ertinya GB tidak memutuskan di peringkat menteri mereka sahaja tetapi mengadakan pungutan suara 'referendum' bagi tujuan itu. Hasilnya rakyat Britain menolak dan David Cameron meletak jawatan ruj.sini dan sini . Kita pula bro! adakah semasa mahu menyertai TPPA dahulu kerajaan adakan pungutan suara dan meminta persetujuan rakyat? Kah Kah Kah 10 perkara berikut adalah siri pencerahan ekonomi dibawa oleh Parti Amanah Negara bro ! Amanah Progresif Peduli.

Carilah 'kawan' sepakat selain PAS bro ! Video

Image
Umno dan BN sekarang ini ketawa berdekah-sakan bro ! Ketawa kerana melihat persengketaan antara Pas dengan DAP dan Amanah juga dengan PKR. Semua tak kena dengan Pas melainkan Umno saja, bagi Pas yang jujur dan ikhlas hanyalah Umno dan BN.

Bukti kejahatan DAP di P.Pinang ? - [Video]

Image
Batu Maung, sebuah pekan kecil asalnya, jarang dikunjungi kecuali mereka yang mahu meninjau 'Muzium Perang' di sana. Dulu kalau hendak ke sana terdapat jalan pintas bertentangan dengan tokong ular mengambil jalan kecil bersebelahan padang 'aiport' Penang atau melalui Pekan Bayan Lepas ke Permatang Damar Laut dan terus ke Batu Maung. Ini dah kira jauhlah sikit bro ! Penempatan Melayu banyak di Batu Maung bro, antaranya ialah Kg. Permatang Damar Laut, Telok Tempoyak dan sekitarnya. Sekarang Batu Maung cukup tersohor kerana di situlah adanya susur keluar jambatan kedua P.Pinang. Satu Lagi tarikan hujung minggu ialah menjamu selera ikan bakar di Kampung Nelayan Teluk Tempoyak, Batu Maung, Pulau Pinang. ************** Hari ini Melayu yang berada dibawah kerajaan DAP Pulau Pinang, tiada rakyat Islam Pulau itu yang dizalimi bahkan mereka bebas mengamalkan ibadat dan azan nyaring berkumandang di masjid dan surau. Kenapa sampai membuat fitnah? Pas melalui seorang ustazny

Puasa, bazar ramadan dan iman

Image
Kelmarin aku keluar membeli juadah berbuka kat Bazar Ramadan di tempat aku bro ! orang pompuan terutama yang muda-muda depa pakai main rempuh je. Dah tak heran dah berlaga tang mana pun. Kita yang berumur nie pula kena mengelak dan beri laluan kat depa. Kah Kah Kah Soal pakaian? Jangan tanya laa bro ! pahala puasa pun tak tahu jadi lagu mana, perut saje yang berpuasa, mata payah sikit, dah terbentang depan mata nak buat lagu mana. Itulah cabaran bagi umat zaman ini. Soal aurat tak sangat dipedulikan oleh remaja perempuan sekarang ini, asal kepala tutup sikit dah memadai, yang lain jangan tanya laa, hangpa sendiri pun dah maklum. Denda RM 2000 jika pakai pakaian menjolok mata di Bazar Ramadan.

Apa nak jadi dengan kite ?

Image
Apakah rakyat di Kuale dan Sg. Besar senang sangat mereka itu semuanya sampai dah tak kisah dengan pelbagai kepayahan ditanggung rakyat selama ini yang berpunca daripada pelbagai dasar dilaksanakan kerajaan BN ?? Apakah rakyat kat Kuale terutama mereka yang menggnakan bot penambang tidak sedar mereka terus 'digula 2 kan' oleh janji BN yang saban ada saja Prk atau Pru untuk membina jambatan bagi mereka? Dah 5 penggal bro? Janji tinggal janji?? janji baru tu pun depa terus percaya dan berharap sungguh pasai buat masa nie depa sedar 'opposition' tak akan boleh bina punya ! Kah Kah Kah Malaysia Dateline Penyakit kebendaan cukup menebal dalam diri pengundi bro ! bagi dedak sikit, kira dah okey dan depa dah macam terikat untuk mengundi parti mana yang mendedaki mereka itu - dedak ini merentasi kehendak semua kaum bro ! bila dah terima, muka ata sunyummm, hati ata baik maaa ! lui punya pasat, semua kira jadi maaa. Kebendaan tak kenal manusia! ketayap atas kepala pun bol

Ole - Ole Kuale dan SB

Image
Keputusan dua PRK termaklum sudah, Amanah dapat  ‘ pingat perak ’ ' satu pencapaian menarik bagi ' parti nyamuk ' kata PIS yang mendapat Pingat Gangsa bro ! Kah Kah Kah Amanah berpendapat: Melayu masih takut ‘pocong’ DAP. Pengundi Melayu dilihat masih ada ketakutan tidak berasas disebabkan propaganda, kata calon Amanah sini .  Bila dah rudum, PIS hari ini menuduh Umno dan Amanah memutar belitkan isu rang undang-undang (RUU) meminda Akta Mahkamah Syariah 1965 sebagai punca PAS kalah pada pilihan raya kecil (PRK) Sungai Besar.  Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, pengundi Cina ditakutkan sekaligus menyebabkan undi kepada parti itu di kawasan majoriti Cina rendah sini bro . Dah tonggek tu banyak songeh pula PIS nie? Saban masa dok sumpit DAP, bila mai macam nie kebuloq pula undi Cina? Cina mana nak bagi undi lagi kat PIS, kalau hari-hari hangpa dok sumpit depa? Kah Kah Kah Salahuddin di sidang media Pakatan Harapan selepas keputusan rasmi yang turut dihadiri Nga Kor Ming

Sorotan Awal PRK KK dan SB

Image
Ini adalah sorotan awal Prk KK dan SB bro! Kalau Bukan BN, Amanah akan menang. Aku tertarik dengan pandangan Rafizi bahawa Pilihanraya kecil ini penting untuk menilai kecenderongan pengundi dalam PRU14 kelak yang boleh dipanggil seawal tahun depan. Ini kali pertama ada 3 gabungan parti yang hampir sama kuat pengaruhnya di kalangan pengundi bertarung dalam pilihanraya iaitu: Gabungan parti-parti kerajaan di peringkat Persekutuan - Barisan Nasional Gabungan parti-parti pembangkang di peringkat Persekutuan - Pakatan Harapan Gabungan parti bebas (menyokong atau membangkang kerajaan mengikut isu) di peringkat Persekutuan - Blok Ketiga Kedudukan sokongan rakyat terhadap gabungan-gabungan ini bakal memberi gambaran aspirasi dan kehendak rakyat yang perlu diambil kira dalam menghadapi PRU14 kelak. Saya percaya dengan kebijaksanaan rakyat dan selepas ini kita perlu teliti dengan mendalam keputusan di kedua-dua PRK. Rakyat masih belum mahu berobah sekalipun gst dan lain-lain perkhidmatan sepe

Laluan Amanah di dua PRK Kuale dan SB - Foto menarik

Image
Dua PRK yang sedang meniti nokhtahnya esok adalah medan yang cukup baik buat PH dan tentu nya Amanah bro ! Doakan. Mohamad Sabu bertemu penyokong Amanah bagi mengucapkan terima kasih atas sokongan mereka.

Mahfuz dapat 'gelaran' sempoi - [video]

Image
Orang PIS nie pasai gelar, label orang yang tak senada dengan mereka (cara walaun) yang tatang kepimpinan Tok Sidang tanpa perlu pikior sikit wajarannya betul atau tidak, memang 'champion' lah bro ! Depalah jhooranya, tak ada sapa boleh 'lawan' dah ! Terbaru 'Haiwan Politik' pulak diberi gelaran  dekat Mahfuz Omar yang mencabar supaya penyatuan Pas-Umno dipercepatkan dan jangan tunggu lama-lama. Nasib kau laa Mahfuz, orang Pis sendiri dah mula 'serang' hang tu? Kah Kah Kah Mahfuz sekarang ini dilihat berkonfrantasi dengan kepemimpinan PAS apabila dilihat lebih cenderung kepada Amanah dan beliau juga tidak hadir Muktamar Tahunan PAS baru-baru ini atas dasar kesihatan. Beliau menyifatkan Pilihan Raya Kecil (PRK) Sungai Besar dan Kuala Kangsar medan terbaik penyatuan UMNO-PAS. Beliau berkata,  PAS dan UMNO perlu segera bersatu untuk menarik sokongan pengundi Melayu bagi menjamin kelangsungan parti dan kuasa politik Melayu Islam. “Masih belum terlambat

Dua Cabaran Menarik dari Mahfuz dan Kit Siang ! [Video]

Image
PRK Kuale dan Sg. Besar tinggal dua hari lagi bro! Orang Pas cabar Pas jangan tunggu lama-lama, pi laa percepatkan penyatuan yang depa dah pasang niat sekian lama dari sebelum Nik Aziz meninggal lagi sekitar 2008 dulu. Sekarang niat yang tertunda lama tu dah ada 'pelincirnya' bro ! Nampak pakat bersetuju belaka..Tunggu apa lagi? Azam sudah habih berazam dah ! Luncurlah cepat ! Walaaunta dan Walaaunti pun dah tak sabor tu ! Baguih dah, boleh dah berbuka bersama dengan menteri depa. Kah kah Kah

Accapan Peluk Agama Islam?

Image
Syukur ! Hidayah Islam telah menerjah pintu hati pelakon tahun '80an yang mencuit hati penonton tv sikit masa lalu.  Aku rakamkan kesempatan ini dengan suatu pantulan dari Al-Quran yang mulia di ayat 13 Surah Al-Hujuraat serta madah dan hikmah  : يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوباً وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ [سورة الحجرات : 13] Mafhum ayat - Wahai Manusia, sesungguhnya Kami (Allah) menjadikan kamu lelaki dan perempuan dan Kami jadikan kamu berbangsa-bangsa dan puak untuk salingkenal mengenal (sesama kamu) Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah adalah yang paling bertakwa antara kamu, Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha amat mengetahui. (Al-Hujuraat : 13) يولد جميع الناس أحرارًا متساوين في الكرامة والحقوق وقد وهبوا عقلاً وضميرًا وعليهم أن يعامل بعضهم بعضًا بروح الإخاء. . Mafhum - Semua orang dilahirkan bebas dan samarata dari segi

Bahan Kempen Untuk PRK KK & SB - [Video]

Image
Parti Amanah Negara yang mewakili Pakatan Harapan mencuba dengan keyakinan solid untuk merampas kerusi parlimen di dua PRK masing2 satu di Selangor dan Perak.  PRK ini adalah yang sulung disertai oleh sebuah parti 'nyamuk' seperti kata Tok Sidang sewaktu Amanah mula ditubuhkan. PRK Sarawak dulu tu kita tak boleh berapa nak berkira bro ! Ini adalah yang pertama di Semenanjung. Sekarang Amanah baru berusia 7 ke 8 bulan begitu, belum 'baligh' lagi, ibarat kanak2 baru nak boleh berjalan ! Tetapi Amanah yang masih memakai 'lampin' ini digeruni siang malam oleh PAS terutamanya. Pas saban hari meracau tak tentu arah. Pimpinan utama Pas kelihatan seperti 'hilang pertimbangan' waras dalam percaturannya menghadapi kemaraan AMANAH yang saban masa mendapat sambutan di setiap ceruk rantau tanahair . Walaupun Pas selalu mendakwa yang partinya kuat, tidak bimbang dgn Amanah dan sebagainya, tetapi keresahan pimpinannya jelas dibaca oleh rakyat. Rata-rata mahukan A

Kenali Mat Sabu kenali AMANAH ! Video

Image
Mai kenali Mat Sabu bro ! Ramai walaaunta walaaunti kanyaq dalam Pas belum kenali susuk ini dengan mendalam. Aku tak mahu cerita panjang cukup hangpa tengok sini siapa sebenar beliau di dalam status politik Malaysia. Melayu diseru jadikan demonstrasi Baling iktibar kezaliman Umno BN

From Umno with Love Untuk PAS - Video

Image
Walaupun usul rang undang-undang persendirian Hadi telah mendapat laluan untuk dibentangkan di Parlimen. Bagaimana pun Menteri di JPM Azalina Othman Said kelihatan enggan melibatkan diri dalam kandungan rang undang-undang dibawa Hadi serta keputusan kerajaan membenarkan ia dibentangkan. "Tugas saya tiada kaitan dengan kandungan usul itu. Saya menyelia peraturan, jadi saya hanya menguruskan prosedur kerana usul itu berada di nombor 15 dan perlu dibawa ke nombor satu di antara usul lain kerajaan. Saya hanya bertanggungjawab dalam isu teknikal, bukan kandungan usul itu," katanya. Menurut Azalina orang yang bertanggungjawab kepada kandungan usul itu serta keputusan membenarkan ia dibahaskan ialah Jamil Khir.. ( ruj. sini ) Kasihan juga kat Pas yang begitu bersemangat bila RUU Persendirian berkenaan dibenarkan dibentang tetapi tidak dibahas atas kemahuan Tok Sidang sendiri bro ! Apa nak dikata jang ! cuma Umno sendiri semacam bermain 'wayang' saja dalam 'isu'

Masuk PAS untuk Cuci Dosa? Biaq betul bro !

Image
Masuk Pas untuk cuci dosa? Biaq betul bro ! Ini cakap perwakilan di muktamar Pas yang berlangsung sekarang ini. Wakil Johor, Samsudin Jaafar, berkata, “Saya bersyukur kerana Allah pilih saya untuk berada dalam jamaah ini bagi menghapuskan dosa". Aku dah tak boleh nak pikiaq dengan puak-puak walaaun ini, depa ingat masuk Pas boleh 'cuci dosa' ke? Kah Kah Kah Kalo ini macam senang laa bro, rasa bersalah, rasa berdosa? cepat-cepat masuk PAS, setel ! Habis yang berada di luar PAS, guano pulok? Inilah akibatnya taksub membuta tuli.  Bila ajaran Islam yang murni yang dibawa oleh Baginda (صلی اللہ علیہ وسلم) tidak difahami dengan betul, tidak faham bagaimana uslub Islam yang cantik itu dilaksanakan dan diamalkan. inilah yang terjadi?  Islam menyediakan cara yang terbaik untuk manusia terutama Muslimin dan Muslimat untuk sentiasa dilihat bersih tanpa dosa-dosa kecil dan besar, antaranya ialah dengan selalu, sentiasa membersihkan jiwa sendiri yang kotor dengan kembali kepada

Bekas Saintis Nuklear Calon Pakatan Harapan PRK Kuala Kangsar

Image
Tahniah buat Dr Ahmad Termizi Ramli calon lelaki tunggal Pakatan Harapan mewakili Parti Amanah Negara yang  akan  bertembung dengan dua calon wanita  dari BN dan Pas  pada PRK Kuala Kangsar pada 18 Jun ini. Beliau punya latar pendidikan terbaik sekali, bekas saintis nuklear dan pengundi yang 'peka' akan membuat pilihan terbaik juga. Tahniah. Ahmad Termizi  Calon Pakatan Harapan di PRK Kuala Kangsar  Ahmad Termizi Ramli

Berkenalan dengan Calon AMANAH PRK Sg. Besar

Image
Teka teki siapa calon Amanah di Sg. Besar sudah terjawab malam tadi. Sekarang pertandingan tiga penjuru antara Umno, Pas dan Amanah tidak dapat dielakan lagi. Pas yang katanya sebagai parti pembangkang dilihat tidak langsung mengusik Umno, malah kalau ada ahli Pas yang maki hamun Umno? Ianya mendapat amaran dari Pas sendiri supaya hentikan semua itu sini . Bukan itu saja, DAP menjadi 'punching bag' kepada Pas setiap hari, depa sumpit DAP cukup-cukup sampai dah tak ada bahasa nak sumpit DAP tu ( Perang mulut PAS-DAP makin menjadi-jadi ). Itulah Pas yang mengaku di dalam tubuh badan mereka penuh kesumat dan dendam yang tidak diketahui apa sebenarnya? Agaknya Islam yang didokong Pas difahami begitu? Kah kah Kah Tapi dengan rasa tak malu, memang PAS dah hilang malu. Tanpa segan mereka dah mula rasa panas semacam jer bro ! Tetiba mereka Pas merayu kepada ahl-ahli Amanah supaya pulang kepada Pas semula? ( PAS harap ahli AMANAH pulang padanya ) Kah Kah kah. Konon mereka (ahli Ama