Surah yang hilang - de Jebonesta

BN teruja dengan kemenangan di PRN Sarawak baru-baru ini. Kemenangan itu ibarat 'El Nino' politik pemerintah yang lama kemarau sokongan setelah pelbagai kemelut membelit rakyat masih diterima seadanya oleh orang Sarawak. 

Tetiba berlaku kekosongan serentak di Kuala Kangsar dan Sungai Besar berikutan kematian penyandangnya dari UBN yang terkorban dalam nahas helikopter di Sebuyau Sarawak 5 Mei lepas. 

Kekosongan dua kerusi parlimen ini buatkan ramai pihak mengigau dan tak senang duduk, terutama Umno BN sendiri serta sukutu rapatnya yg baru PAS sendiri. Maka besurahlah si anu itu dan si anu ini dari PAS dan Umno sendiri, tak kurang pula tukang2 kipas dan tuan2 besar mereka. Kah Kah Kah

Amanah pula bro mahu bertanding di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada PRK Parlimen ini seperti kata Ir Izham Hashim berdasarkan prinsip Amanah sekarang ini telah menggantikan tempat PAS dalam Pakatan Harapan. 

Kali ini berlaku sangkaribut terutama di Selangor, Perak dan Putrajaya melibatkan PH (Amanah) dan PKR, Pas dan Umno sendiri yang masing-masing mahu mengintai peluang di sana. Pas baru saja tersentot dengan 'serangan' terbaru Husam dan Azmin dikatakan mahukan PAS di Sg. Besar menjadikan PH kian retak bro ?

'Surah-surah yang hilang' dari para jebonesta seperti Abe Awang Malaya, Kameel Abuya dan Farouq Albaloque ... Mereka semua mensurahkan 'ketidakpuashati' terhadap pimpinan Pakatan Harapan terutamanya di Selangor yang tidak disurahkan di mana-mana sebelum ini. Aku suka cara mereka #jebonesta semua melihat 'permainan' politikus dedak melawan arus kehebatan tokoh2 profesional dalam tantangan vs Pas, Umno dan sesama mereka dalam PKR dan Pakatan Harapan bro ! Kah Kah Kah



Mission PRU14 :
Di mana Azmin bertanding, di situ kasi langgar..! (Kameel Abuya)


Surah
De Jebonesta





Surah 1

PAS berjanji tidak akan menggunakan taktik menyerang UMNO dan BN..........
Kah kah kah...! Nak serang apa, dulu PAS serang UMNO guna modal 'kafir' je.... sekarang UMNO dah masuk Islam semula, nak serang macam mana lagi...?

Takkan PAS nak serang UMNO pasal skandal 1MDB, derma 2.6 bilion, kerugian Tabung Haji.... haram satu benda pun lebai PAS tak faham...! nak serang apa..(
Abe Awang Malaya)


Surah 2

Dulu, ketika golongan profesional menguasai kepimpinan PAS, Hasan Ali dipecat bukan kerana dia mengkritik PAS, tetapi kerana dia menghina Anwar Ibrahim dan memburuk-burukkan PKR dan DAP, secara terbuka, dan berulang-ulang walaupun telah diberi amaran oleh PAS sendiri..... Akhirnya Hasan Ali dipecat sebagai ahli PAS, atas alasan dia tidak menghormati rakan komponen dalam Pakatan Rakyat, ketika itu.

Azmin dan kartel-kartel tidak pernah menghormati Amanah, dan dia tidak pernah mengiktiraf Pakatan Harapan, padahal Presiden PKR sendiri yang mengumumkan penubuhan PH....!!! Politik menatang babi apakah ini...? Perkara sepenting itu pun gagal ditangani dengan betul, dan masing-masing buat tak tahu je, macam tak ada apa-apa... masih nak sembang mahu tumbangkan UMNO dalam PRU-14....?

Selama ini Boboi terlalu biadab terhadap Amanah dan DAP..... tapi PKR tidak rasa apa-apa pun ..... Eh, kalau anak kita biadab dan kurang ajar terhadap jiran yang rapat dengan kita, adakah kita nak tengok saja...? Takut sangat nak larang anak sendiri...? Takut sangat nak marah anak sendiri....? Atau mak-bapaknya memang jenis biadab dan kurang ajar...?


Begitulah PKR.... Itu presidennya perempuan tu.... sepatutnya lebih mementingkan kesopanan dan lebih cepat rasa malu dari lelaki..... tapi tidak bagi Wan Azizah... Kak Wan seperti tidak rasa malu langsung dengan kebiadaban Boboi.... Tak nampak pun Kak Wan malu kat Mat Sabu dan lain-lain pimpinan Amanah atas kenyataan atau tindakan Boboi.... Sekurang-kurangnya, beri teguran kepada Boboi.

Bila membaca kenyataan Boboi kelmarin dulu, kemudian baca kenyataan Wan Azizah semalam, dan membaca pula kenyataan Boboi hari ini, saya rasa PKR ialah parti yang paling selekeh atas muka bumi.... caca-merba, macam kartun.


Kita tengoklah rancangan Boboi pada hari penamaan calon PRK Sungai Besar nanti..... Boboi mahu berunding dengan PAS, iaitu PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar.... Kemungkinan akan berlaku di Sungai Besar; PKR vs Amanah vs BN.
Kalau berlaku sumbang sampai setara itu pun, saya rasa Wan Azizah tetap tenang dengan kipasnya, macam tak ada apa-apa.
(Abe Awang Malaya)


Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah (kiri) mengumumkan pilihanraya kecil serentak pada 18 Jun.  
13 Mei — Pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Kuala Kangsar, Perak dan Sungai Besar, Selangor akan diadakan serentak pada 18 Jun ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Seri Mohd Hashim Abdullah ~ lagi .


Surah 3


 
Dulu, ketika golongan profesional menguasai kepimpinan PAS, Hasan Ali dipecat bukan kerana dia mengkritik PAS, tetapi kerana dia menghina Anwar Ibrahim dan memburuk-burukkan PKR dan DAP, secara terbuka, dan berulang-ulang walaupun telah diberi amaran oleh PAS sendiri..... Akhirnya Hasan Ali dipecat sebagai ahli PAS, atas alasan dia tidak menghormati rakan komponen dalam Pakatan Rakyat, ketika itu..
See More@(Abe Awang Malaya)




Boboi hanya Timbalan Presiden..... Suara Boboi bukan mewakili suara parti.... Boboi dan kartel mahu sokong PAS di Sungai Besar, itu bukan keputusan parti.... Ramai pemimpin PKR lain yang komited dengan Pakatan Harapan dan menyokong Amanah.... Sekadar menyebut beberapa nama, di antaranya Rafizi Ramli, Saifudin Nasution, Azan Ismail, Fuziah Salleh, YB Rodziah, Abdullah Sani, Johari Abdul, Wong Chen, dll; mereka bukan kartel, mereka komited dengan Pakatan Harapan, dan semestinya mereka sokong calon Amanah.

Agaknya, dalam kempen PRK Sungai Besar nanti, geng kartel boboi berceramah atas pentas PAS manakala sebahagian yang lain, yang bukan kartel, akan berceramah untuk Amanah..... mampus...! baru kita tahu Boboi bodo ke tak bodo... (Abe Awang Malaya
May 10 at 3:19pm ·)



SURAH 4


azmin-lge
Mat Sabu Tepuk Meja, Bila PKR Mahu Bertanding di Sungai Besar?



in Politik by
Presiden PAN, Mohamad Sabu dikatakan telah menepuk meja apabila kumpulan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut kerusi Parlimen Sungai Besar ditandingi oleh calon PKR.Tuntutan itu dikemukakan oleh dua orang Naib Presiden PKR, Tian Chua dan Shamsul Iskandar Mat Akin yang dikenal pasti dari kem Azmin atau digelar sebagai kumpulan boboi.
“Kalau nak perbodohkan orang pun, agak-agaklah……. bukan semua orang lain bodoh macam Tian Chua dan Shamsul Iskandar.
“Ada ke patut, dalam mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di depan Mat Sabu dan Lim Guan Eng, Boboi cadangkan supaya PAS bertanding di Kuala Kangsar dan PKR bertanding di Sungai Besar….!
“Sekali Abang Mat hentak meja, tahu pun Boboi terkial-kial macam tikus masuk perangkap, muka pucat lesi.
“Kalau aku jadi Abang Mat, aku pergi tonyoh je kepala Boboi tu ke bucu meja,” dedah facebooker pro PAN, Abe Awang Malaya.

Kejadian itu didakwa berlaku semasa mesyuarat Majlis Presiden Pakatan Harapan, di ibu pejabat PKR pada Rabu.
Mengulas isu sama, blogger Omak Kau tidak menolak kebenaran maklumat yang didedahkan oleh facebooker pro PAN itu, namun dia berpendapat ini merupakan taktik Azmin menggunakan kouta PKR untuk calon PAS.
“Siapa boleh berikan pengesahan dan penjernihan info mengenai PRK Sungai Besar bahawa PKR sanggup beri laluan kepada PAS bertanding dengan syarat guna pakai logo PKR.
“Calonnya PAS tapi guna logo PKR.
“PAS dengan tegas menolak cadangan tersebut … sebagai parti ada integriti, maruah dan harga diri PAS tetap maukan calonnya bertanding di Sungai Besar dengan menggunakan logo PAS juga.
“Tiada kompromi dan tiada boleh dijual beli,’katanya. ~ sumber .


Berita susulan !  
Pakatan Harapan akan mesyuarat esok (hari ini) bagi tentukan parti mana dlm PH untuk bertanding di PRK Parlimen KK dan Sungai Besar 18 Jun ini ~ Full article .
Jadi belum apa-apaan, boboi (pinjam word AAM) pi dok buat keputusan sendiri sebelum mesyuarat ini pasai apa? kan kena 'hentak' meja ngan Mat Sabu sekali? Boboi pun bukanlah presiden PKR yang belum boleh lagi duduk dalam Majlis Presiden PH, Jadi saja dok menyibuk, belum duduk dak berlunjur? Kah Kah Kah

DAP akan hanya sokong calon Pakatan Harapan – Guan Eng..DAP akan hanya menyokong calon Pakatan Harapan pada pilihan raya kecil Kuala Kangsar dan Sungai Besar. kata Guan Eng bro ! Memang laa, kerana PAS bukan sebahagian daripada Pakatan Harapan lagi, maka ia bukan sekutunya dan oleh itu ia tidak akan menyokong parti itu dan kalo PH nak celen di Sg. Besar dan KK, Pas tak ada hak nak halang bro!



Surah 5

AMANAT HADI -- dulu untuk UMNO, sekarang untuk Amanah.
Yang dikatakan AMANAT HADI itu ialah petikan dari perkataan Hadi Awang, Presiden PAS sekarang, ketika berceramah di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 4 April 1981..
.

  
Memang benar, Hadi ada mengucapkan perkataan itu, bukan di Banggol Peradong saja, tetapi di mana-mana saja... bukan sekali Hadi mengucapkan perkataan itu, tetapi diulang-ulang beberapa kali ketika berceramah di Merchang, Dungun, Bandar Marang, Pengkalan Berangan, Batu Buruk dan lain-lain.... Bukan sekadar Amanat, tetapi ia telah dianggap sebagai fatwa yang wajib dipegang oleh pengikut PAS ketika itu, iaitu orang yang sokong UMNO adalah kafir, dan orang yang tidak jelas pendirian politiknya adalah munafiq yang menyamar.... Kata orang PAS, hanya beruk yang duduk atas pagar. 

Menurut pimpinan PAS, orang yang menulis balik ucapan itu dan memberi nama 'Amanat Hadi' ialah salah seorang Naib YDPA PAS ketika itu, Ustaz Nakhaei Ahmad..... (Padahal, Nakhaei sangat 'tak boleh pergi' dengan pendekatan politik Haji Hadi yang menganggap orang UMNO kafir).

Tiga empat tahun selepas itu, Nakhaei meletak jawatan dalam parti dan keluar dari PAS...... tetapi Amanat Hadi tidak ditarik-balik, bahkan dicetak semakin banyak oleh PAS dan dijual kepada pengikut PAS untuk ditampal di dinding-dinding rumah.



Selepas lebih 30 tahun, setelah memahami fikrah politik Ustaz Nakhaei Ahmad, baru saya terfikir akan suatu perkara....... Mungkin Nakhaei Ahmad menyalin ucapan Hadi dan memberi nama Amanat Hadi, ialah bertujuan untuk menyedarkan umat Islam pengikut PAS yang kelihatan semakin ekstrim bahawa ucapan Haji Hadi itu salah dan bercanggah dengan kaedah Islam..... Tetapi orang tak faham...! Pengikut PAS telah menerima Amanat itu dan percaya sungguh-sungguh dengan isi kandungannya seolah-olah itu adalah kalamullah yang diturunkan dari langit.

Keadaan itu berterusan sampai sekarang, dan Hadi Awang sendiri tidak pernah menarik balik perkataannya itu..... Cuma yang berbeza, kalau dulu hukuman kafir dikenakan kepada orang Islam yang sokong UMNO, tetapi sekarang UMNO telah dianggap masuk Islam semula setelah Hadi berpeluk dengan Najib; dan sekarang golongan yang dianggap kafir ialah orang Islam yang sokong Amanah..(See More) -@ (Abe Awang Malaya

 
SURAH 6


Boboi hanya Timbalan Presiden..... Suara Boboi bukan mewakili suara parti.... Boboi dan kartel mahu sokong PAS di Sungai Besar, itu bukan keputusan parti.... Ramai pemimpin PKR lain yang komited dengan Pakatan Harapan dan menyokong Amanah.... Sekadar menyebut beberapa nama, di antaranya Rafizi Ramli, Saifudin Nasution, Azan Ismail, Fuziah Salleh, YB Rodziah, Abdullah Sani, Johari Abdul, Wong Chen, dll; mereka bukan kartel, mereka komited dengan Pakatan Harapan, dan semestinya mereka sokong calon Amanah.

Agaknya, dalam kempen PRK Sungai Besar nanti, geng kartel boboi berceramah atas pentas PAS manakala sebahagian yang lain, yang bukan kartel, akan berceramah untuk Amanah..... mampus...! baru kita tahu Boboi bodo ke tak bodo... (Abe Awang Malaya
May 10 at 3:19pm ·)



SURAH 7

Regu impian, gandingan paling mantap untuk menerajui kepimpinan negara selepas PRU-14..... Anwar Ibrahim sebagai PM dan Husam Musa sebagai TPM..... Rakyat Malaysia merindukan kepimpinan yang baik, telus, berintegriti, berkemampuan dan menitik-beratkan kesejahteraan seluruh rakyat serta kemakmuran negara. (Abe Awang Malaya)



Surah 8

UMNO Sungai Besar pun kecoh, berebut nak jadi calon.... Jamal dah tabur dedak awal-awal lagi..... tiba-tiba bagi burger percuma kepada orang ramai.... eh, memang politik Malaysia sudah jadi macam cerita Hindustan.
Memang orang Melayu akan sokong calon yang samseng dan kaya..... Pemimpin diangkat kerana kejahatan dan kekayaannya.


Abe Awang Malaya
 Tapi dengarnya, ada bantahan dari dalam UMNO sendiri terhadap pencalonan Jamal Pak Tongkol.... Sebab Jamal ni, imejnya samseng dan mulut celupar.... Bahasanya buruk, akhlaknya pun bukan elok.... bukan semua pengundi suka calon macam tu, lebih-lebih lagi pengundi Cina.

PAS pun berebut dengan PKR.... Boboi cadangkan 1-1, iaitu PAS ambik KK manakala PKR ambik SB..... tapi sebahagian orang PAS mahu PAS bertanding dua-dua, jangan pedulikan PKR..... Jadi, Boboi sudah tersepit sekarang.... Dia seperti sudah bakar jambatan PH dan tak mungkin boleh berpatah balik lagi, sedangkan belum tentu PAS menerima ajakan Boboi untuk menggabungkan PAS-PKR.

Amanah dan DAP paling steady.... takdok kecoh-kecoh... Calon sudah ada.... cuma tunggu masa untuk diumumkan..... Semua setuju.
Undilah Calon Amanah.... (
(Abe Awang Malaya))


Surah-Surah Akhir



Kameel Abuya
May 10 ·
Idea satu logo Abe Awang Malaya disambut pula oleh Farouq Albaloque serta #JEBONESTA aku ingatkan takde respon dari pimpinan ghupa2nya si Kubah yg meloncat dulu pasaipa weiiii.




Surah dan lakonan?
Surah Farouq Albaloque ..



BABAK BABAK LAKONAN BOBOI


TERBARU BERPELIKAT DI SG BESAR

MAJLIS PRESIDEN PH BELUM LAGI MEMBUAT KEPUTUSAN
SIAPA BERTANDING DI PRK SG BESAR DAN K.KANGSAR, BOBOI DAH TERLAJAK LAJU 'CHOP' SG BESAR UNTUK PKR BERTANDING DENGAN ALASAN SEKIRANNYA PKR BERTANDING PAS AKAN TARIK DIRI.

NAMPAK SANGAT KEGELOJOHAN DAN KETAMAKKAN BOBOI.

SEPATUTNYA PRK SG BESAR DAN KUALA KANGSAR ADALAH UJIAN YANG AKAN MENJADI PENGUKUR SEBENAR AKAN KEMAMPUAN AMANAH DAN PAKATAN HARAPAN DALAM PERSIAPAN MENGHADAPI '3 PENJURU' YANG TIDAK DAPAT DIELAKKAN PADA PRU14. (
Farouq Albaloque)


Surah Bonus 
Dari ~ We Are All Jebonesta


Alhamdulillah semalam sy sempat menziarahi sahabat sy Dato Husam Musa di kediamannya. Ramai rakan2 zaman mahasiswa hadir sama, tetamu bertali arus menziarahi. 

Saya tiba jam 12.15tgh hari dan menemani beliau sehingga asar.
Saya akan sentiasa terkenang keseronokan bekerja di bawah Almarhum TGNA dan Dato Husam pd 2004-2007 ketika kedudukan kerajaan Kelantan 23-22. Memerintah dgn kelebihan satu kerusi ekoran kekalahan PAS di Pengkalan Pasir dlm pilihanraya kecil. Kami teliti corak sokongan rakyat. Saluran 1 kalah teruk. pengundi warga tua cenderong sokong UMNO BN.
Dato Husam ilhamkan program takaful warga emas kifaalah. Kami bentangkan kpd ATGNA. Idea ini disokong. Saya dan team tabung tok kenali menggerakkan di setiap dun. Sambutan hebat diterima. UMNO cuba lawan. UMNO buat takaful merdeka, namun tak terlawan prog kifaalah. Tiba pru12 kami mampu mendaftar lebih 100 ribu warga emas seluruh Kelantan. Setiap warga emas kami daftarkan pula 3 wasi (keluarga terdekat yg akan menerima manfaat takaful apakala warga emas meninggal).
Pengkalan data kami bertambah. kptsn pru12, 2008 pengundi saluran 1 beralih sokongan. Kelantan menang besar. Kifaalah bukan satu2nya faktor tetapi satu daripada faktor penyumbang kemenangan. Dato Husam kaya dengan idea, sangat fokus. Saya berbangga menimba pengalaman membantu menterjemahkan idea beliau utk kebaikan rakyat Kelantan. Salute sahabatku.. Dato Husam Musa!

Oleh : 
Saifuddin Nasution Ismail

Surah 'Hijack'
Surah Panjang 1


AZMIN CUBA 'HIJACK' GERAKAN REFORMASI 2.0
Agak pelik dua tiga hari kebelakangan ini Azmin tiba tiba boleh pulak menyebut perkataan 'reformasi' dan sekarang ini sedang mempamerkan beliau kononnya sebagai juara 'reformist', yang umum mengetahui betapa perkataan itu sudah lama tidak diucapkan dan mungkin dia sudah melupakannya.
Satu kepelikan yang amat sangat dan mustahil sekiranya tiada udang
di sebalik mee.
 Sebenarnya populariti Azmin dikalangan pimpinan Pakatan Harapan telah rosak teruk akibat kedegilan beliau masih mahu mempertahankan keterlibatan PAS bersama PKR. Azmin melihat kelangsungan politik beliau bergantung dengan parti PAS bukan kerana kelangsungan politik PKR semata mata.
Azmin bukan tidak yakin akan keupayaan Amanah mengantikan PAS memperolehi undi dari kalangan kaum melayu tetapi beliau bimbang sekiranya Amanah bertambah kuat akan menghalang cita cita politiknya.
 Azmin juga bermasalah dengan pimpinan DAP setelah 2 Adun PKR dilucutkan jawatan sebagai pengarah di anak syarikat Kerajaan Pakatan Harapan P.Pinang baru baru ini. Keterlanjuran beliau dalam 'campurtangan' kerajaan P.Pinang bukan saja dikecam oleh DAP malah ditegur oleh Amanah. Sepatutnya isu tersebut tidak perlu dipanjangkan dalam media, tetapi diatas asakan beliau dan kartel yang mahu menunjukan PKR tidak akan 'tunduk' kepada keputusan Lim Guan Eng, Ketua Menteri P.Pinang telah menampakkan kebodohan beliau dimata umum.~ Continue Reading .



Surah Panjang 2
((Abe Awang Malaya))



SURAT TERBUKA KEPADA AZMIN ALI
Tarikh : 24 Februari 2016

AZMIN BIN ALI
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR)
Menteri Besar Selangor
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Undangan 

Negeri Bukit Antarabangsa

Tuan,
KEBENARAN ADALAH AMANAH, PEMBOHONGAN ADALAH KHIANAT
------------------------------------------------------------

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Yang Maha Pengasih.
Nabi Muhammad SAW wafat pada hari Isnin 12 Rabi'ul-Awwal tahun 11 Hijrah, bersamaan 9 Jun tahun 632 Masehi. Pada hari itu juga, Abu Bakar as-Siddiq dilantik menjadi khalifah Islam. Pada malam Selasa itu juga Khalifah Abu Bakar mengucapkan khutbah yang pertama selaku pemimpin tertinggi bagi sebuah kerajaan Islam yang berpusat di Madinah.
.
Di antara isi khutbah itu berbunyi :
“Yaa ayyuhan-nas! Aku dilantik menjadi ketua kamu, padahal aku bukanlah orang yang terbaik di antara kamu. Kalau aku membuat kebaikan, maka sokonglah aku. Jika aku membuat kezaliman, maka betulkanlah aku. Kebenaran itu suatu AMANAH, dan pembohongan itu suatu KHIANAT. Orang yang paling lemah di antara kamu aku anggap kuat, hingga aku mengambil dan memulangkan haknya. Orang yang paling kuat di antara kamu aku anggap lemah, hingga aku mengambil hak yang lemah dari tangannya. Patuhilah aku selama aku mematuhi Allah dan Rasul. Apabila aku menderhakai Allah dan Rasul, maka tiada lagi kewajipan bagi kamu untuk mematuhi ku....”


Tuan,
Tuan dilantik menjadi Menteri Besar, padahal tuan bukanlah orang yang paling layak untuk jawatan itu. Tuan bukanlah orang yang terbaik untuk menempati kedudukan itu. Pun begitu, tuan harus tahu bahawasanya orang ramai mahu melihat ketelusan dan keadilan tuan, bukan kagum dengan kekayaan dan kekuasaan tuan. Jangan takjub terhadap diri sendiri. Jangan khianati amanah yang dipikulkan di atas bahu tuan, nanti tuan akan rugi dan terhempas hina. Patut sekali tuan berhati-hati dalam bertindak. Jika tidak, maka jangan ada sesiapa pun yang menyesal kecuali diri tuan sendiri. Semua kurniaan itu berada di tangan Allah, dan, Allah yang menguasai segala balasan.
.
(
See More)
Abe Awang Malaya
b/p #JEBONESTA
)





Comments

  1. Syabas Jebonesta, pencerahan idea yg bernas.

    Kita kena ingat, strategi BN ke atas PAS ialah menguasai top leader group. BN tak mahu penyokong PAS beralih arah kpd Amanah, jd PAS kena berlakon seboleh mungkin sbg pembangkang di depan ahli-ahlinya sehingga PRU14 ni. Padahal mereka pun bukan lg pembangkang, depa dh jd sekutu BN yg tak pakai baju BN. Ini strateginya.

    BN suka PAS menang di tempat kuota PAS sbb skrg ni 1 parlimen PAS bermakna 1 sokongan kpd BN di parlimen. BN perlukan PAS menang kerana Najib kemungkinan dh blh rasa akan hilang undi sokongan BN di parlimen, khususnya dari UMNO pro-Mahathir. Utk mengimbangi sokongan di parlimen, ahli2 parlimen PAS akan menampung undi sbrg usul yg dicadangkan Najib.

    Inilah yg pimpinan PH kena sedar. Yg PH Perak dok pi buat kenyataan sentimental nak tunjuk baik kat PAS tu buat apa. Dok nak pi bg satu kerusi hanya nak tunjuk ikhlas. Hangpa kat muktamar pun habih kena tendang. Toksah dok buat baik dgn puak2 tu lg.

    Skrg ni ahli akar umbi PAS dok ingat parti tok sidang ni masih pembangkang lg. Yg masih dok sokong tok sidang tu bukan sbb depa pandai perlembagaan dan dasr parti, depa tengok jubah dgn serban sj. ASal serban je, warak. Jd kumpulan tu masih tak berubah lg, mgkin ambik masa skit.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video