Drama Bulan Ini ! Mesti Tonton sebelum PRK KK & Sungai Besar - video

Kata Mujahid Tok Sidang Pas mensesiakan peluangnya bila dia sendiri minta ditangguhkan usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker. Demikian respon awal Dr. Mujahid, Naib Presiden AMANAH.

Bukan senang Speaker nak bagi laluan, tetiba bila dapat ruang selesa? Sendiri pula Tok Sidang minta tangguh? Apa nih? atau pihak Pas sendiri belum cukup bersedia dengan sikap acuh tak acuh nie? Kah Kah Kah

Dalam pada itu Mujahid terus mengecam bahawa kiranya usul Marang itu dibuat hanya sebagai 'alat' untuk perkasakan dan sebagai bahan kempen bagi perkukuhkan kedudukan PAS atau untuk tujuan kempen di PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Mujahid terus pertikaikan kalau semua pihak berkerjasama dan membantu atas 'politik sempit' hanya atas nama memperundangkan sahaja syariat? Ianya dilihat sebagai tidak bermoral, malah katanya lagi telah 'menjual agama' untuk tujuan politik?? Ini berat bro ! kita tak boleh nak ketepikan kalau orang mempunyai persepsi sebegitu? terutama 'musuh-musuh' politik Pas sendiri.
Macam biasalah bro ! kalo tangguh tu, alasan tetap dicari untuk 'justify' yang ditangguh tu? Kononnya nak bantu wakil rakyat bersedia? Wakil Rakyat ke tak bersedia atau Pas yang tidak cukup bersedia? Baca sini. Berapa lama mau bersedia daa? 

Yang dibentang hari ini tu 'Hudud' ke? ! kerana aspek jinayah yang 6 perkara  dalam (RUU Kanun Jenayah Syariah II / Kelantan) masih belum ada khabar beritanya bro ? sini dan sini dan ini seperti keriuhan Pas sejak sekian lama masih juga ditangguh bila Pas dah terikat dengan Ikatan! lihat video nya bro ! itu baru bersama Ikatan? dah kata hudud tak sesuai sekarang dan boleh pula ianya ditangguh (FMT)? Boleh sepakat kata begitu pula? Padan pun Dr. Mujahid kata "Usul Hadi ‘dijual’ untuk melariskan PAS dalam PRK? Kah Kah Kah

Paling menarik ialah pandangan dari Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi ! Dia tibai Pas kaw-kaw bro ! mana tidaknya, dia kata semua nie hanya sekadar drama dan lakonan menjelang dua PRK satunya di Sg. Besar dan satu lagi di Kuale *Kuala Kangsar. Drama laa tu?

Orang Pas akan kata ini sebagai kejayaan Tok Sidang pasai boleh bentang RUU Persendirian itu, pada hal apa yang dianggap kejayaan tadi adalah satu 'penipuan' . Pas hanya 'dikencing' Umno ! Dibenar bentang tapi bahasnya? tidak boleh bro ! itulah mafhum dari pandangan Asmuni Awi nie ! Kah Kah Kah

Terkini
 Akta 355: Pas hanya 'dikencing' Umno, kata Asmuni
Pas akan terus menjadi mangsa penipuan Umno di sebalik apa yang dianggap kejayaan Ahli Parlimen Marang membentangkan Rang Undang-undang Persendirian mengenai Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016, kata Pengerusi Amanah Perak, Asmuni Awi.

"Semuanya sekadar lakonan menjelang PRK (pilihan raya kecil) ini. Pas hanya 'dikencing' Umno. Selepas 20 tahun terhalang, baru (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah) boleh dibentang di Parlimen. Tapi mengapa Marang (Hadi Awang) minta tangguh pula, tidak teruskan perbahasan?
"Selepas ini, bila pula perbincangan usul? Paling penting, perbincangan akan berlaku atau tidak? Seolah-olah Umno hanya benarkan Pas bentang tapi bahas tidak boleh," ujarnya ketika ditemui selepas taklimat jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kangsar di Pejabat Amanah parlimen itu malam tadi. (
sumber) .

Kah Kah Kah


Usul Hadi ‘dijual’ untuk melariskan PAS dalam PRK?
May 26, 2016 



Ahli Parlimen Marang sia-siakan usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker

KOMEN
Oleh Mujahid Yusof Rawa

Dalam tulisan-tulisan saya yang lalu, saya menyentuh soal memperundangkan syariah dengan melihat halangan-halangan perundangan yang menyekat proses memperundangkan hukum hudud.

Ada dua isu iaitu, dalam konteks mafhum Syariat ia perlu dilihat luas mencakupi aspek pencegahan, pendidikan dan infra perundangan.

Kedua ialah, melalui proses memperundangkan syariat ia perlu melalui legaslatif dan kemudian diadaptasi ke peringkat negeri.


Apa yang berlaku di Parlimen hari ini ialah aspek kedua iaitu dalam meminda seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 dibentangkan secara bil persendirian oleh wakil Marang.

Bagi saya ia peluang untuk dibahas secara demokratik dan proses menerima atau tidak juga melalui proses demokratik.

Pihak ahli legaslatif diberi ruang mengkritik dan membahas isu syariah dalam kerangka memperundangkan dari sudut kerangka perlembagaaan dan halangan-halangan secara perlembagaan dan bukan sentimen menerima atau menolak secara emosi.

Malangnya usul persendirian yang jarang mendapat perhatian Speaker disiakan dengan Marang sendiri minta ditangguhkan perbahasan.

Ini bermakna kenyataan bil persendirian diizinkan untuk dibentang dalam hal undang-undang syariah seksyen 355 tanpa bahas boleh terdedah kepada berbagai manupulasi.

Yang menentang akan jadikan ini sebagai muqaddimah pada hudud manakala yang menyokong akan menjadikan isu ini sebagai bahan kempen PRK dan untuk konsumsi ahli parti manakala yang betul-betul mahu melihat perincian dan penjelasan tidak dapat membuat apa-apa rumusan kerana proses ini masih tergantung.

Apapun diharapkan akta berkenaan dengan hak muslim untuk mengikut hukuman jenayah syariah tidak dieskploitasikan untuk tujuan politik sempit apatah lagi untuk tujuan kempen PRK yang terdekat ini.

Jikalau ini berlaku maka agama akan ‘dijual’ sekali lagi untuk ‘melariskan’ sokongan yang bakal diraih.

Saya menunggu perincian Marang dan mahu membahasnya dalam korum Parlimen supaya peranan demokrasi tidak membelakangkan keperluan perundangan syariah sebagai sebahagian daripada atur mainan demokrasi.

Sebagai demokrat yang muslim, saya akan menyokong perbahasan yang bebas, adil dan bertanggungjawab yang akhirnya menelurkan satu keputusan seperti mana-mana rang undang-undang.

Tetapi saya bantah jika usul Marang dibuat sebagai bahan kempen untuk mengukuhkan kedudukan partinya atau untuk PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar.

Semua pihak yang berkolaborasi untuk tujuan politik sempit atas nama memperundangkan syariat bukan sahaja tidak ada moral tetapi telah ‘menjual agama’ untuk tujuan politik.

Saya harap ianya tidak begitu walaupun sejarah ‘jual agama’ sinonim dengan beberapa kelompok umat beragama termasuk Islam.

Sememangnya RUU persendirian pindaan Seksyen 355 Akta Mahkamah Syariah 1965 masih lagi dalam kekaburan.

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa adalah Ahli Parlimen Parit Buntar dan Naib Presiden AMANAH

~ sumber)


Sisipan Maknawi


Dulu-Dulu !
Babak 1
Minta nyawa! Minta Nyawa !
Bila diberi sikit 'nyawa' hari ini, depa tolak bro! 'Only in Pas' !
Kesiannnn ! rupanya selama ini ada yang 'kontrol' nyawa tu yer? Kah kah kah
Dulu...Pas kata hudud tu bak nyawa parti depa bro! Bertegang, bertekak dgn semua rakan gabungan dalam PR dulu, hudud akan tatap dilaksanakan biar bagaimana pun terjadi? Putus dgn DAP pun pasai nie jugak ke?
Itu dulu bro ! kesian kat Pak Teh, Mak Ngah kat kampung, sampai ke tua depa dok mengidam hudud, tapi Tok Sidang yang 'mengeliat' pasai nie depa tak tahu bro ! Kasiannn..
'Rafi !' kalo siapa tanya pasai 'aku'? satu jer kau cakap, 'kasiannn' 'ohh kasiannn' - Rafi ! Babak pertama dah selesai, sekarang kita mulakan babak ke dua..Kah Kah Kah

Sepurnama dua
yang baharu berlalu !


Babak 2
 Baru bersama Ikatan yang tak ketahuan hala, ahli pun tak tau dok tang mana? sapa kah saf pimpinanya, ahli berdaftar pula ramai yg tak tahu? tetiba Pas sudah pun bersetuju bahawa hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia bila dia 'ikat' diri dalam Blok ke 3..Kah Kah Kah
Aikk ! depa boleh 'aci lon', boleh 'postpone' pula? dulu bukan main sinting lengan lagi, sampai tak boleh terseghek sikit nak 'bincang' pun macam orang lain semua tak gheti pasai hudud ? La nie boleh pula pikiaq kemundian. Tersampuk apa ? Baru kenai dan buat memba dengan Ikatan jer tu, belum dengan Umno lagi ! Kah kah Kah

Babak
Seterusnya..
Apa Maknawi Semuanya ini?


Ketua Pemuda Pas Nik Abduh Nik Abdul Aziz mengesahkan bahawa, parti Islam itu akan menggunakan usul persendirian Akta 355 pada dua pilihan raya kecil akan datang.Beliau juga mengaku perbentangan itu adalah hasil kerjasama antara Pas dengan Umno...(rujuk sini)

| Minta dipercepat tapi mohon tangguh usul persendirian tu apa mafhumnya bro? nak elak spekulasi? tapi depa Pas lah yang semarakan spekulasi ini? Jangan marah lah bila orang 'speculate' dan 'manipulate' isu nie! 

| Malang bro malang! mana tak malangnya bro ! boleh dapat perhatian Speaker pun dah kira cukup baiklah dalam keadaan ini, tapi disiakan, ditangguh perbahasan pula (atas permintaan Marang) sendiri ! di sinilah, di sinilah bro bila diberi izin untuk dibentang (dalam hal undang-undang syariah ini (seksyen 355) tanpa bahas, kemungkinan ianya boleh terdedah kepada berbagai 'manipulasi'? Apa maknawinya semua ini?

| Maknawinya, proses masih tergantung  bagi yang betul2 mahu lihat wajaran dan perincian, mereka tidak boleh buat apa2 bro !! bagi yang menyokong, membolehkan isu ini dijadikan resipi enak kempen PRK dan 'mengetatkan' andaian ahli parti sendiri dan mafhumnya mereka semakin yakin dengan Umno ! itu sahaja. Umno begitu mapan pada 'fikrah' ahli2 Pas, dan ini sekaligus 'pimpinan Pas' yang 'ultra Umno' macam Tok Sidang dan beberapa yang lain mau lihat kerjasama ini diteruskan? Nanti ada yang mengatakan, 'tengok ! Umno tiada masalah, yg bermasalah ialah 'pembangkang'? Kah Kah Kah 

| Yang Kalut
PAS mengatakan parti Islam itu berjaya membentangkan RUU itu atas kerjasama Umno, namun, apa yang mengejutkan ialah parti-parti komponen BN tidak dimaklumkan hal berkenaan.
(sini) - MCA kacewa bro ! depa kata hudud ? Ini bukan hudud kata Najib ! (sini) ia cuma salah faham saja, apa yang dibentangkan bukan undang-undang hudud pun tetapi pindaan yang menjurus ke arah pemerkasaan sistem hukuman yang tertakluk di bawah Mahkamah Syariah. Kita macam 'repair' benda lama laa bro !?

| Kalo MCA dan komponen BN pun tak berapa faham usul pindaan ini? Entah apa laa walaaunn Pas yang di bawah-bawah tu fikir ? Mereka tetap seronok kerana menyangka telah berjaya membentang??Bahas tiada? seropa bentang tikar nak jemur padi, jemur tikaq saja laa, padi tak ada? Kah Kah Kah (sini


Ngomel sikit
| Kalau 'modal' Pas di atas itu tidak untuk tujuan politik sempit, lebih2 lagi macam kata Nik Abduh tu "akan guna hudud untuk PRK"? Cukup malanglah bro ! Baca ini, "Segala isu akan dibawa untuk rakyat dan ini peluang kita dalam pilihan raya kecil nanti. Rakyat di Kuala Kangsar dan Sungai Besar akan mendapat penerangan awal berbanding di tempat lain dalam isu ini,"~ sini., katanya kepada pemberita di Parlimen sebagaimana dilaporkan Malaysiakini.."kerana ini menampakan bahawa agama akan 'dijual' untuk melariskan PAS di PRK nanti seperti yang di sebut oleh Dr Mujahid Yusof Rawa di atas tu !


Yang Bentang,
Yang Sokong dan Tangguh

PAS harus berterima kasih kpd Azlina Aziz yang sanggup menepikan 5 usul BN dan beri laluan utk pembentangan usul ini. Tetapi sayang ! Ini bukan 'Hudud' seperti penjelasan Umno kepada MCA yang menyangka ianya begitu ?

DATO AZLINA AZIZ PENYELAMAT,

TAHNIAH KPD MUSLIMAH PEJUANG ISLAM Tapi sayang pejuang RUU 355 minta di tangguh kan..ape muslihat disebaliknya? Maknawinya di mana?


Dari
De Jebonesta
Kredit FB ~ Zainulfaqar Yaacob
Bob Rasta Al Tertekan: Nak tangguh pun baca skrip? Siapa yang sediakan skrip agar ia ditangguh. Wayang yang begitu menarik di Parlimen..
Abe Awang Malaya: Terbaca satu status, memang betul apa yang dikatakan..... Jangan jadikan HUDUD sama macam LAGU RAYA...... Hanya didendangkan bila nak Raya dan bila nak Pilihanraya. Hahaha.... ayat makan dalam.... orang putih kata, deep purple. 

Ohhh Kasiannn !
Dgn lori apa kau berlanggar Jamil?
Dgn lori taik. huh
Macamana kau boleh berlanggar dengan lori tahik ? Langgar bohong Pak ! Bohong Sunat ! Tak sangka menantu bapa, otak bergeliga otak penipu ! nak hidup pak !
Kah Kah Kah
 
Cakap-Cakap..
Reaksi dan Polemik..
Di Sana Sini Di Sinun..

Cakap 1 - Ajaib
Di Sana


Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH) Khalid Samad hari ini mempersoalkan tindakan kerajaan membenarkan rang undang-undang persendirian dibawa presiden PAS dibentangkan di Parlimen semalam. - Khalid yang menyifatkan perkara tersebut sebagai "ajaib" mendakwa, tindakan kerajaan itu dilihat cuba menutup isu skandal 1MDB dan derma RM2.6 bilion menjelang dua pilihan raya kecil tidak lama lagi.
Malah, anggota parlimen Shah Alam itu juga mendakwa tindakan itu juga dianggap sebagai "agenda PAS" bagi menghadapi muktamar yang dijadualkan berlangsung pada 31 Mei hingga 3 Jun ini.
"Ia dilihat hanya silap mata politik untuk menutup isu 1MDB, GST (cukai barangan dan perkhidmatan) dan (isu) RM2.6 bilion serta kos kehidupan yang semakin meningkat, supaya rakyat Melayu sibuk dengan isu rang undang-undang kuasa mahkamah syariah," katanya di Shah Alam hari ini
~
sumber.

*Pencerahan lanjutdari Khalid Samad - Continue Reading.


Cakap 2 - Di Sini  
sumber imej
Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai mengugut untuk meletakkan jawatan daripada Kabinet jika Rang Undang-undang (RUU) Syariah yang dibentangkan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang diluluskan di Parlimen rujuk sini .



Cakap 3- Di Sinun

PAS tidak mahu lagi bekerjasama dengan PH – Hadi
May 27, 2016 - Pakatan Harapan boleh lupakan PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar, kata presiden parti Islam itu.
MARANG: PAS bertegas tidak akan berunding dengan Pakatan Harapan bagi memberi laluan kepada mereka meletakkan calon pada pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun ini ~
sumber .

Serik? Mana PAS boleh serik? Bukan ke Pas tu kuat dan 'champion' dalam sepak terjang politik massa? Mana boleh serik? Awat 'dia' saja gheti serik dgn orang? Kah kah Kah

Yang serik adalah pakatan pembangkang? Depa pakat serik nak berkawan dengan Pas bro ! Kalo tidak tak adalah kumpulan progresif yg ramai dalam Pas dulu nie cha alif but lari buat Amanah, tu kira teramatlah serik bro, nak serik sampai tara mana lagi, segala tenaga dan wang ringgit kumpulan progresif ini depa curahkan semata-mata mau lihat Pas maju ke depan dlm melawan UBN. Alih-alih dikatakan mereka 'pengkhianat'? Ada ke akai? tu tak kira DAP lagi, pendek kata habis semua pakat serik ! sumber .
 
Pencerahan:

~ Yang diusulkan hanya akta 355 sahaja bukan pun undang2 hukum hudud, hanya undang2 mahkamah syariah sedia ada yang dicadang di naik taraf. Kalau hendak laksana hudud perlu pindaan pada prlembagaan dengan 2/3 majoriti dewan rakyat ..

~ Semua orang boleh tengok video persidangan parlimen.... Semua orang boleh nampak bagaimana MP DAP hanya bertanya kepada speaker, atas pertimbangan apa speaker gunakan untuk membenarkan usul nombor 15 dipercepatkan untuk dibentangkan menjadi nombor 1.... Itu saja.

~ Wakil DAP bertanya dengan cukup lembut dan beradab, dan mereka tidak bantah pun RUU yang dibentangkan oleh Hadi.... Nak bantah apa, Hadi sendiri yang mahu ianya ditangguhkan.

~ Tiba-tiba Haji Hadi buat kenyataan kononnya DAP anti Islam....? Itu satu hal, dan Hadi memberikan alasan kononnya DAP tidak beradab terhadap orang Islam.... dua-dua itu tidak betul sama sekali. adaptasi dari fb: (
Abe Awang Malaya)

Patut pun Pas terasa sangat, bukan takat tak mau kerjasama dgn DAP, laa nie sampai dah putus teruih dengan PH pula..

Tok Sidang berasa yang Pas banyak berkorban selamatkan reputasi Pakatan Pembangkang?  mengigau ke hape nie? Pakatan Pembangkang (PR) dulu yang ghuyubb tu angkara siapa? Malas nak ulang, semua dah pakat maklum! Kah Kah Kah.



Sejarah kena tipu... kah kah kah
Najib Razak dah kata bill persendirian Hadi Awang langsung tak ada kena mengena dengan hudud sampai MCA, MIC, Gerakan dan SUPP bengang gila..(See More)



Yang dibising tu ialah taktikalnya bukan pun pasai isinya bro ! yang dibising tu pasai dibolehkan bentang usulnya tetapi ditangguh bahasnya? Ini adalah baru dan belum pernah terjadi, dan ianya terjadi hanya berkaitan 'usul' yang dibentang ini saja, dan ia telah mencipta sejarah dengan mengikat duluannya. Itulah yang dibising - Kah kah Kah







Begitulah Adanya !




Cakap 4 -
Terus Terang


Che Ibrahim
Amanah Kelantan anggap usul pindaan bertujuan porak perandakan pembangkang -
Amanah Kelantan menyifatkan usul pensendirian yang dibawa presiden Pas berkaitan Pindaan Akta 355 bagi mengubah kadar hukuman di mahkamah syariah hanyalah satu perancangan memporak perandakan parti-parti pembangkang dan sama sekali tidak berkaitan dengan perlaksanan hudud dan qisas seperti yang diperuntukkan dalam Kanun Jenayah Syariah II negeri Kelantan (1993) 2015 ~ rujuk sini .

Cakap 5 -
Cakap Beradat !
Mengapa
bentang tak bahas


Lihat - sumber .














Cakap 6
Bila Nafi
Andaiannya betul laa tu?


PAS pasai ejas apa yang depa buat memang pro laa bro..terbaru tukang ejas pun ramai juga nak betulkan sana sini berkaitan RUU Mahkamah Syariah tu, dah hampir seminggu Tuan Ibrahim baru nak ejas? Bukan Pas saja dok ejas sana sini, Umno pun kalut dok ejas juga, Anwar Musa pun kalut dok perbetul sama-sama komponen BN yang dok melatah? Lihat (sini dan sini ) .

Tuan Ibrahim kata RUU Mahkamah Syariah bukan helah Pas? memang laa bukan helah Pas, tapi orang dok nampak Pas berhelah sakan bro ! Kalau tidak kenapa nafi? Susah orang nak percaya dok nafi macam nie, satu kerja pula, dah buat, kemundian dok nafi? Awat? Pasai buat kerja sekerat jalan? Tak habis? ~
sumber  .




Khulasah
cakap-cakap di atas

~ Dari cakap-cakap 1-6 di atas, dapatlah dirumuskan bahawa :

* RUUP ini telah dibuat secara tergesa-gesa dengan kesilapan yang disengajakan untuk memerangkap Presiden Pas dan pemimpinnya yang lain dalam polemik isu pelaksanaan hukum hudud yang sengaja dicipta untuk memporak perandakan parti-parti pembangkang.

* Tetapi ramai orang-orang Pas syok sendiri bro ! Depa rasa ini satu 'kejayaan'? pada hal ianya adalah satu jerangkap samar pihak tertentu untuk mengalihkan isu yang membelit UBN sendiri, juga untuk laba di dua PRK yang menjelang tiba, jadi laa nie orang pakat pulun bercakap pasai ini dan lupa isu lebih besar. Kah Kah Kah

Akhirkalam


 الأخلاق الاجتماعية تُمكّن العلاقات والأخلاق غير الاجتماعية تمزق وتفرق
Akhlak berkumpulan (Ijtima'iyah) antara sesama manusia akan menyatukan semua, kiranya seseorang bersalahan tingkah akhlak diri dengan jamaah ramai ia akan terputus, terbeza bro ! samada ia menyendiri kerana keangkuhan atawa merasakan begitu hebat diri sendiri, ia akan tetap terpisah dari manusia ramai..
Akhlak ialah satu kalimah yang memisahkan antara seorang yang beriman (mukmin) dan seorang munafiq !


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?