AMANAH, Sarawak dan PRN 11 - [VIDEO]

Kehadiran parti 6 bulan Amanah atau baru sangat boleh berjalan, mencalai kata orang utara adalah di luar jangkaan sesiapa pun, terlebih lagi oleh parti 60 tahun Pas sendiri. Ada saja yang Amanah buat tak kena kat depa..Nak kena lagu mana? Tok Wan 60 Tahun dok buli cucu 6 bulan? Kah kah Kah

Ramai tidak menjangka parti ini begitu popular di Sarawak bila tiba saja PRN kali ini. Amanah dalam klasnya ada kelainan dan mampu menggugat politik dominan UBN dan PAS selama ini. Itulah hakikat yang berlaku. Lihat video nya. 

Amanah telah membuat 7 tawaran yang dianggap begitu realistik menjelang PRN Sarawak ini bro ! Lihat video nya.
Adakah S'wak mudah berubah? Sarawak perlukan keajaiban bro. Rakyat Sarawak teramat sukar untuk menerima perubahan. Slogan Sarawak untuk Sarawakian begitu menjadi. Ia seakan rukun yang perlu di patuhi oleh rakyatnya.

Parti-parti dari semenanjung walaupun Umno sendiri tidak sangat bernilai kepada rakyat Sarawak. Walau mereka kesempitan berbanding hasil negeri yang begitu banyak.

AMANAH yang baru berusia sekitar 6 bulan itu dikira mampu membuat kejutan hasil sentuhan pimpinannya yang dilihat begitu cepat menular ke sana. Ramai Sarawakian mengisi borang dan menjadi ahli Amanah ! Bukan senang parti yang baru tumbuh pucuk seperti Amanah ini begitu cepat diterima ramai termasuk orang-orang Sarawak !

Harapan kita, moga Amanah dapat mencipta sesuatu dalam pertarungan sulungnya di bumi Sarawak ini. Ianya sebagai satu 'bonus' kiranyanya Amanah mampu mendapatkan sekalipun hanya satu kerusi ? Kalo lebih, Alhamdulillah.
 

Barisan calon Amanah PRN Sarawak

Ceramah penerangan dan kempen calon Amanah di Dun Kabong malam tadi menerima sambutan menggalakkan..
Di kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Kabong malam tadi misalnya, lebih 300 penduduk setempat mendengar ceramah penerangan Amanah dan kempen untuk calon, Jini Sahini.
Ceramah yang menampilkan Ketua Amanah Parlimen Sik, Leman Raja Lawan; penyanyi Aisyah yang kini Pengerusi Awan Parlimen Batu serta Pengerusi Awan Kedah, Dr Rohani di kerusi baharu itu dilihat petunjuk positif kepada kewujudan Amanah di pentas demokrasi yang berdepan calon BN melalui Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB).


Calon Amanah Fadillah Sabali diterima baik penduduk tempatan






 
Di N.42 Semop, calon Amanah, Fadillah Sabali dikatakan menggalas cabaran yang tinggi apabila bertanding di kawasan yang dianggap kubu kuat PBB.

Menurut sumber, keadaan berkenaan menyebabkan Pas, PKR mahupun Dap enggan menuntut kerusi itu memandangkan ketiadaan ahli, penyokong, cawangan atau ranting parti masing-masing.

Namun, masyarakat setempat yang mempunyai seramai 9,617 pengundi itu tetap menyambut baik kehadiran Fadillah dn jentera pilihan raya Amanah termasuk kempen dari rumah ke rumah ~
sumber

Ahli Pas
Hina Calon OKU Amanah?


Rapelson ketika mengisi borang pencalonannya dan nota luahan rasanya terhadap pihak yang memperkecilkan kemampuannya.(SUMBER)



Ini dia
Status berbaur 
penghinaan dari ahli Pas

Yang terpenting ialah mampu menunaikan tanggunjawab kepimpinan dengan memiliki ilmu pengetahuan dan pengalaman yang baik. Lihat saja Prof. Zulkifli Muhammad dan Gus Dur (Abd. Rahman Wahid). 

Memang mamat nie lupa sejarah Pas sendiri yang pernah berketuakan Prof. Zulkifli Muhammad seorang yang cacat fizikalnya (polio) semenjak kecil tetapi kehebatan ilmu tidak terkalahkan oleh sesiapa bro !

Malang sungguh ada mamat seperti ini dalam Pas? Dia lupa Shiekh Ahmad Yassin seorang pejuang dan Bapa Intifadhah Palestin, seorang yang tua dan lumpuh, yang hanya duduk dan berjuang dari atas kerusi roda saja. Mana dilalah yang diguna pakai tu? Mana?, yang terpenting ialah amanah vs tugas dan kemampuan fikrah serta kualiti kepimpinan. Tafsiran secara 'literal' macam mamat nie orang dah tak pakai laa bro ! Kah Kah kah

"Nak tanya pak2 lebai dan ularmak parti sikit.. Letak calon wanita apa pulak hukum nya??
Mau kritik pon berpada2 la.. Jgn selewengkan nas utk menutup kejahilan kamu..[ R.A.M.M ] Kah Kah Kah
(SUMBER)

Adenan Satem 
Sombong Dan Bongkak?
Azmin Ali berkata Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem tidak menghormati kedudukannya sebagai menteri besar Selangor dan Lim Guan Eng selaku ketua menteri Pulau Pinang.
Ia berikutan kenyataan Adenan bahawa beliau bersedia mempertimbang untuk melanjutkan tempoh kehadiran Azmin dan Lim di Sarawak hanya jika menerima permohonan rasmi.
"Kenyataan ini amat dikesali dan menunjukkan sikap tidak hormat terang-terangan Tan Sri Adenan Satem terhadap kedudukan menteri besar dan ketua menteri. ~
cerita lanjut sini dan di sini.

******

Apa sudah jadi dengan S'wak bro ! Tok Nan dah naik stim tu? Azmin atau LGE, yang sama 'ranking' pun kena juga? Kah Kah Kah 

Ini semua adalah helah bermadah untuk mudahkan mereka parti-parti di S'wak seperti PBB dan lainnya dari komponen BN jangan ada saingannya, kerana rakyat kelihatan sudah mula beranjak dan sebolehnya mengekalkan apa yang sudah sedia ada.. kebobrokan BN mesti disekat dari diketahui rakyat? Ini boleh membahayakan kedudukan mereka sendiri, bukan sangat soal keselamatan yang mereka canangkan? Maka timbullah tapis tapisan kelakuan mereka dulu seperti Wan Azizah dan Nurul Izzah tu? Agaknya keperluan seperti royalti minyak inikah membuatkan semua tindak tandok di atas dilakukan mereka ~ sekadar contoh

Status Sementara !

Seperkara lagi bro !  
Penganalisis politik melihat keputusan larangan kemasukan pemimpin pembangkang ke Sarawak yang dibuat selepas kerajaan negeri di Sarawak dibubarkan, 11 April lalu boleh dipertikaikan dari segi kuasa kerajaan negeri yang berstatus sementara itu. Pensyarah Kanan Pusat Pengajian Antarabangsa Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa, Universiti Utara Malaysia, Prof Madya Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata, BN Sarawak sepatutnya tidak boleh bertindak sebagai kerajaan negeri selagi ia belum ditubuhkan semula.

"Jadi, BN Sarawak tidak boleh bertindak sebagai sebuah kerajaan yang belum ditubuh lagi. Melainkan individu itu ada rekod jenayah berat dan sebagainya tapi dalam konteks ini tidak sepatutnya berlaku," ujar penganalisis tersebut. ~  sumber

PKR semakin Nazak dan Tenat di Bekenu.. #prnsarawak

BEKENU - Jentera PKR bagi calon N71 Bekenu dilaporkan sedang megalami perpecahan kerana masalah dalaman parti. Menurut sumber, calon PKR ini bukanlah mendapat mandat penuh dari seluruh ahli PKR di kawasan ini. Malah calon PKR iaitu Bill Kayong ditolak oleh hampir separuh dari ahli PKR kerana beliau dikatakan bukan anak tempatan.
Bill Kayong yang merupakan Setiausaha PKR Miri diangkat menjadi calon PKR untuk Dun N71 bagi menentang calon BN Hajjah Rosey Yunus. Selain itu, terdapat dua lagi calon Bebas yang bertanding di kawasan ini..Baca
PKR Tenat 




Aishah dan Leman Rajalawak
berkempen untuk AMANAH di Beting Maro

Foto Foto menarik


Aishah juga menyatakan bahawa AMANAH lebih dipercayai di semenanjung kerana ia adalah gabungan dari pemimpin-pemimpin yang terbaik pernah ada didalam PAS. Selain itu, AMANAH juga membuktikan mempunyai aura tersendiri apabila berjaya mengumpul banyak ahli walaupun baru ditubuhkan.
Leman Rajalawak pula berceramah sambil berlawak mengenai GST dan juga keperitan hidup rakyat semenanjung dibawah pemerintahan BN. Leman mendakwa, BN di semenanjung menzalimi rakyat apabila rakyat langsung tidak dibenarkan bersuara ~ sumber

Nizar Jamaluddin
tak dibenarkan masuk 

ke Sarawak kerana kuat fitnah.?

kalau pimpinan dari blog pembangkang senang2 BN (baca sarawak) ada saja helah depa tak bagi masuk S'wak? Awatnya bro? Nizar tu ke yang kuat fitnah atau sebalinya? Kan ke Nizar pernah menang kes fitnah ke atasnya?



~ Ulasan Ini siapa yang menang kes fitnah ini Malaysiakini ? kan ke Nizar yang difitnah tu? Ini satu lagi Nizar menang kes fitnah atas dirinya Sinar Media mana yang buat keroja tu? Jadi sapa yang kuat fitnah nie? habaq laa yang hangpa tu cuak kalo orang macam Nizar nie ke sana? aura dia boleh memukau pendengar dgn berbagai kelebihan dirinya yang tak ada pada pemimpin BN umpamanya? INI pun satu lagi Nizar menangi kes beliau terhadap TV 3 . Adakah Susuk begini digeruni oleh BN di S'wak, siapa yang buat tuduhan melulu nie? ~ sumber

Petugas PAS
dihalau keluar Masjid di Dun Jepak



JEPAK - Berlaku sedikit ketegangan di kawasan ini apabila beberapa petugas kempen PAS di Dun Jepak diarah keluar dari sebuah masjid ketika sedang makan selepas menunaikan solat Zuhur di situ kelmarin.Menurut sumber, pengerusi masjid tersebut memberi amaran kepada mereka untuk tidak lagi berada dikawasan berkenaan kerana dikhuatiri menyebabkan perpecahan dikalangan penduduk.~ sumber)


7 Tawaran 
AMANAH untuk Rakyat S'wak

7 tawaran Amanah Sarawak Saksikan video klip di bawah ini.

Ringkasan
7 Tawaran Amanah


 Selanjutnya baca di ~ SINI








Adnan politikus pengecut,
bimbang kepincangan BN terbongkar


 Tan Sri Adenan Satem
 
Tindakan menghalang kemasukan ramai pemimpin dari parti pembangkang ketika musim Pilihan Raya Negeri ke-11 Sarawak (PRN11) kali ini tidak lebih sebagai salah guna kuasa oleh Ketua Menteri, Tan Sri Adnan Satem.
Ahli Jawatankuasa Amanah, Aiman Athirah Al-Jundi berkata, keputusan bersifat politik itu begitu samar dan tiada kewajaran kukuh sebaliknya hanya berselindung di sebalik kempen Sarawak for Sarawakians yang disemarakkan di era kepimpinan Adnan.
"Padahal kempen itu hanya sekian banyak strategi pecah dan perintah BN. Adnan juga akan diingati sebagai seorang pemimpin yang anti perpaduan dan anti Malaysia ~ sini




AMANAH
Di Sana Sini Di S'wak 

Kempen PRUN 11 Sarawak Dun N.05 Demak Laut Calon Demak Laut Fizuan Zaidi menyantuni warga emas.


Sepintas Lalu Pilihan Raya Negeri Sarawak (1970-2016).
Disediakan oleh Biro Pendidikan Politik Pemuda AMANAH Nasional.


Rakyat yang dhaif menuntut perubahan di Dun N.05 Demak Laut PRUN 11 Sarawak
Undilah Calon N.05 Demak Laut
Fidzuan Zaidi untuk Perubahan

Kelihatan Dr. Hatta Ramli bersama petugas Amanah



 Pemuda Amanah ~ Bersemangat bro !

 Amanah di hari penamaan calon
Us. Ghani Shamsuddin, Penasihat 2 Amanah menyantuni masyarakat Islam di kempen PRN 11

Ziarah Abang Halil
1 Mei 2016 | Ziarah Abang Halil
Calon AMANAH N 16 Muara Tuang, Abang Halil Abang Naili membuat lawatan ke beberapa kawasan sekitar sambil beramah mesra bersama penduduk setempat.

Ziarah dilakukan tanpa mengira latar bangsa, agama, dan fahaman menunjukkan keharmonian dan kemesraan yang ingin diwujudkan oleh calon ini.
Hal ini amat penting buat kita di Muara Tuang dan Sarawak umumnya yang mengamalkan toleransi antara kaum dalam kehidupan masyarakat majmuk.
-admin





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video