Rafizi Ramli Perlu Diberikan Keadilan - Video

Penahanan Rafizi Ramli pada hari petang Selasa lalu mengundang rasa sedih rakyat yang cintakan keadilan menyeluruh. Respons dari berbagai kalangan dan pemimpin pembangkang yang prihatin itu terus mendapat suara bantahan. 

#bebasRafizi diujudkan bagi menyatakan solidariti tadi. Presiden Amanah Sdr. Mohd Sabu, Ketua Pembangkang DS Wan Azizah, Raja Kamarul Bahrin Shah dan ramai lagi menyatakan sikap dan pendirian mereka berhubung penahanan ini.


FB - Sandrea Ng





Usaha Tutup Mulut Wakil Rakyat

Published on Apr 5, 2016
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar menyifatkan penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli sebagai satu lagi usaha menutup mulut waki rakyat daripada terus bersuara mengenai skandal rasuah di negara ini dan kebetulan pada saat ini Panama Papers sedang mendedahkan mengenai isu rasuah..Sinar TV

Usaha musnah orang cerdik 

untuk bodek penguasa berterusan, kata Presiden Amanah

Kisah Hang Nadim terus berulang kata Mat SabuKisah Hang Nadim terus berulang kata Mat Sabu

Penahanan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli bagi Presiden Parti Amanah Negara 
(AMANAH) hanya satu lagi episod memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek
pemerintah yang berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini.

Dalam satu kenyataan beliau membangkitkan kisah sejarah dalam masyarakat Melayu
lama.

"Pemerintah Malaysia kini bertindak seperti Singapura dilanggar todak.
"Hang Nadim, seorang pemuda pintar ketika itu telah memberikan pandangan berbeza
dengan hulubalang dan menteri-meteri disekeliling raja," katanya.

Dengan kecerdikan Hang Nadim katanya, beliau ditakuti mengancam kedudukan penguasa
dan pelbagai cara digunakan untuk memusnahkannya.

"Tindakan menangkap dan memusnahkan orang cerdik dan pandai bagi membodek
pemerintah, berlanjutan dalam masyarakat Melayu sehingga hari ini, katanya.

Rafizi Ramli menurutnya sebagai Ahli Parlimen Pandan merangkap Setiausaha Agung
PKR, seorang yang cerdik dan pintar dengan mengkritik berdasarkan fakta dan
membuat penyelidikan namun nampaknya tidak disukai oleh kerajaan Malaysia.

AMANAH tegas beliau mendesak kerajaan Umno-BN menghentikan segera tindakan
pengecut sebegini, kerana orang seperti Rafizi adalah pemimpin harapan rakyat
dan sangat berguna untuk negara pada masa ini dan akan datang.

"Kezaliman kepada Rafizi perlu dihentikan segera kerana ia sangat memalukan negara
dan hanya menjatuhkan martabat Malaysia," katanya...(SUMBER)

Rentetan dan respons
pelbagai pihak atas penahanan Rafizi

Penahanan Rafizi: MP pakatan akan hantar memorandum ke Bukit Aman esokPenahanan Rafizi: MP pakatan akan hantar memorandum ke Bukit Aman esok


Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan berarak dari bangunan Parlimen ke Ibu Pejabat Polis Bukit Aman pada jam 9 pagi esok bagi menyerahkan memorandum bantahan berhubung penahanan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli yang didakwa mencabuli institusi parlimen..(sumber)



Penangkapan Rafizi rosakkan institusi Parlimen dan keluarga - RAJA KAMARUL BAHRIN SHAH


Petang Selasa lalu ketika Rafizi ditahan di depan pintu pagar Parlimen.Petang Selasa lalu ketika Rafizi ditahan di depan pintu pagar Parlimen.

Saya berasa duka dan malang sekali menyaksikan penangkapan Rafizi pada hari petang Selasa.
Dia telah memberi kepastian kehadiran beliau untuk ceramah di Terengganu minggu hadapan semasa bergerak keluar dari Dewan Parlimen, saya ternampak beliau menunggu keretanya semasa saya berjalan ke kereta saya.
Semasa saya memandu keluar dari Parlimen melalui pintu depan, saya terkejut nampak satu kumpulan orang dan polis mengelilingi kereta Rafizi.
Selepas itu, saya nampak Rafizi dibawa keluar oleh beberapa orang polis dari keretanya ke satu kereta yang sedang menantinya. Melalui tingkap kereta saya yang terbuka, saya panggil Rafizi dan tanya dia apa yang terjadi..(sumber)




Wan Azizah kecam 

penahanan Rafizi, beratus aktivis bersolidariti

Beratus penyokong berhimpun bersolidariti dengan Rafizi malam tadiBeratus penyokong berhimpun bersolidariti dengan Rafizi malam tadi
Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail mengecam tindakan menahan Ahli Parimen Pandan, Rafizi Ramli semalam.
"PKR mengecam sekeras-kerasnya tangkapan Rafizi di bawah Akta Rahsia Rasmi dengan cara ala Gestapo ini," kata beliau dalam satu kenyataan yang dikeluarkan malam tadi.
Sementara itu beratus-ratus aktivis berkumpul berhampiran ibu pejabat polis Bukit Aman bagi menyatakan solidariti dengan Rafizi.
Mereka terdiri ahli-ahli parlimen, pemimpin-pemimpin parti politik dan aktivis NGO.
Berikut kenyataan penuh Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR). Baca (SINI)

MPs to march to Bukit Aman to press for Rafizi's release



Opposition lawmakers will march from the Parliament building to the Bukit Aman police headquarters tomorrow morning to urge the release of PKR secretary-general Rafizi Ramli.
Calling it the "MPs march", DAP whip Anthony Loke said the MPs would also submit a memorandum to inspector-general of police Khalid Abu Bakar on this matter..MKini


Respons
Rakyat Kecil dan Facebookers


FB - Demi Rakyat


FB - Demi Rakyat
YB Rafizi Ramli telah ditangkap oleh lebih 10 orang Polis sejurus beliau keluar dari Parlimen jam 6.05 petang tadi.
Peguam sedang cuba sahkan lokasi penahanan dan cuba berhubung dengan beliau.

Tolong bantu sebarkan mesej untuk desak pemerintah pastikan keselamatan Rafizi terjamin..(
Demi Rakyat)


FB - Sim Tze Tzin 沈志勤
An honest Member of parliament arrested by Police in front of the parliament building. Will the police please respect the sanctity of the parliament? #BebasRafizi


FB - Nurul in Bangsar
Tangkap ala gestapo depan parlimen; geledah pejabat; rumah; salahguna OSA semua boleh. #BebasRafizi


TERKINI: 
Hadapan Bukit Aman
dari FB - Otai BERSIH
FB - Otai BERSIH
FB - Otai BERSIH
FB - Otai BERSIH
TERKINI: Hadapan Bukit Aman yang tiada Aman lagi..
Solidariti bersama Saudara Rafizi Ramli yang ditahan di bawah Akta Rahsia Rasmi ‪#‎BebasRAFIZI‬ ‪#‎MansuhOSA‬ ‪#‎FreeMyMP‬


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?