'bikin rosak ana punya program', ~ Mahfuz Omar [video]

MP Pokok Sena buat ibarat, kita pun tak sanggup nak guna tamsil tu bro ! Habis sangat habaq laa ketoi garam bila kapal pecah, depa nanti sambaq ketoi garam, mana yang jumpa dulu laa bro walau pun ketoi garam tu cair akhirnya dengan depa tu semua sekali pakat tenggelam habis.
Apa pun boleh laa Mahfuz ! hantam saja laa.

Kah Kah Kah

Ketoi taik disangka 

kayu penyelamat, kata MP Pokok Sena

Datuk Mahfuz OmarDatuk Mahfuz OmarAhli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemimpin Umno dan menteri-menteri yang menyangka kenyataan menteri luar Saudi yang mengesahkan derma negaranya kepada Datuk Seri Najib Razak umpama "ketoi taik disangka kayu penyelamat" untuk mereka berpaut.

Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kegembiraan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib.

"Kenyataan Adel itu 'bikin rosak ana punya program'," kata Mahfuz mengambil skrip dalam sebuah filem arahan dan lakukan seniman P Ramlee.
Ini kerana, bagi beliau Najib tahu rakyat tidak percaya dengan kenyataan Adel kerana Adel tidak mengatakan kenyataan dia sebelum ini yang wang RM2.6 bilion adalah 'pelaburan' tidak betul.

Kenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan menteri luar Saudi yang berubah ubahKenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu hanya dibuat selepas pertemuan khusus beliau dengan PM Najib di Istanbul sempena Sidang Kemuncak OIC ke-13. 
"Menunjukkan ianya adalah satu kenyataan yang sangat menimbulkan tanda tanya. Ini kerana pada Februari 2016, Menteri yang sama iaitu Adel Al Jubeir menyatakan wang RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadi Najib bukan derma tetapi adalah PELABURAN," kata ahli parlimen PAS itu.

Persoalannya, katanya, kenapa menteri luar itu perlu mengambil masa dua bulan untuk menyatakan wang tersebut adalah derma daripada negaranya dan kenapa beliau perlu tunggu untuk menyatakannya selepas pertemuan dengan Najib?
"Ini menunjukkan dia dalam keadaan tertekan untuk buat kenyataan," kata Mahfuz.

"Bagi saya, Adel sangat bijaksana membuat kenyataan tersebut walaupun dalam keadaan tertekan kerana dia masih ingat Februari yang lalu beliau telah pun membuat kenyataan yang menyatakan wang itu adalah pelaburan.
"Bagi saya, kenyataan Adel sekadar untuk mengambil hati orang ang datang bertemu dengannya," kata Mahfuz.
Sebenarnya, katanya, Adel sedar kenyataan beliau untuk beritahu masyarakat Malaysia dan dunia jangan percaya dengan kenyataannya.
"Dia bohong sampai orang tak percaya. Mesej Adel wang RM2.6 bilion bukan derma. Nasib kau lah Labu (Umno)," kata Mahfuz.

Bagi Mahhfuz, kenyataan Menteri Luar Arab Saudi itu bukan kayu penyelamat bagi Najib dan Umno yang lemas tapi akan menenggelamkan Najib dan Umno kerana laporan PAC  dan pengakuan IPIC telah mendedah dan membenarkan Skandal negara 1MDB  yang Najib tidak boleh dilepaskan dengan kehilangan wang USD4.5 bilion (RM14 bilion)," katanya.
Bagi beliau, hanya satu siasatan bebas diperlukan untuk mengheret mereka yang terlibat kemuka pengadilan..(sumber)



Ya Habibi Ali Baba 

"Cilakaaa aaa punya penyamunnnnn, sial...
Bikin rosaklah ana punyaa Programmm"
Dialog Seperti Dalam Ali Baba Bujang Lapok



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?