Posts

Showing posts from April, 2016

Berbeza Itu Bukan Bermusuh. Tak Perlu Bergaduh sahabatku

Image
Wujudnya Amanah sebagai sebuah entiti politik dan terbentuknya Pakatan Harapan bersama PKR dan DAP sebagai menggantikan PR yang dah lingkup dulu nie, menjadikan PAS saban hari seperti kena 'rasuk' ? Pada hal orang tak kata apa pun kat depa macam depa kata kat Amanah kat DAP dan PH. Pas langsung tak boleh raikan apa juga walau sedikit pun 'perbezaan' dengan Amanah bro !

Nak Engkah Apo Lagik Kali Tuk? [VIDEO]

Image
Pada tahun 2010 iaitu menjelang PRN 2011, jentera-jentera berat mula dibawa masuk dan pasir serta besi-besi cerucuk mula dipasang. "Dah nak masuk PRN 2016 tuk oi! Ni rupo 'Jambatan BN' tuk? Nak engkah apo lagik kali tuk?" tulis Abang Kerdee dalam posting beliau bro ! Janji jangan tak janji? Janji nie macam besi berani laa tuk? Bukan payah mana pun nak berjanji bro !! Sekali termakan janji, senang hati pihak berjanji tuh ! Tunainya tidak macam kisah di Beting Maro seperti diceritakan oleh Abang Kardee nih ! Senangnya rakyat ditipu, digulaikan, digulakan? Susah payah lepas berjanji BN hantar 'heavy machine' pasir diangkut,cerucuk di cacak, rakyat kata, hebat kalik nih, kita boleh seberang ke sana dan ke sinun dengan mudah? Tau-Tau sekarang janji lagi nak selesaikan jambatan tu, Kalik ini betul-betul bukan auta lagi? Sekali mengelat, sampai mati orang dah tak percaya? kalo ada yang masih 'menaruh harapan' dan mau lagi engkah BN? memang jenis suka

3% Saja Nak Undi PAS? Biaq Betul Bro !

Image
Aku nie bukan berapa percaya sangat dengan sesetengah kajian yang dibuat terutama yang melibatkan cita rasa pengundi terhadap parti politik, blok, atawa apa jenama sekalipun atas kapasiti entiti politik semasa ini bro, terutama responden yang ditemu bual itu adalah sejumlah kecil saja. Ilham Centre kata dia baru bentang 4 slide saja sekarang ini dan belum kajian penuh yang belum disebar lagi pun ! Jadi dengan 4 slide itu - bukankah IC dah buat sebaran? Sebaran laa tu, nak sebar tara mana lagi? Ringkasan trend pengundi tu hangpa boleh tengok kat carta pie bawah nie bro! Dengan 4 slide ini, PAS boleh demam kora bro? Mana tak demam kalo 3% saja yang mau pangkah PAS? Sikit punya haru ke tu? Tu yang agaknya Pas merepet, mereben sakan macam kena 'sampok' jer? Rasanya perkembangan terbaru nie bila calon PKR dan DAP bertindih di PRN S'wak sini dan semaraknya rakyat menerima kehadiran Amanah dengan positif sini boleh menyebelahi kajian Ilham Centre ini. Kekalutan PKR yang ma

Turun sana Turun Sini? Janji ke nie? [Video]

Image
Bila dekat dengan pilihanraya, maka pihak parti pemerintah BN akan mendendangkan lagu yang sama dengan irama yang sama iaitu turun sana, turun sini namun hakikatnya selepas pilihanraya, semuanya naik malah subsidi pun kena tarik. Mereka cuma pandai berjanji menjelang tibanya musim pilihanraya tetapi hakikatnya selepas menang, batang hidung tak nampak dan habuk pun tak ada. Janji pula dicapati. Manifesto BN dulu sini ada dimasukan yang harga kereta akan diturunkan antara 20%-30% bro ! Tak turun tara mana pun? Secara kumulatif hanya turun 12.7% saja yang mana sepatutnya turun 6% setiap tahun? Kini dah 2016, depa janji lagi nak turun 2018 pula? Ertinya kena bagi depa menang sekali lagi laa baru ada harap nak turun cuba baca ini ? So n so rakyat Malaysia boleh berhentilah bermimpi untuk memiliki harga kereta yang murah dalam masa lima tahun akan datang kerana harga kereta cuma akan turun selepas PRU ke-14," kata satu kenyataan sini . Tunggulah depa menang lagi? Janji t

Saya Baru Belajar Alif, Ba, Ta – Rosyam Nor

Image
Langkah Rosyam Nor ini patut dibanggakan bro ! Beliau tidak malu lagi sekali pun sebelumnya cukup malu hendak berterus terang tidak tahu mengaji Al-Quran. Aku tabik kepada orang seperti Rosyam Nor ini bro ! Bukan senang bagi seorang yang dah berumur mahu kedepan menjelaskan sedemikian. Bukan senang kerana terlalu ramai orang seperti Rosyam yang turut belajar Al-Quran sepertinya pun begitu bro !  Belajar dan kemundian bila mahir, kita pula bertugas untuk mengajarnya al-quran itu kepada yang belum pelajarinya. Ini adalah tugas paling mulia bagi seseorang Islam sepertimana disifatkan oleh Rasulullah s.a.w seperti hadis berikut:   (( عَنْ عُثْمَانَ رَضِي اللَّهم عَنْهم عَنِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهم عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ )) (صحيح البخاري) ~ Lihat ~ SINI Mafhumnya, Dari Uthman ra dari Nabi s.a.w, Baginda bersabda - "Sebaik-baik kamu ialah yang mempelajari Al-Quran dan kemundian mengajar semula Al-Quran itu" [ S

Lobang2 Sekat Kemaraan AMANAH?

Image
Kes Bukit Kepong yang membabitkan Mat Sabu ini telah selesai lama sebenarnya ! lihat sini dan  sini .  Percubaan kedua ini dilihat seperti adanya ketidakpuasan pihak 'tetentu' atas kemenangan yang berpihak kepada Mat Sabu?  Bukan itu saja bro ! Pas pun pernah 'refresh' juga kes khalwat Mat Sabu yang dah setel tu, di sini . Andaian kita bahawa semua ini dilihat sebagai adanya usaha pihak2 berkenaan untuk cuba menghalang kemaraan Mat Sabu terutama dalam PRU akan datang? Sebolehnya Mat Sabu mesti disekat? Kemaraan Mat Sabu akan ada yang tidur kurang nyenyak, akan ada yang mengigau bro ! Terutama kiranya beliau mampu menang di mana-mana kerusi parlimen?  Jadi untuk itu kalau ada lobang2 sebesar jarum pun yang boleh 'dicucuk benang'? Senanglah untuk menjahit bro ! Bolehlah depa pakai 'baju baru'? Kah Kah Kah

#1MDBWanted ~ Langkah Pertama Rafizi - [video]

Image
Rafizi Ramli telah membuat satu laporan polis di IPD Dang Wangi terhadap Jho Low berdasarkan bukti-bukti di dalam Laporan Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) - Teruskan baca laporan penuh Rafizi Ramli ~ Continue Reading

'bikin rosak ana punya program', ~ Mahfuz Omar [video]

Image
MP Pokok Sena buat ibarat, kita pun tak sanggup nak guna tamsil tu bro ! Habis sangat habaq laa ketoi garam bila kapal pecah, depa nanti sambaq ketoi garam, mana yang jumpa dulu laa bro walau pun ketoi garam tu cair akhirnya dengan depa tu semua sekali pakat tenggelam habis. Apa pun boleh laa Mahfuz ! hantam saja laa. Kah Kah Kah Ketoi taik disangka  kayu penyelamat, kata MP Pokok Sena 17 April 2016 | BORHAN AHMAD Datuk Mahfuz Omar Ahli parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar menyifatkan pemimpin Umno dan menteri-menteri yang menyangka kenyataan menteri luar Saudi yang mengesahkan derma negaranya kepada Datuk Seri Najib Razak umpama "ketoi taik disangka kayu penyelamat" untuk mereka berpaut. Mahfuz berkata demikian ketika mengulas kegembiraan pemimpin Umno dan kerajaan Malaysia mengenai kenyataan Menteri Luar Arab Saudi, Adel Al Jubeir yang menyatakan RM2.6 bilion yang terdapat dalam akaun peribadi PM Najib adalah derma dari negaranya kepada Najib

Santun tu AMANAH, Sentap tu PAS - Video

Image
Setiap pagi Rabu, Amanah Kelantan telah menetapkan sebagai masa santai di kiosk bunga raya depan ibu pejabat Amanah Negeri. Siapa nak hadir hadirlah untuk bersama pertemuan mingguan itu, dedak tak ada laa, kalo nak makan pagi tu, small matter jer bro ! Ha Ha Ha Santuni rakyat setiap Rabu

Haji Hadi, ini bukti DAP Jahat.

Image
Huh ! Jahatnya DAP ? Tak sangka yer, ini bukti DAP Jahat ?.KAH KAH KAH JAHATNYA ĎAP 17 April 2016 | TAMRIN TUN GHAFAR 

Sekadar Pencerahan dari Mohd Asri Yusoff - 2 video

Image
Dalam kita dok kalut di PRN Sarawak, tetiba muncul cerita pelbagai berkaitan Forum, ceramah oleh Dr Zakir Naik. Apakah ia suatu kebetulan atau memang 'sengaja' diagendakan untuk 'swing' untuk alihkan kan isu yang membelit rakyat?, terutama yang menghantui Umno dan rakan sekutunya yang baru PAS, walaupun bukan komponen rasmi UBN ! Isu DZN ini memberi kesan meluas dan dipolimikan sedemikian rupa hingga menyebabkan ceramah awalnya di Melaka dibatalkan. Kesan dari ini berbagai pihak memberi pendapat sana sini pro dan kontra terhadap DZN dengan kehadiran beliau di negara kita ! Walhasilnya Umno BN bukan kepalang bergumbira atas semua ini? Orang tidak lagi bercakap pasal GST, tidak lagi riuh pasal 1MDB dan ia memberi kredit puas untuk kempen UBN di PRN Sarawak bro ! Ini pandangan Dr Mujahid Yusof Rawa sini berkaitan polimik tadi , apakah ia benar atau sebaliknya ada campurtangan luar? Sebaliknya Kerajaan Negeri P.Pinang telah membenarkan anak DZN, Fariq Naik meneruska

PAS 'MenJilat' Balik Ludah dan Liur Basinya? - video

Image
Dengan berita terbaru menjelang   PRN 11 SARAWAK 2016 , PAS memang telah sah meletakan calon mereka dari bukan Islam sini dan ( Video). Ini sekali gus menempelak balik apa yang pernah Tok Sidang Pas kata dahulu bahawa mubaligh Kristian menyebarkan ajaran itu di Afrika dan Borneo kerana penduduk yang berpendidikan di barat menolak agama berkenaan..Beliau berkata, pendakwah menggunakan wang dan dorongan lain untuk menarik orang ramai kepada agama Kristian.  Manakala Setiausaha Agung CCM(Majlis Gereja Malaysia), Hermen Shastri berkata daripada salah menuduh orang Kristian, Hadi perlu fokus mendekati belia Islam yang menjadi radikal dengan menyertai kumpulan militan IS. "Seorang pemimpin Islam sepertinya, perlu menumpukan perhatian kepada perkara-perkara mengenai agamanya dan tidak mengkritik agama lain," katanya dalam satu kenyataan hari ini. Terdapat pelbagai laporan yang mendakwa penduduk pribumi di Sabah dan Sarawak ditipu untuk memeluk Islam dengan dorongan wan

Switzzerland larang pelajar salam lelaki perempuan - Video

Image
Bagaimana dengan kita di sini bro?   Switzerland pun tidak lagi benarkan pelajar lelaki bersalaman dengan guru wanita mereka walaupun hanya satu sekolah di daerah kecil di sana yang berbuat demikian. Itu tandanya kemenangan Islam kian hampir bro ! Islam mengajar adanya had dan batasan antara jantina lelaki perempuan bukan muhrim supaya tahu posisi masing2 termasuk bersalaman sesama mereka. Perkara seperti ini juga lumrah di negara kita bro ! Umpamanya antara staf lelaki dan wanita samada di sekolah dan kolej juga Varsiti, kadang tu tak terlepas dari keseronokan berjabat tangan antara L dan P ini. Sekali tu dalam awal tahun 1990an dahulu di Pulau Pinang, seorang Pengetua Perempuan baru melapor diri di sebuah kolej tempat aku berkerja dan semua staf L P berbaris panjang untuk welcome pengetua baru ini. Bila sampai tang aku, dia pun sua tangan laa untuk salam dengan aku, tapi dengan hormat aku hanya angguk tanda hormat kat dia, tangan aku siap aku simpan di belakang ! Aku tengok mu

MPs Walk 4 Justice -Foto dan [VIDEO] Menarik

Image
Ahli Parlimen (MP) pembangkang berjalan dari bangunan Parlimen ke ibu pejabat polis di Bukit Aman hari ini bagi membantah penangkapan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli. Pada pukul 9.10 pagi, kira-kira lima puluh MP dari Pakatan Harapan dan PAS mula berjalan dan melaungkan, 'Selamatkan Malaysia', 'Bebaskan Rafizi' serta menggesa Najib dan IGP berundur. Para peserta termasuk Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, MP PKR Sungai Petani Datuk Johari Abdul, Ahli Parlimen Gelang Patah Lim Kit Siang, Parti MP AMANAH Shah Alam Khalid Samad, MP Kuala Krai Hatta Ramli dan Ahli Parlimen PAS Pokok Sena Mahfuz Omar. Selepas 20 minit, mereka tiba dan menyerahkan memorandum kepada pihak polis..Lihat sini dan sini

Mengembara Seorang Diri, Bertemu Jodoh Di Rusia

Image
Jauh berjalan, banyak pandangan, itulah antara pepatah pepitih orang2 tua dulu. Pengalaman berharga sudah tentu ditimba.  Bertuah saudara Aizat Othman mendapat jodohnya seorang gadis Rusia jelita setelah mengembara seorang diri di sana. Ikan di laut asam di darat, dalam belanga mereka bersatu. Apa pun tahniah kepada usahawan muda ini kerana bukan senang bak dikata untuk mendapat gadis Rusia jelita sebegini. Moga bahagia ke anak cucu. Islam anjurkan untuk manusia saling kenal mengenal satu sama lain, Islam juga anjurkan umat Islam untuk berjalan ke serata muka bumi agar mencapai dan melihat bagaimana kekuasan Allah yang Maha Hebat dalam menciptakan sesuatu, ( قُلْ سِيرُوا۟ فِى ٱلْأَرْضِ فَٱنظُرُوا۟ كَيْفَ كَانَ عَٰقِبَةُ ٱلْمُجْرِمِينَ) - Katakanlah: "Berjalanlah kamu (di muka) bumi, lalu perhatikanlah bagaimana akibat orang-orang yang berdosa..( QS. An-Naml [27] : 69 ) Lain2 ayat lihat di sini .

Rafizi Ramli Perlu Diberikan Keadilan - Video

Image
Penahanan Rafizi Ramli pada hari petang Selasa lalu mengundang rasa sedih rakyat yang cintakan keadilan menyeluruh. Respons dari berbagai kalangan dan pemimpin pembangkang yang prihatin itu terus mendapat suara bantahan.  #bebasRafizi diujudkan bagi menyatakan solidariti tadi. Presiden Amanah Sdr. Mohd Sabu, Ketua Pembangkang DS Wan Azizah, Raja Kamarul Bahrin Shah dan ramai lagi menyatakan sikap dan pendirian mereka berhubung penahanan ini. FB - Sandrea Ng

Kejujuran Itu Sentiasa Disenangi Bro !

Image
Banyak kisah kejujuran terpapar dalam sejarah manusia bro ! kejujuran sebagai suatu langkah mengaku kekhilafan diri sebenarnya hasil dari berkata dan bercakap benar setelah tersadar adanya kesilapan yang mungkin tidak disengajakan. Kerana berkata benar dan jujur, manusia selalunya terselamat dari 'bencana' yang bakal menimpanya ! Bagaimana sekumpulan penyamun dan penyangak bertaubat dari kegiatan menyeronokan dengan peroleh hasil menyamun di depan Shiekh Abd. Qadir Jilani,  adalah satu pengajaran kerana semasa masih di alam kanak2, Shiekh teringat pesanan ibunya untuk berkata benar walau dalam keadaan apa sekalipun? Hasilnya amat lumayan, penyamun yang ganas itu semuanya menjadi murid tegar kepada Shiekh setelah menyedari beliau berkata benar dengan menyimpan sejumlah wang dipundi bajunya.  Susahnya bila manusia yang kadang tu dikenali alim tetapi walaupun sadar ia berbuat khilaf ?  tidak mahu bercakap benar bro ! malah si alim ini? kadang-kadang boleh berkawan baik pula de

Himpunan #Mansuh GST - Foto dan Video Menarik

Image
02 April 2016 Selepas setahun pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) yang bermula 1 April 2015 lalu, yang menyaksikan kenaikan barangan dan perkhidmatan di negara ini, hari ini rakyat Malaysia berkumpul lagi bagi membantahnya.. Tapi masih ada manusia yang ditemui wartawan yang membuat liputan himpunan itu di sekitar SOGO tidak menyedari dan tidak tahu adanya himpunan bantah GST hari ini 02 April 2016. Bahkan seorang wanita Melayu berusia awal 50an mendakwa "bodoh Melayu yang turun demonstrasi. Bayar 20 sen je GST ni, katanya. Cina memang marah sebab dia orang berniaga tak suka cukai. Terdapat penerangan tentang GST diletakkan di motosikal di parkir antara pusat membeli belah Sogo dan Kompleks Pertama ( SINI ).... Ramai pemimpin Pakatan Harapan antaranya Mohd Sabu, Nizar Jamaluddin, Khalid Samad, Dr. Dzul, Nurul Izzah, Rafizi Ramli, Nik Nazmi, Ronnie Liu dan ram