Tiada Pelik Bila Pas Kian Pelik - [VIDEO]

Pengaruh PAS sekarang ini kian merudum, merosot teruk brader ! Tapi orang PAS terutama segala walaunn Pascai tidak akan mengaku dan menerima hakikat ini. Pas tengah dibuai mimpi enak bersama Umno? Tapi yang mimpi tu tak berapa kerat pun dari orang-orang Pas sendiri, terhegeh-hegeh nak dapatkan perhatian Umno, mana tau kot ada 'habuan' sikit sebanyak lagi? 

Maka bertempiklah Sang Sapurba serta Wan Empok Wan Malini agar padi akan berbuah emas sekali lagi? Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." Maka kata Wan Malini: "Marilah." Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihat padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Maka kata Wan Empuk: " Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini???. " Ini ceritra Sejarah melayu lama bro! rupanya PAS ditimpa perasan dok ingat 'padi' mereka bertatahkan emas permata dan segala kekuatannya, ahli dan walaaunnya seumpama perak dan suasa yang 'menggiurkan' banyak pihak termasuk Umno? Kah Kah Kah

Dulu Pas mahukan 'kuasa' bro ! sekarang dah tak mau dahh sejak bersenandung dengan Umno? Betulkah depa tak mahu? Tang nie yang pelik nie kata Mat Sabu (freemalaysiatoday). PAS hanya nak jadi pendokong kuat UMNO dan bersedia ke arah itu sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.? Ikhlas? Tak boleh bentang lagi Akta 355 Hudud sampai sekarang ini pun, masih dok harap lagi? Baguih punya 'Husnuzzhan' Kah Kah Kah

Orang umno sendiri bukan senang nak terima PAS, lihat berita ini di (www.freemalaysiatoday) Nazri Aziz khabarnya membantah sebarang rancangan bergabung kuasa dengan PAS. Lama dah Nazri Aziz nie tak berkenan dgn idea Tok Sidang Pas brader ! Tok Sidang Pas saja yang dok hemoi dan macam biasa Pas nampak bersungguh-sungguh menghimpit Umno, pun begitu himpitan Pas ini nampak berbaloi sikit sangat bagi sekerat dua pimpinan Pas bila beberapa jawatan di 'anugerahkan' kepada tokoh2nya yang selalu 'manis mulut' berbahasa muluk 'mempertahankan' seseorng dalam keadaan Umno dilihat kalut malut menghadapi tekanan berbagai pihak (sinarharian)? Setakat tu pun jadi laa bagi PAS untuk terus 'menyorong pipi' nya yang berkarat tu untuk Umno terus 'mempergunakan' Pas bagi kelangsungan hayat Umno sendiri yang kian hari tidak lagi popular menghadapi rakyat massa..Betoi ke karat-karat Pas pun Umno suka? Kah kah Kah

Apa yang disuaran oleh Nazri itu sebenarnya satu pukulan padu ke muka PAS yang tak berapa sedar kediri, merasakan Umno begitu dambakan sangat peranan PAS tadi di samping Umno? Jadi Pas dan Tok Sidangnya 'Jangan Laa Dok Mimpi sangat yang UMNO Nakkan Kamu brader? Kata orang, PAS nie bagai hidung tak mancung, pipi dok sorong-sorong' Kalo hidung tak mancung tu, kira tak macho laa, hidung peseklaa tu..itu pasai ada orang-orang 'kuat' dalam Umno tak berapa kebuloq sangat dengan gembar gembur Pas ini? 

Tiada yang Pelik bila PAS kian Pelik
 KAH KAH KAH



Perjuangan PAS bukan rebut kuasa, kenyataan paling pelik Hadi – Mat Sabu

| March 1, 2016 
Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa.


KUALA LUMPUR: AMANAH menyifatkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang seorang pemimpin politik yang pelik.
Persidennya, Mohamad Sabu berkata demikian susulan kenyataan Abdul Hadi bahawa PAS tidak kemaruk kuasa perintah negara.

“Parti AMANAH bersama dengan rakan rakan dalam Pakatan Harapan akan bertanding dan ambil alih pentadbiran Malaysia.
“Sebab presiden parti lama saya (PAS) berkata tidak bertujuan untuk berebut kuasa. Kami (AMANAH) nak rebut kuasa.
“Tak guna kita buat makan malam, kita buat kutipan derma, bertanding pilihanraya tapi tak mahu kuasa. Ini ucapan yg paling pelik dalam dunia sebagai ahli politik,” katanya semasa ucapan majlis makan malam muhibah anjuran AMANAH Wilayah Persekutuan, malam tadi.
Sebelum ini Abdul Hadi Awang dikatakan berkata menegakkan syiar dan undang-undang Islam merupakan agenda utama perjuangan partinya, bukan berebut kuasa dan jawatan, lapor Utusan Malaysia.

Malah Hadi dikatakan juga mengakui PAS bersedia menjadi pendokong kuat UMNO sekiranya parti tonggak BN itu mentadbir Malaysia dengan ikhlas serta kembali kepada ajaran Islam.
“Kita tolak UMNO dan tolak orang yang menjadi calon UMNO yang nak melawan dengan kita,” tambah Mat Sabu.

Ketika ditanya pemberita selepas majlis tersebut berhubung apakah hasil perbincangan wakil AMANAH bersama Tun Dr Mahathir Mohamad sebaik sahaja bekas Perdana Menteri itu mengumumkan keluar parti, Mat Sabu berkata beliau akan membuat pengumuman berhubung perkara itu hari ini..(freemalaysiatoday.)


Mat Sabu: Tak Boleh Kita Tolak UMNO, Kita Tak Tolak Pemimpin Mereka
Published on Mar 1, 2016
Majlis Makan Malam Muhibah & Solidariti Untuk Tn Hj Mohamad Sabu, Dewan Perhimpunan Cina WP & Selangor, 29 Februari 2016

- mediarakyat


Sementara itu 

Hadi Jangan Mimpi UMNO Nakkan Kamu..

Imej ihsan - F M T

UMNO dan PAS tidak mungkin bersatu

KUALA LUMPUR: Anggota Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Seri Nazri Aziz membantah sebarang rancangan bergabung kuasa dengan PAS.
Pendirian itu lantaran UMNO dan BN untuk semua rakyat Malaysia tanpa mengira kaum atau agama dan bukan “untuk kepentingan Islam” semata-mata.
“Saya seorang manusia yang menghormati kemanusiaan…Apasal kita nak bermusuh? kita semua rakyat Malaysia.”
“Bila kata PAS dengan Umno kena bersatu untuk kepentingan Islam. Bila kamu cakap macam tu, siapa musuh kamu? Musuh kamu bukan Islam lah kan?” katanya, dengan jari mencucuk langit menegaskan perkara itu.
“Kalau orang jumpa saya cakap kita kena bantai Cina saya tak suka,” kata Nazri memberi contoh. “Kebetulan dia Cina, dia minta ke jadi Cina? Tuhan jadikan dia Cina.
“Orang bukan Islam pun sokong kita juga. Orang bukan Islam tak sokong kita, kita marah. orang Islam tak sokong kita, kita ajak bergabung. Mana boleh macam ni. Tak logiklah!” kata Nazri dalam satu wawancara bersama FMT Ahad lalu..(Free Malaysia Today)

Tak kan PAS tak paham lagi apa yang di sebut oleh DS Nazri Aziz nie? Kalo masih tak paham? itu alamat Pas nak melingkup laa..Kah Kah Kah

Yang 
Pelik itu dari PAS Brader?

Dengar ni !! Parti tok amalkan Politik Natang.....errr...silap, marang...errr...silap lagi...matang !!..(Tok Usin UG Ceroi)

PAS sebenarnya tidak layak langsung untuk bersama rakyat kini. Politik matang? Bila Presiden kata tak sertai demo itu politik matang. Habis apa pasal sertai demo masa bantah TPPA dahulu? Dan ketidak-matangan PAS
terselah di hari tersebut. Ia digunakan untuk memaki hamun AMANAH. Orang suruh berdemo anti-TPPA, PAS berdemo untuk anti-AMANAH. Boleh baca di: Demo Anti-TPPA Dicemari Dengan Maki-hamun PAS Terhadap AMANAH..(Demo Anti-TPPA Sebuah Acara Yang Gagal Dan Sia-Sia..) - ()

Cukup-cukuplah..... PAS yang sudah tidak layak untuk perjuangkan hak dan nasib rakyat. PAS yang sebenarnya tidak matang dan insyaAllah, bak kata Datuk Khairuddin Hassan, PAS sedang menggali kuburnya untuk bersemadi bersama UMNO didalamnya.
 
" Jangan kamu kejar putrajaya kerana putrajaya itu hanyalah dunia semata2 dan akan menipu kamu. Kejarlah olamak Marangi kerana dia takkan menipu kamu tetapi dia sendiri yg kena tipu". - petikan Kitab " Al Kejari Ulamakiyyah" jilid 18 karangan Syeikh Al Marangi Sotongi..(Tok Usin UG Ceroi)

Dalam kisah Umar Al-Khattab membuat lawatan dan membuka ke Kota Al-Quds terdapat riwayat paling masyhur bagaimana Umar RA berjalan kaki dan pembantunya berkuda secara bergilir2 sehingga beliau memarahi pembantunya yang tidak mahukan Khalifahnya berjalan kaki.
Sebelum sampai ke al-Quds, Umar telah melalui khemah tentera-tentera Islam yang dipimpin oleh Abu Ubaidah bin Jarrah ra di Jabiya. Abu Ubaidah merupakan salah seorang Sahabat Nabi yang termasuk dalam senarai 10 orang yang mendapat jaminan syurga. Apabila Abu Ubaidah melihat kaki Khalifah Umar berdebu dan calar-balar akibat perjalanan yang jauh, Abu Ubaidah dengan niat yang baik memberi cadangan kepada Umar untuk mengapitnya sehingga ke gerbang utama al-Quds, “Wahai Amir al-Mukminin, jika kamu memerintahkan agar kami memapah (memandu perjalananmu) nescaya kami akan lakukan. Mereka (penduduk al-Quds) tentu melihat kemegahan kamu sebagai khalifah.”



Umar merenung Abu Ubaidah, dengan wajah yang sangat tegas terbitlah kata-kata Umar yang mahsyur kepadanya:

أولو غيرك يقولها يا أبا عبيدة، إنكم كنتم أذل الناس، وأحقر الناس، وأقل الناس، فأعزكم الله بالإسلام، فمهما تبتغون العزة في غيره، أذلكم الله

Kalaulah bukan engkau yang mengucapkannya wahai Abu Ubaidah (nescaya aku menghukummu sebagai pengajaran). Sesungguhnya kita semua ini adalah sehina-hina manusia, adapun kamu semua dimuliakan Allah dengan Islam, sekiranya kita mencari kemuliaan selain Islam sudah tentu kita akan dihina oleh Allah.
Anekdot pendek kisah Umar Al-Khattab RA itu adalah suatu 'ibrah' klasik yang diperlihatkan oleh Khalifah Islam itu bagaimana seorang kepala negara umat Islam yang luas pemerintahannya masa itu tetap tunduk atas sifat dan dasar Islam yang tulin yang lahir dari sikap takutkan Allah Taala melebihi segalanya. 
seddek2008.
Banding bezalah dengan kumpulan dan kepala sesebuah organisasi yang sering bercakap atas nama Islam, tetapi tindak tanduk mereka langsung tidak bersamaan dengan kehendak Islam, mana boleh kita sebagai Tok Sidang tidak boleh berjalan bersama anak buah? Faktor usia bukan alasan bro ! Umar Al-Khattab RA ketika berkunjung ke Kota Al-Quds juga bukan sebagai orang muda bro, beliau telah bersia emas ketika itu..Baca di sini (فتوحات الشام) Wallahu'alam.
[ Umar Al-Khattab RA berkata: Kami adalah satu kaum yang dimuliakan Allah dengan Islam...Maka apabila kita mencari kemuliaan selain darinya (Islam) itu, Allah akan menghina kita... ]



Hadam kerusi2 tu semua. *Ni bukan di dun area Sarawak tapi dun pengkalan kubor di Tumpat, Kelantan iaitu kubu PAS - KMS 

Peliknya PAS melalui lidah pemimpin besarnya tak mahukan kuasa bro ? Ni apa pulak dok buat program gerakgempur cari ahli baru? Nak buat apa ahli tu semua, nak buat tukun ke? bagi banyak ikan berhimpun, bermain-main, senang nak pukat? Kah Kah Kah...Dok elok2 jadi Penasihat sudah laa..

Inilah antara sejambak kepelikan yang memang pelik dari PAS bro ! Kadang2 aku kesian juga kat PAS nie bro ! Hangpa kasiann ke tidak? shahbudindotcom menulis, " Tidak dinafikan Pas dibawah kepimpinan Hadi Awang makin melalut dan mengarut sejak kebelakangan ini. Apa perjuangan mereka pun tidak diketahui lagi, tidak lebih macam orang yang memandu kereta tanpa tujuan tetapi sekadar mahu menghabiskan minyak dalam tangki saja. Setelah sebahagian ahli dan pimpinannya menubuhkan Amanah, sikap beliau semakin sukar difahami. Tidak tahu sama ada beliau mahu menjadikan Pas kekal sebagai parti politik atau sekadar pertubuhan kebajikan dan dakwah saja".

Jadi kalo sapa tanya pasai PAS kat hangpa, satu saja kena jawab . Kasiaannnnn ! Kah Kah kah


Siapa 
yang songsang berfikir?

Inilah saja kebolehan walaunn pun? tiada mampu fikir isu-isu besar negara yang melilit membelit rakyat.. Adakah walaaun seperti ini mampu berbahas 1MDB, GST,TPPA, Tabung Haji, Penyusutan nilai ringgit misalnya dan berbagai lagi isu besar? samalah dengan kemampuan cukup terbatas Tok Sidang sendiri untuk berhujah dan berbahas isu-isu sedemikian? 

Usahlah rendahkan kemampuan Rafizi pelajari politik dari Al-Quran, entah lebih baik dan tangguh dari mamat nie, kemampuan Rafizi terlalu jauh dengan mamat yang meracau macam kakatua ini..agaknya inilah bahasa yang diajar oleh tuannya? Dan inilah kepelikan dalam PAS bro..bila sendiri tidak mampu berhujjah, tugas mereka melemahkan 'kemampuan' pihak lain. Kajang Move bukankah dikhianati oleh Pas sendiri? Kah Kah Kah


Ketika sedang berdepan dengan tindakan disiplin PAS, bekas naib presiden parti itu Datuk Husam Musa terus mengkritik kepimpinan dilihat cuba menyelamatkan Umno yang sedang bergelumang dengan skandal rasuah paling besar dalam sejarah.

“Nabi Musa tidak jadi penasihat Firaun.

"Nabi Musa sampaikan mesej kepada Firaun yang memperhambakan Bani Israel. Nabi Musa tidak segan, tidak gerun,” kata Husam me
gkritik Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang sebelum ini berkata beliau mahu menjadi penasihat kepada Umno..(Kameel Abuya)
Peliknya PAS, siapa saja mengkritik Tok Sidang..tindakan disiplin laa jawabnya? yang pelik lagi, bila berdepan dengan tindakan disiplin PAS..Husam terus hantam kepimpinan yang bagi pelampong hayat kat Umno? Habis pakat sentot kepala puak JK Disiplin tu, kata nak pecat Husam, nak bertindak atas Husam dan entah macam-macam lagi? Habuk pun tarak? Penakut rhopanya depa tu? Kan ke pelik tu? Kah Kah kah


Jadi? Kena tunggu seburuk macam firaun baru nak bertindak seperti Nabi Musa alaihissalam dgn memperingatkan mereka? Umno ke atau orang-orang Umno? kalo ada Firaun, tentulah juga ada Haman? Macamana dengan Haman, tak buruk juga ke? Kah Kah Kah
Pelik Pas nie bro? AMANAH yang begitu bersahaja hendak melawan ketidak adilan dalam negara, dikatakan pengkhianat dan bermacam lagi sehingga sanggup mereka isytihar bahawa Amanah adalah musuh utama PAS? Kan ke pelik tu bro? Pas yang pelingkup Pakatan Rakyat boleh pula mendabik dada 'menyerang' rakan-rakan lama hanya kerana hendak minum sekoleh dengan Umno? Pelik Laa tu..Kah kah kah
 


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video