Orang Berprinsip Tetap 'Laku' bro ! [VIDEO]

Orang yang punyai 'Prinsip Perjuangan Hidup' nya tidak akan 'susah' pada dirinya dan ia lebih mulia di sisi pandangan manusia lain bro ! Kita lihat saja pada DSAI yang berkorban kerana prinsip perjuangannya walaupun diri 'tersiksa' ! Tetapi beliau amat mulia di sisi rakyat bro ! hanya kerana menjaga dan punya prinsip yang teguh dalam hidup berpolitiknya.

Begitulah yang terjadi kepada Mejar Zaidi Ahmad, Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, yang kini di lantik sebagai pegawai penerangan khususnya dalam memberi nasihat dalam isu keselamatan dan pendidikan. Menurut LGE, beliau dipilih berdasarkan prinsip perjuangan hidupnya. Sebab itu dalam AMANAH beliau turut juga dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, bahagian Kepala Batas, pun kerana prinsip ini bro !

Orang yang berprinsip lebih mulia berkali ganda dari mereka yang walau pun menjadi ketua sebuah entiti politik ? tetapi longgar dan ceroi prinsipnya? mereka dan orang2 sedemikian amat rendah dan cukup tidak bernilai di sisi rakyat dan pengikutnya.

Secara peribadi, aku mengenali keluarga Mejar Zaidi ini kerana kebetulan kami hanya berselang tiga kampung sahaja. Beliau berasal dari KG Permatang Tengah, Bukit Meriam, Kota Kuala Muda, Kedah.


KM lantik bekas Mejar Zaidi sebagai pegawai penerangan


Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, Mejar Zaidi Ahmad yang dipecat kerana mencabar Suruhanjaya Pilihan Raya berhubung penggunaan dakwat kekal pada pilihan raya umum 2013, hari ini mengangkat sumpah sebagai pegawai penerangan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Ketua Menteri, Lim Guan Eng, yang menyaksikan upacara angkat sumpah di Komtar itu berkata, Zaidi ditugaskan untuk mengendalikan jalankan projek kerajaan negeri bagi membantu golongan miskin iaitu Agenda Ekonomi Saksama (AES).

Lim yakin Zaidi mampu memberi inspirasi kepada golongan belia untuk meningkatkan taraf hidup mereka kerana adalah impian kebanyakan kanak-kanak untuk menjadi seorang juruterbang.

"Bukan mudah untuk jadi seorang juruterbang," katanya pada sidang media bagi mengumumkan pelantikan Zaidi.

Lim berkata Zaidi, yang juga adalah Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, bahagian Kepala Batas dipilih berdasarkan prinsip perjuangan hidupnya.

"Beliau sedia berkorban kerana prinsip," katanya.
Zaidi dilucutkan keanggotaanya dari TUDM selepas mahkamah tentera mendapati beliau bersalah kerana membuat laporan polis pada pilihan raya umum 2013 berhubung dakwat kekal itu yang disifatkan sebagai melanggar etika kerja..(malaysiakini)




Guan Eng umum lantik Mej Zaidi pegawai khas


Published on Mar 16, 2016
Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng, melantik bekas juruterbang jet pejuangTUDM, Mejar Zaidi Ahmad sebagai pegawai penerangan khususnya dalam memberi nasihat dalam isu keselamatan dan pendidikan.

Mejar Zaidi, dihukum buang kerja oleh Mahkamah Tentera selepas didapati bersalah terhadap dua tuduhan melibatkan isu dakwat kekal semasa PRU-13 dan menyiarkan maklumat surat pertukaran kerjanya..
KiniTV


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?