Posts

Showing posts from March, 2016

Rumah Mampu Tengok Guan Eng dan Mat Sabu .... [ 3 Video ]

Image
'Rumah itu Syurgaku' kata mereka yang punyai rumah, tak kisahlah rumah tu seperti halnya sebuah rumah ke atau sekadar pondok kecil untuk perlindungan hujan panas ahli keluarga.  Keselesaan belum boleh dipikirin beb ! La nie kalau nak beli rumah yang agak sesuai dan harganya patut, usahlah beli di Pulau Pinang atau KL atau bandar2 utama lainnya.. semuanya mahal2 belaka, berapi punya harga kata orang. Pi balik kampung buat rumah ala kadar lagi baguih?  Kat Pulau Pinang sebelah pulau tu jangan dok cuba laa tanya, 20 tahun dulu boleh laa juga berkira. Sekarang cuba lihat di 'South Bay' dekat Batu Maung. Masa mula bina dulu aku pergi masuk tinjau harga bro ! mak datuk ! masa tu pun sekitar 2011 harga buka saja sekitar RM6 juta bro, sila ke ( SINI ) untuk grafic dan foto menarik. Mampu tengok jer laa bro ! sedangkan kawasan tu dulu adalah perkampungan tersorok untuk makan-makan santai tepi laut sebelah bukit kat Telok Tempoyak sebuah perkampungan nelaya tradisi melayu di

Sendaloka Terbaru PAS - Movie of De Week - [VIDEO]

Image
DAP jadi sasaran lagi. Hadi ajak umat Islam Malaysia bersatu menentang DAP ( f mt ). Ia dilihat masih dalam krangka 'asabiyyah as-siyasiyyah' atawa ketaksuban siasah, kenapa seruan ini digemburkan saban masa oleh beliau bro ? Hadi kata, DAP tidak ada hak untuk memerintah negara memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus berbanding umat Islam adalah 60 persen begitu? Cuba bagitau berapa kerusi parlimen yang DAP bertanding dalam setiap PRU bro ? Kenapa sibuk dengan agenda sebegini ? Agenda siapa sebenarnya ini? Memang pun DAP dengan 30% tu nak perintah macam mana? Habis tu dok kalut dok melalut apasal? KAH KAH KAH

BLOK Ke 3 - PAS Mula PANAS Mula Cari Alasan [VIDEO]

Image
Sejak PAS umumkan IKATAN sebagai rakan baru dalam apa yang dinamakan Blok Ke 3 politik pembangkang ( fmt ) meriah sungguh respons yang berbagai dengan kehadiran PAS-IKATAN ini bro ! Rata-rata memperlekehkan dan memandang sinis ikatan baru ini, ( akhbar utama ) umpamanya letakan tajuk besar sebagai kepala berita di muka hadapannya sekalipun belum menamakan parti gabungan baru PAS itu kerana ia belum lagi diumum oleh SUA PAS pada tarikh tersebut, hanya buat gempaq sikit?.

Orang Berprinsip Tetap 'Laku' bro ! [VIDEO]

Image
Orang yang punyai 'Prinsip Perjuangan Hidup' nya tidak akan 'susah' pada dirinya dan ia lebih mulia di sisi pandangan manusia lain bro ! Kita lihat saja pada DSAI yang berkorban kerana prinsip perjuangannya walaupun diri 'tersiksa' ! Tetapi beliau amat mulia di sisi rakyat bro ! hanya kerana menjaga dan punya prinsip yang teguh dalam hidup berpolitiknya. Begitulah yang terjadi kepada Mejar Zaidi Ahmad, Bekas juruterbang Tentera Udara Diraja Malaysia, yang kini di lantik sebagai pegawai penerangan khususnya dalam memberi nasihat dalam isu keselamatan dan pendidikan. Menurut LGE, beliau dipilih berdasarkan prinsip perjuangan hidupnya . Sebab itu dalam AMANAH beliau turut juga dilantik sebagai Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara, bahagian Kepala Batas, pun kerana prinsip ini bro ! Orang yang berprinsip lebih mulia berkali ganda dari mereka yang walau pun menjadi ketua sebuah entiti politik ? tetapi longgar dan ceroi prinsipnya? mereka dan orang2 sedemi

PAS kian Gelong

Image
Biaq aku senyum dulu bro..sejak seminggu dua nie, macam-macam perkara ditimbulkan Pas, hari ini begini, esok dah jadi lain bro ! Terbaru, PAS kata Umno tetap musuh depa bro? Kah kah kah atau TITM saja ke yang menyonsong arus dengan Tok Sidang sendiri yang terus 'jinak' dengan Umno dan dijinakan oleh musuh tradisinya itu? Kah kah kah Naik mengkelan baca kenyataan TITM nie,  Lepas tu mai bro Taki pula selaku SUA Pas bagi tau PAS akan bergabung dengan satu parti politik yang masih dirahsiakan untuk membentuk blog politik ketiga bagi menghadapi PRU14? Kah Kah kah sakit memulas perut aku bro dengan segala kelaku PAS nie, dulu tok Sidang bukan main syombong lagi bagi tahu ( sinarharian ) yg PAS cukup kuat, tak perlu lagi parti lain? La nie awat? bawa kayu pi kawad laa...kah kah kah Itu laa kita manusia ini bersifat 'baharu' bro ! jangan takbur, hari ini tak semena-mena nak cari kawan nak buat blok baru, jangan jadi goblok sudah laa...pasai awal-awal lagi bila PAS menamaka

Minggu Renggah Ketawa ! KAH KAH KAH KAH (Video)

Image
Minggu akhir persekolahan dan sebelum masuk Sem 2, banyak sungguh adegan yang mencuit dan menggeletek hati bro ! Politikus dari kelas satu sampai yang tak ada kelas dok buat lawak nie?  Politik Malaysia macam tak berapa serius tak berapa senta jadinya? Jadi bahan ketawa netizen seantero Malaya dari Perlis sampai ke Sabah !  Umno cara Umno, PAS cara Pas, lawan bertokak hang aku. agak-agak pasai apa bro? PAS dengan Umno sekarang dah macam aur dengan tebing tiada lagi boleh dipisahkan, kalo terpisah pincanglah irama walaunn ? jatuh laa kopiah puteh tu,  Mai kita tengok apa yang lucu dan pecah pangung nie? Jenuh renggah. KAH KAH KAH                           Lawak Terbaik

Usaha Merawat Negara dari Amanah

Image
Usaha merawat negara yang rosak harus menjadi agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia. Itu kata Sany Hamzan selaku Ketua Pemuda Amanah, anak muda yg menggunakan medium di media sosial umpamanya jangan hanya menulis dan protes kosong begitu dan  jadikan agenda ini sebagai agenda nombor satu anak-anak muda di Malaysia. Itu dia cabaran dari Amanah ( cabar Pemuda Amanah pada anak muda ). Merawat Negara ! Menarik cadangan Amanah ini bro ! Negara memang dah rosak teruk angkara manusia juga, bila satu rosak, ada saja yang berjangkit, Bila satu yang rosak, yang lain akan terasa sama, rimas, letih, marah dan lainnya seumpama tubuh yang sakit di satu2 bahagian, seluruh bahagian akan turut sakit . Nabi ﷺ menggambarkan keadaan ini dalam sebuah hadis seperti berikut - ( الحديث الشريف (مثل المؤمنين في توادهم وتراحمهم وتعاطفهم مثل . ) [ nabulsi.com ] mafhum Hadis yang mulia ini, " Dari Nabi ﷺ baginda bersabda: “Perumpamaan kaum Mukminin dalam berkasih sayang dan persaudaraan sesama

Percaturan Mukhriz Mahathir - [VIDEO]

Image
Huh ! riuh rendah satu Malaya dan seantero Malaysia bro ! wayang 'cheap matinee' lama diulang tayang dengan beberapa ubahsuian berwarna warni kerana dulunya 'gambar' ini tidak ada kaler bro ! Kah Kah Kah Seronok tengok mamanda tua mencuba sedaya upaya dengan 'kudrat' diri yang masih bersisa untuk jatuhkan 'seorang' itu sahaja dan yakin dengan jatuhnya orang itu Malaysia boleh diselamatkan? Boleh selamat ke bro? Kalo 'orang' itu ditakdirkan 'jatuh' seperti apa yang Che Det mahukan itu? UBN masih menjadi pilihan Che Det ? " Yang hanya perlu dilakukan ialah pelantikan Perdana Menteri yang baru dalam kalangan ahli-ahli parlimen BN, bukan dari pembangkang,” tegasnya..( fm t ) " Sedap juga percaturan berbelit ini, gejut mau kuat bro ! Betulkah BN akan kalah pada PRU 14 nanti? Selagi banyak 'siput-siput berangas' melekat kuat kat batu UBN tu, selagi ramai macai dan pencacai mereka bertenggek kuat di batu tu, selagi rama

Mimbar Jumaat - Sümeyye Eddeb - Qariah Wanita Turki [VIDEO]

Image
Pengajian Al-Quran sekarang ini begitu meluas di kalangan kanak-kanak Islam di negara kita. Tidak dinafikan betapa ramai ibu bapa menghantar anak -anak mereka mempelajari al-Quran dengan lebih tersusun di merata kelas pengajian al-Quran di seluruh negara terutama di berbagai Maahad Tahfiz dan Qiraat bak cendawan tumbuh selepas hujan layaknya. Mimbar Jumaat kali ini, marilah kita menghayati bacaan qariah terkenal Turki yang begitu merdu suaranya melagukan al-quran dengan penuh syahdu. Qariah ini adalah Sümeyye Eddeb kelahiran Turki . Sumeyye Eddeb merupakan seorang Qori` wanita keturunan Turki, yang pada usia yang teramat muda telah memperagakan keindahan suaranya dalam melantunkan ayat ayat suci al quran dan sudah mendapat pengakuan antarabangsa dengan merangkul beberapa penghargaan. Sumeyye Eddeb mulai dikenal sebagai Qoriah kecil pada 11 April 2007 setelah video keindahan lantunan suaranya dimuatnak di youtube. Sumeyye Eddeb kerap kali tampil dalam berbagai acara tv di Turki dan

Angkara perbuatan pemimpin Umno-BN - Tamrin Ghafar [VIDEO]

Image
Apa yang disuarakan oleh Tamrin Tun Ghafar sebenarnya telah dimaklumi sangat-sangat oleh rakyat ramai. Hanya ahli Umno yang taksub terhadap pimpinannya sahaja yang dilihat masih setia bersama Umno biarpun rakyat dililit dengan berbagai kesulitan seperti harga barangan melambong naik hingga ada rakyat menjerut perut sekarang ini ( Harga Minyak Malaysia Kini Antara Yang Termahal ) dan banyak lagi rintihan rakyat ( Satu Cerita Daripada Berjuta Derita ) Sinar Harian umpamanya turut muatkan ( Derita rakyat tiada siapa peduli ) Tamrin Tun Ghafar menjelaskan sebab dan akibatnya bro ! Baca. Rakyat dah muak semua ini bro ! Umno akan ulangkan tayangan 'cheap matinee' khurafatnya lagi bahawa tanpa Umno, orang melayu akan hilang segalanya, akan kebulur dan bla bla bla, yang depa bawa masuk segala makneka pendatang sampai berkapal2 tu? apa hal pula?  Tebaru Tamrin Tun Ghafar turut membidas ahli-ahli Umno dan menyelar kelompok bangsa Melayu yang masih mahu terus bersama Umno dan

Tiada Pelik Bila Pas Kian Pelik - [VIDEO]

Image
Pengaruh PAS sekarang ini kian merudum, merosot teruk brader ! Tapi orang PAS terutama segala walaunn Pascai tidak akan mengaku dan menerima hakikat ini. Pas tengah dibuai mimpi enak bersama Umno? Tapi yang mimpi tu tak berapa kerat pun dari orang-orang Pas sendiri, terhegeh-hegeh nak dapatkan perhatian Umno, mana tau kot ada 'habuan' sikit sebanyak lagi?  Maka bertempiklah Sang Sapurba serta Wan Empok Wan Malini agar padi akan berbuah emas sekali lagi? Maka kata Wan Empuk kepada Wan Malini: "Mari kita lihati, apa yang terang bercahaya di Bukit Si Guntang semalam itu." Maka kata Wan Malini: "Marilah." Maka keduanya basuh muka dan makan sirih lalu turun berjalan. Maka dilihat padinya berbuahkan emas, berdaunkan perak dan berbatangkan suasa. Maka kata Wan Empuk: " Yang bercahaya semalam rupanya padi kita ini berbuahkan emas, berdaunkan perak dan batangnya suasa ini???. " Ini ceritra Sejarah melayu lama bro! rupanya PAS ditimpa perasan dok ingat