Mat Bangla Punya Cerita - [Video]

Ana punya nama Husien Lempoyang, saudagar onta leher panjang, baru satu bulan datang dari Cairo. Apa hajat tuan datang kesini? Ah saya dengar tuan ada 2 orang tukang picit, apa betul? Ya itu dia Abdul Wahab dan Abdul Wahub, cerita orang dia ada adik yg kecil namanya Abd Wahib, apa tuan kenal? Abdul Wahib? Tidak kenal tuan maklumlah saya juga orang baru di sini...he he he Barniaga manusia lagi untung dari onta ! Woww !

P.Ramlee dah lama buat filem pasal perdagangan manusia ini bro ! sebab itu cerita itu 'evergreen' bro dan kini masih berulang dalam zaman serba canggih ini.

Ada rancangan Pusat hendak bawa masuk 1.5 juta warga Bangladesh ke Malaysia bro ? walau pun dikatakan tiada angka mutlak (Tiada angka mutlak kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia) tetapi kebanjiran ramai begini akan menyusahkan warga tempatan juga, sedangkan sekarang pun masalah sosial begitu membimbangkan kita sebagai warga tempatan..Netizen pun sakan punya rembat bro (AMUKAN NETIZEN: SURAT TERBUKA BUAT ZAHID HAMIDI (VERSI JAWA))

Kerajaan selalu beralasan dlm bab macam nie, kononnya kerana penduduk tempatan tidak terlalu berminat untuk bekerja dalam industri perladangan. Betul ke? Tuan boleh tanya sama itu Hud Hud - Kah Kah Kah





Meniaga menesia lagi bagus dari onta ! Woww - Husin Lempoyang

Cerita 1
Amanah khuatir 
'pengundi hantu' Bangladesh banjiri Sabah

Amanah Sabah
Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Sabah membantah tindakan kerajaan mengambil 1.5 juta pekerja asing Bangladesh kerana dikhuatiri akan meminggirkan pekerja tempatan dan mengulangi kewujudan 'pengundi hantu' di negeri itu.


Pengarah Komunikasi Amanah Sabah, Khairuddin Daud berkata, kemasukan buruh asing ke negara ini khususnya ke Sabah dan Sarawak akan mewujudkan lambakan pekerja asing yang akhirnya boleh mengancam populasi pribumi asal di kedua-dua negeri..Malaysia Dateline

Dalam bab macam nie, Amanah dah bersuara bro
Pas tak tau laaa pula..belum dengar apa-apa bro? Kah Kah Kah


Melayu memilih kerja atau malas berusaha atau semakin lalai ? aku bukan nak nafikan benda yg digarap atas tu, tapi tukang kebun sekolah, dia laa cuci longkang, cuci tandas dan sebagainya bro ! semua tu melayu..adakah nanti kat sekolah pun nak masukan mat bangla? sebelum mat bangla masuk sini? sapa yang dok kerja buruh semua tu? Bukan semua melayu masuk U bro? yang masuk U bagi laa keroja yg sesuai dengan kelulusan dia, pasai apa mentiri semua nak borong? dulu th '70-'80an, berapa banyak melayu pi S'pura buat keroja pembinaan bro? Pasai tu upah mestilah up sikit., baru melayu kerja..kedai mamak pun depa boleh kerja apa? tapi mamak pula yang tak selera dengan melayu? Pompuan melayu adalah mamak mau ambil kerja? Kah Kah Kah (Restoran ‘mamak’ tak naikkan harga makanan, minuman | February 15, 2016)

Ini respons orang Sabah bro !  

Cerita 2

Sabah 

Tak Perlukan Pekerja Warga Bangladesh

walaupun ini suara lama (13 August, 2015) tetapi inilah juga suara sekarang kerana rancangan memasukan pekerja Bangladesh sekitar 1.5 juta itu akan menimbulkan pelbagai gejala tidak sehat terhadap warga tempatan.

“Salah satu sebab mengapa kerajaan memutuskan untuk membawa masuk pekerja Bangladesh ke Malaysia adalah kerana ada keperluan untuk mereka berada di sini kerana penduduk tempatan tidak terlalu berminat untuk bekerja dalam industri perladangan.

“Di Sabah, kita tahu ini sebagai fakta. Ramai warga asing yang bekerja di sektor perladangan kerana mereka lebih sabar, tekun, rajin dan bersedia untuk menghadapi cabaran dalam pekerjaan mereka.


“Penduduk tempatan di negeri masih lagi berada dalam kehidupan yang selesa. Kebanyakan penduduk tempatan merasakan bahawa ianya tidak mengapa walaupun mereka tidak keluar bekerja di ladang- ladang, yang kebanyakannya terletak di Pantai Timur..(suarasabah.com)

Cerita 3

Utamakan pekerja tempatan dahulu


Nurul Izzah
SHAH ALAM – Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar menyarankan agar kerajaan memberikan keutamaan terhadap kebolehpasaran pekerja tempatan terlebih dahulu sebelum memperkukuhkan dan mementerai dasar pengambilan pekerja asing ke negara ini.

Menerusi ulasan beliau di dalam MalaysiaKini, Nurul Izzah memaklumkan bahawa kemasukan lebih ramai pekerja asing  ke negara ini tidak perlu disegerakan sebaliknya kerajaan perlu menguatkuasakan kawalan terhadap undang-undang yang telah sedia ada.

“Apa yang diperlukan adalah penguatkuasaan kawalan undang-undang sedia ada seperti Akta Kerja 1955, Akta Pampasan Pekerja 1952, Akta Standard Minimum Perumahan dan Kemudahan Pekerja 1990, Akta Imigresen 1959/63, Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.


“Selesaikan dahulu isu kehadiran 5.8 juta pekerja asing; di mana 2.135 juta secara sah dan 3.7 juta tanpa izin,”katanya..sinarharian. 

Adakah bantahan seperti ini diambil peduli oleh pihak berwajib? Fakta diberikan cukup menakutkan warga tempatan bro! kenapa mereka pertahankan bersungguh benar kemasukan mamat-mamat bangla bro? udang biasanya disorok sebalik batu bro? Kah Kah Kah




Cerita 4
Rani Kulup 
pun 'question' bro?
1.5 Juta Warga Bangladesh 
Untuk PRU14? – Rani Kulup
kredit imej - freemalaysiatoday
Persoalan itu timbul apabila wujud desas-desus pada PRU13 lalu yang mendakwa 40,000 pekerja Bangladesh di beri kad pengenalan untuk mengundi...freemalaysiatoday 


Kata 'ayah' Rani yang rakyat patut pikir:
“Dulu mereka jarang-jarang kita nampak, di mana-mana ceruk, taman, termasuk hutan.“Bila mereka dah datang ini sangat bahaya dari segi keselamatan, kalau yang datang itu kelompok yang kecil, mereka masih boleh menghormati rakyat negara kita.“Kalau datang dalam kelompok yang ramai mereka akan gempur rakyat negara kita ala samseng,” katanya.


Cerita 5
Rakyat kata sanggup bro !



Sanggup kh dato' jd tpm jika gaji murah?jika dato' berada di tempat belia2 kita skrg ape pandangan dato? - Ahmad Madhi
Baca lagi (Jangan salahkan saya, jangan salahkan k'jaan, kata Zahid)

Selama nie pun sapa yg cuci segala tu bro? Melayu yang kurang pelajaran laa..kalo yg nie pun mat bangla 'sapu'? apa lagi depa nak keroja? Yang dok kutip sampah kat semua majlis perbandaran satu Malaysia nie ramai melayu laa juga bro ! Kah Kah Kah

Cerita 6
Bangla masuk 
boleh ubah populasi

Cadangan Malaysia membawa masuk kira-kira 1.5 juta pekerja Bangladesh mungkin memberi kesan besar, termasuk merubah pola populasi negara, kata penganalisis politik Dr Mohd Azizuddin Mohd Sani.

“Saya rasa 1.5 juta pekerja itu ramai sangat sebab yang datang nanti mesti ada bawa bersama keluarga. Justeru realitinya jumlah yang datang adalah lebih ramai.
‘Walaupun ada permintaan pasaran, tapi ia juga memberi implikasi sosial, ekonomi tempatan dan keselamatan. Kedatangan mereka akan menyebabkan populasi negara berubah,” kata Azizuddin kepada Malaysiakini..@(Kemasukan warga Bangladesh ubah populasi)

Jangan pikior nak buat pitih jer? Kebajikan rakyat kena ambil kira sama, kat Sik kedah tu harga getah dok takok tu saja..Bila agaknya kebajikan mereka diperhatikan?



Cerita 7
PERKASA 
Pun bersuara dan persoal ?


Ibrahim Ali
"Tuduhan pertama ada pihak nak buat duit secara kilat dan tidak sedikit kerana komisyennya yang lumayan. Ada yang mengatakan "perniagaan hamba abdi". Kuotanya diagih-agih kepada penyokong politik yang terdekat dengan pembuat keputusan," tegasnya.
Perkasa mempersoalkan langkah kerajaan membawa 1.5 juta pekerja Bangladesh ke negara ini dan membangkitkan tuduhan umum bahawa ia dibuat..lagi Malaysia Dateline@Bawa pekerja Bangladesh untuk buat duit cara kilat? soal Perkasa 

Kalo suara Perkasa pun gomen tak berapa nak dengar? suara rakyat lagi laa tidak rasanya.

Cerita 8
CABAR
Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika berucap di Perhimpunan Agung Tahunan Majlis Belia Selangor ke-32 di Shah Alam, Selangor. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 14 Februari, 2016.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini mencabar golongan belia negara ini mengambil pekerjaan dalam sektor yang kini dikuasai pekerja asing memandangkan perdebatan hangat berhubung keperluan membawa masuk 1.5 juta pekerja Bangladesh dalam tempoh 3 tahun akan datang.(Zahid cabar belia Malaysia terlibat kerja bahaya, sukar, kotor)

Dengor citer cabaran beliau disambut dengan kata boleh oleh belia negara bro,
Lepasan sekolah, Mohd Amiruddin Latifuddin berkata kerajaan perlu memberi keutamaan kepada rakyat tempatan sebelum menawarkan pekerjaan kepada pekerja-pekerja asing.

"Saya bersedia mencuci longkang jika perlu, jadi hantar mereka semua pulang," katanya. – 14 Februari, 2016.

apa macam bro?@Zahid cabar belia Malaysia terlibat kerja bahaya, sukar, kotor

Cerita 9
Dari FB (Zahar Jaa)

Fb -
 
Fb
Fb - 
 

Fb - 

Fb - 
Timbalan Perdana Menteri berharap.... Kalau Dah diberi tempat..Apa lagi yg Rakyat Sendiri boleh Cakap...
-kan dah kata...yg dah ada ni pun dah menyemakkan mata...lagi nak ditambah lg kehadirannya...jenuhh laa Rakyat Mengadap...

Keluar rumah je.pasti jumpa...tak pakistan...iran...
Bangla dah merata...indon dh mcm negara dia..kini made in syria pula menambahkan lagi warna..
Apa nak dikata...Pak Menteri Rela Terima..
Esok Lusa..Dari masa ke Semasa entah

apa pula Bencana yg Menerpa....Fb - Zahar Jaa
#AWANINews
astroawani.com


Fb - Zahar Jaa
Itu yang kitaTahu...yg kita tak tahu dan tak nak ambil tahu mungkin banyak berlaku...
Tambahan Zaman Masakini mcm2 haru biru...
Apa lah Nasib yg menimpa..Anak Gadis juga rasa tak Selamat Sepanjang masa..

Baca selanjutnya :Sadis! Gadis Diculik & Dirogol Geng Bangladesh Selama 17 Hari - FbZahar Jaa
superkiram.blogspot.com


FbZahar Jaa
Jangan risau Adik adik Manis...
Nanti Byya bai sampai..

Dgr khabar yg Kt Sarawak rmai siPompuan berminat bersama...
Yg di Semenanjung pun dh banyak tergoda dgn keramahannya... Pasni kembali balik Citer dn lagu Hindustan Memekak kat Radio dnTV...
Malaysia is the bests..We Love Najib..FbZahar Jaa



Lambakkan Menakutkan
FbZahar Jaa
Apabila Pak Menteri Mengizinkannya..
Maka Lambakkannya nanti menambahkan lagi Kerisauan yg Ada...
Apakah Pak Menteri tak Bermata Memandang macam macam Muka yg Bermaharajalela...
Ingat Nak Mengekang dan MengEksport Pulang...
Rupanya nak diPelawa lagi Bertandang...
-Dari India dn China menambah lagi bilangannya...
Indon..Bangla dah sama banyaknya..
Afrika...Kemboja.. pun ramai juga..
Vietnam..Nepal..semua tmpat dah relax jd JAGA.....
Yang Dah Lama Siap Berkampung sampai Beranak Pinak...Mata yg memandang pun naik Semak..
Pergi Sana...Pergi Sini...tetap berjumpa..
Rakyat Sendiri pun dah tak rasa Selamat dan Selesa....

Pak Menteri Komedi kata atas permintaan Industri..
Confirm lah Anak Tempatan Dibuang Kerja Lepas Ni...
Tak Ambil kira lagi Perempuan..Anak Gadis..Status isteri didekati dan diGerudi..
Entah apa laa nak jadi dgn MalaysiaKu ini...
Ada Menteri pun Status Banghangg Abadi...
-Apepun Rakyat Usah Bimbangg..Ini yg di Katakan Bumi diPijak Milik Orangg..!!

Hidopp Parti Timbangg...!!- FbZahar Jaa
#TungguMalaysia1.5jutaLagimaumari #GetReadyy...

Cerita ujung
Angka tiada Mutlak?


Tiada angka mutlak kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia

pekerja Bangladesh
Kementerian Dalam Negeri (KDN) menegaskan tiada angka mutlak bagi kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini kerana ia bergantung kepada keperluan sebenar majikan semasa permohonan dibuat.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata jumlah kemasukan pekerja Bangladesh ke negara ini juga akan dinilai berdasarkan kelayakan serta kemampuan setiap majikan mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

Pada masa sama, kemasukan pekerja asing ini akan dipantau kerajaan melalui Agensi Kawal Selia bagi mengelakkan berlakunya kebanjiran pekerja asing dalam negara dan memastikan hanya pekerja asing yang layak sahaja dibenarkan bekerja di Malaysia.

"Kerajaan masih memberi keutamaan pekerjaan kepada rakyat tempatan terlebih dahulu. Kemasukan buruh asing ke negara ini tidak akan menjejaskan dan menggugat peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta keseimbangan pasaran buruh dalam negara.


"Ini kerana pekerja asing ini hanya dibenarkan bekerja dalam lima sektor iaitu pembinaan, perkilangan, perladangan, pertanian dan perkhidmatan," demikian menurut kenyataan itu..MD@(Tiada angka mutlak kemasukan pekerja Bangladesh ke Malaysia)

Ini yang susah bro! pasai tak ada angka mutlak pulak dah? Angka boleh bertambah bro! Senang jer nak tambah, letakan angka 'tertentu' di depan atau di belakang. Setel...kah kah kah

Sikit2 tak main laa




Dalam Sedar diri...Wang yg dah Pergi..
Itu yang Lalu dihantar balik Negeri...
Sini senang cari makan..
Kerja baru 3bulan sudah tukar talipon tangan...
Kerajaan yg ada dikendali Pak Menteri Badut hnya tahu kira Wang yg Hanyut ke Luar..tapi Tak Fikir Pula Berjuta yg nak di Angkut Masukk..
Pastu buat Pening cara nak mengatasi dn nk mengurangkan...kan Torrakk tuu..
Suruh pulak Rakyat Sendiri belanja dlm Negeri bg menyuntik aliran modal bg mengimbangi timbal balik ekonomi... Malaysia import Kami..Wang Dapat Kami Eksport Balik Negeri..(Zahar Jaa )

lihat juga (www.antarapos.com)
@Pekerja asing hantar pulang hampir RM20 bili ))

Kalo 20B th 2012, berapa agaknya kalo masuk mai yang depa cadang tu? Boleh pangsan anak negeri bro? Sikit-sikit depa tak main laa..Kah Kah Kah




Kata Sendal


Video Isu Bangla - Zahid 'Dimalukan' Anak Muda Selangor

Masdar - Jeebond BLM at Bloglist Malaysia


Zahid Hamidi Dimalukan oleh Anak-Anak Muda Selangor 
Published on Feb 15, 2016
Zahid Hamidi dimalukan oleh anak-anak muda Selangor apabila cabaran untuk bekerja diladang-ladang dan kilang-kilang disahut dgn laungan SETUJU sekaligus menolak kemasukan 1.5 juta Bangla ke Malaysia.

Dia sendiri sahkan bahawa pekerja asing yg sedia ada seramai 2.1 juta dan lebih kurang 2 juta adalah PATI !!! Ini bermakna lebih 4 juta rakyat asing sudah berada di Malaysia!..
Politics

Abang La Sayang !
FB - Dato John Norsiah

Blh kijo doh bangla..gaji maha -
FB - Dato John Norsiah
Ini namanya cinta rentas benua bro ! Botol kicap dah tak kenal lagi botol cuka ? budak2 jantan melayu ramai terlajak bro pasai tak cukup pitih nak cari bini..Pakat terlajak habis..Nak buat guano? Mat Banagla potong jalan? Kasiannn melayu ! Hidoop Melayu ! Kah Kah Kah

Sayang Bapa !




Bagi orang2 besar, depa senang saja anggap semua ini sebagai isu kecil bro? yang rakyat berdepan dengan segala kemelut nak hidup di bumi bertuah ini? tak ada pula menerima pembelaan bersungguh dari mereka? Apa pentingnya anak depa masuk campur dalam urusan sebegini? Rasanya anak PM sendiri belum pernah rakyat lihat mencampuri urusan antara rakyat dan mereka? Kenapa? rakyat yang terlonta-lonta? ada mereka tunjuk simpati?

Suara rakyat
Suara menderamm


Inilah realiti di negara kita bro..adakah sesiapa atas sana peduli hal mereka? Nahi bro ! Depa tengah pulun benda lain..kata Husin Lempoyang: 'Berniaga manusia lagi bagus drpd Onta..Kah kah kah@Husin Lempoyang



Luahan rasa netizen mewakili seluruh nadi rakyat?



Tanyalah anak2 melayu sekarang. nak dapat kerja di sektor awam? perit bro ! cgpa ceroi pakai punggah laa..tiga jawatan kosong? Satu M'sia berebut? Kah Kah Kah



Bahan 
(Suara rakyat suara menderamm)  
CnP dari 
(AMUKAN NETIZEN: SURAT TERBUKA BUAT ZAHID HAMIDI) @YONG SUKA KUNING


Khulasah
Keadilan (PKR) Bersuara


Zahid sepatutnya menggunakan saluran mesyuarat Kabinet untuk melaksanakan langkah berkenaan.
fahmi-zaid. 

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan digesa agar melaksanakan gaji minimum sebanyak RM1,500 sebagai galakkan kepada golongan muda di negara ini mengambil alih tugas pekerja warga asing.

Langkah sama yang turut perlu dilaksanakan adalah menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja.
Perkara itu disuarakan oleh Naib Angkatan Muda Keadlian (AMK), Fahmi Fadzil selepas melihat gesaan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang mencabar anak muda mengambil alih kerja yang diisi oleh pekerja asing.

“Adakah Ahmad Zahid benar-benar memahami sebab kenapa anak muda hari ini enggan bekerja di sektor perladangan atau mana-mana sektor yang disebut “3D” atau `Dirty, Difficult and Dangerous’ atau `Kotor, Susah dan Berbahaya’.
“Sepatutnya beliau melalui mesyuarat Kabinet menggesa supaya melaksanakan langkah meningkatkan gaji minimum sebanyak RM1,500 dan memastikan pekerja bukan sahaja terjamin tetapi diperkukuh terutama dengan menguatkan kesatuan-kesatuan sekerja,” katanya menerusi kenyataan..teruskan @(
Ambil alih kerja warga asing, beri gaji minimum RM1,500 )




Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?