Polemik Kedah: Pemuda Amanah Fokus Bela Rakyat Susah

Peduli ! Itulah antara motto perjuangan Parti Amanah Negara bro ! Bukan cakap degar2 tapi habuk pun tarak ! AMANAH tetap komited dengan gerakerja tersusun untuk membantu rakyat yang dalam serba kesempitan? Macam2 sempit dan semput bro ! Pendidikan anak2 samada di sekolah, kolej dan univarsiti sampai ada pelajar2 U hanya pederaih maggi saja untuk sebuah kelangsungan hidup ! Bila berita macam nie () keluaq? menteri habih pakat kelamkabut? Kah Kah Kah

Cuba baca yang ini (Kembalikan Peruntukan Biasiswa JPA, MARA Dan Lain-Lain: Kutip Kembali Geran RM1.1 Bilion Dari 1MDB ) Sebab itu Amanah Kedah menyelar tindakan kerajaan memotong banyak dana dan subsidi untuk rakyat termasuk berhentikan biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala peruntukan bagi kepentingan kroni tidak diusik...

Di Sik Kedah yang menjadi fokus kali ini, ramai penoreh mengerjakan kebun pemilik lain secara pawah saja bro atawa yg tidak bergeran. Mereka ini semua adalah kelompok miskin tegar bro ! mereka sedang berhadapan dengan krisis kekurangan makanan, lebih2 lagi ada yang beli beras pakai kilo saja. Itu pun ditukar dengan buah kelapa? Kalo diumpamakan sakit jantung bro ? Ini dah masuk tahap tiga bro ! Kalo tak cepat buat pembedahan 'bypass' bro? jawabnya 'say good bye' laa bro ! 

Kat Kedah nie, harga barang dan bahan mentah kat Sik tu berapi2 punya mahal. Lebih mahal dari Alor Setar dan Sungai Petani bro? penduduk kampung kat sana tu, depa buat macam2 kerja bukan lagi 2,3 keroja macam orang2 besau kat KL tu? Sik nie kawasan ke dalam sikit yang letak sama jarak ke Alor Setar dan Sungai Petani. 

Amanah Kedah telah berjaya laksanakan sebahagian tanggungjawab sosialnya di beberapa kampung di pendalaman Sik ini dengan perasmian cawangan pertama Kampung Landai/Kampung Melaka oleh Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman..Diharapkan Amanah Negara akan tetap istiqamah dengan kerja buat sebegini bro !







“Semua dia potong kecuali untuk kroni,” selar Amanah Kedah
Mustafa Yahya (kiri sekali) bersama Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman ketika merasmikan cawangan pertama Kampung Landai/Kampung Melaka semalam. Mustafa Yahya (kiri sekali) bersama Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman ketika merasmikan cawangan pertama Kampung Landai/Kampung Melaka semalam.


Parti Amanah Negara (Amanah) Negeri Kedah menyelar tindakan kerajaan memotong banyak dana dan subsidi untuk rakyat termasuk pemberhentian biasiswa pendidikan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) manakala peruntukan bagi kepentingan kroni tidak diusik.
Naib Pengerusinya, Mustafa Yahya berkata, Bajet 2016 yang telah dibentangkan Oktober tahun lalu juga menyaksikan pemotongan dana Kumpulan Wang Amanah
Pelajar Miskin (KWAP) daripada RM200 juta kepada hanya RM10 juta sekaligus menambahkan beban keluarga miskin termasuk penoreh getah.

“Duit untuk murid miskin pun dipotong. Semua dia (kerajaan) potong. Hanya kategori kawan dan kroni dia tambah bagi lagi duit,” tegasnya sambil menyebut peruntukan untuk Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang ditambah sebanyak RM1 bilion dalam ‘Ceramah Isu Rakyat: Kejatuhan Harga Getah’ di Kampung Landai, Sik semalam.

Penduduk Kampung Landai dan sekitarnya mengambil kesempatan mendaftar untuk menjadi ahli Amanah. Penduduk Kampung Landai dan sekitarnya mengambil kesempatan mendaftar untuk menjadi ahli Amanah. Menurut bekas jurutera itu, reaksi beberapa menteri kabinet berhubung realiti kenaikan melambung kos sara hidup begitu mengecewakan dan jelas tidak bertanggungjawab.
“Ada menteri suruh mahasiswa masak sendiri untuk elak GST katanya. Bila harga ayam naik mahal, menteri kata jangan makan ayam. Ada menteri juga suruh rakyat buat kerja lebih. Cukuplah. Rakyat kena celik. Jadikan mereka pembangkang pilihan raya nanti,” ujarnya.
Sehubungan itu, Mustafa menggesa kerajaan menetapkan harga getah beku di ladang sekurang-kurangnya pada RM3.50 sekilogram memandangkan kerajaan sebelum ini telah mengutip hasil cukai barang dan perkhidmatan (GST) lebih RM30 bilion setakat Disember tahun lalu.
“Adakah golongan penoreh tidak penting? Jangan kata kerajaan tidak ada duit. Ada duit tetapi tidak amanah. Kerajaan mungkin hanya perlu memperuntukkan
RM1 bilion atau RM1,000 juta supaya harga lantai getah boleh ditetapkan berada pada lingkungan RM3.50 hingga RM4.

“Harga (getah beku) sekarang, RM1.80 terlalu rendah. Rakyat terutama penoreh secara pawah yang selama ini hidup susah bertambah susah. Kerajaan juga tahun lepas sudah ada peruntukan RM100 juta (Bajet 2015),” tambahnya lagi.

Walaupun dianggap kubu kuat Umno dan Pas tetapi sambutan penduduk setempat menggalakkan dengan sebahagiannya mendengar ceramah daripada Mazlan Aliman dan Leman Raja Lawan dari jalan utama kampung tersebut. Walaupun dianggap kubu kuat Umno dan Pas tetapi sambutan penduduk setempat menggalakkan dengan sebahagiannya mendengar ceramah daripada Mazlan Aliman dan Leman Raja Lawan dari jalan utama kampung tersebut. Sementara itu, Pengarah Komunikasi Amanah Sik, Azli Che Uda menyifatkan ribuan penoreh getah di daerah itu terutama secara pawah atau tidak bergeran
yang tergolong dalam kelompok miskin tegar sedang berdepan dengan krisis kekurangan bekalan makanan.

“Tambah pula harga barang mentah di Sik lebih mahal daripada Alor Setar. Bahkan sekarang ada penoreh kalau beli beras guna kilo tukar dengan buah kelapa. Sekilo (beras) RM2.60. Penduduk kampung juga terpaksa buat apa saja kerja untuk beli barang makanan,” ujarnya.
Dalam perkembangan berkaitan, program ceramah berjalan lancar dengan perasmian cawangan pertama Kampung Landai/Kampung Melaka oleh Jawatankuasa Amanah Nasional, Mazlan Aliman.

Perasmian tersebut dengan penyerahan bendera Amanah kepada Ketua Cawangan Penaja, Hashim sebagai simbolik perasmian itu menyaksikan kehadiran kira-
kira 200 orang majoritinya masyarakat penoreh getah dari beberapa kampung berhampiran.

Seramai 10 keluarga miskin juga menerima sumbangan beras dan barangan keperluan dapur pada akhir program.
Untuk rekod, kejatuhan harga getah sejak beberapa tahun lalu didakwa berkaitan dengan manipulasi oleh 11 syarikat yang menawarkan harga belian lebih rendah berbanding harga purata dalam pasaran tempatan..


Rentetan Berkaitan

Penoreh perah tenaga buat banyak kerja, Umno perang kuasa rebut jadi MB

Ketika Umno Kedah terus ‘berperang’ merebut kerusi Menteri Besar, rata-rata penoreh getah di sekitar Dun Jeneri, Sik yang ditemui Malaysia Dateline dan Parti Amanah Negara (Amanah) 22 dan 23 Januari lalu terpaksa memerah tenaga melakukan tiga hingga lima kerja dari pagi sehingga larut malam.

Untuk cerita lengkap teruskan baca - Continue Reading

Mazlan bertanya khabar kepada penoreh, Azhar Junus ketika ditemui di kebun getah di Mukim Jeniri, Sik.
Amanah Sik giat menyalurkan bantuan bekalan makanan kepada penoreh getah.

Mazlan berbual seketika bersama Ketua Amanah Sik, Leman Raja Lawan selepas menziarahi penoreh.
Amanah Sik turut terlibat dalam membantu penoreh hidup dengan membina rumah peduli rakyat.

Bantuan bekalan makanan yang disalurkan Amanah Sik dikatakan dapat menampung seminggu perbelanjaan dapur penoreh

Breaking News

Keputusan derma RM2.6 bilion berbeza jika peguam negara tidak ditukar, kata pembangkang
kepada SRC International Sdn Bhd sekiranya Tan Sri Abdul Gani Patail masih lagi peguam negara.

Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, keputusan peguam negara yang mengatakan tiada bukti menunjukkan Najib menyalahgunakan kuasa dalam isu itu juga sudah dijangkakan..
Parti Amanah Negara.. See More


AMANAH sudah jangka keputusan Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Parti Amanah Negara (AMANAH) tidak terkejut dengan keputusan yang diumumkan Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak tidak bersalah dalam isu derma RM2.6 billion dan SRC International.
Pengarah Komunikasinya, Khalid Abdul Samad berkata, AMANAH sudah dapat menjangkakan keputusan itu...
Parti Amanah Negara.. See More


Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad antara yang lantang menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA di dalam Persidangan Parlimen hari ini.

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Wan Azizah serta Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng sudah selesai berbahas, kedua-dua mereka senada menyatakan bantahan terhadap perjanjian TPPA..
Parti Amanah Negara


Amanah itu PEDULI Bro !
Amanah komited untuk terus mendekati rakyat dan memperkenalkan Amanah sebagai wadah baharu untuk membawa harapan rakyat





Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video