PAS tu Kawan Umno bro ! - [Video]

Pas tu kawan Umno bro ! Nak nafi macam mana lagi? Bila dah jadi kawan? lebih kurang macam orang muda bercinta laa bro ! kentut hat busuk tu pun dia bau 'wangi' ? buat laa apa pun? dia tatap kata semua tu 'baik' adanya ! Busuk-busuk ku kunyah-kunyah ku telan juga !Kah Kah Kah

Pasai tu apa saja benda2 'busuk' bikinan Umno? Pas biasanya 'cuba elak' dari berbicara, dan Pas akan 'cerita' bab-bab yang lain? Biasa laa benda2 nie terjadi dalam berpolitik dan berkawan? Lebih-lebih lagi kawan dia tu orang senang dan berada pula bro ! biasalah nak hidup bro ?! Bila Umno buat hal-hal yang baik sikit ! Pas laa jadi 'tukang canangnya' Kawan yang baik tu macam kata hukama' bro (خير الاصحاب من دل على الخير) Sebaik2 rakan taulan tu ialah yang tunjuk yang pandu ke arah kebaikan bro ! Bukan jenis tunjuk 'baik' kalo ada 'makna' ? yang jenis tu bukan 'baik' namanya? Kah Kah Kah

Nak kawan dengan orang Umno tak dak salah apa2 bro ! kalo dia panggil makan kenuri? pi laa makan, kadang2 suku sakat kita pun berlambak Umno! Pupu payat, tok ngah, mak long, mak teh pak andak kat kampung tu masih bergenuak dok dalam Umno! Yang kita kat bawah nie buat laa macam adik beradik ! Anak dia bersunat, pi laa jengok bawa buah tangan sikit mana yang patut ! Kah Kah Kah

Yang kita dok meghosoh nie bukan pasai orang2 dan pengikut Umno bawahan macam mak long mak ngah pak long pak ngah di kampung tu? isu kita adalah berkaitan 'dasar' dan kepimpinan atasan Umno dan Pas tu saja...Kita melihat kepada segala isu yang merugikan melayu dan bangsa serta negara amnya dalam waktu Umno mempunyai 'kuasa' sekarang ini ! Masalah yang melilit melayu bukan sikit bro ! dari isu kewangan, pendidikan, sosial, pekerjaan, agama, hubungan antara kaum dan sebagainya, banyak yang tidak kena terutama yang melibatkan umat Islam, melayu dan lainnya

Itu tidak lagi termasuk isu2 seperti rasuah, penindasan, diskriminasi agihan kekayaan, pembaziran, mata wang yang kian meghudum, masalah muda mudi yang tak pernah selesai, budaya hedonisma yang keterlaluan bla bla bla.

Cuba lihat dan nilai berita2 ini : 
(Gaji Polis PDRM RM1,500 Sebulan Duduk Pula Di Bandar Kuala Lumpur VS Ambil Suapan,...) juga yang ini 
(Harga Minyak Dunia 2016 Boleh Jatuh US$10 Setong. Punca Sebenar, Perang Politik Antara Kartel...
dan bagaimana yang ini? (Ekonomi Malaysia 2016 : Amaran Pakar Ekonomi! Faktor Harga Minyak, Hutang, Gaji, Kos Sara...
Nak lagi? (Harga Rumah Mahal di Malaysia dan Mewah oleh Pemaju Hartanah, Kami Menteri Kerajaan Tiada...

Menteri kata depa tak ada kuasa nak kawal harga rumah tu bro? Siannnnnnn ! Ini semua mak ngah dan pak ngah di kampung tak tahu bro ! Depa akan akur apa saja kata orang2 besau Umno yang sekali bin sekala turun padang ! kat sana baguih punya depa dok 'lebong' bro? mak ngah apa lagi, suruh tok sidang kampung tu jembelih lembu kambiang laa..kenuri satu kampung ? pakat kiliaq misai laa hari tu..menteri balik...depa dok nganga situ laa...kah kah kah
 
Imej - Lagi Berita


Kerja laa nie pun susah ya Belalang? Tambah2 orang yang malas ! Kah Kah Kah - Menteri suruh kita buat dua keroja bro? (Saran lakukan 2 kerja) Tapi yang nie? (PETRONAS mungkin kurangkan 51,000 kakitangan) amacam? Masa ini laa Pas kena 'smart' bagi nasihat bagi penaik arga minyak balik? Laa nie jatuh teruk bro ! Siaannnn kat depa? Nampak gaya nak pertahan 'satu' keroja yang dok ada laa nie pun 'sakit' bro? Camna nak buat dua tiga keroja sekali nie? Pening..Depa tak apa laa ada sampai 3 kerja? (“Saya ada 3 kerja” – Ahmad Maslan) Sodap depa cakap yer? Rakyat? Dok kuntau tak habis2, gajah pun boleh pengsan macam nie? Kah Kah kah

Bila Pas dah jadi 'penasihat' Umno, adakah sikit sebanyak 'isu-isu' yang melilit rakyat itu dapat di 'jernihkan' kembali bro? Kalo nak buat ibarat dan tamsil ikut kaca mata Islam, kita kenalah buat tapisan untuk siapa sahaja yang kita nak jadikan 'kawan'? orang akan menilai kita berdasarkan 'siapa kawan' yang jadi teman akrab kita tu? Kan ke PAS tu kawan Umno? Wallahu'alam.



Gambar Hiasan

Pas kawan umno


 PAS mahu dekati Umno? PKR beri peringatan

Ceramah oleh Setiausaha Agung yang juga Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli di Kok Lanas, Kota Bharu semalam menyaksikan Pas beberapa kali disindir dengan diingatkan supaya tidak “mendekati” Umno-BN.

Tanpa menyatakan Pas, mesej daripada Ahli Parlimen Pandan itu jelas apabila menyebut beberapa ciri yang umum diketahui dikaitkan dengan parti pimpinan Datuk Seri Abdul Hadi Awang itu.

Rafizi antaranya menyebut istilah taawun (tolong menolong) dan warna merah jambu merujuk kepada pakaian sedondon yang dipakai oleh Presiden Umno dan Pas dalam program alumni Al-Azhar pada Disember lalu.
“Kalau kita terkeliru boleh atau tidak boleh dekat dengan Umno, ada perkataan baru sekarang - taawun dengan Umno ini kena tengok harga barang mahal di pasar, nampak muka Rosmah dan Najib InsyaAllah kita tidak akan terpesong.

“Dia (Najib) boleh buat apa sahaja, hari ini dia nak pakai jubah, hari ini dia nak pakai pink, dia pakai pink. Ikut suka dia,” ujarnya dalam program anjuran Amanah itu.

Selain itu, beliau turut mengaitkan kenyataan Hadi pada November lalu yang bersedia untuk partinya menjadi penasihat kepada kerajaan kerana kononnya Pas bukan gilakan kuasa atau mahu menguasai Putrajaya.
“Nak jaga orang Melayu, jatuhkan Umno, Najib dan Rosmah bukan nasihatkan Najib untuk kekalkan dia sebagai Perdana Menteri,” ujarnya sambil menegaskan beliau hormat dan berkawan dengan semua pihak asalkan niat dan matlamat jelas.(
Malaysia Dateline)@(PAS mahu dekati Umno? PKR beri peringatan)




PAS Ganu saja ke?
www.sinarharian
Kalo Terengganu tak sambut baik kerojasama Pas-Umno? Memang tak patut sangat laa ! Bukan ke Ganu tu lubuk Tok Sidang? Pasai tu Tok Sidang pun dulu tu, bertahan hanya sepenggal jer ! lepas tu Umno 'rampas' balik' ! Depa redho bro! maklumlah kerojasama tu bukan baru ! 'berkorban apa saja, harta ataupun nyawa' itu laa kaaasih messeraaa, sejatiii dan muliaaa!" Kepentingan sendiriii tidakk diinginiiiii, bahgiaaa kekasih saja yang diharapi, berkoraban apa saja ! Nak sedap lagi hangpa dengaq lagu ini (Berkorban Apa Saja) Jadi kepentingan sendiri? tak penting bro ! asal yang depa kasih tu bahagia bro ! Macam nie laa baru kawan ! (Pas Terengganu sambut baik kerjasama dengan Umno)Kah Kah Kah



UMNO tidak akan mati selagi Melayu berkuasa



PETALING JAYA: UMNO tidak akan mati selagi orang Melayu menjadi pengundi majoriti dalam negara ini.

Perkara itu disuarakan oleh Ketua UMNO Bahagian Cheras Datuk Syed Ali Alhabshee Syed Ali, yang menambah orang Melayu sudah muak dengan kerenah politik parti pembangkang yang hanya mementingkan kuasa tanpa mengambil kira kepentingan rakyat.

Menurut Syed Ali, majoriti orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak mudah menukar keyakinan mereka walau diasak permainan persepsi pembangkang.

“Keyakinan UMNO sentiasa tinggi kerana orang Melayu cukup sinonim dengan perjuangan parti mengangkat maruah dan martabat mereka,” katanya dalam entri terbarunya di umnobahagiancheras.blogspot.my.
Namun begitu, Syed Ali menegaskan UMNO masih perlu bekerja keras menepis terjahan pelbagai isu yang dibangkitkan pembangkang sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14.

“UMNO kena lebih agresif dan bekerja kuat untuk menepis dan membetulkan persepsi negatif hasil daripada manipulasi pelbagai isu dilakukan pembangkang,” jelasnya.
Pada masa sama, pemimpin UMNO disarankan turun padang memberi penerangan kepada rakyat, terutamanya berkenaan isu yang menyentuh golongan miskin..
F M T@(UMNO tidak akan mati selagi Melayu berkuasa)

*****

Tiap yang hidup yang bernyawa tu pasti akan rasakan 'mati' bro ! Inilah keyakinan dari segala keyakinan ! bukan saja melayu, gheta meghedak melayu pun akan pupus akan sirna dan bangsa apa pun kiranya mereka tidak kembali kepada tuntutan Islam secara total pasti akan lenyap bro ! Ini keyakinan kita berdasarkan penjelasan al-Quran Surah Muhammad ayat 38 
(وإن تتولوا يستبدل قوما غيركم ثم لا يكونوا أمثالكم) - mafhumnya, "Dan jika kamu berpaling (daripada beriman, bertaqwa dan bersadaqah) Ia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain; setelah itu mereka tidak akan berkeadaan seperti kamu lagi".. ingat ! mana hilangnya kaum Thsamud dan 'Aad dahulu? Mana bangsa Arab suku Jurhum dahulu? Mereka digantikan oleh Bangsa Quraish yang 'menjaga' Islam dengan segenap jiwa raga mereka. 

Majoriti melayu mana ada lagi mengundi Umno? lebih-lebih lagi bila Pas bersenandung dgn Umno, tu pasai Umno dok harap hayat Umno nie boleh disambung lagi untuk masa depan yang kian suram kelam berbalaam! Pas adalah sandaran baru Umno untuk kelangsungan ini bro ! 
Majoriti melayu di luar Umno dan Pas dah bersama dengan lain-lain pilihan alternatif seperti Amanah dan PKR juga DAP ! tu pasai laa kenyataan2 begini sentiasa disuruh orang melayu telan bagi hadham supaya mereka tetap undi Umno untuk kelangsungan parti yang dah mereput nie bagi membolehkan sekerat dua melayu tertentu terus 'maintain' dengan 'status quo' mereka ? 'Hanya Umno saja boleh jaga melayu?' Khurafat begini akan terus didendangkan oleh pimpinan Umno bro bila mereka terdesak dan ketandusan sokongan massa..Kah kah Kah



Mitos Melayu akan Hilang Kuasa
Video 1
Rafizi Ramli: Kalau Pembangkang Menang, Melayu Akan Hilang Kuasa?
Published on Jan 14, 2016
Forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14?", Pusat Gerak Budaya, Petaling Jaya, Selangor 13/01/2016.. mediarakyat

 Terbaik dari Khalid Samad
Khalid Samad: Adakah Orang Melayu Akan Hilang Kuasa Politik?
Published on Jan 14, 2016
Forum "Mampukah Parti Pembangkang Memenangi Undi Melayu Pada PRU14?", Pusat Gerak Budaya, Petaling Jaya, Selangor 13/01/2016..mediarakyat


Khulasah

1. PAS jangan dok perasanlah !
Hubungan dengan PAS tidak rasmi, kata ketua whip PKR - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hubungan-dengan-pas-tidak-rasmi-kata-ketua-whip-pkr#sthash.i2SiXFln.dpuf
Hubungan dengan PAS tidak rasmi, kata ketua whip PKR - See more at: http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/hubungan-dengan-pas-tidak-rasmi-kata-ketua-whip-pkr#sthash.i2SiXFln.dpuf

PAS jangan nak perasan, 
hubungan dengan kami tidak rasmi, 
kata ketua whip PKR Itu kata bro Jo
Ketua whip PKR itu berkata, tidak terdapat sebarang ikatan "hitam putih" antara PKR dan PAS berhubung perkara tersebut. "Kita ada hubungan yang tidak rasmi dan saling menghormati. Namun, ia tidak mengikat kita. Ia berbeza dengan Pakatan Harapan sebab kita saling terikat.

"Tidak terdapat sebarang 'paper work' (kertas kerja) di antara PAS-PKR. Sebab itu kita menghormati apa saja tindakan dan kenyataan yang dibuat PAS.."Dan begitu juga, jika kita ambil tindakan untuk menghadiri program mana-mana parti pun. Tiada yang mengikat kita," katanya kepada pemberita di ibu pejabat PKR hari ini..(
themalaysianinsider.com)


*********
Pas ni tak berapa faham pasai ikat ikat nie gamaknya? Dia sendiri pi dok ikat tubuh badan dia kat PKR tu, tau-tau dia dok ingat orang lain atawa PKR 'mengikat' dia? kah kah kah sikit punya teruk ke macam nie ? Bro Jo pula kena rongkai 'ikatan' tu bagi paham ? Kah Kah Kah

2. Jangan heret Islam
    Bila terkepit terbelit

FB
Rahmat Wel

Mat Sabu ke mahkamah kerana berdemo,
Tontowi ke mahkamah kerana fitnah,
Hati terpaut dengan Amno,
Bertalak tiga dengan Amanah.

Di dalam mahkamah Solat hajat,
Mohon fitnah mendapat restu,
Parti tok kuat tak perlu berpakat,
Selagi ada lutut dan siku.

Bayar kos mahkamah sepuluh ribu,
Dabik dada kata tak salah,
Di dalam hati teramat malu,
Bergelar ulamak tapi menfitnah.

Fitnah pil kuda guru tok lepas,
Hasil taktik tak sebut nama,
Tontowi nak belajar tapi tak pass,
Habis duit buta saja.

Nik Beduh pertahan ulamak menipu,
Walaun pula sibuk bertakbir,
Dapat duit Guang Eng tersipu,
Tontowi pula terkebil-kebil.

Pergi mahkamah diajaknya ramai,
Tunjuk kuat lutut dan siku,
Guan Eng sergah terus mamai,
Seluk poket keluar beribu.

Bila dah malu mencari helah,
Alasan diberi bermacam-macam,
Masuk mahkamah nampak megah,
Keluar mahkamah mukanya masam...
Rahmat Wel


3. PAS yang nak lawan 
    dengan iman. ilmu dan kematangan??


Wan Mohd Zaidi
Larangan dibuat hanya bersandarkan nafsu marah dan benci saja bro..
Umno yg besaq tu pun tak adalah nak dok sekat puak dia hadir majlis ceramah ke, majlis apa ke samada PKR, Amanah atawa DAP sekalipun? yang Pas dok menghoyan sakan dok halang dok sekat ahli sendiri nak pi cari ilmu tempat lain? dah depa tak bagi pulak? Matang ke PAS macam nie? Kah Kah Kah


Akhirkalam




PKR di majlis Amanah, mengapa PAS 'buat bising'
KiniTV

Published on Jan 19, 2016
PAS tiada sebab menghalang PKR daripada menghadiri program politik yang dianjurkan Parti Amanah Negara (Amanah), yang juga anggota Pakatan Harapan.

Ini ditegaskan Pengerusi Biro Penyelaras Ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri, DUN PKR, Johari Abdul.
Beliau menyatakan pihaknya tidak pernah mempertikaikan PAS yang menghadiri majlis bersama presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak...KiniTV
Dulu bila rakyat nak berdemo bantah Najib, ketua walaun cepat2 keluarkan amanat suruh walaun2 boikot sebab tu keje bodoh. Sekarang dah lain. Ketua walaun rasa nak berdemo maka dikerah para walaunta buat keje utk berdemo. *Itulah hj hadi. Hj hadi presiden PAS. Hj hadi suka u-turn. Jangan tiru perangai hj hadi - KMS (Keris Mas Sejati)

De other Side
of  de Story bro !

Awat Papamin nie menyongsong arus lebih-lebih sangat? Ada apa-apa ke sampai gitue sekali?

Rentak Papamin nie dilihat tidak selari dan sehaluan dengan rakan-rakan PKR lain seperti Bro Jo, Adik Rafizi dan Bro Saif ???Awat jadi lagu tu? Tak syok laa macam nie ! nampak tak brapa sepakat gitue? kan Pas dah bagi amaran tu? (
Putus hubungan jika PKR sertai gabungan baharu, kata PAS
Pas nie pun gempaq saja lebih bro ! PKR dah pun jadi memba Pakatan Harapan Baru ! Tak ada pun Pas keluarkan kenyataan rasmi putuskan hubungan dengan PKR? dok terhegeh dgn PKR ada laa..Kah Kah Kah
Gempaq mau lebih bro ! Itu laa Pas yang kini sedang bersenandung baguih punya dengan Umno? Kan ke PAS tu kawan Umno? Pas sikit pun tak heran kalo sapa-sapa nak sindir, nak peleceh pasai hubungan dia dengan Umno bro ! Dia dah mangli, dah kematu dengan sindiran tu? Pasai dah habis malu kot? Dengan PERKASA pun, Pas baguih punya dok kautim? Apa dia heran, hang kata pi laa apa pun, lagi dia nak 'menunjuk'? ada laa...Kah Kah Kah
(Beranikah PAS Mahu Putuskan Hubungan Dengan PKR?) Biaq aku jawab bro ! Tobat lahum depa nak putuskan hubungan tu? pasai laa nie, PKR tu laa satu2nya memba depa yang ada selain dari Umno? Kalo tidak? Maaf cakap ler..jadi kongkang ler depa tu bro ! Berapa banyak mau kasi amaran daa? Putusnya tidak? Macam kata kawan aku si Kameel Abuya dia kata, "
Sudah larrr sembang je lebattt ! Tak abis2 nak lebongg ahli." dan kata si Kameel Abuya tu lagi, "Rupanya awal tahun ni ada gak lg amaran dari olarmak lebongg kat PKR.Hadoiiii pakat kena amaran je larrr PKR dgn parti PIS aka PAN aka Pa$" Kah kah kah



TPPA
Punya Cerita Ceritet
Cerita Satu 



Pendirian Tok Sidang



Peserta Bantah TPPA di kalangan penyokong Pas yang berhimpun menyatakan pendirian bersama dengan pemimpin mereka untuk menolak TPPA..(Pas mahu rakyat bantah TPPA walaupun diluluskan kerajaan)
Cuma nak tanyaa laa sikit, mana tok Sidang? dan yang pelik pula tu tuduh DAP sokong TPPA kerana Cina bakal kuasainya ? Apa nak jadi nie belit semacam macam nie haaa? Cer baca lagi bawah nie bro

Bagaimana yang ini?
PAS melalui Tok Sidangnya telah kerah ahli depa sertai perhimpunan hari ini bro ! Sedap juga bila Tok Sidang ulas pasai TPPA nie bro? Dia umpamakan Malaysia macam satu tasik kecik yang menumpang lautan besaq bro ! "Bila buang sempadan, air lautan itu masuk, jadi banjir, kita tak dapat nak lawan air pasang dia. Sebabnya kita menentang," katanya. "Kita negara kecil, kalau kita langgar undang-undang, dia (Amerika) boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas kita, "Kalau dia (Amerika) langgar peraturan, boleh dak kita bertindak, bawa Amerika ke mahkamah? Dia boleh buat apa saja," Kah Kah Kah
bertindak, bawa Amerika ke mahkamah? Dia boleh buat apa saja," katanya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
bertindak, bawa Amerika ke mahkamah? Dia boleh buat apa saja," katanya.

Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Cuma yang aku musykil mengapa dulu berdegar2 nak jadi 'Penasihat Umno-BN'? Kan Pas tu KAWAN Umno? Patutnya dah lama dia bagi nasihat kat Umno dan Tok Sidang Umno? Dia ulas pun dari 'luar gelanggang' jadi orang pun tak berapa dengaq laa? harap sapa2 buka youtube saja boleh dengaq? Mak Ngah, Pak Teh dan Mak Long kat desa tu mana nak tau semua nie? Kah Kah Kah

Satu lagi, dulu Tok sidang Pas nie juga kata orang yg demo-demo jalanan tu bodoh2 belaka? Awat hari nie, dia kerah anak buah pi buat kerja bodoh tu? Kah kah Kah

Cerita Dua 
Cakap tidak seropa bikin
Rela Kutuk DAP dari UMNO



siapa bohong dan siapa yang ngok? (Abdul Hadi dangkal dan mengarut tuduh DAP sokong TPPA) dan orang kata lagi (Hadi a man of ‘no substance’, says Sarawak church leader) Kalo church leader yg bukan Islam pun dah kata Tok Sidang sebagai a man of 'no substance' bro? Apa lagi yang tinggal kat hadi tu? Bila dah tak dak 'isi' lagi? apa yang tinggal? Tinggal 'HamPAS laa gitue? Malu bro ! Malu.! (TPPA - Hadi Lebih Rela Kutuk DAP Dari UMNO) Ini bukan pasai apa bro, hanya kerana Hadi tu patutnya tala sasarannya pasai TPPA kat UMNO? pasai depa yang buat pasai semua kemelut nie? Tapi tidak bro pasainya kan ke PAS tu kawan Umno? Krosott ! Krosottttt dgn Tok Sidang nie? Kah Kah Kah

Sebaliknya bro !
DAP menyifatkan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kononnya DAP menyokong Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA), adalah  tidak berasas, mengarut dan dangkal kata, Ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng.

Beliau berkata Hadi sepatutnya lebih mengerti pihak yang sebenarnya ghairah menandatangani TPPA ialah Umno, parti yang Hadi sedang nasihati...“Bagaimana mungkin PAS tidak berjaya menasihati Umno untuk tidak meneruskan agenda TPPA setelah begitu rapat dan mesra dengan parti itu sepanjang enam bulan berpisah dengan rakan lama?” katanya pada kenyataan media, hari ini..Malaysia Dateline


******
Komen rakan fb
Kameel Abuya with Abe Awang Malaya and 5 others.
8 hrs ·
JAHIL DAN RASIS: BETAPA TERUKNYA CEDERA OTAK PRESIDENG PAS MENGESAN KEBURUKAN TPPA
Bagaimana tokeh Cina Malaysia akan untung melalui TPPA seperti dituduh? Adakah tokeh Cina itu laut atau tasik? Cuba huraikan...
Abdul Hadi Awang, pemimpin PAS dan apa yang dipanggil 'penggerak Islam yang berani' adalah, tak lain, hanya seorang yang bersifat perkauman yang nyata.
Beliau menentang Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) bukan kerana implikasi ekonomi dan kewangan yang mengerikan itu yang akan meninggalkan kesan pada kedaulatan Malaysia, tetapi kerana beliau berpendapat bahawa TPPA hanya akan memberi manfaat kepada komuniti perniagaan Cina di Malaysia.
Beliau juga percaya bahawa DAP menyokong TPPA kerana ia menyebelahi masyarakat Cina Malaysia, dan bahawa orang Melayu akan kalah dalam permainan persaingan ekonomi.
Hadi - apabila mengatakan bahawa DAP menyokong TPPA - telah mempamer kejahilan sendiri tentang implikasi kewangan meluas (semua terjerat termasuk orang Cina peniaga) pelaksanaannya di Malaysia.
DAP telah mengatakan beberapa kali bahawa ia menentang TPPA dan tidak ada dolak dalik mengenainya.

*******
UMNO-BN yang mahukan TPPA?
DAP yang 'Kena Getah' Bergetah-getah !



Awat laa Tok Sidang dok buat tuduhan tanpa bukti? Kan dah kena dengan DAP, dah lama dok berkepit dengan Umno? tak boleh nak kawtim juga? Umno bukan jenis dengaq 'nasihat' macam kata Mat Sabu dulu tu (Mat Sabu: No More Nasihat-Nasihat Kepada UMNO) Kah kah kah
Hari ni Pas yang dok keriyau dok habaq kerjasama dengan UMNO, tau-tau meghemut pakat pakai baju ijau ikut serta dalam demonstrasi protes TPPA walaupun belum nie Tok Sidang juga yang kata, "jangan kita diperbodohkan sertai demonstrasi jalanan"..Satu lagi, sifat 'perkauman' tebal PAS yang dok selar DAP pasai TPPA nie? nampak cangkat dan sighu sikit pasai dok tuduh tu? sebab yang cadang dan sokong TPPA tu ialah kawan karib PAS sendiri Umno tu..awat pula DAP yang kena getah? pada hal DAP secara jelas menentang TPPA tu?  (Ahli Parlimen Pakatan Harapan akan mengundi tolak TPPA ...) Bila DAP yang berada dalam PH akan mengundi tolak TPPA itu, bermaksud jelas yang DAP menolaknya, apa yang Tok Sidang dok bising lagi? Kah Kah Kah




Racist and brainless tu natang hapa ekkk
Baca ini bro ! ()
Depa yang Sedap nonton?
DAP juga yang kena bayaq !


Dari FB - Kameel Abuya
No comment bro ! hangpa baca dah lerr ! maleh aku nak lebong panjang..Bila rajin dok cari 'kawan' tak betul ? ini laa jadinya? tak malu ke kat DAP yang 'tidak Islam' tu? cuma lepas nie tok sah cakap pasai 'agama' sangat? simpan buat diri seniri dah lerr..jengkil ! tak kan depa lupa ayat nie? lihat tafsir Al-Baghawi - (أتأمرون الناس بالبر وتنسون أنفسكم وأنتم تتلون الكتاب أفلا .) suruh orang buat baik pandai pulak depa bro ? Tapi diri seniri ? sedangkan depa dok mutalaah dok baca 'al-Kitab' ? ramai yang lupa? minta Allah jauhkan kita dari berperangai seperti ini ! Insya' Allah. 



 Ingat !

 Kawan BN tu Sapa Bang Mat?
Nak berkawan pun tak bagi Bang Mat? Kah Kah Kah

Kan ke Pas tu kawan Umno?
Tak guna marah2 dia bro Lim !

Cyberwar Putrajaya
Pas ganti umno ??
Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa PAS menunjukkan bukti bahawa DAP ditawarkan RM1.2 bilion oleh Israel untuk menyokong dakwaannya atau berdepan tindakan undang-undang..
Cyberwar Putrajaya

Cyberwar Putrajaya
 TERBAIK DARI PEMIMPIN AMANAH,~~~


mawadi3tahomdynakakhyalmslm.blogspot.com





Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video