2015 tahun ‘gelap’ bagi Pas? [VIDEO]

PAS pada mata orang melayu Islam dulunya (sebelum Tok Sidang) sekarang ini, bagaikan sepohon pokok besar menjulang tinggi ke langit dengan dedaun lebar dan lebat serta berbuah manis dan harum bro ! Ini adalah waqi' atawa realiti sebelum PAS di bawah Tok2 Sidangnya sekarang ini berbuat peel dan perangai 'menjulang' UMNO dan menyerondoi parti itu semau2nya, dulu depa buat perangai dalam diam dan sembunyi2 takut2, malu2 gitu ! Kah Kah Kah

Pas yg kononnya ingin jadi penasihat dan penyelamat itu hanyalah retorik semata bro ! Dulunya sebelum teraju utama sekarang ini, Pas sarat dan teguh serta penuh iltizam perjuangkan segala dasarnya tanpa kompromi bro ! Ramai dapat menelah adanya semacam 'suatu muslihat' di sebalik kecenderongan yang hangat untuk 'menjulang' Umno dan juga turut terpikat dengan Perkasa yang orang lihat tidaklah perkasa tara mana pun? hanya dok bercakap pasai 'melayu' saja? Pi mai pi mai dok tang tu juga..Kah Kah Kah 

Kita belum pun dengar, belum pun lihat apa yang PAS boleh nasihati UMNO? Mat Sabu kata Umno tu bukan makan nasihat (Mat Sabu: No More Nasihat-Nasihat Kepada UMNO) Kalau PAS nak sangat nasihat Umno? Pastikan perkara2 yang senang seperti tiada Arak dihidangkan dalam penerbangan MAS (MAS digesa beri hak kepada pramugari muslimah) seperti ditulis oleh Dr. MAZA Ini termasuk memberi izin kepada pramugari muslimah untuk melaksanakan tuntutan berpakaian mengikut aturan syariat !selain itu, coba nasihatkan Umno untuk martabatkan kembali tulisan jawi yang menjadi asas kepada memahami al-Quran. ini semua benda yang mudah-mudah saja bro ? kalo ini berjaya? ada laa sikit kot 'respek' kita dan orang ramai peranan yang depa Pas tawarkan kat Umno tu? Kalo yang nie pun tak boleh? barulah jadi (Nang bo ti nang kui bo ti kui) Kah Kah Kah






                 2015 tahun ‘gelap’ bagi Pas?

 
malaysia-chronicle.com
TAHUN  2015 melakar sejarah hitam buat Pas apabila kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan DAP berakhir di tengah jalan susulan perbalahan antara dua parti pembangkang itu tidak dapat dibendung lagi.

Usul Dewan Ulama Pas itu diluluskan Muktamar Tahunan Pas ke-61 tanpa bahas pada Jun lalu mendapat sokongan sepenuhnya Majlis Syura Ulama (MSU) Pas selepas sebulan mempertimbangkan cadangan itu.

Tindakan DAP yang didakwa melakukan provokasi berterusan, membuat keputusan mengecam dan melanggar semangat kerjasama Pakatan Rakyat termasuk campur tangan dalam aqidah, dasar dan matlamat Pas antara alasan kukuh untuk menamatkan kerjasama itu.

Bukan setakat itu, kecaman DAP kepimpinan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang kerana membawa usul Rang Undang-Undang (RUU) Persendirian mengenai pindaan kuasa Mahkamah Syariah di Kelantan turut memberi kesan kepada MSU dalam mempertimbangkan kerjasama itu sejak 2008 lagi.



Lihat - mountdweller.blogspot.com

Keadaan itu turut mengundang ketidakstabilan Pakatan Rakyat hingga terbubarnya gabungan pembangkang itu kerana pendirian Pas memutuskan hubungan dengan DAP sebaik sahaja Muktamar Tahunan Pas berakhir pada 6 Jun lalu.

Ia rentetan daripada tindakan DAP sendiri yang terlebih dahulu memutuskan hubungan dengan Abdul Hadi pada 24 Mac lalu kerana didakwa ‘tidak jujur’ dalam kerjasama politik itu hingga menyebabkan Pakatan Rakyat terumbang-ambing.

Perjalanan politik Pas semakin rumit apabila golongan profesional yang mengimbangi kepimpinan parti Islam itu keluar beramai-ramai dan menubuhkan parti baharu.



Nama-nama seperti bekas Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu; bekas Naib Presiden, Salahuddin Ayub; bekas Ahli Jawatankuasa Kerja Pas Pusat iaitu Khalid Abdul Samad, Hanipa Maidin, Dr Hatta Ramli, Dr Dzulkefly Ahmad, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa dan Dr Siti Mariah Mahmud.

Mereka ini dikatakan pemimpin pro-Pakatan Rakyat atau lebih tepat lagi dikenali sebagai kumpulan Anwarinas meninggalkan parti Islam itu apabila gagal mempertahankan jawatan masing-masing dan menyertai NGO Gabungan Harapan Baru (GHB).

Belum pun ‘luka’ Pas sembuh, NGO itu menambahkan sengsara parti Islam itu apabila menyerang kepimpinan ulama yang kembali mendominasi hierarki teratas Pas selepas Muktamar Tahunan Ke-61, Jun lalu.

Kumpulan progresif itu yang pada awalnya dinamakan G18 itu hanya meninggalkan Pas selepas Parti Amanh Negara (Amanah) ditubuhkan secara rasmi pada 1 Oktober lalu.
Sehingga kini Pas kehilangan 11 wakil rakyat apabila enam Ahli Parlimen dan lima lagi Adun mereka bertindak melompat parti.

Sepuluh daripada jumlah itu menganggotai Amanah manakala Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaafar memilih menyertai PKR sebagai platform politik baharunya.

Pas kembali bersendirian selepas 70-an ketika menyertai Parti Perikatan, Barisan Alternatif dan kini gagal pula bertahaluf siyasi bersama Pakatan Rakyat kerana mempertahankan agenda negara Islam dan hukum hudud mendahului kepentingan bersama pakatan pembangkang itu.

Liku Pas dalam arena politik Malaysia tidak terhenti di situ malah dituduh pula bersengkongkol dengan BN apabila berkecuali dengan parti pembangkang lain untuk tidak menyokong Bajet 2016 dan usul undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pas dianggap musuh dalam selimut ketika bersama PR kerana didakwa cenderung untuk menubuhkan kerajaan perpaduan antara Pas dan Umno.





Lihat - alhusseyn51.blogspot.com
Khabar angin itu semakin nyata apabila bekas Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa pula mendedahkan bahawa Abdul Hadi pernah mengaku menjadi dalang kepada penubuhan kerajaan perpaduan di Selangor pada 2008.

Pas kembali panas dengan isu kerajaan perpaduan dan kini menunggu untuk bersemuka dengan Dewan Harian Pas Pusat kerana pendedahannya begitu serius kepada masa depan parti Islam itu.

Pas tidak pernah lekang daripada isu dan laluan parti Islam itu menjelang PRU14 semakin sukar kerana ‘keangkuhannya’ melangkaui kepentingan parti pembangkang lain..

NewMalaysianPost


 Tips dari Rafizi

Rafizi Ramli:
Jangan Harap Ada Berita Baik, Berita Akan Terus Jadi Buruk Dari Setiap Hari

Published on Dec 7, 2015
Ceramah Perdana Pakatan Harapan Setiawangsa, Kuala Lumpur 05/12/2015..mediarakyat



 Kenapa Takut DAP?

Khalid Samad: Jangan Takut Pada DAP
Published on Dec 8, 2015

Ceramah Perdana Pakatan Harapan Setiawangsa, Kuala Lumpur 05/12/2015..mediarakyat



 2015 - Tahun Suram?

Liku-Liku 2015
Published on Dec 31, 2015

Liku-Liku 2015 memaparkan beberapa peristiwa penting yang berlaku di dalam dan luar negara sepanjang 2015..Sinar TV



Al-Kisah Lawak2 Mega



Gegak gempita para walaunta cabar DAP saman Zuhdi jika tak betoi ada hubungan dgn Israel. *Aku arap DAp saman Zuhdi. Kalau tak, dituduh takdak telo oleh walaun siang malam. Aku pons akan maki DAP kalau btoi. TAPI Aku juga arap Hj Hadi berani saman Husam jika betoi hj hadi tak penah rancang bentuk kerajaan dengan UMNO di selangor. Walaunta dah cabar hj hadi saman ke belum? - KMS (Keris Mas Sejati)

Parti Amanah Negara (AMANAH) geli hati dengan dakwaan PAS bahawa Israel menawarkan DAP AS$300 juta (kira-kira RM1.2 bilion) pada pilihan raya umum lalu sebagai habuan jaminan untuk membina sebuah pangkalan udara di Port Dickson sekiranya mereka berjaya merampas Putrajaya.

Naib Presiden AMANAH, Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata dakwaan yang dibuat oleh Pengarah Penyelidikan PAS, Mohd Zuhdi Marzuki pada 30 Disember lalu adalah ibarat raja segala lawak bagi 2015.
"Bagaimana harus saya respons terhadap lawak ini? Saya fikir kita adalah macai DAP, sekarang kita jadi macai Israel pula," kata Mujahid sambil tergelak.

"Berapa banyak macai DAP ada sekarang? Jika mereka mempunyai begitu banyak wang, mengapa tidak DAP beli Umno sahaja?

"Meminta ulasan saya mengenai isu ini pun sudah dikira sebagai satu penghinaan. Ia tidak dapat difikirkan dan tidak dapat dibayangkan untuk mana-mana ahli politik untuk beri respons terutama dari AMANAH," katanya.

Mujahid berkata adalah seseuatu yang tidak terfikir bahawa parti pembangkang mahu menawarkan sebuah rejim seteru untuk menubuhkan pangkalan udara yang di Malaysia sedangkan ia belum merampas Putrajaya. Beliau berkata walaupun Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel, ia terus mempunyai kepentingan perniagaan di negara ini.

"Mengapa Zuhdi tidak tanya soalan ini?" kata Mujahid kepada bekas rakannya itu
- Zuhdi buat raja segala lawak 2015, kata Mujahid

Lawak 
budak-budak baru nak besaq !


Alahai bro !
"Berakhir dalam PAS era melawan Umno dengan emosi dan amarah. Bermulalah melawan Umno dan semua pemuka kemungkaran dengan ilmu, iman dan kematangan. - Nik Abduh.


kalau melehaq sangat nak tatang nak peluk Umno tu bro ! tak payahlah hang dok keluaq segala 'statement' lawak macam nie, orang pun buka bangang sangat nak baca ayat belakang hang tu yg memang pun nampak kalut ! Kah Kah Kah


Tak retak cuma sumbing saja bro ! sumbing sumbang gitue..walaaunn kalo tak mengampu? nanti kuda2 senget pulak,kan susah tu? kalo umur 13 tahun pun pakat daftar jadi ahli Pas? tak senget ke namanya tu? tu namanya dah berpeluh bro ?
Pas tu dah masuk fasa nak reput bro ! ilmu disalah guna, kematangan merosot teruk, orang Pas dulu bukan jenis menyerondoi di pintu2 Umara' bro ! La nie pantang dapat tawaran? puji Umno meleleh sakan? Rayani Air, apa citer? Kah Kah Kah

Politik Bebalisma


Inilah lawak segala bapa lawak bro..
Apa yang mamat beduh nie merepet daa?
Umno tu bukan anasir yang perlu disingkirkan dalam PRU akan datang? Nak bantu Umno hapuskan 'anasir' yg merosakan negara? Kah Kah Kah

Apa lu merepet nie bro? Umno tu teraju negara yang banyak bawa anasir merosakan bro? Macam mana lu boleh cakap mau bantu sama dia daa? Rasuah, tiris, bazir, selinap sana selinap sini. penyelewengan berbagai lagi? Lu mau bantu apa sama itu Umno?? Lu cakap belit laa bro? wa minta sama lu, kurang cakap sikit boleh ke? ini dah sampai tahap gaban punya cakap daa...kah kah kah


Pertaruhan 
kian gelap gulita


Kah Kah Kah masing2 dok kabor perlukan talian hayat? 
Awat talian hayat? Dah dok rasa kalo sendiri dah tak berapa nak selamat kot? Hang bantu aku, aku bantu hang? lagu tu laa kot bro ? Boleh kabor pula kerjasama ini mampu pulihkan 'imej' kedua belah pihak? Ada 'imej' ke lagi ? Rasanya dah teruknya sangat calarnya tu bro? 

Jadi apa yang depa nak pertaruhkan? Pertaruhkan atas semangat kerjasama 'rapuh' ini?

Jajaan Melayu dan Islam - itulah taruhan mereka bro ! Bolehkah masalah dalaman kedua parti siasah melayu ini boleh diketengahkan? Berapa sangat yang faham maksud 'tersirat' sebalik jajaan itu? Untuk mengelak 'peta' dua parti ini hanyut di persada politik negara? mau tak mahu 'jajaan' ini sahaja yang tinggal untuk dijual belikan? Rakyat kian terbuka minda dan akliah mereka bro ? Kemelut yang melanda Pas-Umno terlalu sukar untuk dikikis dari peta minda rakyat bro? 

Pakatan Harapan sekarang maju ke depan dan menjadi pilihan terbaik bagi rakyat untuk masa depan yang lebih sejahtera dan makmur. Permainan dua parti tua ini sudah sampai 'limit' bro ! Kah Kah Kah


Bila bersekongkol dengan UMNO ? PAS sudah tidak lagi relevan untuk diikuti dan diyakini dapat menunaikan 'amanah' seperti asalnya. Kecenderungan melampau PAS Vs Umno tidak dapat diterima kebanyakan rakyat yang waras dan PRU nanti? PAS akan faham erti sebenar nilai kegopohan dan kecenderungan mereka tadi.

Khulasah

PAKATAN HARAPAN PILIHAN RAKYAT.

Tindak tanduk Pas yang banyak membelakangi pakatan pembangkang telah mengundang reaksi Najib utk mengadakan hubungan kerjasama diantara kedua dua parti tersebut mentelah pula Pas juga dilihat tidak berada didalam gabungan pembangkang iaitu Pakatan Harapan. Bagaiman bentuk hubungan kerjasama yg hendak dilakukan, kita biarkan kepimpinan2 mereka sendiri menentukan...mungkin mereka telah ditakdir bersama kembali umpama duda bertemu janda setelah sekian lama berpisah.

Sandaran rakyat kini hanyalah kepada Pakatan Harapan yang didominasikan oleh Keadilan, Amanah dan Dap untuk membela dan memperjuangkan nasib rakyat yang kini terbeban dengan pelbagai masalah kenaikan harga barang, cukai GST yg membebankan dan kejatuhan nilai matawang ringgit dan sebagainya. Kesemuanya ini dapat diatasi dengan adanya suatu gabungan pakatan pembangkang yg kuat dan saling bahu membahu demi kebaikan dan kesejahteraan rakyat.

Justeru kerjasama dan kesepakatan yang utuh didalam Pakatan Harapan amatlah dituntut agar keyakinan rakyat terhadap kerjasama ini juga mampu dilihat mengambilalih dan mengalas tampuk pemerintahan negara ini dari kerajaan BN selepas PRU14 nanti.
Bagi rakyat yang matang, cerdik dan berwawasan ! Mereka memilih pemimpin2 yang mengutamakan rakyat bukan parti bro!

Khulasah Dua
Wan Azizah: Kita tak 
bincang tentang Pas hari ini

Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan yang berlangsung pada hari ini hanya membincangkan tentang perjanjian yang akan dimeterai bersama PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah).

Menurutnya lagi, tidak ada keperluan untuk melibatkan Pas dalam perbincangan tersebut hanya berkisar tentang pra-syarat kesatuan Pakatan Harapan.

“Ini tidak ada kena mengena dengan Pas. Kami tidak sebut tentang Pas dalam mesyuarat hari ini. Mesyuarat hari ini hanya tentang parti yang berada dalam Pakatan Harapan,” katanya dalam sidang media selepas berlangsungnya mesyuarat itu, di sini, hari ini.

Pakatan Harapan hari ini akan mengumumkan untuk menandatangani perjanjian bersama pada 9 Januari ini..
sinarharian 

***** 

Kah Kah Kah apa makna apa mafhumnya tu bro? Pasai ada kot orang tanya gamaknya, apa citer dengan PAS? Selamba jer Wan Azizah jawab,
“Ini tidak ada kena mengena dengan Pas. Kami tidak sebut tentang Pas dalam mesyuarat hari ini. Mesyuarat hari ini hanya tentang parti yang berada dalam Pakatan Harapan,” 

Apa mafhum dia? Kalau yang 'alert' dengan berita2 begini? cukup mudah nak paham bro..


Dah bosan ler dengan PAS nih, tak payah dok jerit nama dia lagi, slow2 dia ranap nanti, dah tak ada sapa nak ambik pot dengan dia lagi.. 'Buang masa bro' itu tandanya 2016 pun kian gelap juga bagi PAS? bukan tahun 2015 saja? Kasiannnn !! sampai begitu nasib malang menimpa PAS? tapi orang tengah syok bersenandung dengan Umno? apa nak kata bro? Hukum kebenaran akan sampai satu masa..juz tunggu saja bro ! 
Prinsip dan Kaedah dalam membuat keputusan diambil kira bro untuk membina satu kesatuan dan kesepakatan politik yang jitu - ini boleh membangunkan dasar bersama dalam penyelesai antara parti jika berlaku apa-apa yang tidak mampu diselesaikan seperti kaedah pengurusan Pakatan Harapan serta blok pembangkang, perjalanan pilihanraya terutama pembahagian kerusi yang akan ditandingi juga kaedah menangani keadaan bila ada apa-apa perjanjian yang dilanggar dan dicabul misalnya..kita tak mau 'pisang berbuah dua kali' bro? Kah Kah Kah. Itulah antara apa yang dapat difahami dari mesyuarat majlis Pakatan Harapan hari ini di Wisma Amanah Negara. 




Pakatan Harapan Meterai Perjanjian Sabtu Ini
Published on Jan 5, 2016

Pakatan Harapan memeterai Perjanjian Pakatan Harapan di antara PKR, DAP dan Parti Amanah Negara (Amanah), 9 Januari ini.
Demikian kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, hari ini..Sinar TV

Lihat pautan ini
Pakatan Harapan tandatangan perjanjian Sabtu ini]

Pakatan Harapan Tak Bincang Isu Pas
Published on Jan 5, 2016

Mesyuarat Majlis Pakatan Harapan hari ini langsung tidak membincangkan isu tahaluf siyasi dengan Pas.

Demikian kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail pada sidang media di ibu pejabat Amanah, di Kuala Lumpur, hari ini..Sinar TV


Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

Foto Kereta Kebal terbaru Rusia 'Armata' Mampu lindungi tenteranya di medan perang. - Video