Nasihat Sulung PAS? - Acah TITM? [Video]

Bila PAS cadang sesuatu kepada seseorang tokoh berpengaruh yg pernah jadi orang #2 dalam Umno tu? dan masih ada bisanya sebagai Timbalan Presiden Umno..Mafhumnya ialah sebagai suatu nasehat ! Kan ke Pas sekarang menjadi 'penasihat' utama BN bro?Lagi pun ini bukan sebarang nasihat dan cadangan bro ?  Kalo tak silap, rasanya inilah 'nasehat' sulung paling 'panas' yg dilontarkan oleh Pas melalui orang #2nya bro? Kah Kah Kah
Kenapa perlu Tuan Ibrahim ini memberi tips untuk menjatuhkan Najib? Kenapa tidak berjumpa terus dengan Najib untuk memberikan idea2 ini agar beban yang ditanggung rakyat dapat dikurangkan? Apa motif sebenarnya Tuan Ibrahim ini dalam pemberian idea2 ini? Kenapa beliau perlu untuk melaga2kan lagi kedua-dua pemimpin ini? Bukankah Islam melarang kita daripada berbuat sedemikian? Nasihat Busuk ! Kah Kah Kah

PAS cadang Muhyiddin umum 
13 perkara untuk ambil alih jawatan PM
03 Disember 2015 | BORHAN AHMAD


Tuan Ibrahim Tuan Man


kredit imej - F M T

Kegagalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk hadir di parlimen dan menjawab dana RM2.6 bilion di dalam akaun beliau telah membuka ruang luas kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk menjadi Presiden Umno dan seterusnya Perdana Menteri, kata PAS.

Timbalan presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, bola kini di kaki Muhyiddin – "apakah beliau mahu terus menjadi mangsa atau bangkit menjadi PM?"


www.utaranews.com


"Jika TS Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya.   Katanya, Muhyidin perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa.

Tuan Ibrahim mencadangkan Muhyiddin menjanjikan 13 perkara kepada rakyat negara ini iaitu:

1. Mengurangkan kadar kenaikan KTM, yang baru dinaikkan sebanyak 58% pada 2 Disember 2015.

2. Mengurangkan kadar kenaikan LRT, yang baru dinaikkan 102% pada 2 Disember 2015.

3. Mengurangkan kadar kenaikan ERL, yang bakal dinaikkan dari RM35 ke RM55 pada 1 Jan 2016.

4. Menghalang kenaikan tol PLUS pada tahun depan dan berjanji menyemak semula segala perjanjian konsesi lebuhraya

5. Menghidupkan semula subsidi elektrik, minyak masak dan beras ST15.

6. Membongkar misteri penderma dan asal-usul RM2.6 bilion

7. Mendedahkan hasil siasatan ke atas 1MDB

8. Mengurangkan pembelanjaan Jabatan Perdana Menteri dan memulangkan bajet pendidikan setara dengan peruntukan di 2015

9. Tidak akan memegang jawatan Menteri Kewangan

10. Tidak sesekali membalas dendam kepada sesiapa yang mengkhianatinya sehingga beliau hilang jawatan Timbalan Perdana Menteri

11. Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno

12. Memecat semua penasihat-penasihat kontrak bergaji tinggi di Jabatan Perdana Menteri

13. Mengurangkan saiz kabinet


www.freemalaysiatoday.com

Kata Tuan Ibrahim, Muhyiddin sedar kegagalan untuk memecatnya dari Umno menunjukkan beliau masih mempunyai sokongan yang kuat di kalangan pemimpin dan ahli Umno.

"Beliau masih boleh bersuara di dunia digital hari ini meskipun digam. Beliau masih boleh memberikan amanat melalui rakaman video," katanya.

Baginya, dengan rakyat termasuk sebahagian besar ahli Umno yang kini terkesan dengan kenaikan kos sara hidup, tidak mustahil untuk Muhyiddin mendapat mandat yang besar dan diberi kepercayaan menerajui Umno selepas ini.


"Bola kini di kaki Muhyiddin," kata Tuan Ibrahim...Malaysia Dateline


****************

PAS is 'playing both sides'
Published on Oct 27, 2015
Parti Amanah Negara communications director Khalid Abdul Samad says at the Parliament that PAS must give a clear picture of the party's direction so voters can make a proper choice during polls...The Star Online 


Nasihat Busuk!!!
Seniman Agung Allahyarham P.Ramlee
 telah lama mengajar kita untuk BERINTEGRITI!!!...


Sisipan Maknawi


toknek.com
Yer laa tu, memang Amanah tak ada apa-apa lagi..Budak barulah katakan, tapi kena berawas bro, kecik2 cili padi..nanti cari air sejuk tak berenti2..pasai apa dok keluaq kalam macam nie? Pasai Amanah bukan Umno ke? Maklumlah Umno tu besaq, Amanah tu kecik? Tak sekufu' bro? tu yang tak boleh 'kahwin' tu? Kah Kah Kah



www.utaranews.com
Terbuka hati kat Umno? Kah Kah KahAmbik contoh masalah banjir?Laa nie selesai ke belum rumah untuk mangsa banjir tu bro?Bukan pasai apa, kalo k/sama tentulah kuatnya bertambah dan tak laa lama sangat mangsa-masa banjir tu duduk dalam khemah...kah kah kah



jamaludinmdisa.blogspot.com
Naluri hendak berkerjasama dengan UMNO kelihatan jelas. Saya bersetuju dengan Datuk Husam, kalau benar-benar hendak bersenggama dengan UMNO, perjelaskan! Apa salahnya bawa perkara yang dikehendaki itu kemeja perundingan. Bukan hanya di peringkat Majlis Syura Ulama, bawa juga ke peringkat AJK pusat. Dan jika bersetuju serahkan ke pihak muktamar membuat keputusan. Itu baru betul sebagai Tuang Presiden se buah parti islam. Tidak molek kalau bermain "flip-flop", ahli bawahan tidak tahu apa yang berlaku dan dikehedaki oleh Tuan Presiden? Kalau ahli-ahli tidak bersetuju dengan cadangan itu, Tuan Presiden dengan rela bolehlah meletakan jawatan. Itu barulah Tuan Presiden yang "gentlement". Lepas itu kalau rasa-rasa hendak juga bersengggama dengan UMNO, maka adalah baik istiharkan diri keluar PAS jadi ahli UMNO. Tidak salah. Ahli-ahli PAS tidak akan marah..Ikut jalan ini kerana itu sudah kehendak diri sendiri. Sudah ramai tokoh-tokoh besar PAS berbuat demikian. Keluar PAS masuk UMNO. Biar tuan punya diri itu yang rosak jangan ahli-ahli parti yang terpaksa bertelangah  dan berandu-domba sesama sendiri akhirnya menjadikan PAS berpecah dan berbalah.

Persolan saya di sini mahukah UMNO berpenasihatkan oleh Tuang Presiden dari Rusila itu? Sedangkan Tun Dr Mahathir Mohamad bekas Negarawan pun UMNO tidak dapat menerimai pandangan beliau. Apalah sangat Tuan Presiden dari Rusila itu mahu meletakan diri peribadinya di situ. Walau apa pun saya mohon dan nasihat Datuk Najib PM kasihanilah dan terimailah Tuang Presiden sekalipun sepenggal untuk jadi penasihat kepada kerajaan dan UMNO-BN..Blogger



Add caption
sehingga kini PAS- UMNO belum bersenggama. Tetapi percintaan PAS terhadap UMNO tidak boleh dilindungi lagi. Kemaruk untuk bernikah dengan UMNO menjadikan PAS dewasa ini bagaikan dilandai sebuah percintaan yang menggila. Orang sedang mabuk cinta sehari tanpa melihat wajah orang yang dicintai itu hidupnya sentiasa resah gelisah dan gundah gulana.

Sekarang peranan Hj Hadi dengan kaedah memperkenal kebaikkan UMNO terlebih dahulu kepada ahli-ahli PAS perlu dirancang secara licik. Katanya UMNO kini tidak seburuk firaun, Najib ada kelemahan tetapi tidak menyeleweng, lapuran 1MDB oleh WSJ misti ada saksi. Dan akhir-akhir ini pula beliau mahu menunjuk sikapnya yang benar-benar boleh ditafsiri adanya semangat UG, melalui sloka iramanya yang tungging langgang. Macam orang yang hidung tak mancung pipi terserong-serong. Di Parlimen MP PAS diajukan agar jangan mengangkat plakad 2.6 bilion. Jangan sokong PH yang menolak bajet 2016. Mana-mana MP PAS menyokongnya akan dicop sebagai tidak "WALA", mereka tidak taat kepada kepimpinan Ulama.


Yang penting ahli-ahli PAS misti dituba dan dimabukkan terlebih dahulu dengan islam dan kepimpinan Ulama. Versi "WALA" misti didoktrinkan ke dalam jiwa sunubari seluruh ahli parti. "WALA" akan menutup dan mengunci mulut dan mata hati ahli parti untuk memprotes. Tidak ada protes dalam kepimpinan Ulama. Jika protes dituduh sebagai tidak taat setia kepada kepimpinan yang bersih yang sentiasa diredoi Tuhan. Para ahli hendaklah patuh dan menerima semua pandangan dan pendapat pihak Ulama. Berbeza pendapat dengan Ulama seseolah melakukan satu dosa dan kesalahan..Blogger





Khulasah

1. Bukan sikit nasihat yg diberikan tu bro, 13 nasehat bukanlah sedikit? banyak tu? Kah Kah Kah

2. Kenapa nasehat dan semua cadangan tu hanya untuk Bekas Timbalan PM? Ini tidak adil...kah kah kah - apa dah jadi dengan Najib? Tak kan bila Najib tidak hadir pada sesi P'limen kali ini, maka TITM ambil peluang ini, untuk hangatkan suasana?

3. Apa makna "bola kini di kaki Muhyiddin"?, "apakah beliau mahu terus menjadi mangsa atau bangkit menjadi PM?","Jika TS Muhyiddin memilih untuk bangkit, maka beliau harus berhenti bermain isu yang memperlihatkan beliau sebagai mangsa," kata Tuan Ibrahim dalam kenyataannya...dan lagi kata TITM, "Muhyidin perlu menumpukan perhatian kepada pengumuman langkah-langkah yang bakal beliau ambil jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa."

4. Lepas TITM tanya semua ini, beliau mencadangkan Muhyiddin menjanjikan 13 perkara kepada rakyat negara ini seperti di atas tu bro ! Kah Kah Kah

5. Nampak gaya TITM saja acah semua ni bro? Ia memberi maksud seolah orang #2 Pas nie macam terlebih cenderung kepada Tok Din yg kebetulan orang no.2 dalam Umno sekarang berlandaskan beliau masih Timbalan Presiden Umno sekalipun bukan lagi TPM bro?

6. Sekilas ikan menodak di air, kita tahu jantan betinanya bro, bila TITM sebut: "jika beliau ialah PM di saat rakyat kian tersepit dengan pelbagai pengumuman kenaikan harga secara mendadak yang turut dirasai ahli-ahli Umno biasa.", titm pakai ayat 'jika' bro ! jika Tok Din jadi PM? --- Mafhumnya sangat mudah, seolah Pas terutama TITM sendiri sudah hilang keyakinan terhadap Najib sebagai PM sendiri, apakah ini tidak bercanggah dengan Tok Sidang Pas sendiri yang begitu 'akrab' dilihat bersama Najib? Ini boleh dilihat dari cadangan TITM kpd Tok Din pada bilangan 9, 11 dan 12 di atas , terutama cadangan ke 11 tu [Berjanji tidak akan membenarkan isteri beliau mencampuri urusan negara mahupun Umno]..apakah ini bukan TITM kata kat Najib ke? Ini boleh mendatangkan amarah seseorang bro? kah kah kah..Tok Sidang pun tak berani kata macam nie? tetapi waktu mengundi untuk menolak Najib dan bajet 2016 hari tu, apasal PAS mengambil sikap berbeza? berlainan dengan Pakatan Harapan? Memang Pas kamjat besaq laa bro? Kah Kah Kah

7. Tok Sidang dan Pascai dilihat hari2 dok wirid nak ke Umno bro? cer lihat 'sisipan maknawi' yang dilampirkan itu...sedia berkerja dgn BN laa, sedia bertindak sebagai penasihat membantu BN laa, terbuka hati untuk terima Umno laa dan sebagainya, itulah kaler dan warna sebenar Pas sekarang yg cukup merimaskan pendokongnya, akar umbinya hanya untuk memuaskan hati beberapa kerat pimpinan utamanya? 

8. Mencadang dan memberikan nasehat kpd TS Muhyiddin Yasin seperti di atas, masih dalam kerangka yg Pas masih mau bersenggama dengan Umno bro, sekaligus cuba 'merendahkan' PM sendiri? Tidak lagi yakin dgn PM? Adakah begitu persepsinya? Hanya Pas samada Tok Sidang atawa Pascainya sahaja yang mampu menjawab semua persoalan ini? Apa pun, Pas tetap berbau tengitnya Umno bro ! Kah Kah kah

9. Sejak jadi punaisehat nie bro..Pas nampaknya macam masuk campur sikit dalam urusan kepartian Umno? Bahaya nie bro ? tengah Umno dok suka kat Pas sekarang nie? alih-alih nanti tak pasai kena semboq, kena sumpit, kena hamput? Jangan lajak perahu lebih dari arus bro? tak pasai hanyut sorang2? Nak nasehat pun? ukur laa parti sendiri tu dulu yang dah jadi macam buboq sora tu? Kah Kah Kah


Sisipan Hiburan


Perjanjian Berat Sebelah -25% : Kalau marah kena Jual


Comments

  1. "Demi" MASA...ALLAH Ber Firman
    MASA Ber Harga ....Mencari KEBNARAN
    Nasehat Menasehati...AMANAH-Nya-TUHAN
    Melihat "PUNCA"...Segala Persoalan
    Melihat "PUNCA"...Onar Kemungkaran
    Melihat "PUNCA"...Segala Kebobrokkan

    FITNAH Pil-Kuda...Siapakah Bajingan?
    WATIKAH Dua...Bukan Kah Pengkhianatan??
    HUJAH Merapu...Dewasa ker "Hingusan"???
    PONTENG U-Turn...Penasehat ker Setan????

    Sape Kah Yg Wajib...Mendapat NASEHAT?
    Sape Kah yg Wajib...Pergi Ber OBAT??
    Sape kah yg Wajib...Bersara dan REHAT???
    Sape kah yg Wajib...Di Suruh Ber TAUBAT????






    Wahai Sahabat....AMANAH Budiman
    Hidup Mem-BERI...Indah Di HATI
    Indah Di Hati...Indah Lah AMALAN
    Tak Wujud FITNAH...Songlap Men-CURI
    Tak Wujud PONTENG...Merapu Alasan
    Tak Wujud U-Turn...Menodai JANJI
    Itulah Sebaik-Baik...NASEHAT Tauladan



    Wahai Sahabat...AMANAH Sejati
    FITRAH Mem-BERI....Fitrah Syurgawi
    PANTANG Me Nyonglap...Pantang Men CURI
    PANTANG Mem FITNAH...Murtad yg Keji
    Tunggang TERBALIK...Umat Di Khianati

    Sahabat AMANAH...Sahabat Sejati
    FITRAH Yg Lurus...Ber CAHAYA Di Hati
    FITRAH Yg Kudus...Memancar Ber SERI
    FITRAH Mem-BERI...Lambang Syurgawi..
    Meluncur "Terbang"...Ke Makam Ter PUJI
    Makam yg INDAH...INDAH Tak Ber Tepi






    ReplyDelete
  2. PAS tak layak memberi sebarang komen aatau penentangan terhadap semua kenaikan harga barang dsb kerana mereka berkecuali masa undian tolak budget diparlimen.Buat malu budak tadika aje......

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju bro R vs M

      memang Pas merungut n membebel tak kena tempat..
      masuk gelanggang ? mam tikuih mondok..kekenyangan !

      Kah Kah Kah

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?