Bahasa Alim Ulama PAS - kalimah Merapu, Kalimah Gabranya - [Video]


Bahasa alim ulama (kalo alim, kalo ulama sungguh) laa, tentunya bahasa dan kalimah yg keluaq dari mulut mereka penuh hikmah, penuh nasihat indah, tidak menggiatkan (memperli dan seumpamanya) serta akan jadi panduan ramai bro ! seperti bahasa Imam Syafie, bahasa dari Imam Ghazali, Imam Ahmad dan lainnya yang menjadi ikutan umat zaman berzaman bro ! bukan bahasa yg bengang dan bangang? seperti bahasa yg dipertontonkan oleh olamark Pascai sekarang ini.

Kita ambil contoh Hamka misalnya, Hamka, Ulama dan Sastrawan,
Hamka adalah seorang  sastrawan Indonesia dan ulama. Selain sebagai sastrawan, ia juga dikenal sebagai  ulama, ahli filsafat, dan aktivis politik. 
Hamka adalah seorang 'self-taught' dalam berbagai bidang ilmu pengetahuan, seperti filsafat, sastra, sejarah, sosiologi dan politik, baik Islam maupun Barat. Dengan kemahirannya berbahasa Arab, ia dapat meneliti karya ulama dan pujangga besar di Timur Tengah, seperti Zaki Mubarak, Jurji Zaidan, Abbas al-Aqqad, Mustafa al-Manfaluti, dan Hussain Haikal. 
Melalui kemampuannya berbahasa Arab itu juga, ia meneliti karya sastrawan Perancis, Inggeris dan Jerman, seperti Albert Camus, William James, Sigmund Freud, Arnold Toynbee, Jean Paul Sartre, Karl Marx, dan Pierre Loti. Hamka merupakan salah satu orang Indonesia yang paling banyak menulis dan menerbitkan buku..Karyanya yang agung ialah 'Tafsir Al-Azhar' yg disiapkan olehnya semasa berada di dalam penjara di era Bung Sukarno bro ! 

Oleh karena itu, ia dijuluki sebagai Hamzah Fansuri di era modern.
Belakangan, ia mendapat sebutan Buya (berasal dari bahasa Arab, abi atau abuya, yang berarti ayahku), sebuah panggilan yang ditujukan untuk seseorang yang dihormati. 

Adakah 'olamark' Pascai mampu menghampiri kemampuan Abuya Hamka ini bro? Kiri Hamka pun depa tak ada? kerana apa? kerana orang dihormati kerana prinsip mereka yang teguh dan tetap pendirian serta menguasai kepelbagaian ilmu, bukan nahu saraf, mantik dan balaghah saja, bukan usul itu usul ini saja? tetapi mencambahkannya seluas mungkin seperti yg dilakukan oleh Abuya Hamka yg kita hormati itu, dgn akhlaknya yang hebat dan dikagumi hingga ke akhir hayatnya bro ! hingga sang murabbi, pendakwah tersohor M. NATSIR mengarang puisi khas bagi menghormati keteguhan prinsip Hamka yang tidak boleh dijual beli itu, baca sajaknya dalam pautan di bawah yang aku naqal sikit di sini...

"Buya Hamka tercatat sebagai ketua MUI pertama sejak tahun 1975. Keteguhannya memegang prinsip yang diyakini membuat semua orang menyeganinya. Pada zamam pemerintah Soekarno, Buya Hamka berani mengeluarkan fatwa haram menikah lagi bagi Presiden Soekarno. Otomatis fatwa itu membuat sang Presiden berang ’kebakaran jenggot’. Tidak hanya berhenti di situ saja, Buya Hamka juga terus-terusan mengkritik kedekatan pemerintah dengan PKI waktu itu. Maka, wajar saja kalau akhirnya dia dijebloskan ke penjara oleh Soekarno. Bahkan majalah yang dibentuknya ”Panji Masyarakat” pernah dibredel Soekarno karena menerbitkan tulisan Bung Hatta yang berjudul ”Demokrasi Kita” yang terkenal itu. Tulisan itu berisi kritikan tajam terhadap konsep Demokrasi Terpimpin yang dijalankan Bung Karno. Ketika tidak lagi disibukkan dengan urusan-urusan politik, hari-hari Buya Hamka lebih banyak diisi dengan kuliah subuh di Masjid Al-Azhar, Jakarta Selatan. " Ini namanya [''ulama yang tidak bisa dibeli''] lihat lagi (Biar sejarah yang bicara …….)

Berbalik pada 'Bahasa alim ulama Pas' bahasanya cukup selentengan bro, cukup memualkan, depa nie perasan kot ingat orang semua 'dol' tak tahu nak menilai? Bahasa depa kelam kabut bro ! macam orang yang 'bertindak dan berasa salah' terhadap sesuatu? Kah Kah Kah

Pemikiran songsang dan terbalik dari pimpinan tertentu dalam Pas kian memanaskan pentas 'pertarungan' antara Amanah-DAP di satu pihak, dan PKR-PAS di pihak lain bro. Pas juga naik angin dan tak serasi lagi dengan 'orang sendiri' seperti Husam Musa yang mampu kritik Tok Sidangnya serta pimpinan utama dan sederhana dalam Pas? alih-alih Pas melarang Husam (Husam dilarang bersuara, netizen kecam PAS) bersuara, kira Husam kena gam laa tu bro ! 

Sikit punya banyak ke netizen hantam Pas,baca atas tu bro ! semua ini kerana Pas tak mampu berhadapan dengan kebenaran fakta yg diketengahkan dan dipersoalkan oleh Husam Musa itu...Selepas itu MB Kelantan pula dengan 'lawak' sombongnya menyifatkan Parti Amanah Negara bagai 'polybag' saja bro, kononnya tak mampu berikan 'cabaran' dlm PRU 14 akan datang ? Kah Kah Kah

Iklim 'pertempuran' pengaruh ini kian panas berapi-api bila Mat Sabu mendakwa PAS (Amanah ditubuh kerana PAS diresapi pemikiran Isis, kata Mat Sabu) diresapi budaya 'takfiri' dan pemikiran Isis? Cepat saja Nik Abduh kilas balik bro, buktikan, kata beliau ( Buktikan kami dipengaruhi fahaman ISIS – Pas) Kah Kah Kah

Pas mula kelupoq bro, bangkitlah Pengarah Pusat Penyelidikan PAS (PPP) Mohd Zuhdi Marzuki berkata tuduhan terbaru Presiden Amanah Mohamad Sabu itu bertentangan momokan mereka sebelum itu bahawa PAS mahu bekerjasama dengan Umno membentuk kerajaan perpaduan (PAS bidas Mat Sabu yang 'keliru dan celaru')..alasan Pas main acilon dgn Umno tu dah sangat teghanggg bro ! tak payah suluh lagi, tapi dakwaan terbaru dari Mat Sabu tu, kenalah suluh pelan2 bro? Mat Sabu punya alasan kukuh laa tu, kalo tidak mana dia berani nak dakwa macam tu? Itu pasal laa Mat Sabu minta dan menuntut satu kajian serius dibuat kerana ia bahaya kepada keselamatan negara Malaysia, rujuk[themalaysianinsider.com

Ini termasuk budaya 'takfiri' yg menurut Mat Sabu begitu sewenangnya berlaku dalam Pas, hanya kerana adanya kumpulan yang berbeza pandangan dalam soal2 tertentu? Memang Pas dikesan sejak berada bawah Tok Sidang laa nie, banyak tercalar dengan budaya seperti yang disebut oleh Mat Sabu ini ! Meraikan perbedaan pendapat sudah hampir pupus dalam Pas yg kebannyakannya didominasi oleh de so called 'olama pascai' nie bro! 







Bahasa
Merapu dan Gabra 
'Super Merapu'.......

www.sinarharian.com.my
Dah Polibag Pulok !!!
Pas menyifatkan Parti Amanah Negara hanya sebuah parti 'polibag', tidak memberi cabaran dalam PRU14 akan datang.
Timbalan Mursyidul Amnya, Datuk Ahmad Yakob berkata, Amanah boleh ibaratkan pokok yang baru berkembang, walaupun dibaja dan disemai dengan berhemah.
"Walaupun disemai dan dibaja, diletakkan air mencukupi, tetapi tetap dalam polibag sahaja, berbanding kita yang berumur lebih 60 tahun dan banyak pengalaman.
Nota Tapak KakiSebelum ni lebai kata parti nyamuk..Sekarang dah Parti Polibag pulak...Kah Kah Kah Dalam dok kata parti nyamuk, polibag ler..bila saja Amanahnak bertanding di semua kerusi kat Kelantan dan Selangor...Semua lebai habis meroyan..habis gabra..Kah kah Kah

*********

Label melabel mcam nie, kerja seorang MB ke bro? 
Hang lepas kat Pascai bawahan sudah ler..Biaq Pascai bangang saja cakap dan ayatkan macam nie bro ! MB tak kan nak cakap macam budak tak sekolah ? Banyak kerja mb lagi nak buat tu? Jawab 'surat cinta' Husam tu dulu bro ! (Husam: Saya sudah hantar surat cinta) tapi setakat yg diketahui? Surat Husam belum dijawab lagi bro! lepas tu Husam pun rela jumpa depa bila dipanggil (Husam tiba untuk bagi penjelasan) - [Husam jumpa Dewan Harian Pas hari ini]]
Awat yang ngok sangat sampai tara nie? macam2 ada kat hangpa, polibag, parti nyamuk n bla bla lagi...Kalo Pas dah lebih 60 tahun pun sapa nak heran? kalo perangai yang dok ada macam pinggan sumbing, orang tengok pun tak lalu..lagi pun kena ingat sikit, yang dok ada dalam Amanah tu, macam Ust. Ahmad Awang, Ust Ghani dan kumpulan Pro tu, depa bukan barudlm PAS, setengah tu dah 40-50 tahun lebih, bila hangpa buat perangai pi perambat depa semua tu? Hanpa yang menghoyan pulak, lebih2 lagi Amanah dah cukup cekang sekarang ini...tau pula hangpa takut, gabra, ketaq pasai Kelantan mungkin tak lagi selamat bila berhadapan dengan Amanah dan Pakatan Harapan nanti ! tu saja pasai yg hangpa dok tak senang nie, dok label orang semacam jer, sendiri kalut tak mau habaq? Kah Kah Kah


Kalau MB pantai timur bengong kata Amanah parti yg baru bercambah, memang iya pun tetapi ia cepat membesarnya.
Sedangkan Pas umpama sebuah kereta buruk yang sudah banyak kali keluar masuk bengkel hinggalah ke tahap kerosakan kronik yang tidak jumpa spare part untuk membaikinya kecuali direhatkan sebagai barang antik bawah rumah.
Amanah pula ibarat kereta yg baru lulus test drive yg baru keluar kilang dan masih berbau wangi bungkusan plastiknya.

Apa macam?..



Ramai geng PASCAI duk meratib saban hari kenapa Parti Amanah Negara lebih sibuk tarik orang daripda Parti Islam Semalaysia untuk menyertai parti ini. Sepatutnya kata diaorang Parti Amanah Negara kenalah tarik ahli dan penyokong daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu untuk menyertai parti ini.
Jawabnya adalah sebab Parti Amanah Negara adalah pengganti tempat Parti Islam Semalaysia dalam Pakatan Baru sekarang ini iaitu Pakatan Harapan selepas pakatan BA dan PR telah berkubur sebelum ini disebabkan perangai dan gaya kepimpinan presiden Parti Islam Semalaysia sekarang ini yang masih lagi memimpin parti itu.Jadi Parti Amanah Negara mahu tidak mahu wajib tarik orang daripada Parti Islam Semalaysia terlebih dahulu untuk meyakinkan orang-orang daripada Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu supaya mereka lebih tertarik untuk menyertai parti ini dan juga 
lebih yakin bahawa parti ini benar-benar sebagai pengganti tempat Parti Islam Semalaysia dalam Pakatan Harapan kerana sebelum ini ramai ahli dan penyokong Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu sendiri memang berminat untuk menjadi ahli parti Islam yang sedia ada sebelum ini tetapi apabila melihat cara presiden Parti Islam Semalaysia sekarang
memimpin parti itu yang boleh membawa fitnah kepada Islam juga maka parti Islam yang lain wajib ditubuhkan juga sebagai alternatif.
Selain itu tindakan oleh Parti Amanah Negara ini juga adalah untuk menghilangkan kesangsian oleh segelintir pemimpin 

dan ahli daripada Parti Keadilan Rakyat sendiri terhadap keupayaan parti ini untuk menjadi pengganti kepada Parti Islam Semalaysia setelah berkuburnya Pakatan Rakyat sebelum ini.



Sebab musabbab
Pas merapu mereben sakan?


Mat Sabu: Parti Amanah Negara "The Fastest Growing" Parti Di Malaysia
Published on Nov 29, 2015
Ceramah Perdana - Majlis Perasmian Wisma Amanah Negara, Kuala Lumpur 28/11/2015 - mediarakyat 

******** 
Pas melalui Pascai besarnya ada dok label Amanah sebagai parti 'polybag' bro ! Ini polibag besaq bro ! bukan kecik anak punya, kalo hangpa nak tau, sat saja bijik benih tu bercambah..macam padi malinja bro ! tiga bulan boleh mengerat boleh mengetam dah, pasai tu Pas macam kena sawan, pakat kelamkabut habis Pascai dalam Pas tu..tu yang pakat mereben merapu dgn macam2 kalimah yang keluaq...kah kah kah


Bahasa Tak Boleh Berkira



Aku nie kadang tu kesiann dgn Pascai macam nie bro ! awat hangpa ingat cara tu boleh tutup sesuatu ke? awat gabra? dah jadi karbata, dah jadi golmar ke? pasai Husam dah tebuk lubang kat Kelate tu? Ingat Husam tu sapa? Ikut suka dia laa nak kritik atawa tidak (pinjam ayat Tok Sidang sat) selagi dia tengok benda tak betoi kat Kelate tu? dia bersuara laa bro ! Tok sah laa guna Bahasa tak boleh berkira tu...Kah Kah Kah

Bahasa Meghoyan




Dulu Pas kalah tipis kat Beting Maro 
Kan kan kan
Maka Muara Tuang & Beting Maro sasaran utama Amanah.
Harap Tuan lebih bersedia, Kalo gabra pun?  janganlah dok merapu macam nie, tak elok orang baca, awat pasai Mat Sabu nak tanding kat S'wak ke, Kat Sabah ke? awai-awai  dah jadi tok nujum? Pas dulu tu menang ke kat S'wak tu? tengok laa dulu 'anak sulung' Amanah tu, beranak ke tidak nanti? baru laa kata kat Amanah..nie tidak, belum apa2an enta dah dah naik gabra ! Kah Kah Kah



Bahasa 
Seghondoi menyondoi
Sapa Serondoi Sapa?...


KONGRES PKR TANPA DS ANWAR.
Kongres Nasional PKR kali ke-11 yang bakal berlangsung esok kali pertama diadakan dengan ketiadaan Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Menurut Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad, sejak penyertaannya dalam kongres-kongres parti, ini yang pertama kali berlaku tanpa kehadiran Anwar.
Menurutnya, Anwar langsung tidak mengadu tentang keadaan dirinya di penjara.
"Ini yang kita kata tokoh ketua umum kita, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau tidak gentar, walau jasadnya di dalam penjara, memikirkan tentang kita semua, memikirkan tentang parti yang kita cintai, memikirkan tentang rakyat yang ramai," katanya.
Nota Tapak KakiMasa ketiadaan DSAI, korang masing2 cakap merapu, tunjuk perangai buruk dgn tidak hormati saranan beliau supaya memperkukuhkan Pakatan Harapan - Apakah dgn menjatuhkan maruah PH di dalam Kongres, boleh menguatkan pari PKR?.. Apakah berkerjasama dgn parti lidah bercabang sahaj, Umno boleh ditumbangkan?...P/S: Sedarlah PKR, parti lebai busuk tu pun tak hinggin dgn korang.. lebai lebih suka DSAI duduk merengkok dalam penjara dari dibebaskan..



Kah kah kah 
depa kata dalam Parti Anwar (PKR laa tu) ada "HADIYUN"? 'word' baru nie bro, aku tak pernah dengaq pun? Hadiyun tu hape bro? mangkok hayun ke? aku tanya saja, tak kan tanya pun nak 'pangkah' aku? Jangan dok kata depa (Amanah) tu tak ada 'agenda' martabatkan Islam, semua muslim ada agenda dia bro! Ingat Pas saja ke yg ada 'agenda' Islam? Bunyi arab saja yang lebih..macam 'Fastaqim' hari tu, walhal tak ada apa sangat yang berfaedah untuk umat Islam Malaysia, hanya Pascai yang dok syok sendiri ! Amanah pun ramai 'ulama' hebat dan tersohor, tetapi tak ada laa dok merapu, dok gabra macam entapa semua ! Kalo dah tak minat sertai Pakatan Harapan, simpan laa minat tu, yg dgn PKR camna boleh timbul minat pula? kan ke dulu dok kata 'anwarinas'? tak layak laa kat Wan Azizah tu? pasai apa laa nie dok pi betenggek macam 'Berangas' kat perut kapal dan kat batu tu? dah tak ada pilihan? Kah Kah Kah


Sebab kat Selangor tu anak2 serta menantu dpt makang besor,tu pasal Pas ni takde prinsip yg depa dok pertahankan kantong anak2 serta menantu je weiii.
--------------------
Aku tambah sikit lagi bro..Pas dan Pascai dari Tok Sidangnya sampai laa ke anak menantu depa mana pernah ada prinsip bro? Prinsip hapenya? meleleh ayaq mata dok renggah kat depa dlm Pas laa nie terutama puak yg pro olamark ! dah laa cakap berkoyan2, satu habuk pun tak boleh pakai, kalo dah ada sifat2 nifaq dlm diri? Putaq belit, cakap lain buat lain tu tak nifaq ke? nak kata apa lagi? Ulama ke macam tu? Ulama mesti berani, cakap benar, tau siapa musuhnya, sanggup susah payah, tidak merendahkan lawan, sentiasa berbahasa lembut bermakna, bukan herdik, perli, labelkan orang dgn barua, tolol, babi dalam bukit, polibag, dan lainnya bro ! akhlak 'ulama' ke nie? Ini akhlak 'ulaq dalam semak' namanya, silap pijak daun? kena patuk bro !Kah kah Kah

Kalo Pas ada prinsip? pasai apa pi 'cross' kat Sg Aceh? kat Kota Damansara dan lainnya? Biaq apa nak jadi pun? kalo ada prinsip? tetap kita ikut prinsip yg dipersetujui bro? Sila rujuk 'Perjanjian Hudaibiyah' bagi mereka yg mahu berpegang dengan prinsip ! Sekalipun nampak kerugian di pihak Islam awalnya, Nabi s.a.w tetap mempertahan isi perjanjian yg berat sebelah itu, akhirnya Islam beroleh 'kemenangan' kerana berpegang dgn prinsip tadi. 

Kalo ada prinsip? tentu dia tidak marahkan bro Anwar bila mai berunding di tempat dia sendiri. susah payah kawan tu mai nak bincang, alih2 dia pi ayatkan bro Anwar bukan2..prinsip ke macam tu? Bila mai Pru Ptg Pauh pula..YMP ditatangnya tanpa respon apa2 pasai nak boikot Pru tu, kononnya 'tak sokong hudud'..jadi apa yg bro Salahuddin Ayub sebut dlm 'printscreen' kat atas tu hendaklah difikirkan sejenak bagi yg ada akal dan mata hati bro ! Memang Pas melacurkan prinsip mereka dari awal lagi sejak Tok Sidang sekarang ambil alih teraju utama Pas..Masihkah segala Pascai dan walaunn nya berprinsip? Sama saja bro ! bagaimana irama, begitulah tarinya ! Orang yg tiada prinsip? memang muka tebal bro, tu sebab kata Salahuddin, depa Pas boleh bermain mata lagi dengan PKR ! Sapa seghondoi sapa? Kah Kah Kah 


Bahasa 
Merapu Mereben
Bahasa Gatal Telinga..

Kah Kah kah Politik Damai kononnnnn?Yang pakai 'siku ngan lutut' tu nak tala kat sapa?Merapu mereben sungguh puak nie bro !Yang putus 'tali kapal PR' dgn DAP dulu nie? Damai laa tu?Yang perambat Pro dalam Pas dulu tu? Damai tang mana?Yang mobil Dr Dzul dulu kena bakaq sikit tu? Damai juga?Kalimah bangang, merapu mereben macam nie sapa nak dengaq bro? Buang 'stim' jer, buat gatai telinga ! Kah Kah Kah

Bahasa 
Limau Purut Tiga Serangkai



85,000 JENTERA PAS PERTAHANKAN AZMIN.
Pas Selangor sedia mengarahkan 85,000 jentera pilihanrayanya bagi membantu PKR mempertahankan kerusi pada Pilihan Raya Umum ke 14 (PRU14).
Bantuan itu termasuk memastikan Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali mempertahankan kerusi Parlimen Gombak kata Khairuddin Othman yg juga Adun Paya Jaras dan Setiausaha Pas Selangor.
Ini berikutan kenyataan Pengerusi Amanah Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim bahawa Timbalan Pengerusi Amanah Selangor, Shaari Shuib akan bertanding di kerusi Parlimen Gombak milik PKR.
Nota Tapak KakiLebai nak pertahankan Azmin ke atau berniat nak ambil alih jika amanah  (PH) bertanding di kerusi Parlimen Gombak?..PS: Sekilas ikan di air sudah tahu jantan betina...keh keh keh

***********
Baru bunyi ayaq menitik, baru guruh di kaki langit..dah bercempegha kelamkabut  habih dah? Tu baru Saari Sungib sorang yg keluaq kalam? yg lain dak lagi? sudah angkut 'tantara' puluh2 ribu bro? tak tahan acah sungguh depa nie...awat yg nak pertahan abang Min tu sangat2..macam ada bende jer nak pertahan? Ni laa bahasa limau purut bro ! 3 serangkai pulak tu? Limau purut tu orang buat ubat saja..lepas tu lempaq buang ! Pas dah tak paham yg PKR tu bukan Azmin punya bro ! sikit sangat yg ikut bontot Azmin tu, hangpa jangan salah terkam..PH tu ialah Amanah, DAP dan PKR ! ada faham? Pas is 'no way' bro ! Kah Kah Kah..


Bahasa 
Tersepit Terkapit



Hantam laa labu, kok mana pun hangpa juga yang betoi? ejas pi laa yang mana patut? Kalo dah tersepit, terkapit...bontot kuali yg hitam legam tu pun nampak elok ! pelan2 buat kopi bro ! cicah ngan biskut, boleh telan seropa tu laa juga..Itu pasal Husam godam Pas sikit hari dulu? Dah tu tau pulak hangpa 'gam' dia dari bertutur pasai Kelate? Tok Sidang pun tak jawab lagi Husam tu? apasal haaa? Kah Kah Kah.


Bahasa
Tok Moh Tok Nujum


'ZUHDI PENGKHIANAT RAKYAT' NI PENGARAH PUSAT PENYELIDIKAN PAS KE PENGARAH FITNAH PAS PUSAT? 
ADALAH LEBIH BAIK SEKIRANYA 'ZUHDI PENGKHIANAT RAKYAT' NI MEMBUAT PENYELIDIKAN BERAPA LAMA JANGKA HAYAT PAS BOLEH BERTAHAN SETELAH HAMPIR 100 RIBU AHLI TERMASUK PEMIMPIN UTAMANYA MENYERTAI AMANAH DAN PKR DARIPADA SIBUK MEMBUAT RAMALAN PAK NUJUM JANGKA HAYAT PAKATAN HARAPAN...KEH KEH KEH
PS: KALAU NAK IKUTKAN JANGKA HAYAT PR LAGIPENDEK JIKA PEMIMPIN2 KEADILAN DAN DAP TIDAK SABAR MELAYAN KARENAH DAN PERANGAI BURUK LEBAI2 HAPRAK!!!


***********

Mai kita tengok 
orang cerdik dan waras bercakap bro


PAKATAN HARAPAN BOLEH MENANG PRU14 ATAS GELOMBANG ANTI UMNO.

Datuk Saifuddin Abdullah yakin Pakatan Harapan boleh memenangi pilihan raya umum akan datang samada dengan atau tanpa PAS atas gelombang atau faktor sentimen anti-Umno atau (ABU) 

Namun ini bergantung kepada kekuatan parti AMANAH pada masa itu, dan juga bagaimana ia boleh meyakinkan pengundi Melayu bahawa Pakatan boleh menjaga mereka dengan lebih baik, berbanding dengan Umno.

"Kita mesti menjelaskan dengan baik dasar-dasar kita kepada pengundi bumiputera, tunjuk rekod prestasi kita di Pulau Pinang dan Selangor untuk meyakinkan rakyat bahawa kita akan menjaga kepentingan orang Melayu," katanya.


NOTA TAPAK KAKI:
SELAIN DARI FAKTOR ABU, SENTIMEN KAUM JUGA MEMAINKAN PERANAN PENTING DALAM USAHA PAKATAN HARAPAN MEMEMENANGI PRU14 NANTI, INI BERIKUTAN PERPECAHAN PENGUNDI MELAYU TERBAHAGI KEPADA TIGA SEGMEN IAITU PAKATAN HARAPAN, BN DAN PAS, SEDANGKAN JUMLAH UNDI DARI KAUM CINA BOLEH DIKATAKAN 'SOLID' KEPADA PAKATAN HARAPAN KECUALI PENGUNDI KAUM INDIA AGAK SAMARATA DIANTARA PH DAN BN.
PS: PAS...BOLEH BELAH!!!KAH KAH KAH



Selingan Maknawi

Ibarat biji benih yang baik ,campak dimana pun tetap akan menjadi . Begitulah apa yang terjadi kepada Mat Sabu.Walaupun Hadi dan kumpulan dia singkirkan Mat Sabu dan kumpulan progresif yang lain melalui pemilihan yang sangat tidak beretika,namun Mat Sabu tidak putus asa.Hayat politik Mat Sabu malah lebih bersinar dengan penubuhan #HarapanBaru. Tidak dinafikan sekarang Mat Sabu lebih popular dan diterima orang ramai berbanding dengan Hadi.
Penyingkiran Mat Sabu merupakan kesilapan terbesar yang dibuat oleh Hadi dan kumpulannya ...


Bahasa Lagha
Ejas untuk Caj Bateri !

Idris seolah olah ingin menyalahkan orang lain terhadap persepsi yg timbul kononnya pas ingin bersama umno ...
Banyak banyak pimpinan dlm PR ... kenapa nak juga minum kopi bersama orang umno idris?. Kenapa bukan minum kopi dgn lim kit siang ker... lim guan eng ker..tony pua ker ...Rafizi Ramli ker...Saifuddin Nasution?? Idris ternyata gagal memahami hati ahli PR akar umbi dan rakyat Malaysia amnya.....
Mat Derih nie dah tak tau nak labun apa dah, tu bahasa lagha bro..sia sia saja dok cakap cam tu, tak payah habaq laa ayat macam tu bro ! kalo setakat nak caj bateri? go ahead bro tak dak sapa nak marah kalo takat  minum kopi tu? mesti ke tak mesti ke nak kerojasama tu dgn Umnuuu? orang dah hadham sangat ! kah kah kah

Bahasa 
Tak Senonoh dan Hudoh


Rasanya ramai yang kenal dengan mamat ni. Tu lah dia Datuk Khairuddin Aman Razali at Takiri ahli Parlimen Kuala Nerus dari Pas.Dalam akaun fbnya ini hari dia menuntut supaya PKR tidak membenarkan Amanah bertanding di kerusi Pas jika tidak mereka tidak akan membiarkan hanya PKR satu lawan satu dengan BN. Maksudnya Pas akan turut bertanding di kerusi PKR vs BN.Bagaimanapun TP Pkr Azmin Ali menegaskan bahawa matlamat PH adalah pertandingan satu lawan satu dan pertindihan kerusi dalam gabungan itu perlu diselesaikan.Ini bermakna Pas perlu berbaik dengan Amanah dan juga Dap jika mereka tidak mahu ada pertandingan 3 penjuru.Apa yang lebih tepat ialah sertai PH. Kalau tidak pertandingan 3 penjuru antara PH vs BN vs PAS tidak dapat dielakkan.Pas mungkin boleh mengelak dari melawan Pkr tapi Amanah dan Dap mungkin akan bertanding melawan Pas sebab mereka tidak ada kerjasama dengan Pas.
Sekarang lebai dalam Pas sudah mula mengancam PKR ...kikiki ...

Sisipan Maknawi


Sungguh bertuah parti PAS kerana mempunyai seorang Tok lebai Presideng yang sangat 'Zuhud' dan tidak mengejar jawatan, harta dunia serta kuasa.. Takburrrrrrrr



RESPONS DR MAZLAN ALI TERHADAP KENYATAAN HAJI HADI



As salam. Dalam satu program dialog Pas bersama rakyat di Kuala Trg semalam, TGHH berkata Pas menolak saranan MP Dato' Raja Kamarul Bahrin yg menyarankan semua MP Pembangkang menolak usul Bajet 2016 sbg satu protes terhadap kepimpinan Najib.
TGHH berkata Pas kini berpaksi kpd perjuangan bagi mengubah dasar dasar pemerintahan kerajaan, bukan semata2 ingin merebut jawatan dan mahu memerintah negara. Pas sedia menjadi penasihat sekiranya Umno ubah dasar pemerintahan. 
TGHH berkata Pas secara dasarnya bersetuju dgn bantuan2 yg diberikan kerajaan (Umno) terhadap rakyat, bagaimanapun cara perlaksanaan dan pengurusan bantuan itu tidak dipersetujui kerana berlaku banyak kepincangan. 
Setuju dgn umno bukan bermaksud kita akan jalankan kerjasama politik dgn mereka kerana Pas lebih selesa duduk di luar BN, bukan dalam BN malah kita tak akan bergabung dgn Umno" 

Pendapat saya: 

1. Ini adalah satu kenyataan politik yg paling tidak produktif dari seorang pemimpin no.1 parti yg 'kononnya' pembangkang. 
2. Pendirian pemimpin politik yg paling samar dan mengelirukan di abad ini. Inilah pemandu sebenar (TGHH) bas express yg tak ada destinasi. 
3. Cita2 TGHH ingin mengubah dasar Umno adalah kerja sia2, sbb ubah dasar umno adalah kerja akar umbi ( di perhimpunan agung umno) atau BBC. Kerja pembangkang bukan ubah dasar Umno, tetapi UBAH KERAJAAN. 4. Setuju dgn Umno tetapi tidak bermaksud akan jalankan kerjasama adalah satu sikap yg tidak rasional (tidak jelas) dalam konteks hubungan antara dua pihak.Dalam konteks politik, sikap spt ini adalah umpama 'talam dua muka". Ia mengelirukan samada di pihak Umno sendiri atau rakan pembangkangnya (PKR). 
5. Kesimpulannya, TGHH dan Pas sudah tidak releven lagi dalam politik Malaysia kerana adanya Pas dalam pentas politik ibarat kacau daun dan menganggu proses demokrasi yg sihat. 

-Dr Mazlan Ali


Dulu kita selalu dengar ustad cakap " JANGAN KAMU CENDERUNG KEPADA PEMIMPIN ZALIM KELAK KAMU AKAN DISAMBAR API NERAKA"....tapi tiba² sekarang ada Tok lebai kata nak berkejasama dengan pemimpin zalim ni untuk kekal berkuasa..Kah Kah Kah



Rupanya Tok Lebai Hadi nak berUG dengan UMNO masa krisis di Selangor dulu. Patut ler lebai Hadi tak berani nak saman The Malaysian Insider dan juga Husam sebab ianya bukan fitnah. Kesian kat rakyat serta penyokong PH yang bermati²an nak lawan BN



Belang Sebenar Parti Auta Semalaysia ni semakin terserlah..!! 
🎵 Bersatu Kita Bersatu..🎵
🎵 Dengan Setia Berganding Bahu..🎵
🎵 Jiwa Teguh Berpadu..🎵
🎵 Kita Geng Penipu Melayu..🎵






Dulu PAS Kata Boleh Sendirian, Sekarang Nak Cari Rakan Politik Baru Pula..??



Tahniah.. Broker PASchai dah mula mendapat habuan..




Lebih baik mung gi tolong Toktua mung rampas balik Trengganu dulu.. Rakyat Kelantan lebih mengenali siapa Husam daripada walaun PAS luar yang baru berjinak dengan politik ni.. Ke guano Ding - #HanyaJauhariMengenalManikam



Sikap sebenar lebai PAS semakin terserlah.. Sesama parti pembankang menjadi lawan tapi dengan pihak musuh dijadikan kawan pula..







Comments


  1. Mari Kita...Mencari ERTI
    Mencari ERTI...Makna HAKIKI
    Ar-RAHMAN Ber Erti...""Kaseh-Mem-BERI""
    Ar-RAHIM Ber Makna...""Yg-Maha-MENYAYANGI..""


    Ar-RAHMAN--Ar-RAHIM...Kaseh Dan SAYANG
    Kaseh Mem-BERI...Pe NYAYANG Di Hati
    Lambang ISLAM...Yg INDAH Cemerlang
    Ber Bondong2 Umat...Datang Meng HAMPIRI
    Menuju HAKIKAT...""CINTA"" Yg Gemilang
    ""CINTA"" Yg Gemilang...""CINTA"" Yg Azali
    Kaseh Mem-BERI...INDAH Ter Bayang
    FITRAH Mem-BERI ...Fitrah ""SYURGAWI""


    LANGIT Dan Bumi...Saling Mem-BERI
    Nabi Dan WALI...Mem-BERI kan "Bukti"
    Mem-BERI kan "Bukti"...Cahaya Yg HAKIKI
    "PERCUMA" Mem-BERI ...Hidayah ILAHI
    Bukannya HARTA...Nobat Yg Di Cari
    Demi ""AMANAH-NYA""...Yg Bertakhta Di Hati
    Walau pun Di "HALAU"...Di Cerca di Maki
    Walau pun Ter Paksa...Ber KORBAN Diri
    Itulah ""CINTA""...INDAH Nya "Syurgawi"
    Terlalu INDAH...INDAH Tak Terperi
    Maha7 INDAH...INDAH Tak Ber Tepi



    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
    Songlap & FITNAH..."Kembar" nya Syaitan
    Songlap & FITNAH..."Laknat" Kemurkaan
    Songlap & FITNAH..."Murtad" Kebejatan
    Tunggang TERBALIK..."Fasad" Kehancuran


    Wahai Sahabat...AMANAH Budiman
    Mem-BERI Itu...Ke Cintaan-Nya TUHAN
    Semakin Mem-BERI...Kan Di Lipat Gandakan
    Semakin Mem-BERI...Kan Di Teguh Damaikan
    Semakin Mem-BERI...Kan Di Mudah LAPANG kan
    Semakin Mem-BERI...Ber-CAHAYA Ber Gemerlapan..










    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?