PKR bergolak kerana Pakatan Harapan? [VIDEO]

Tidak sampai sebulan persefahaman antara PKR, PAN dan DAP melalui pimpinan utama mereka mengasaskan Pakatan Harapan Baru atau PR 2.0..PKR sudah mula kelihatan bergolak bro ! siapa yang mengocak air yang tenang ini? Kah Kah Kah





PKR nafi ramalan PAS, tidak mungkin berpecah kerana Pakatan Harapan


Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti Pakatan Rakyat.

Pengarah Pilihan Raya PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail menepis ramalan PAS partinya akan berpecah kerana Pakatan Harapan sama seperti Pakatan Rakyat (PR) sambil menyifatkan  gabungan politik baharu itu merupakan 'gabungan' yang kukuh.


Kesal dengan kenyataan Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Saifuddin  menafikan penubuhan Pakatan Harapan merupakan tindakan tergesa-gesa apatah lagi bakal menerima nasib sama seperti PR.


Sebaliknya beliau berkata, Pakatan Harapan ditubuhkan berasaskan prinsip saling hormat-menghormati, membuat keputusan bersama dan patuh dengan kata sepakat tersebut .



Katanya Pakatan Harapan turut menganggap parti sekutu mereka sebagai rakan susah senang (‘partners in struggle’) dan bukannya musuh yang perlu diserang dan diperlekeh  dan paling penting meraikan perbezaan pandangan serta tidak ghairah menghukum sesama sendiri. 
"PKR menginsafi setelah berpecahnya PR  berlaku kelompongan (vacuum) yang perlu diisi segera. Kelompongan kepimpinan dan kelompongan platform bersama. 

"Oleh demikian PKR melalui Presiden parti Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail mengambil inisiatif membentuk sebuah pakatan politik baharu yakni Pakatan Harapan.


"Ketika Tuan Ibrahim berpendapat bahawa langkah ini tergesa-gesa, PKR percaya rakyat terbanyak menantikan kelahiran Pakatan Harapan," katanya kepada The Malaysian Insider hari ini.


Bekas setiausaha agung PKR itu berkata, ramalan Tuan Ibrahim kononnya parti reformasi itu akan berpecah gara-gara wujudnya sebuah "parti‎" yang ingin mendominasi seperti mana yang terjadi kepada PAS adalah tidak benar sama sekali.


"Pandangan ini meleset dan hanya terbit dari sebuah parti atau pemimpin yang mempunyai ‘siege mentality’. 


"PKR yang lahir dari denyut nadi rakyat dengan agenda perubahan (reform) yang jelas, tidak akan terperangkap dengan ramalan sedemikian rupa," katanya.


Beliau yang mengulangi sekali lagi kekesalannya terhadap ramalan tersebut menyifatkan tindakan parti Islam itu sebagai keterlaluan terutamanya apabila PKR menganggap PAS sebagai rakan mereka.


"Biarpun perjalanan dan pengalaman PKR masih baru namun kita yakin PKR mampu melalui sedikit ujian kecil perbezaan pendapat dari kalangan pimpinannya dalam mendepani kelahiran Pakatan Harapan. 


"Oleh itu meramalkan PKR bakal berpecah adalah keterlaluan apalagi kiranya datang dari parti yang menganggap PKR sebagai sahabat," katanya.


Terdahulu Tuan Ibrahim dalam kenyataannya memberikan amaran kepada PKR dengan menyatakan tidak mustahil bakal menerima nasib sama seperti parti Islam itu ketika Pakatan Rakyat berpecah, menyaksikan penubuhan parti serpihan, Parti Amanah Negara (Amanah).‎ – 3 Oktober, 2015...www.themalaysianinsider.com



********



Baca ramalan 'tok nujum' baru Pas di pautan bawah ini - 

PAS beri amaran PKR bakal berpecah kerana Pakatan Harapan


Apahal yg TITM nie dok menyibuk, dok bagi amaran kat PKR bro? Kalo PAS dah lingkup dah hanyut ? jangan dok menyibuklah dengan rumah tangga orang..pergilah jaga rumahtangga kamu bersama Tok Sidang tu..Cuba tanya si Miqdad tu? dok bawah janggut tok sidang pun ? lepaskan janggut tu, lari keluaq ? nak menyibuk lagi pasai nie? 

PAS sebenarnya dah gelisah dah meroyan kerana semakin terpencil dalam persepakatan baru ini..tapi masih mendabik dada kata kuat dan hebat? walhal ia dah menerima pukulan demi pukulan dari ahli2 sendiri..Usaha terbaru PAS sekarang ini, berbaik dgn PKR yang dulunya disumpit dinista bukan2..hanya sanya ia mencuba, cuba dengan sedaya mugkin untuk musnahkan, hancurkan Pakatan Harapan..persamaan untuk PAS bagai 'musang berbulu ayam' bro ! dengan Umno dia lawan berdakap, dgn sesama pembangkang dia bermusuhan, dengan PKR ada agenda dia sendiri bila cuba dekati PKR setelah bebagai tohmahan dilemparkan! memang 'mangkaq' sungguh depa nie? 


Betullah bila Bro Saif kata, pandangan TITM nie meleset? tersasar begitu, yg hanya terbit dari akal dan mentaliti yang terkepung (de siege mentality), terkepung dengan dunia angkuh dan kesombongan mereka yg suka memperlekeh 'kemampuan' pihak2 lain yang lebih 'dinamik' berbanding PAS yg tiada sangat ada 'agenda' besar untuk melihat perubahan merobah perjalanan politik Malaysia yang di dominasi Umno BN? dan mereka juga terkepung dengan cinta kasih mereka kepada Umno sekarang ini ! Kah Kah 



Adakah kerana 'individu' tertentu? Maka PKR Bertelagah Dan Hampir Berpecah Gara-Gara Pakatan Harapan?
Siapalah agaknya 'individu' dimaksudkan? Adakah apa2 'agenda' tersembunyi di sebaliknya?
Ada sumber mengatakan, Satu sumber PKR memberitahu The Malaysian Insider, mereka yang menentang Pakatan Harapan percaya PAS perlu menjadi sebahagian daripada pakatan pembangkang. (Dah Pas menolak dari awal lagi, masih tak faham ke 'kumpulan' itu, kenapa? Itulah keangkuhan PAS dan kesombongan mereka ! PKR akan 'diratah' oleh PAS kiranya mereka masih mengharap parti itu untuk menukar kedegilannaya)

Sumber itu, yang mengaku menyokong Pakatan Harapan menambah, penandatangan petisyen itu silap apabila mereka berkata presiden bertindak bertentangan dengan kehendak MPP. 


"Selepas kami berbincang dengan panjang lebar dalam mesyuarat pada 20 September, presiden akhirnya memberitahu MPP: 'Beri saya mandat untuk membuat keputusan apa yang perlu dilakukan semasa perbincangan meja bulat'. 

"Dan mereka bersetuju dengan itu. Jadi ia tidak sepatutnya menjadi isu sama sekali," kata sumber itu dengan syarat tidak dinamakan.
Read More...


Sisipan Jempolan


KE MANA HILANGNYA KEBIJAKSANAAN DAN KEIKHLASAN?
Apabila mendengar muqaddimah ucapan Ust Hadi dalam rakaman video Mukhayyam Tarbawi PAS Kawasan Machang pada 3 September di Rusila, saya sebenarnyamerasa lega. Tersebut dalam hati, mungkin telah kembali kebijaksanaan dan keikhlasan kepada pimpinan bekas parti saya yang telah saya sertai sekian lama.
Malangnya hujungnya tidak sebijak atau seikhlas peermulaannya.
Malang sekali apabila kebijaksanaan dan keikhlasan yang diceduk dari kisah para sahabat hanya diceritakan tetapi tidak dicontohi. Dan apabila sendiri berhadapan dengan suasana yang jauh TIDAK ‘se-mencabar’, tidak pula dimanfaatkan kebijaksanaan yang diceritakan. Sepatutnya kebijaksanaan dan keikhlasan yang ditunjukkan Saidina Ali (KW) dijadikan pedoman dan panduan, bukan sekadar untuk diceritakan.
KISAH PERANG SAIDINA ALI DENGAN SAIDATINA AISYAH (RA) SERTA GOLONGAN KHAWARIJ..See More


*****
Cuba lihat komen Khalid Samad sendiri di akhir tulisannya di atas, samalah dengan kenyataan TITM yg cuba jadi 'tok nujum' itu juga sama dengan kenyataan walaunn dalam PAS juga malaon2 dalam PKR sendiri...
Kenyataan akhir KS, "Tidak perlu memfitnah dan mereka-reka cerita serta menuduh tanpa bukti. Untuk terus berbohong dan mereka-reka cerita serta melemparkan fitnah, itu bukan kaedah pimpinan Islam. Itu, bagi pandangan saya yang bukan ulama ini, mungkin boleh digambarkan seakan-akan kaedah pendekatan yang selalu dimainkan oleh UMNO." ..WaLlahu 'Alam - KHALID SAMAD





Miqdad Zakaria, dilantik sebagai ketua Amanah kawasan Marang. Hadi adalah bapa saudara isterinya.Pada 19 September, Miqdad Zakaria bersama ahli jawatankuasa Amanah Marang melancarkan program pertama mereka pada majlis pembukaan pejabat di Wakaf Dua iaitu kawasan penempatan campuran antara Melayu dan Cina dalam kawasan Marang."Saya buat ini atas dasar sayang kepada rakan seagama sebab saya lihat menjadi satu kesilapan daripada segi akidah apabila ditanam seolah-olah PAS ini agama," kata Miqdad..#amanah


AMK DAN WANITA PKR PULAU PINANG BERANI. AZMIN BILA LAGI?AMK DAN WANITA PKR PULAU PINANG GESA PEMIMPIN PAS LETAK JAWATAN YANG DIPEGANG DALAM KERAJAAN NEGERI...Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang dan Wanita Keadilan Pulau Pinang hari ini menyokong penuh keputusan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng yang mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai sebuah kerajaan Pakatan Harapan dokongan DAP, PKR dan Amanah.Menurut ketua AMK Pulau Pinang, Asrol Sani Abd Razak, ekoran kenyataan Ketua Menteri telah mengisytiharkan Pulau Pinang sebagai kerajaan Pakatan Harapan, beliau yang mewakili AMK Pulau Pinang menggesa pemimpin Pas yang kini mempunyai jawatan dalam kerajaan negeri supaya melepaskan jawatan sebelum hujung tahun ini..#pakatanharapan..See More



Laluan Selangor




Laluan: SELANGORKami tolak kumpulan yang PRO MB selangor yang tidak mahu menerima keputusan meja bulat.Kami berterima kasih pada KERAJAAN PULAU PINANG yang menerima AMANAH.Kepada kumpulan MPP Rakyat bersama keputusan MEJA BULAT.( senarai nama di atas dikecualikan NO. 12 siti aisyah, NO. 21 Hasan Karim kerana memohon maaf kepada KAK WAN )

Video Berkaitan


MB: Pakatan Harapan tiada kaitan dengan S'gorPublished on Sep 22, 2015Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali berkata Pakatan Harapan – gabungan baru PKR bersama DAP dan Parti Amanah Negara (AMANAH) – tiada kaitan dengan pentadbiran kerajaan Selangor.Katanya, pembentukan gabungan itu hanya melibatkan perancangan politik bagi menghadapi pilihan raya umum ke-14 (PRU14) akan datang..KiniTV
*****
Nampak ke tidak? Jawaban dari Azmin tersentap2 sahaja, dah mola belajar kona kona bro ! Kah Kah Kah

Aku sebenarnya, dari dulu lagi tidak pernah menaruh apa2 harapan dari Azmin nie bro ! dan antara 'figura' dalam PKR, kepercayaan aku terhadap beliau dan 'kumpulannya' meresah aku sebenarnya! dan kini semakin jelas apa yang aku rasakan selama ini.

Mereka seolah sudah hilang hormat kepada Kak Wan dan lain2 penggiat yg 'ikhlas' dalam PKR ! Betullah kata 'hukama', pangkat dan pengaruh diri, menjadikan manusia itu sebahagiannya 'lupa diri'.
Di ketika ini, Bro Saif mungkin boleh jadi 'pengimbang' dalam mainkan peranan untuk majukan Pakatan Harapan bersama DS Wan Azizah serta 'melunakan' kembali persefahaman antara PKR, Amanah dan DAP !




Kerana seperti inikah PAS Meroyan?


Fb
Semalam kat Dungun..PAS buat ceramah ! 
sambutannya seperti anda lihat ! Kah Kah Kah
TITM jangan buang masa...kalo nak strong balik macam dulu?
Hangpa pakat baiki semula reputasi PAS yang dah hancoq macam nie?
Kalo tak dak pabenda yg hangpa nak bercakap? lagu nie laa nanti hangpa jumpa lagi ! kah kah kah

Comments


  1. "Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...ALLAH ber FIRMAN
    Umpan kan HARTA...SYIRIK kan Mereka
    Dengan HARTA....Ber Takhta KEKUASAAN
    KEKUASAAN Mem BELI....MARUAH dan Cinta


    KUASA Meng GADAI...Maruah dan CINTA
    Kerana HARTA...KUASA Meng GILA
    KUASA Meng GILA...Me Rebut HARTA
    Tanpa HARTA....Lenyap lah KUASA


    "Wa-SYARIK-hum-fil-AMWAL"...Wahyu ILAHI
    HARTA lah Punca....SYIRIK Ter JADI
    Ber Takhta nya HARTA...Di Lubok HATI
    "AMANAH"-yg-SUCI...Di Tolak Ke TEPI


    Ber Takhta nya HARTA...Di Lubok KALBU
    "AMANAH"--ALLAH....Tiada Ber HARGA
    Konar KHIANAT...FITNAH Me RAPU
    Murtad dan SYIRIK...Terang dan NYATA


    MURTAD Itu...Bahasa ARAB
    SYIRIK juga....Bahasa yg SAMA
    Tunggang TERBALIK...Fitnah Me NYONGLAP
    Aturan ALLAH....Di Pijak HINA


    Tunggang TERBALIK...Khianat Me NYONGLAP
    HUDUD-du-LLAH...Di Pijak PIJAK
    MURTAD dan SYIRIK....Menyesat GELAP
    Agung nya ++HARTA++...Jelas & NAMPAK


    Agung nya ++HARTA++...Di Dalam KALBU
    ALLAH dan Amanah...Mainan BIBIR
    SYIRIK dan MURTAD....FITNAH Me RAPU
    Menipu ALLAH...Sanggup 'ber-Takbir'?




    Wahai Sahabat...Sahabat BUDIMAN
    Men CURI itu...FITNAH yg DAHSYAT
    Kerana Men CURI....Men Dustai TUHAN
    Men Dustai Ummah...Onar & KHIANAT


    Wahai Sahabat...Sahabat yg AMANAH
    Maha7 Mem BERI...Sifat'NYA-ALLAH
    Hamba-NYA-ALLAH...Mem-BERI Pe MURAH
    KASEH-Mem-BERI...Mulia-dan-INDAH


    Wahai Sahabat...Sahabat AMANAH
    KASEH-Mem-BERI....Mulia dan INDAH
    Semakin Mem BERI...Semakin Me LIMPAH
    "CINTA" yg Teguh....Mendakap "WAJAH"








    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?