Langkah baru, permulaan baru cabaran buat Amanah

Apabila tiba waktu pergi, ianya waktu untuk pergi.

PAS memang benci sungguh kat Amanah bro ! pasai progresif ini yg rata2nya semua ahli Pas dulunya, tu yang PAS bara sangat tu, lagi pun laa nie depa tu semua tak jawab balik segala tohmahan kat depa geng progresif nie, kecuali seorang dua macam Khalid Samad yang cuba menepis tanggapan bruk PAS terhadap Amanah !

Tambah2 sekarang ini, Amanah dah beroperasi kencang sekencang angin taufan melanda bro ! mereka Parti Amanah telah bejaya menarik minat ramai terutama di Johor dalam operasi jelajah pertama mereka selepas sahaja PAN diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan baru2 ini ! seterusnya berjaya melangkah ke pejabat baru (Wisma Amanah) walaupun dgn menyewa, sekaligus menepis khabar angin yang Amanah mahu rampas (ambilalih) premis parti PAS di Jalan Raja Laut, KL yang banyak menempatkan aset dari kumpulan progresif dulunya? 


Walaupun telah melaburkan wang mereka dalam membina aset parti - termasuklah ibu pejabat PAS yang dinilai kira-kira RM10 juta - pemimpin Amanah sanggup meninggalkan itu semua di belakang.

Bekas progresif dalam PAS telah bekerja untuk memindahkan ibu pejabat PAS dari pusat sebelum ini di Taman Melewar, dekat Gombak.

Apa lagi yg PAS inginkan dari kumpulan progresif sehingga mereka sanggup tinggalkan nilai aset mereka (harta sepencarian?) yg begitu besar jumlahnya? Semua itu adalah 'pengorbanan' mereka terhadap PAS dan bukan 'individu' dalam Pas termasuk segala Paschai yang bersepah itu ! Kalaulah mereka tuntut? Tak ke nanya muka Pas tu? mana nak cekau nak selesaikan segala tuntutan itu kira mereka kumpulan Progresif melehaq dengan harta dunyawi ini? Kerana itu bukan akhlak mereka, sebab akhlaklah, akhlak yang baiklah mereka pertontonkan kepada anda semua, yang baik akan mnghapuskan yang buruk bro ! klik pautan dan baca..
القاعدة الخامسة والأربعون: (إِنَّ الْحَسَنَاتِ يُذْهِبْنَ السَّيِّئَاتِ) |) - tetapi sekarang, mereka dituduh 'pengkhianat' ? sikit punya sighu ke dakwaan semacam itu?

Sekarang mereka dah pergi, usah dikenang benda yg pahit ! PAS juga yg terpelau bro ! 
Apabila tiba waktu pergi, ianya waktu untuk pergi..Kah Kah Kah



Langkah baru, permulaan baru cabaran buat Amanah

oleh Alyaa Alhadjri
KOMEN: Apabila tiba waktu pergi, ianya waktu untuk pergi.

Ianya mungkin ideal jika perpisahan boleh dirancang lebih awal tetapi dalam kebanyakan kes, dalam keadaan seseorang tidak punya pilihan, kecuali untuk pergi dan berharap yang terbaik.

Selepas menerima hakikat bahawa ianya mustahil untuk terus kekal, langkah seterusnya adalah memutuskan ke mana perlu pergi.

Kadangkala, mungkin terdapat satu tempoh ketidakpastian seperti memutuskan bagaimana untuk maju ke hadapan juga sama penting.

Terdapat pengorbanan yang perlu dilakukan. Perkara yang perlu ditinggalkan dan cabaran baru untuk dihadapi.

Pertimbangan begitu mungkin membebankan seorang, atau sesekali satu pasukan.

Dalam kes pemimpin PAS yang meinggalkan parti Islam itu untuk menubuhkan Parti Amanah Negara (Amanah), keputusan bersama mereka juga akan memberi kesan kepada semua ahli yang memilih untuk mengikut jejak langkah mereka.


Wisma Amanah on Jalan Kuching, Kuala Lumpur, where Amanah is renting three floors. The move into its new office has eased speculation that the new party was out to take over the PAS headquarters in the city centre. – The Malaysian Insider pic, October 9, 2015

Pada 9 Oktober, The Malaysian Insider melaporkan bahawa Amanah telah secara rasminya berpindah ke pejabat baru, malah sesetengah pihak dalam PAS menuduh parti baru itu cuba untuk mengambil alih premis parti Islam itu, termasuklah ibu pejabatnya di Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur.

Pejabat baru Amanah dilaporkan terletak di tingkat tiga dalam bangunan empat tingkat yang dinamakan Wisma Amanah di Jalan Kuching di ibu negara, dan parti itu telah menyewa ruang itu untuk menempatkan ibu pejabat dan pekerjanya.

Parti itu, dilancarkan pada Hari Malaysia pada 16 September, mempunyai hampir 10 orang pekerja tetap, diketuai oleh setiausaha agung Anuar Tahir.

Pada 6 Oktober, Amanah menerima pengiktirafan rasmi selepas Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS) meluluskan nama, logo dan slogannya.


Salahudin Ayub

“Kami akan menjadikan Wisma Amanah pangkalan operasi kami dan kami berjaya melakukan ini melalui dana dan sokongan kami sendiri daripada ahli dan penyokong,” timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub dipetik sebagai berkata.

Penceraian antara PAS dan pemimpin Amanah telah dicetuskan oleh satu tempoh pergaduhan sengit yang kemuncaknya dalam penguasaan kelompok ulama’ di pemilihan parti itu.

Walaupun telah melaburkan wang mereka dalam membina aset parti - termasuklah ibu pejabat PAS yang dinilai kira-kira RM10 juta - pemimpin Amanah sanggup meninggalkan itu semua di belakang.

Bekas progresif dalam PAS telah bekerja untuk memindahkan ibu pejabat PAS dari pusat sebelum ini di Taman Melewar, dekat Gombak.

Pemindahan itu bertujuan untuk menyingkirkan imej “kedaerahan” kepada lebih “kosmopolitan” yang dimahukan kumpulan progresif, walaupun terdapat bantahan daripada kelompok konservatif dalam parti itu.

Selepas menubuhkan pangkalan operasinya, The Malaysian Insider turut memetik timbalan presiden Amanah Salahudin Ayub sebagai berkata bahawa parti itu telah berbincang untuk menyiapkan perlembagaan baru ia.

Sesetengah pemimpin PAS dilihat daripada kelompok progresif memilih untuk kekal, walaupun terdapat spekulasi bahawa mereka juga akan dipaksa tinggalkan parti.

ADUN Salor PAS Husam Musa baru-barun ini mengisytiharkan bahawa beliau kekal dalam parti sehingga meninggal dunia.

Manakala bekas naib presiden PAS Mahfuz Omar kelihatan meletakkan kaki mereka di kedua-dua belah pihak - kekal dengan parti Islam itu tetapi pada masa sama dilihat sekutu mesra Amanah dan gabungan Pembangkang baru, Pakatan Harapan.

Mereka yang tinggalkan PAS telah lakukannya dengan kehendak sendiri, tetapi pemerhati mengatakan bahawa ia tidak dapat dipertahankan buat pemimpin itu untuk meneruskan perjuangan mereka dari dalam.

Dengan langkah rasmi dan wawasan jelas digariskan dalam perlembagaannya, sekarang adalah masa buat pemimpin Amanah melangkah ke hadapan dan tinggalkan PAS untuk menguruskan masalah dalamannya sendiri.

Dan mungkin dalam tangani sebarang perpisahan drastik, pelajaran terbesar untuk belajar adalah seseorang mesti faham keutamaan mereka dan untuk memilih pertarungan mereka untuk berjaya, sama ada tahap peribadi atau sebagai parti politik dengan sasaran untuk mengubah Malaysia...Theantdaily



Sisipan Maknawi


Optimus Prime PH di Johor destinasi pertama untuk ceramah malam ni. Amacam? - KMS
Ada orang tanya bro ! mana gambaq Hadi? tak dak pun?payah juga nak jawab bro ! Dah nak main acara solo? tak dak sapa kebuloq nak ajak main sama ?
Kah Kah Kah
Optimus Prime, watak robot dalam filem terkenal Transformer menjadi nama pilihan treler panjang milik Pakatan Harapan yang dijangka tiba di Johor, malam tadi.

Foto themalaysianinsider - Mat Sabu berucap di sebuah
Kedai kopi di Skudai JB semalam
Johor terpikat Amanah bro ! sampai Mat Sabu kata, "Johor ini, kalau Pakatan Harapan tidak boleh ambil alih, peliklah. Dengan pelbagai pergolakan yang berlaku di Johor sekarang", Baca pautan bawah bro !

Pelik jika Pakatan tidak berjaya tawan Johor dalam PRU14, kata Mat Sabu




Amanah telah terpencar hebat, memikat semua golongan saentero negara bro ! Rakyat harapkan satu perubahan besar             dengan lahirnya Amanah ini.


3 foto berikut disedut dari FB Mazlan Aliman ,
permulaan baru, langkah baru serta cabaran sengit 
buat Amanah bermula dari selatan tanahair, dari ujung negeri bro !!
Bukan senang nak 'pull crowd' ribu2 macam nie bro ! Kalo orang tak tertarik kelebihannya Amanah ini? jangan mimpi orang nak berkerumun tak tentu pasai ! kerana Amanah membawa mesej yg jelas, unik dan dinamik ! orang pakat seghebuuuuuuuuuuuuuu bro !





Jelajah PAKATAN HARAPAN bermula di Kulai Johor malam ini...YB Dato' Seri Dr Wan Azizah, Tuan Hj Mohamad Sabu, YB Lim Kit Siang, Salahudin, YB Liew Chin Tong, Hassan Karim, Dato' Wan Rahim dan Faiz Fadhil, antara tokoh tertinggi Pakatan Harapan yang hadir.
Ribuan yang datang dari berbagai kaum membuktikan perpaduan yang mantap dan bersedia membuat perubahan!
Sejarah bakal tercipta dan gelombangnya dari Selatan!




ulama pewaris nabi... ya benar, tapi bukan semua umat manusia yg mendapat gelaran ulama benar2 ulama yg mewarisi ilmu, sifat2 dan akhlak Rasulullah....
akhlak2 buruk spt:
1. fitnah si polan dari parti lain pengedar pil kuda tanpa bukti...
2. fitnah 2 orang adun dibeli (rasuah) oleh parti lain tanpa bukti juga...
3. si polan (ulama lain) difitnah olehnya sbg proksi orang bukan islam yg juga tiada bukti...
4. dan satu lagi fitnah kepada orang lain (orang yg telah tiada) yg kononnya menyokong tindakannya mahu bekerjasama dgn parti mungkar...
adalah satu fitnah besar kpd baginda Nabi Muhammad saw dgn sewanang-wenangnya menyamakan ulama yg berakhlak buruk spt 4 contoh di atas ini dengan ungkapan "dia adalah ulama pewaris nabi".
Allah swt berfirman...
“Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang fasik membawa suatu berita, maka periksalah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas perbuatanmu itu.”
(QS. Al-Hujurat : 6)..
Inspirasi Reformasi





Wanita muda menyertai AMANAH.Parti Islam
#AmanahInklusif menerima keahlian pelbagai latar                           belakang..


Ahli India..menyertai AMANAH.Parti Islam
#AmanahInklusif menerima keahlian pelbagai latar .



Wanita muda menyerahkan borang ahli Amanah



Alhamdulillah, secara rasminya Parti Amanah Negara diluluskan RoS, tersenyum lebar Suhaizan Kaiat bro !
Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Datuk Mohammad Razin Abdullah (dua dari kiri) menyerahkan surat kelulusan bagi Parti Amanah Negara (Amanah) kepada Setiausaha Agung Anuar Tahir (dua dari kanan) baru-baru ini. – Gambar The Malaysian Insider, 9 Oktober, 2015.


Muar tetap unggul, ini yang Pas kalut bro ! 
Kelupurr sakan depa ! tu yg Mat Sabu kata pelik tu
          Kalau kat Johor tak boleh nak menang lagi dengan isu2                     yg sarat melanda negeri itu....Kah Kah Kah




Sambutan menggalakan 
dari pelagai bangsa dan latar belakang.




Sekarang pun dah tak larat nak cetak borang dah Bang Mat !
Slow2 kayuh Bang Mat ! pelan2 ushar, keroja mesti jalan ke             depan !



Dalam siri jelajah di Perak, Presiden Amanah, 
       Hj Mohammad Sabu ketika ini di Tapah. Balik
       Guar Petai, jangan lupa jamu memba pula bro !
       Kah Kah Kah


Akhlak adalah mahkota pemimpin
Banyak ilmu sekalipun, kalo akhlak 'rosak' !
Tak ramai sangat nak bertongkat sama dengan pemimpin demikian,
kecuali sama2 jenis yg berakhlak sama, sama berakhlak 'buruk' 
Bila mahkota akhlak ini hilang bro ! kehaibatan diri mereka turut musnah dan hilang..seperti kata seorang penyair arab, ahmad syauki(أحمد شوقي),..klik pautan bawah ini untuk pencerahan bro !
إنما الأمم الأخلاق ما بقيت *** فإن هم ذهبت أخلاقهم ذهبوا ... ) sungguhnya suatu umat bangsa itu akan kekal (bertahan lama) kiranya sendi akhlak mereka (umat/bangsa) itu turut kekal cantik bro ! *** dan kiranya umat/bangsa itu musnah adalah kerana hilang dan musnahnya akhlak dari diri mereka (sekalipun mereka mengaku, mereka itu ulamak bro ) kehaibatan diri mereka rosak kerana 'buruknya' akhlak ulama tadi mempamirkan untuk santapan ramai ! Wallahu'alam.





Ulama dari Amanah turut menyuarakan bantahan dalam program' Selamatkan Al-Aqsa' dari kejahatan yahudi laknatullah di KL baru2 ini.



akhirulkalam





Comments

  1. haha...memang bodoh penulis artikel ni. beribu-ribu professional dalam PAS, tak luak hilang barua DAP dalam PAS.

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?