Mahfuz Omar tolak sertai Amanah !

Lama dah aku dok perati aksi dan silat MP Pokok Sena nie bro ! Dalam siri jelajah GHB@#harapanbaru selepas eidulfitri lalu, langsung tak nampak kelibat beliau bro ! aku dok peram saja pasai nie ! hinggalah berita ini keluar ! kah kah kah

Parlimen Pokok Sena agak unik kerana mempunyai tiga kawasan DUN yang masyarakatnya berbeza.

DUN Derga melibatkan kawasan bandar yang meliputi satu pertiga kawasan Bandaraya Alor Setar manakala DUN Bukit Pinang dan DUN Bukit Lada meliputi kawasan pinggir bandar dan kawasan pedalaman.

Pada PRU lepas, hanya DUN Derga dikuasai BN manakala kerusi Parlimen dan dua lagi kerusi DUN dimenangi pakatan pembangkang.

Parlimen Pokok Sena mempunyai 80,714 pengundi.
Pecahan pengundi P8 Parlimen Pokok Sena membabitkan Melayu (78.22%), Cina (18.71%), India 2.60%, lain (0.46%).
Mahfuz menang di Parlimen PokokSena dengan majoriti agak besar laa juga iaitu 3,637 undi..Ini ialah rekod dan kemenangan Mahfuz bagi dan pada PRU 1999.

Bila hangpa tengok sedikit data lama itu, jelas Melayu menguasai kuasa undi di P8 Pokok Sena bro ! dengan hampir 80% pengundi Melayu mendominasi di sana, tentunya Mahfuz mencari jalan selamat untuk terus kekal di P8 tadi sekalipun kita belum tahu siapa yang akan PAS kemuka semula sebagai calonnya di PRU 14 nanti? Mahfuz pun bukan lagi PJ PAS di Kedah bro !

Harus diingat, BN melalui Umno, tidak akan mensia-siakan keadaan ini untuk meraihkan kemenangan mereka lagi ! Kali ini peluang PAS tidak semudah mereka raih dahulu bro ! akan datang, parti baru muncul, PAN atau Parti Amanah Negara pastinya tidak tinggal diam sekalipun terpaksa berlawan di P8 menentang rakan lama mereka? Aku sendiri lebih suka PAN@ PR 2.0 bertanding di sini. 

Mahfuz macam 'play safe' saja bro ! dia seolah mengimpikan kerusi P8 ini dan mungkin amat berharap dapat lagi bertunjang di sana? sekalipun berita kata PAS dah meghudum sakan di Kedah ! tapi orang2 Pas sendiri tak mengakui hakikat yang Pas telah dipinggirkan oleh ramai anak muda melayu ! kalo ada pun hanyalah orang2 tua yang karat ijaunya payah dikikis bro !orang2 lama macam Mahfuz umpamanya berharap akan ada sentuhan 'miracle' akan berlaku dan berpihak kepadanya? kah kah kah...

Terbaru, bila borang PAN diedarkan di Kedah !berebut depa bro ! borang yang memba atas pesan suruh bagi kat aku satu tu pun depa selinap bagi kat orang lain bro! kah kah kah
Ini menunjukan sambutan untuk parti baru ini amat mengujakan sekali bro ! 
Mahfuz dipetik sebagai berkata, "Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.
Bagi aku, dlm PAS lah yg ramai rakyat dak muak dgn sikap ego dan degil tu ! hang kata kat orang dalam hang sendiri bro ! sikap tu laa yg PasChai dok karang hari2 dok tala kat kumpulan tak sebulu dengan depa? dan itulah yg terjadi hingga semua progresif terpelancut semua, termasuk yg dok kata tu? tapi dah nak menongkoi juga dalam tu? nak kata apa? Kalo sapa sekali pun masih dok berhimpit dgn Umno mcm PAS tu bro ! pertarungan dlm Pru 14 nanti tak dapat dielakan ? kah kah kah

Apa pun diharap Datuk Mahfuz Omar akan bahagia bersama PAS ! PAN akan tetap bertarung sekalipun dengan Mahfuz! 


Mahfuz Tolak Sertai Amanah, Kekal Dalam PAS

Diterbitkan: Khamis, 3 September 2015 7:30 PM



PETALING JAYA: Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar tidak akan mengikut jejak langkah sepuluh wakil rakyat PAS keluar secara beramai-ramai dari parti itu untuk menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).


"Saya tetap bersama PAS," katanya di sini, Khamis.

Selain itu menerusi kenyataan medianya, bekas ketua penerangan PAS itu juga mahu kemunculan Amanah tidak dianggap sebagai ancaman kepada parti politik sedia ada khususnya PAS.

"Kemunculan Amanah hendaklah diterima baik sebagai persaingan yang sihat daripada sudut politik dalam proses pemurnian demokrasi di Malaysia yang akhirnya akan memberikan keuntungan pada negara dan rakyat.

"Kepada yang terus kekal dalam PAS usah gusar dengan perkembangan, usah risau apa di hadapan, cabaran pasti mendatang. Tidak cukup kita hanya sekadar berslogan 'Istiqamah Hingga Kemenangan' tetapi rakyat sekali lagi  terlepas daripada kemenangan untuk perubahan yang diharapkan," katanya.

Mahfuz merupakan antara pemimpin progresif dalam PAS yang ditolak ahli parti itu melalui muktamar tahunannya Jun lepas.

Isnin lalu, sepuluh wakil rakyat PAS terdiri daripada lima ahli parlimen dan lima ahli dewan undangan negeri (Adun) gugur keahlian secara automatik selepas mengumumkan menyertai Amanah.

Sepuluh yang gugur keahlian PAS secara automatik itu ialah Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa, Dr Siti Mariah Mahmud (Kota Raja), Dr Hatta Ramli (Kuala Krai), Khalid Samad (Shah Alam) dan Mohamed Hanipa Maidin (Sepang).

Sementara lima Adun yang meninggalkan PAS pula ialah Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin (Changkat Jering), Aminolhuda Hassan (Parit Yaani), Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi (Pengkalan Kundor), Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib).

Kesemua wakil rakyat ini mempunyai jawatan di dalam Parti Amanah Negara.

Dua lagi Ahli Parlimen PAS iaitu Datuk Kamaruddin Jaafar (Tumpat) dan Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad (Kuala Terengganu) dijangka akan meninggalkan PAS dalam masa terdekat menjelang pelancaran rasmi Parti Amanah Negara pada 16 September depan.

Selain itu Mahfuz mengingatkan semua parti pembangkang supaya sentiasa mengadakan rundingan bagi mencapai kata sepakat dalam pelbagai isu.

"Kepada pemimpin parti pembangkang ingatan jujur saya jangan sampai rakyat muak dan meluat kepada anda semua hanya kerana keegoan dan kedegilan anda.


"Jika ini yang berlaku rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan politik," katanya..

sumber Link mStar



Sisipan bermakna !

parlimenpokoksena-pru13.blogspot.com
antara program sentuhan rakyat di Kg. Alor keladi
dalam Parlimen Pokok Sena dan aktiviti disertai Dato' Shahlan Ismail, calon dari BN..foto lama bro !

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad mengedarkan borang keahlian Parti Amanah Negara selepas pengumuman penubuhannya pada Isnin...www.mstar.com.my



Pushpa Nagiah Vengdesa yang sebelum ini merupakan ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Selangor menunjukkan borang keahlian baru selepas menyertai Parti Amanah Negara..www.themalaysianinsider.com



Comments


  1. Mencari MAKNA...mencari ERTI
    DEFINASI hakiki...wajib diBONGKAR
    Anugerah TUHAN...AKAL diberi
    Supaya HIDUP...Terang berSINAR


    Bai'ah di LAFAZ...berTalaq TIGA
    ISTERI di cagar kan...seperti AYAM
    Apa pon NIAT...Tujuan yg 'CELA'
    Tunggang TERBALIK...Rosak JAHANAM


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Tunggang TERBALIK....Rosak JAHANAM
    Siku dan LUTOT...TakLeh di HARAP
    NAFSU pilKuda..Si bapak AYAM


    MURTAD itu...Tunggang TERBALIK
    Tunggang TERBALIK...Rosak JAHANAM
    Islam SEMPURNA...Indah dan CANTIK
    TASBIH memuji...Diseluruh ALAM


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Bahasa MUDAH nya...Tunggang TERBALIK
    Islam yg INDAH...Kaseh yg AKRAB
    CINTA nan Kudus...dipandang CANTIK


    ISLAM Sempurna...Kudus MENAWAN
    TASBIH memuji...Di seluruh ALAM
    ""INTEGRITY-Amanah""...se Murni HARAPAN
    Ku panjatkan DOA...Siang dan MALAM


    MURTAD itu...Bahasa ARAB
    Tunggang TERBALIK...Rosak JAHANAM
    Putar PONTENG....Fitnah meNYONGLAP
    Negara HANCUR...Ekonomi MENJUNAM




    ReplyDelete
    Replies

    1. Siratol-MUSTAQIM...LURUS dan TERANG
      Penyamun SONGLAP...Tak dapat LARI
      Ter jerat HARTA...meng KERA SUMBANG
      Gundah GULANA...mem bawa MATI


      Siratol-MUSTAQIM...JALAN yg LURUS
      NIAT yang KUDUS...Semua nya TELUS
      "AUDIT-Hisab"...TELUS dan TEMBUS
      Tiada PONTENG...pemFITNAH yg RAKUS


      An-NUUR itu...CAHAYA yg TERANG
      Menyuloh TEMBUS...ke dasar HATI
      HARTA Negara...KHAZANAH ter LARANG
      Wajib di "HISAB"...se halus RAPI


      HARTA itu..."umpanan" IBLIS
      Santapan siPONTENG...Khianat dan FITNAH
      Ter Jerat HARTA...AMANAH pon 'MUFLIS'
      PUTAR U-Turn...mengelirukan UMMAH


      HARTA itu..."umpanan" IBLIS
      Menipu UMMAH...mendustai ALLAH
      Klentong FITNAH...tak habis HABIS
      Busuk nya ""BANGKAI""..semakin te SERLAH


      JALAN yg LURUS...CAHAYA yg TERANG
      Mnjd RAHMAT...ke seluruh ALAM
      """INTEGRITY-Amanah"""...Insan CEMERLANG
      TASBIH ber Lagu...Siang dan MALAM


      Ber SYAIR Lagu...TASBIH GURINDAM
      LANGIT dan Bumi....ber Kaseh SAYANG
      CINTA """yg''SATU"""....WUJUD nya ALAM
      INTEGRITY-Transparency...AMANAH Gemilang



      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?