Di sebalik Perutusan Husam Musa Di Kubang Kerian !

Dato Haji Husam Musa selaku YDP Kubang Kerian telah menyampaikan satu perutusan dalam Majlis Penerangan dan Dialog Isu2 Semasa Kubang Kerian pada hari semalam 25 Ogos 2015 bro ! 

Perutusan ini dikira amat segar dengan isu2 semasa yang melengkari pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan ! ia adalah bersifat 2 hala antara pihak Husam Musa dan ahli PAS kubang Kerian, termasuk penceramah mereka. 

Husam berharap segala kusut masai antara kerajaan Kelantan dan beberapa pengurusannya yang masih bertanda tanya dapat diselesaikan !

Husam disingkirkan dari barisan exco kelantan, namun suaranya tidak dapat disekat..Dalm muktamar lepas ! Husam juga ditebas, dan dicantas oleh grombolan Paschai yg merasakan diri mereka terpakai ! Kelantan dan Pascahai sentiasa kelupur bila Husam membuka 'mulut' ! Permata Kelantan ini langsung tidak berharga buat PASChai tetapi bermutu bagi rakyat terbanyak !

Di sebalik perutusan ini tersirat banyak perkara yang melilit dan melengkari Kerjaan PAS Kelantan bro ! Teruskan baca.




Perutusan YDP Kubang Kerian untuk Majlis Penerangan Dan Dialog Isu-Isu Semasa PAS Kubang Kerian 25 Ogos 2015

Assalamualaikum wrbt
Al Fadhil Penceramah Jemputan, YB Tydp, Saf Pimpinan Kawasan & Para Hadhirin

Saya alukan kedatangan tetamu dan majlis ini. Saya masih berkeuzuran. Namun begitu memandangkan majlis ini adalah penting, sayugia saya selaku orang tua yang dimanahkan mengetuai Kawasan Kubang Kerian, adalah penting untuk memberikan sedikit kata-kata bagi majlis ini.

Pertama, saya berharap ada dialog dua hala yang terbuka antara penceramah dan ahli Pas Kubang Kerian supaya segala kekusutan dapat diselesaikan umpamanya ;

Mungkinkah kita terpaksa menunggu
dan menunggu lagi janji UMNO
sehingga kita ketepikan rakan dan ahli sendiri, sanggup hilang
jawatan dan kalah praya demi mengejar sebutir janji dari UMNO untuk HUDUD.
alhusseyn51.blogspot.com
1) Akta 355 dimana dikatakan akta ini hanya satu alat politik bersama dengan UMNO untuk memecahbelahkan parti, merosakkan imej PAS dan melemahkan kedudukan PAS. Selepas dijanjikan Akta ini dibawa sebagai Private Member's Bill yang akan dibentangkan pada Sidang Parlimen bulan April dan kemudiannya bulan Jun kemudian lagi bulan November, dua sesi Parlimen telah berlalu dengan kehampaan seakan PAS telah dipermain oleh UMNO.

Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit oleh UMNO?
Mengapa bill ini dibawa tergesa-gesa tanpa pengetahuan PAS Pusat? Akhirnya difahamkan diputuskan utk diserahkan semula kpd kerajaan Pusat.

Dan seribu soalan lagi !
2. Menjelang Muktamar baru-baru ini segala bentuk fitnah dan caci maki di luar adab Islam telah berlaku.
Apa pendirian Majlis Syura PAS dan PAS Pusat?
Adakah ini dibenarkan oleh Islam?
Jika PAS tidak boleh memberikan keadilan kepada pimpinan dan ahlinya, bagaimana PAS boleh memberikan keadilan kepada rakyat Malaysia?

Terlebih kasaq tu bro ! label orang
macam2, jebon, Jebon, Pengkhianat, Syaitan dan Babi.
Ulamakah enapa sume nie bro ? Beginilah agaknya
yg dimaksudka Husam dalam Perutusannya ini ?
sekarang kamu terkinja2 nak lawan 'syaitan' yg kamu sebut tu?
Kah Kah Kah

3. Keadaan Pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat. Kerajaan yang ada tidak mengikut garis yang ditinggalkan oleh Al-Marhum Tok Guru dari segi:
a) Kemewahan hidup para pemimpin
b) Kemewahan lawatan ke luar negara yang sangat kerap
c) Pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender
d) Lain-lain perkara yang sepatutnya dipantau PAS Pusat.

Dalam PAS..sapa pakai kereta cam nie bro ?
Sekian,
Saudara mu seagama,seperjuangan dan separti.

Husam Musa
YDP PAS Kubang Kerian
6.05 petang, 
25 Ogos 2015 bersamaan
10 Zulkaedah 1436 H.

sumber - Fb Dato Haji Husam Musa

KHULASAH 

Khulasah dan intasari ucapan Husam Musa !

* Sebaik saja TGNA meninggal, politik Kelantan sudah tidak fokus lagi kpd 'pembangunan Islam' dalam motto yang dikenali dengan "Membangun Bersama Islam" sudah suram dan kelam? .

elmandari.blogspot.com
*  Kalau membangun bersama Islam? tentunya seperti kata Husam dalam Perutusan di atas, tidak akan berlaku segala bentuk caci maki dan fitnah yg memang jauh dan tersasar dari adab dan ruh Islam ! Pas Pusat langsung tak buat apa2 ! malah macam merestui segala perangai 'biadab' dan loklaq dari 'de so called' ulamachai tu? Majlis Syura pun dua kali lima dengan PAS Pusat ..mereka lebih fokus dgn Umno? Agaknya mereka fikir semua itu dasar pembangunan Islam muassarah (semasa) agaknya? kah kah kah


*  PAS memang telah, sedang dan akan terus 'dipermainkan' Umno yg terang lagi jelas ! seperti kata Husam di mana Akta 355 di janjikan untuk PAS membentangnya..Husam pertikai tindakan PAS tadi hanya satu alat politik, menyebabkan PAS bersama Umno memecahbelahkan parti, merosakkan imej dan melemahkan kedudukan PAS. selepas 2 sesi Parlimen berlalu dengan kehampaan, seakan PAS dipermainkan oleh Umno. Soalnya, mengapa PAS semudah itu diputar belit Umno?" Pas pusat pun tak tau tindakan membawa rang undang2 ini..punya kalut tuang presideng laa macam tu? Kah Kah Kah

Balak yg disita?
FBDato Haji Husam Musa
Continue Reading

* Husam juga mempertikaikan kedudukan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan.
"Keadaan pentadbiran Kelantan sekarang menjadi buah mulut rakyat..antaranya kata Husam, melibatkan kemewahan hidup para pemimpin, lawatan ke luar negara yang sangat kerap dan pengagihan kekayaan negeri kepada kroni tanpa tender.
Perkara ini kata Husam, sepatutnya dipantau PAS Pusat...
Pusat nak pantau apa bro ! mulut jer cirit birit ! Kedudukan Kelantan dalam PRU akan datang..dikatakan kurang selamat ? puncanya ? macam kata Husam tu laa...


Sila baca lagi 



Comments

Popular posts from this blog

Wanita Arab dan Bukit Bintang - video

Lebai Otak Tersumbat ! Episod Jilat Kaharq Ijau.| Edisi Tertangguh.

‘overthinking’ ! Apa tu?