Posts

Showing posts from August, 2015

Pengumuman Parti Amanah Negara - [VIDEO]

Image
PARTI BARU DILANCARKAN AMBIL ALIH PARTI PEKERJA Pengerusi Gerakan Harapan Baru (GHB), Haji Mohamad Sabu mengumumkan pelancaran parti baru yang dinamakan Parti Amanah Negara (PAN) sebentar tadi Hotel Vistana Kuala Lumpur. Pelancaran PAN ini memang dinantikan oleh segenap rakyat Malaysia yang tidak sabar-sabar untuk mengetahui nama dan hala tuju parti baru yang bakal ditubuhkan. Parti baru yang ditubuhkan ini bukan parti yang baru didaftarkan sebaliknya ia adalah parti lama yang ditukar nama dan perlembagaannya. Parti yang diambilalih ialah Parti Pekerja. Langkah ini diambil disebabkan ROS tidak membenarkan penubuhan Parti Progresif Islam (PPI) seperti yang dinyatakan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi. Protem Parti Pekerja ini akan mengumumkan perlembagaan dan nama parti pada 16 September 2015. Pihak protem Parti Pekerja ini sedang giat menggubal perlembagaan parti baru ini. Ternyata parti baru ini memang signifikan lebih-lebih lagi ianya mendapat sokongan padu dari DAP dan

Day 2 - Merah Sejuta Vs Bersih Kuning ? - Foto menarik [ 7 VIDEO ]

Image
Hari ke 2  #BERSIH4  lebih ceria bro ! aku sisipkan 7 video menarik !  layan bro ! jangan buat tak layan bro! Dila Chelsea  

Rencah Bersih 4.0, PAS sudah membawa diri ! - Foto dan [VIDEO]

Image
Alhamdulillah... #‎ BERSIH4‬   berjaya dan mendapat sambutan luar biasa walaupun di boikot oleh PAS. Rakyat Malaysia tak perlukan PAS lagi. Terima Kasih Rakyat Malaysia.. Selamat tinggal PAS Perhimpunan Bersih 4 sejak tengah hari ini di Kuala Lumpur seperti satu "pesta demokrasi" yang menghimpunkan orang ramai daripada pelbagai latar belakang menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan. Walaupun penganjur Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajukan 4 tuntutan; pilihan raya bersih, kerajaan bersih, selamatkan ekonomi dan hak membantah, kebanyakan peserta dilihat memegang sepanduk menuntut Najib meletakkan jawatan. Naib Presiden PKR Chua Tian Chang memberitahu The Malaysian Insider, perhimpunan Bersih 4 hari ini memberikan isyarat jelas Najib ditolak rakyat Malaysia---

Memahami 'Sintaksis' PASChai vs Harapanbaru ! [VIDEO]

Image
Sintaksis ialah bidang ilmu bahasa yang mengkaji proses pembinaan ayat. [1]    Sintaksis juga bermaksud bidang yang mengkaji hukum atau rumus tatabahasa yang mendasari kaedah penggabungan dan penyusunan perkataan atau kelompok perkataan untuk membentuk ayat dalam sesuatu bahasa. Ayat yang digarap oleh PASchai selepas merasakan tubuh badan PAS tidak lagi dipedulikan oleh rakyat dan ahli sendiri..mula depa karang sejumlah karangan ringkas yang bunyinya entah apa2 bro ! hukum sintaksis yg dipakai dlm ayat depa? langsung tak ikut kaedah penggabungan ayat bro ! kalo aku silap? cuba tanya Jafaro (  Jaafar Mat Akhir  ) pasai dia adalah pakar BM bro ! Kah Kah Kah Mohammed Amat Mat Dia dalang utama separuh pemimpin dan ahli PAS Mesti ingat manusia hina nie !

Di sebalik Perutusan Husam Musa Di Kubang Kerian !

Image
Dato Haji Husam Musa   selaku YDP Kubang Kerian telah menyampaikan satu perutusan dalam Majlis Penerangan dan Dialog Isu2 Semasa Kubang Kerian pada hari semalam 25 Ogos 2015 bro !  Perutusan ini dikira amat segar dengan isu2 semasa yang melengkari pentadbiran Kerajaan PAS Kelantan ! ia adalah bersifat 2 hala antara pihak Husam Musa dan ahli PAS kubang Kerian, termasuk penceramah mereka.  Husam berharap segala kusut masai antara kerajaan Kelantan dan beberapa pengurusannya yang masih bertanda tanya dapat diselesaikan ! Husam disingkirkan dari barisan exco kelantan, namun suaranya tidak dapat disekat..Dalm muktamar lepas ! Husam juga ditebas, dan dicantas oleh grombolan Paschai yg merasakan diri mereka terpakai ! Kelantan dan Pascahai sentiasa kelupur bila Husam membuka 'mulut' ! Permata Kelantan ini langsung tidak berharga buat PASChai tetapi bermutu bagi rakyat terbanyak ! Di sebalik perutusan ini tersirat banyak perkara yang melilit dan melengkari Kerjaan PAS Kelantan

PAS nak 'perang' balik dengan UMNO? Biar Betul Bro ! [VIDEO]

Image
Kah Kah Kah !Dulu bukan main 'CINTA CINTUN' dgn Umno ! lepas tu 'Gencatan Senjata' ! Laa nie nak 'perang' pulak dahh?  Kalau takat mamat kelantan yg jadi Tim. MB nie nak 'perang' dgn Umno? Kirim salam laa banyak2 kat dia? Ini semua wayang tongkoi PAS bro ! Hanya dua orang saja yg boleh kata nak perang ke tidak? yang lain boleh dok habis ayaq lioq saja laa ! Kalo tak Presiden yg cakap? atau Mursyidul 'AM depa yg 'endorse' kalam anak2 buah macam mamat kelantan nie? jangan mimpi laa nak jadi? kah kah kah Tok Sidang Besar Pas tak kan nak biaq bagi 'berperang'? Dah lama sangat dia dok habaq kata Umno ikhlas.? Ikhlas nak bantu Pas realisasikan RUU ( Enakmen Kanun Jenayah Syariah 11 Kelantan 1993 pindaan 2015 ) Tunggu laaa bila nak sampai masa 'ikhlas' tu..Sidang Parlimen dijadual berlangsung 19 Oktober ini..'Ikhlas' Umno tu nanti mai laa bro ! Tunggu ! Sabor ! Kah Kah Kah Umno tak akan makan saman punya dgn jenis 'g

Umno Sedang Sakit ! PAS Lagi Sakit ! Kita pun sakit-sakit

Image
Umno sedang sakit bro ! Tak ada sapa yang boleh nafi benda nie ! PAS pun sakit juga ! macam berjangkit 'adik beradik' nie ! adakah ia satu 'kebetulan' atau pun ajal dah dekat? Kah Kah Kah Tapi yang sakit biasanya tak mengaku kata dia sakit ! dok habaq kata sehat wal'afiat situ laa...Begitulah keadaannya PAS dan Umno sekarang ini bro! Dalam dok sakit teruk pun, sempat lagi dia dok cerita ceritet dgn rakyat kata dia masih 'steady' !   Maka bertebaranlah juak2 kedua 'entiti' terbesar orang melayu itu tolong ejas, tolong perbetul segala kerosot merosot, segala kalut wal malut, segala punah sehat pun berkokok seperti ayam berak kapur segala kampong dan bandar, segala ceruk dan rantau, segala denai dan lembah, bahawa kalo melayu hilang Umno..tak sapa boleh tolong hangpa orang melayu semua, akan terbangsatlah, hangpa melayu di bumi sendiri ! PAS pun kata macam tu jugak bro ! Hangpa yang keluaq Pas, tinggalkan PAS pi cari 'awek' baru ? akan ber

Ahmad Awang Vs Hadi Awang - Kenyataan Media Terbaru !

Image
Hari ni ayat baru bro ! 'Nyamuk kecil' pulak dahhh ! sedap sunguh depa 'label' puak yang jadi 'rival' ketat sekarang ini. Baru ada arti ! Kah Kah Kah Dulu2, tolol, barua, pil kuda, broker dan segheba macam lagi ? hari ini 'word baru' nyamuk kecil ! tu kata kat   #harapanbaru lah bro ! Jangan dok perasan PAS tu nyamuk besaq daa !? baca .. ‘ GHB bagai nyamuk’ Nyamuk besaq senang 'tampaq' bro ! nyamuk kecil? kalo dia 'attack' ? maunya gatal semalaman ! tak boleh tidoq bro ! Kah Kah Kah.

Liang Liang, S.M. Ferjani dan Peliknya PAS

Image
Takziah kepada rakyat Malaysia kerana dengan ekonomi yang kurang stabil seperti 'currency exchange' yang makin "depreciation" ditambah pulak dengan penambahan kos untuk penjagaan yang rapi kepada panda yang baru lahir, dan PAS pun koi dok pelik setiap hari? Ayuh bersama ‪#‎ HarapanBaru‬ untuk mencipta sejarah di dalam konteks lanskap politik negara kita bersama DAP dan PKR bersama2. InsyaAllah.... #HarapanBaru ‪#‎ Harapan baru   dan sesi dialog dengan S.M. Ferjani dari Tunisia Sesi dialog yang berlangsung pada malam tadi(beberapa hari lepas) bersama Sayyid Muhammad Ferjani(Tunisia) telah berakhir, dan beliau akan pulang ke Tunisia pada malam ini.

Fenomena Awan Di Kota Bharu, Seram dan menggerunkan (foto menarik)

Image
Fenomena awan hitam begini seperti yg terjadi di kota Bharu petang tadi bagi ramai orang adalah suatu keanihan dan menghiburkan ! hingga menjadi viral di laman social, tetapi tidak bagi orang beriman ! paling ingkas pun mereka menyebut 'Subhanallah' sebab itu Nabi s.a.w bila melihat mendung di langit, wajah Baginda s.a.w akan berubah raut wajahnya seperti dalam hadis di bawah ! HR Bukhari yang lain, dari Aisyah: “Nabi shallallaahu ‘alaihi wassallam apabila melihat mendung di langit, Baginda beranjak ke depan, ke belakang atau beralih masuk atau keluar, dan berubahlah raut wajah beliau. Apabila hujan turun, Baginda shallallaahu ‘alaihi wassallam mulai menenangkan hatinya. ‘ Aisyah sudah memaklumi jika beliau melakukan seperti itu. Lalu nabi shallallaahu ‘alaihi wassallam mengatakan,” Aku tidak mengetahui apa ini, seakan-akan inilah yang terjadi (pada kaum ‘Aad) sebagaimana Allah berfirman yang artinya : Maka tatkala mereka melihat azab itu berupa awan yang menuju ke lembah-le

Panas Pedas ! Bukti Hadi Awang Khianat Pakatan Rakyat ?? - [VIDEO]

Image
Sebuah cerita lama bagaimana Pas membuat keputusan anih yang boleh ditafsirkan sebagai pengkhianat menjelang pilihan raya ke-13 dahulu yang mana mahu menukarkan jawatan perdana menteri daripada Anwar Ibrahim kepada Tengku Razaleigh Hamzah sekiranya Pakatan Rakyat menang, bukan mendedahkan ketulusan Mustapa dan Pas, sebaliknya membuka kelemahan diri dan parti sendiri..itu Pendedahan terbaru Tok Pa aka Mustafa Ali (mantan Setiausaha PAS).. Jadi betullah dakwaan Rafizi dahulunya bro ! yang PAS maukan Ku Li jadi PM untuk menolak Anwar Ibrahim jadi PM ? Jadi siapa 'jahat'? siapa 'khianat' ? (  Pas pernah tolak Anwar jadi PM - Nasional - Sinar Harian ) Apa maksud Mustafa Ali dengan pendedahan ini? kenapa dia dedah? Kah Kah Kah ! terselak habis bro ! ropanya kelemahan diri dan PAS sendiri yang terdedah ? kerana ia dibenarkan oleh Mantan SU PAS yang lepas ! lagi terlePAS laa PAS kali ini? Kah Kah Kah Pendedahan Mustafa Ali Jadi Bukti Hadi Awang Khianat Pakatan Rak

Huh ! Sang Karibut ! [VIDEO]

Image
Mulai hari ini bro ! Bendera PAS akan dikibarkan separuh tiang beb ! demi menghormati  kawasan dan Cawangan PAS yang dikebumikan beramai2 terutama di Kota Raja di mana PAS menangi dgn majoroti yang cukup besar 29.000 lebih ! Akar umbi Umno pula nampaknya kian 'jinak' dgn agenda 'rakyat', bila mereka ada yang bersedia menyertai Bersih 4.0 pada 29 dan 30 Ogos ini ? Ini mungkin cara mereka untuk menyatakan 'sesuatu' yang tidak dapat mereka lakukan dalam 'rumah' sendiri?   Banyak sungguh 'sang karibut' sekarang ini bro? layan ! Kah Kah Kah Karibut 1 Ada akar umbi Umno nak join Bersih4 ?

Cikgu yang pernah dibanggakan ? - [VIDEO]

Image
Kalau seorang itu pernah mendapat gelaran sebagai 'cikgu' bererti ianya adalah seorang 'guru', gelaran itu amat mahal di sisi Islam dan umatnya..lebih2 lagi ianya seorang muslimah yang biasa tampil dengan 'imej' bersih, menutup aurat sempurna dan bersopan, walaupun hanya sekejap 'mengajar' di mana2 sekolah atau kolej atau seumpama madrasah..ia tetap akan kekal dipanggil 'cikgu'. Begitulah budaya melayu Islam di Malaysia. Seorang guru yang mengajar pelajarnya akan diperhatikan dari 'langit', itu yg disebut oleh Imam Ghazali dlm 'Ihya' tak kira laa dia ajar silat ke..cikgu sekolah ke? cikgu masak memasak ke? asal ilmunya berguna..tapi bila guru bertukar wajah 'dua alam' ! hal ini ditegaskan dalam Al-Quran (ayat 14-15) di Surah Al-Baqarah [  القرآن الكريم - تفسير الطبري - تفسير سورة البقرة - الآية 14 ] - anda lihat sendiri huraian dan tafsir ayat ini dalam Al-Baqarah di atas, cuma apa yg nak disebut, ramai umat yg mengak

Letupan Bangkok: Laporan dari tempat kejadian - [VIDEO]

Image
Letupan Bangkok: Dua Rakyat Malaysia Antara Yang Terkorban © AP Photo A Bangkok policeman stands outside the site of an overnight blast Wednesday, Oct. 6, 2010 that left at least three people dead. At least 16 people were killed and dozens injured when a bomb … msn.com

Presiden Turki Biarkan Saja Burung Hinggap Di Kepalanya - [VIDEO]

Image
Bila seekor burung 'grouses' persis merpati, tetapi bukan merpati bro !hinggap betul di atas kepala Presiden Erdogan..telah menimbulkan sangkaan baik buat umat Islam Turki dan dunia amnya, bahawa Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan disenangi rakyatnya dan ada yang mengatakan yang Erdogan akan menjadi Khalifah Umat Islam dalam sedikit masa lagi? Peristiwa ini, mengingatkan peristiwa yang pernah berlaku kpd Nabi Daud A.S kerana memiliki suara yang paling merdu di dunia, hinggakan angin yang sedang berhembus terhenti sejenak dan burung yang sedang terbang turun sekejap ingin mendengar dan menikmati suara Nabi daud A.S. Namun beliau tetap taat menjalankan perintah Allah SWT. Rupanya bukan hanya kaum muslim dunia menyenangi Presiden Turki ini, burung ini pun merasa aman bila bersama sang Presiden Erdogan..Kejadian pelik ini berlaku semasa Presiden Erdogan mengikuti acara perasmian Mesjid Al-Qibla, tiba2 seekor burung terbang dan hinggap di atas kepala Erdogan. Ianya berlak

'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal' - [VIDEO]

Image
Kenyataan TPM bahawa adanya 'dalang' di sebalik komplot mahu jatuhkan kerajaan, telah mengundang berbagai kritik dan rasa tidak puas hati dengan kenyataan sedemikian. TS Rafidah Aziz, mantan menteri dalam kabinet Mahathir dahulu, terkejut dan tidak yakin sama sekali dengan dakwaan itu, yang mula-mula dilontarkan oleh Timbalan Perdana Menteri kelmarin. Beliau berkata, tiada faedahnya sesiapa pun mahu bertindak demikian' TS Zainuddin Maidin yg juga bekas Menteri Penerangan suatu ketika dulu berkata dakwaan TPM itu tak sepatutnya dibesar2kan serta  dakwaan itu tidak benar kerana masalah yang lebih besar sekarang adalah tentangan di kalangan ahli Umno ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak..beliau seterusnya berkata 'Melayu sedia bakar hangus Umno jika Najib kekal'. Selain Rafidah dan ZAM, seorang blogger Shahbudin Husin melalui tulisannya ( PENINGLAH ZAHID NI...ORANG NAK TAHU DALANG YANG TERLIBAT, BUKAN DALANG TAK TERLIBAT!! ) mengatakan yang Zahid

AMANAH - Parti Islam baru yang ditunggu2 - [VIDEO]

Image
Insya' Allah kalau tiada halangan, sebuah parti Islam baharu, berwajah baru, iltizam baru akan dilancarkan 31 Ogos ini, seterusnya akan bersama PKR dan DAP dalam apa yang dinamakan PR 2.0 iaitu suatu gabungan baru pembangkang setelah berkuburnya Pakatan Rakyat yang lalu. # ‪#‎ GHB‬ cuma mahu ganti tempat yang ditinggalkan oleh PAS dalam PR (PR dah terbubar bila PAS dan DAP memutuskan hubungan!!!!) Tak sabar menunggu PR 2.0 (GHB, PKR & DAP ) Itu saja.... Parti Islam baharu diberi nama Amanah OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALSISIS DAN RENCANA Parti Amanah Rakyat akan terdiri daripada kumpulan Gerakan Harapan Baru (GHB) dan ahli badan bukan kerajaan Islam . – Gambar fail The Malaysian Insider, 17 Ogos, 2015.

Anwar ! PM masa depan Harapanbaru - [Video]

Image
Dalam keadaan regim # UmnoBN bermaharajalela dengan kezalimannya. Saya teringatkan #AnwarIbrahim . Apa khabar pejuang rakyat di sana? Hanya doa buat Anwar. Semoga Allah swt limpahinya dengan kesihatan yang baik. Aameen Ya Rabb. Ternyata DSAI adalah anak tempatan yang diiktiraf sebagai tokoh bertaraf dunia, kerana pada ulang tahun hari jadinya baru ini adalah tahun paling bermakna buat Datuk Seri Anwar Ibrahim apabila sekumpulan intelektual dunia tampil bersama menuntut pembebasannya tanpa syarat. Dalam kenyataan bersama itu, kumpulan itu antaranya mengutuk penjara lima tahun terhadap Anwar dan percaya ia sebagai sebuah “fitnah politik”. Anwar memang terkenal mempunyai hubungan baik dengan tokoh-tokoh intelektual di pelbagai negara sebelum ini. Mereka tidak pernah tampil dengan kenyataan bersama menyatakan sikap jelas sebelum ini.

Price of RM2

Image
Jarang kita menlunsuri kisah2 begini, kisah manusia yang masih ada nilai budi dan akhlak yg baik di tengah2 masyarakat kita yang dijangkiti rata2nya oleh faham kebendaan yang meruap2..masih ada segelintir yang mahu berbudi ikhlas menolong sesama manusia tanpa harapkan balasan ! Terima kasih   Ezzaty Amin .. anda adalah antara 'icon' anak muda prihatin terhadap golongan warga emas seperti 'Pakcik' yang anda belanja dan berbual2 sejenak sebelum tiba destinasi... Ini sebenarnya adalah 'Dakwah Bil Hal' yang jarang diambil peduli oleh ramai anak muda yang lain ! Dakwah 'bil hal' adalah dakwah contoh melalui perbuatan tanpa menggunakan lisan memberi nasihat atau sepertinya, ianya lebih berkesan dari lisan itu sendiri, ia juga disebut sebagai 'Lisanul hal' sebagai menggantikan lidah dengan perbuatan sendiri...Dakwah ini lah yang menyebabkan awalnya Islam tersebar dengan cepat dan mendominasikan dunia sampai sekarang. Orang yg mempunyai niat ikhlas,

Panas Meletup !! Anak Sulung TG NA sertai Harapan Baru [VIDEO]

Image
Sehari dua nie, beberapa kejutan berlaku dalam arena politik Malaysia, khasnya dengan penyertaan beberapa orang tertentu ke dalam Gerakan Harapan Baru bro ! Kian semarak GHB dengan kehadiran pelbagai latar belakang manusia baru ini, terutama abang kepada Nik Abduh Nik Aziz, beliau ialah anak sulung TGNA yang tidak nampak se jalan dengan adiknya Nik Abduh itu, aku teringat bagai MP Shah Alam Khalid Samad dengan abangnya Shahrir Samad persisnya...Kah Kah Kah Paschai tentunya makin kelupurr dan ketaq lutut berhadapan dengan GHB bro ! terkini GHB  bakal menyertai Himpunan BERSIH 4.0 yang dijadualkan berlangsung 29 hingga 31 Ogos ini. ... Timbalan pengerusinya, Salahuddin Ayub berkata, sebagai sumbangan kepada himpunan itu, GHB akan menyediakan 500 anggota sukarelawan mereka yang dikenali sebagai Amal Relief atau Arif dan juga pasukan peguam .(  Ustaz Ahmad Awang Supporters )

Hero, Heroin ? Jangan cepat sangat puji depa...[VIDEO}

Image
Nak puji tak salah bro ! pembangkang nak puji seorang yg cuba 'membetulkan' dan memberi akalnya bahawa si anu itu, si anu ini, begitu begini? sepatutnya begian begini begitu? tak laa salah bangat bro ! tetapi jangan cepat sangat pujian itu dilontar ! Pujian itu tidak menambah baik 'pembangkang' pun bro ! depa tetap anggap pembangkang tetap sebagai 'pembangkang' juga...dan tidak mudah mereka terima pakai akal pembangkang ! kalo tidak dah lama 'isu-isu' besar yang melilit yang terbelit sekarang ini dapat diselesaikan kalau mengambil kira 'akal' pembangkang yg jitu dan tepu serta mampu huraikan duduk masalahnya. Lihat saja akal dan idea Rafizi Ramli berkaitan pelbagai isu besar (  ‪#‎ selamatMalaysia ),  lihat juga cadangan DS Anwar Ibrahim sendiri, juga akal dari DAP misalnya dalam pelbagai isu...ada pernah depa puji? tak payah puji ! sebab pujian itu akan 'mermbunuh' orang yg kena pujian itu...itulah yang di pesan oleh Saidina Ali Kar

Ini yang pemimpin takut bila jatuh ?? [VIDEO]

Image
Keluarga Soeharto diarah bayar jutaan dolar AS

Tok Sidang PAS Bermadah -Besenang2 Dahulu...!

Image
Orang tua2 dulu cukup pandai buat perumpamaan bro! 'Bersenang2 Dahulu, Bersusah2 Kemundian' itulah pepatah pepitih yang boleh kita ibaratkan dekat PAS sekarang ini ! Sebelum muktamar 61, gerombolan 'ulama' Pas cukup seronok, cukup gumbira menghentam ahli sendiri terutama geng 18 yg diketepikan, disingkir sampai pupus pipis nya professional dalam Pas..tinggallah grombolan 'ulama' sahaja mendominasikan parti itu.. Semasa muktamar 61, mereka nekad berpakat memutuskan hubungan dgn DAP..dan sekarang, mereka seperti 'kera kongkang' terhegeh2 nak ajak balik nak catur formula baru kononnya nak bartaut kembali kerana nak tumbangkan Umno BN? Apakah selama ini, dibawah hadi dan harun, mereka melawan atau bersekongkol dengan Umno? atau ada tekad lain? Kenapa TITM terus2an mengharap dan bersungguh2 nak ajak pembangkang lain yg dah nekad menubuhkan PR 2.0 (PKR + DAP + GHB) TANPA PAS menjalinkan semula hubungan? kerana ia sedar PAS dah jadi 'terasing'

Dr Wahbah al Zuhaily - Sebutir Permata yang Hilang {VIDEO]

Image
Pada hari Ahad lepas, dunia Islam terkedu sebentar, dan ramai yang menangisi permergian seorang ulama yang cekal bertaraf dunia, telah kembali ke Rahmatullah dalam usia 83 tahun di Damsyik pada hari Sabtu lepas.   Beliau ialah As-Shiekh Dr Wahbah Moustafa al-Zuhaily (1932 - 2015) - Beliau adalah seorang ulama terkemuka di Syria dan rantau ini, kitab dan tulisan beliau berkaitan ilmu Islam dalam berbagai disiplin amat banyak..Beliau adalah Ahli Majlis Fiqh dan pakar dalam perundangan Islam.     Beliau menerima sijil dalam Undang-Undang Islam dari Fakulti Syariah Al-Azhar dgn capaian 'Cemerlang' pada tahun 1956, dan meninggalkan pengajaran pengkhususan di Fakulti Bahasa Arab Al-Azhar pada tahun 1957, mendapat ijazah dalam bidang undang-undang dari Universiti Ain Shams pada tahun 1957 dan pada tahun 1959 memperoleh ijazah sarjana dalam undang-undang Islam, dan kemudian merakam tesisnya dalam ijazah kedoktoran di kolej yang sama, yang bertajuk "Kesan perang dalam perundang

Selamat Hari Jadi Papa ! Slamat Hari jadi Datuk Seri [VIDEO]

Image
Walaupun penguasa zalim mematahkan karier politik dsai dan mereka rasa mereka berjaya adalah ternyata silap..mereka lupa Allah Maha Berkuasa..tiada yg mustahil..Allah bersama sama org yg benar..dekatkan diri dgn Allah..ini lah masanya..sabar.. PR 2.0 tetap akan namakan DSAI bakal PM Malaysia akan datang dengan izin Allah, ini ditegaskan oleh Pengerusi DAP sendiri Sdr Lim Kit Siang bro !

Terbaik dari Mat Sabu: Isu Terkini [VIDEO] Wajib Tonton

Image
Siasah Negara sekarang ini begitu seghabut, kerosot, dan cukup pelik bro ! Itu di pihak UBN !Sedangkan PAS pula melalui Timbalan Presidennya, sentiasa minta ahli2 PAS jangan tinggalkan parti usang ini bro ! Paschai cukup takut berubah, walhal merekalah yang melakar perpecahan ini ! walaupun TITM ada menyebut 'kita akan baiki kelemahan yang ada' ? tetapi ahli PAS hari demi hari berbondong2 meninggalkan parti itu? Lihat saja ceramah TITM di Tumpat Kelantan..sangat menyedihkan bro ! rakyat dan ahli yang waras, mereka tidak akan lagi bersama parti itu, selagi pucuk kepimpinan yang ada menepati kata2 Inggeris ' Holier than thou' itu adalah fikrah tok2 sidang PAS yang merasakan diri mereka memiliki 'superiority' moral yang lebih baik dari orang lain? sentiasa merasakan diri mereka saja yang betul...sekali pun dalam kelakuan dan adab perangai mereka seharian dan selepas 'penyingkiran' professional cukup bertentangan dengan aspirasi Islam dan parti PAS sendir

Khalid Samad: ISLAM Bukan Milik PAS - [Video]

Image
   Tontonlah video Khalid samad di bawah ! Beliau ingatkan kita agar jangan berkompromi dengan pemimpin yang sering membohongi rakyat bro ! samada dari pihak mana sekalipun, baik dalam kerjaan mau pun dalam pembangkang ! Pas terutamanya sekarang ini merasakan bahawa 'Islam' hanya milik PAS dan parti lain seolah tidak berhak untuk bercakap mengenai Islam ? Sedangkan Islam adalah sebagai rahmat untuk sakalian alam.

Viral Hebat Minggu Ini - [VIDEO]

Image
Off politick kejap bro ! Kah Kah Kah Kita berpolitik dengan dunia binatang sejenak ! semua ini adalah makhluk kejadian Allah..dan Allah tidak menjadikan sesuatu itu sia-sia sahaja..akan ada hikmahnya samada manusia tercapai akalnya atau tidak.. lihat ( رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَذَا بَاطِلا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ 191) - آل عمران Dalam Al-Quran, di sebut pada berbagai bilangan ayat mengenai binatang, lihat pautan ini ( حيوانات ذكرت في القرآن  ) bermula dgn kisah lembu betina dalam Al-Baqarah, Semut dan pengkisahan Nabi Sulaiman, Anjing dalam Al-Kahfi, Himar dalam Surah Al-Jumuaah, serigala dalam Surah Yusuf, lalat dlm surah Al-Haj .. seterusnya anda boleh semak di pautan ini bro - الحيوانات التي ذكرت في قرآن الكريم كنوز : موسوعة القرآن ... Semua ini adalah untuk manusia berfikir,tadabbur dgn ayat dan tanda kekuasaan Allah, binatang adalah 'alat' samada untuk bahan makanan (yang halal) atau untuk menolong manusia (tunggangan). Renungkan ! Viral 1 Ay

Senada bro ! Ada makna tu ?

Image
Kenyataan demi kenyataan dari pimpinan PAS kian hari kian merosot bro ! masing2 pertahankan bahawa PAS masih selesa di mata ahli dan pengikut akar umbi ? kenyataannya - PAS makin hari makin tidak 'menarik' lagi di mata 'pencinta' Pas original dulu ! kerana ramai telah beralih arah meninggalkan parti Islam itu..Pas sudah tidak lagi miliki kekuatan untuk bersaing dengan Umno..itu inti sebenarnya..ahli semacam 'menyampah' dengan kenyataan 'tiada nilai' samada dari Presiden mahu pun dari Timbalannya bro ! Kenyataan seumpama itu dilihat senada sahaja, hanya setakat 'hendak buat kenyataan' tetapi hambar dan lesu, tiada yang boleh dilihat sebagai 'cabaran sebenar' ? Kalau buat soalan pun macam Timbalan Presiden PAS tu, hanya buang air liur sahaja bro ! Apa ada kalau setakat TANYA macam tu? Sapa pun boleh tanya kalau standard soalan tak lebih dari hanya satu soalan bro? Kah Kah Kah Nada 1 Pas: Tukar pemimpin tidak selesai masalah

Di Sana Dunia Baru Sedang Menanti

Image
GHB berusaha menterjemahkan Islam sebagai rahmat buat seluruh alam dengan meletakkan agenda peduli rakyat sebagai tunggak utama aktivitinya serta merangkumi semua aspek kehidupan nasional dan kenegaraan. Parti ini juga komited meneruskan legasi perjuangan politik Islam yang ditunjukkan Allahyarham Yusuf Rawa, Allahyarham Datuk Fadzil Mohd Noor dan Allahyarham Datuk Seri ! TITM sekarang ini coba ajak 'satukan' semua barisan pembangkang bro ! cuma kita katakana kepada PAS ! Di Sana Dunia Baru Sedang Menanti ! Pergilah anda PAS bersama Umno ! kerana itu yang anda mahukan ? Kah Kah Kah

Pelbagai Iktibar dari dalam dan luar negara - [Video]

Image
  Dalam pengurusan kewangan sesebuah negara, masih ada negara yang berjaya lakukan dengan begitu baik urus selia kewangan negaranya bro !contohnya Great Britain bro ! semasa era PM Margaret Thatcher sedikit masa lalu..ia boleh kita jadikan iktibar bro !selain dari 'cukai' yang dikenakan, tidak ada yang lain yang disebut sebagai 'harta awam' di sana bro ! seperti kata Thatcher, kalau Negara hendak berbelanja lebih ? ia boleh dilakukan dengan 'meminjam' dari simpanan rakyat atau dengan mengenakan cukai ke atas rakyat ! bukanlah ia sebagai suatu yg baik berfikir begitu, kerana itu adalah wang rakyat bro ! Tidak ada apa yg disebut sebagai 'harta awam' di sana ? yang ada ialah harta dari PEMBAYAR CUKAI ! itu saja bro ! Adakah semua kita di sini faham situasi ini?..It's Your Money bro !      Iktibar 1   Margaret Thatcher - It's Your Money     IKTIBAR DRPD SEORANG PM YG BERJAYA URUS EKONOMI DGN BETUL    

Kabinet 'Musang Berjanggut' - [Video]

Image
Filem2 P.Ramlee di era Jalan Ampas, S'pura seperti 'Musang Berjanggut' memang sarat dengan 'dramaturgi' adalah teori yang mengemukakan bahwa teater dan drama mempunyai makna yang sama dengan interaksi sosial dalam kehidupan manusia. [1] Cerita yg simple sebagai lawak sebelum tidur oleh mak ayah kita (zaman aku dulu2 laa bro) [budak2 laa nie mana tau semua nie?] depa lebih teruja dgn segala gajet majet saja! Cirita klasik ini digarap dengan hebat oleh P.Ramlee yg penuh dan sarat dgn citra politik menteri2 yg korup moral dan akhlak di negeri Pura Cendana, semua 'mempertahankan' Sultan Alam Shahbana yg sama 'naik' dgn menteri2nya bro ! Anda bacalah ulasan terbaik oleh Bro Faisal Tehrani, kolumnis di Malaysiakini yg aku kira memenuhi ulasannya, bagaimana P.Ramlee telah melondeh 'belang' kabinet Pura Chendana yg dibarisi bintang2 handalan (Kabinet Pura Cendana) seperti : Mustarjo - Tokoh agama Pura Cendana juga Datuk Nikah Kawin Udo Om

From Besut With Love ! [VIDEO]

Image
Jelajah #harapanbaru telah sampai ke Besut bro ! Besut bersempadan dgn Kelantan dan Bandar Jertih adalah bandar bagi penduduk Besut dan Kuala Besut yg terkenal itu. Keropok Lekor adalah masyhur bagai makanan santai penduduknya dan akan jadi ole ole oleh setiap pengunjung luar yang pergi ke sana untuk dibawa pulang bro ! Besut nie kubu kuat Derih Jusoh bro ! pasai tu Nik Zawawi, Susah nak menang kat sana bro ? Kah Kah Kah. Kawan aku ramai dok kat Besut nie bro, dari maklumat yg aku dapat, ramai dah meluat dgn PAS bro ? Jadi kehadiran GHB ke sini, amat sangat dialukan oleh mereka. From Besut With Love menghidangkan serba sikit foto kehadiran masyarakat Besut menyambut kedatangan Pimpinan GHB sempena Eidulfiri yg sedang dilalui sekarang, sambutan begitu menggalakan, dikhabarkan orang ramai melimpah ruah di hadapan pentas penerangan GHB bro ! ada sekitar 3K lebih yang hadir malam itu. Begitu pun, PAS dilihat tidak senang dengan kedatangan kumpulan GHB ini bro ! Lihat di bawah sekali.

GAMBAR dan Video Sekitar Himpunan #TangkapNajib

Image
29 ditangkap sertai  perhimpunan haram di ibu kota